alhamdulillah... dan semoga dipermudahkan :)
catatan diariku.. salam semua.. dah lama tak berceloteh kat blog ni. rindu tul hehe.. bukan pe, sejak kebelakangan ni agak bz (eh.. buat2 kot hehe). alhamdulilllah cuti sekolah kali ni (walaupun sekolah 'tak rasmi') sgt menyeronokkan... hari jumaat tiap minggu cuti.. dan dengan itu setiap minggu ade la hal nye menyebabkan kami keluar menjejak kaki ke sana sini. insyirah .. alhamdulillah... dia tak mengalami sebarang masalah.. cuma agak keletihan, br je nk hilang rasa letih dah diangkut oleh ummi dan ayah nye jalan2 ke tempat lain :-)
sekarang ni sbnrnya aina berada kat hotel de' palma inn, putrajaya, hadir mesyuarat bahagian... cuba untuk eksperesikan kegembiraan untuk dikongsi bersama berita yg aina baru dapat tadi. alhamdulillah... Allah buka hati pegawai yang bertanggungjawab untuk luluskan rayuan hubby untuk bertukar ke selangor... tiada apa yang dapat gambarkan perasaan aina sekarang ni. sgt2la hepi dan bersyukur :) tapi masih lagi xtau akan bertugas kat sekolah mana sbb nama masih kat kementerian, agihan belum dibuat diperingkat JPN... terima kasih kepada sahabat dan keluarga yang banyak menyokong dan membantu aina selama aina bergelar '
isteri bujang' ni yee.... :-) lama menanti... akhirnya dapat duduk sekali... seronok melalui pengalaman bergelar isteri bujang ni. gaduh pun xde... sayang jer... hehehe. apapun doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar ye...
ok. tukar bab lain lak. kalu tgk kat gambar yg aina amik tu sbnrnya gambar diari, penuh dgn segala catatan a.k.a peringatan drpd puan pengarah, sambil2 mencatat job to do hehe. sekarang ni sejak bergelar usahawanita semua jadual kena atur balik. hujung minggu ni aina akan kembali ke 'sekolah', jadi akan bergelar pelajar sekali lagi. semoga segala nya dipermudahkan... aminnn...