Featured

Monday, May 31, 2010

Keluar shopping

salam semua..

hari sabtu lepas insyirah dgn ummi keluar temankan ayah cari barang.. dan hadiah untuk insyirah.. apa dia hadiah tu nanti la ummi updatekan erk.. asalnya ms turun dari kereta ummi dan ayah berteka teki nak pakai stroller ke tak.. (nak pakai sarung kanggaroo tertinggal kat umah hehe). last2 amik keputusan tak mo pakai stroller kot2 stroller akan jadi kete barang, ayah kata "meh ayah tlg dukung anak comel ni" ... ummi x sampai hati pulak biarkan ayah pilih dan cari barang sambil dukung insyirah yg *makin keberatan*, jadi ummi tlg dukung.. walla.. tetiba insyirah minta susu, sudahnye ummi dan insyirah duduk sajalah di tempat menunggu heheh.

jenoknye anak ummi tido..

skrg ni susah benar nak ambil gambar insyirah..
ms tido je la ms sesuai hehehe (ni gambar insyirah ke umminye ni?)


cak! ha.. serabai rambut anak ummi nih.
dimaafkan sbb br bgn tido heheh

Sunday, May 30, 2010

Bulan bersejarah..

salam, alhamdulillah syukur.. di kala tirai senja bulan Mei 2010 hendak melabuhkan tirai, sempat juga saya mengupdate blog. rasa mcm bersalah pun ada asik duk tempek ayat orang.. apapun harap pembaca tak marah dgn perbuatan2 itu.. bukan lah disengajakan, bnyk yg nk diceritakan tp bila jumpa artikel yang lebih sesuai / penting / berinfo rasanya eloklah didahulukan artikel-artikel itu...

mei 2010.. sekejap saja masa berlalu.. terlalu bnyk cerita yang nk diceritakan.. tup... tup... dh nk akhir bulan.. bnyk ucapan selamat, tahniah, takziah dan sebagainya saya terima. bukanlah apa, terlalu bnyk peristiwa menarik yg membuatkan kehadiran bln mei setiap tahun membuatkan saya ternanti2... sgt istimewa... :)

oklah dimulakan dgn bismillah, kita mulakan dgn berita gembira dulu yee.. berita selamat yang pertama.. alhamdulillah tanggal 2 mei yang lepas, bertambahlah usia anak sulung m. ashaari dan pn noriah ni... dah naik satu lagi anak tangga tanda saya dah bertambah usia, pemikiran sepatutnya lebih matang (alhamdulillah terlalu bnyk peristiwa dilalui menyebabkan saya lebih matang drpd perangai saya heheh) dulu2 masih di bawah pemerhatian mak ayah, kini tinggal sebumbung dengan suami alhamdulillah, syukur ya Allah... terima kasih utk ucapan-ucapan dan terima kasih juga kepada hubby sudi belanja makan.. amat bermakna bila berpeluang meraikan hari bersejarah bersama teman hidup kita heheh.. :)

di hari perkahwinan kami.. bersama kedua-dua emak tersayang..

ucapan selamat yang seterusnya.. selamat hari ibu.. khas utk ibu dan ibu mertuaku, kedua-duanya ku panggil 'emak'... ralat rasanya tidak dapat berikan hadiah special & mahal cuma dapat belanja makan (itupun tapau) kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan... namun aku takkan lupa jasa emak yang kandung dan membesarkan aku... dan kini masih lagi membimbingku walaupun dah bergelar isteri orang.... 2 tahun sudah aina berumahtangga, maka dalam tempoh itulah juga aina mempunyai seorang lagi ibu yang dipanggil dengan panggilan 'emak', emak mertua.. alhamdulillah kehadiran aina dalam hidup anak kesayangannya tidak langsung menggugat kedudukannya sebagai ibu namun dianggapnya saya dan menantu yang lain sebagai anaknya sendiri.. dulu... sblm kahwin, isu ibu mertua bukan lagi mainan tidur, tapi mainan bualan rakan-rakan dek kerana layanan yang kurang enak diberi, namun itu tidak terjadi dalam hidup saya alhamdulillah.. walaupun saya tau kedua-dua emak saya tidak membaca entry ini, namun saya ingin sekali mewar-warkan jutaan terima kasih kerana memberikan kasih sayang sebagai emak, yang terbaik tidak tertanding kasih sayang lain di dunia ini.. terima kasih, emak...

bersama anakku Annur Insyirah..

selamat hari ibu... saya tujukan juga untuk diri saya... alhamdulillah segala perancangan diatur, dengan kehendak Allah s.w.t yang Maha Berkuasa, saya dan hubby dikurniakan seorang anak yang comel, Annur Insyirah... sejak mengandung dan membesarkan insyirah, saya semakin mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu.. saya rasa bersyukur kerana pada kali pertama Allah berikan saya rezki utk merasai perasaan itu, menyambut hari ini bersama-sama suami tercinta, serta diwarnai dengan keletah puteri sulung tercinta. sedaya upaya saya telah merancang dan mencuba untuk memberikan yang terbaik utk puteri saya.. anakku Annur Insyirah, ummi sangat sayang padamu, engkau adalah permata hati dan hasil cinta suci ayah dan ummi, kehadiranmu mmg ummi terima gembira, semoga engkau dapat menjadi anak yang solehah, aman bahagia hidupmu, tercapai cita-citamu, semoga engkau dapat mendidik bakal adik-adikmu kelak... darah dagingmu terhasil daripada susu ummimu, ummi halalkan setiap titis susu ummi untuk mu.... (owh sebak sendiri bila taip entry ni.. huhhh)

gaya seorang guru..

oklah ... utk ucapan selamat yang seterusnya... iaitu pada minggu seterusnya... ditujukan khas buat hubby tersayang, selamat hari guru, abang.. :) sejak menjadi guru, saya merangkap setiausaha tak perbadi nilah yang akan get ready bekas dan tempat untuk simpan segala hadiah-hadiah yang beliau dapat.. aina dapat bayangkan keseronokan hubby tiap kali student dapat berikan reaksi atau respon dan kejayaan yang baik dengan setiap pelajaran yang diberi. yee... saya tidak menafikan bahawa hanya mereka yang berhati kental dan bersemangat waja sahaja akan dapat jadi guru yang baik di zaman ini, kerana cabaran menjadi guru, cara mendidik, beban kerja dan tugas yang dipikul amat berat berbanding zaman-zaman kita dahulu... semoga abang dapat menjadi guru pendidik yang terbaik utk anak kita dan juga bangsa ye abang :)

habis sudah cerita-cerita gembira.. skrg ni giliran cerita sedih pulak.

nak dijadikan cerita, anak kami, annur insyirah itu, pada satu malam si kecil molek ni dengan kelajuan maksima (bak kata pak teh mcm tentera!) telah masuk ke bilik stor a.k.a bilik barang a.k.a bilik lipat kain a.k.a bilik menggosok baju.... ummi yang tengah duk ralit membungkus stok barang yang perlu dihantar dan pos kepada klien esok terkejut terkedu dgr jeritan anak kecil..... ya Allah anak aku! owh.. menjerit n melihat, cuba kuatkan hati, menjerit minta abang ambilkan ubat gigi / minyak gamat. minyak gamat tak dijumpa, ambil ubat gigi sapu banyak2.. insyirah menangis tahan sakit dan seperti biasa, tiap kali insyirah menangis, susu ummi lah jadi penawarnya.. alhamdulillah insyirah menangis sekejap saja, akhirnya tangisan itu kembali reda bila ubat gigi hpa menyeliputi ruang tangannya dan dia dah boleh tersenyum..

gambar luka pd hari ke-2

nk tau sebab apa? ... sebenarnya insyirah terkena seterika a.k.a iron panas.. dah cuba letak ditempat terbaik tapi boleh juga dicapai oleh si kecil yang comel lote ni.. mujurlah x terkena kat bahagian lain.. kalau terkena tempat lain cthnya punggung atau muka? owh... pening kami suami isteri. last2 terus ambil seterika itu dan letakkan di tempat yang agak2 paling selamat .. huhh...

close-up skit...hari ke-3

latest.. dh nk sihat daa..

hari ni.. nampaknya tgn insyirah dah semakin ok dan sihat, kami tak lah risaukan dirinya yg tak kenal erti sakit sbb dr malam dia kena lagi pas nangis nk minum susu dia kembali ok, takut2 lah lukanya termasuk debu n asap2 n dijangkiti bakteria sekeliling pulak so tiap2 hari dan masa bila teringat je terus sapu minyak gamat alhamdulillah sume kembali ok.. bila ummi dan ayah tunjuk dan pegang tangan tengok, insyirah seakan paham yang tangannya 'tak sihat' dan akan tunjukkan jarinya ke arah bilik iron tu. mm sian anak ummi, lain kali tak yah la pegang alat2 letrik ni sayang ehh..

oklah sampai di sini sahaja.. mata dah mula mengantuk sbb jam dh menunjukkan hampir ke 3 pagi... kena tido sbb kejap lagi insyirah akan cari biasalah nk isi perutnye hehh.. selamat malam..

nota : ku mencari... ku mencari... di manakah seseorang yg bergelar ibu menjagaku satu tika dulu... namun ku tak pasti di mana ia sekarang.. berdosakah aku walaupun jagaanku dibayar .. teringin sekali berjumpa dengannya...

Monday, May 10, 2010

Dosa-Dosa & Facebook


salam... aina baru dapat satu email drpd seorang sahabat... utk dikongsi oleh semua pembaca2, untuk renungan dan tatapan kita semua.. yang telah dan akan mempunyai akaun facebook, friendster, twitter dan yang sewaktu dengannya... baca yeee..

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut
mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan
olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan,
tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah
semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa
pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga
memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat
‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH
di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini
berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan kemua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang
menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali
anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh
menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling
kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan,
tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau
tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas
menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata,
‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika
tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan menginsafkan diri saya dan rakan pembaca andai kita terlena @ terleka seketika...

Friday, May 07, 2010

Di usia 10 bulan...

suke tutup muka ms menyusu :)

*-entry lama yang diusik kembali-*

jam skrg dh hampir ke pukul 12 t.mlm.. ummi x dpt lelapkan mata dari tadi kerana tak tertanggung gigi yg berdenyut2 kesakitan. hajat nk update entry, br je upload gambar insyirah terjaga merengek mencari 'minumannya', jadi ummi terhenti seketika.

20 minit berlalu, ummi angkat kaki insyirah letak kat atas tilam (insyirah sgt suke peluk ummi dan letak kaki atas peha ummi waktu like kaki ummi cam bantal peluk dia esp waktu tido atau menyusu) dan pastikan insyirah dh lena tidur, ummi bangkit kembali nk habiskan cerita ummi untuk anak ummi ni.

sebenarnya hasrat ummi untuk tidurkan insyirah dgn bacaan selawat dan bacakan cerita, tapi buat masa ni tak kesampaian memandangkan bila ummi kuatkan volume suara ummi anak ummi ni tak jadi tido... menyusu kejap pastu angkat kepala then senyum... senyum yg menakutkan sbb tu tanda anak ummi masih cergas nk bermain! hehe. so ummi tidokan anak ummi dgn cara menyusukan sambil selawat dalam hati je... harap2 selawat yang ummi selalu dendangkan itu akan jadi penawar tidur yang paling mujarab utk anak ummi selamanya :)

oklah kita cerita pasal lain pulak... kemarin, tanggal 02 Mei 2010 genapla usia ummi insyirah ni 29 tahun, ummi sgt2 gembira dpt meraikan bersama anak ummi. tahun lepas, anak ummi masih dalam perut, kali ni ada di depan mata. tentunya ia saat paling menggembirakan buat ummi... kehadiran anak ummi insyirah amat bermakna memandangkan saat ni ayah tiada kerana perlu pulang ke kampung tunaikan tanggungjawabnya sbg anak.. kita tak dpt balik sbb ummi dan ayah risau mcmana keadaan anak ummi kalau naik bas! paham2 sajalah anak ummi yg ligat cergas ni, hehe...

bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya.. yang penting nak diceritakan anak ummi dah genap 10 bulan 2 hari selepas itu, iaitu pada 4 Mei 2010.. alhamdulillah, dan makin besar tinggi anak ummi ni. hampir semua orang yang jumpa tekejut tgk anak ummi yang makin tinggi a.k.a kaki katih pjg! hehe. apa2pun ummi mengucapkan syukur alhamdulillah nikmat Allah beri pada ummi, anak yang sangat2 baik mendengar kata, semoga anak ummi jadi anak yang solehah hingga akhir hayatnya... ye..

anak ummi yg dh makin besar.. dan tinggi hihi

tidak apa yang ummi harapkan hanyalah berdoa sepanjang masa agar anak ummi sentiasa berada dalam keadaan sihat, terpelihara akhlak dan keperibadianmu dan hidup sejahtera di bawah lindungan rahmah Ilahi.. semoga perjalanan hidup anak ummi tidak dirumitkan dengan pelbagai masalah, semoga anak ummi sentiasa berada dalam iman yang teguh... dan semoga segala yang baik hanya untukmu sayang.... aminn..

" Kenapa susah2 berniaga? "

salam.. haaa lama betul tak mengarang, rindu kat blog ni. bukan tak mo, tp masa yg tak mengizinkan. dgn kata lain, kepadatan masa. dh gian nk mengarang ni, so curiklah sikit masa untuk lepas rindu.. hehe.



oklah cite psl diri sendiri dl... "selamat hari jadi kak aina..".. wah2.. dh tua dah diri ku ni.. hitung punye hitung usiaku dh melonjak 29 rupanya! waa.. sekejap je rasa ms berlalu .. br je rasa mcm habis sekolah, habis kolej.. skrg dh punya anak (walaupun org lain dah berduyun2 anak heheh). apapun time kasih pada sahabat saya, org pertama yg wish (walaupun 2 hari awal dr besdaykuu...) dan kepada suami dan famili saya terima kasih banyak2.. terima kasih juga kepada sahabat2 dan orang sekeliling yang sudi ingat tarikh lahirku (walaupun kadang2 kealpaan tu jelas kelihatan bile sll lupe nk wish time tiba besday orang lalalalalla).

haa.. baru2 ni sempatlah lancarkan laman blog baru utk aina berbisnes dgn lebih rapi n rancak (chewah..) alhamdulillah jualanku laris selaris goreng pisang (tp masih menang tgn) tp syg sbb tak sempat nk update sgt blog n tak bape user friendly... insyaAllah laman yg lbh friendly akan menjelang ye, wahai customer2 setia aina sekalian.. pada yang tahu, dah lama dah berniaga, tp br saje ada laman sendiri untuk memudahkan customer dptkan info n paling penting promosi dan diskaun yg akan selalu diadakan.

cumaa.... ada beberapa soalan daripada beberapa orang menerjah saya.. saya rumuskan sume soalan kpd soalan yg satu ni.. : "kenapa susah2 berniaga padahal dah ada gaji tetap?" "kenapa pilih maajun dan barang lunatots yg mahal itu?" haa.. jwpn saya adalah seperti berikut.. hehe :-

sebab saya berniaga :
  • memang dh suke @ minat beniaga sejak kecik2.. drpd jual pensil picit, pen, barang2 avon etc.. masih mencari dan terus mencari produk yang dekat di hati, akhirnya terjumpa dan terpakai dan terimplemen lah MAB dan lunatots...
sebab saya jual MAB :
  • saya nk memartabatkan kaum wanita dan mengurangkan risiko perceraian di kalangan kaum melayu umumnya dan Islam khususnyaa..
  • saya nak wanita kuat, sihat, segar dan cantik selalu agar dapat jalankan tugas sebagai seorang wanita, isteri, ummi, pelajar dan gelaran-gelaran lain secara langsung @ tidak langsung..
sebab saya jual produk lunatots :
  • saya nak pelihara alam sekitar.. tgk sajalah bumi kita yg semakin hari semakin panas walaupun hujan sepanjang hari tapi tetap berpeluh kepanasan di malam hari...
  • saya nak kepentingan memberikan susu ibu yakni susu terbaik di dunia ini disebarkan dan diambil perhatian dan diberikan ilmu dan semangat untuk para ibu di dunia ini.. kerana lunatots bukan sahaja mementingkan jualan CD bahkan menitikberatkan penyusuan susu ibu, menjadi ahli sokongan susu ibu semalaysia, dan menyebarkan ilmu tentang keibubapaan..
  • lunatots MAHAL? oo... itu adalah tersalah anggapan yg paling besar.... kerana servis dan kualiti produk kami adalah terjamin, terbagus dan terelok dibandingkan dengan pesaing2 kami. kalau tak caya, anda boleh nilai sendiri CD dari seluruh produk yang ada di pasaran dengan CD lunatots bila berkunjung ke showroom kami :-) produk lunatots juga mementingkan kualiti dengan selalu menambahbaik dan mengupgrade produk tanpa menaikkan harganya :) tak caya juga? sayalah antara pengguna awal CD lunatots.. anda boleh lihat sendiri perkembangan produk dr awal hingga skrg di showroom kami juga! :-)

dan yang paling... paling penting... saya nak yang terbaik untuk kaum wanita dan anak-anak ... kerana anak-anak bakal pewaris bangsa kita.. dan wanita adalah tonggak kehidupan seorang lelaki dan tonggak kemaslahatan dunia ini..

harap-harapnya semua soalan terjawab yee... saya tahu ramai di luar sana, termasuk rakan sahabat saya yang masih belum dapat cahaya mata, hubungilah saya, saya akan cuba bantu anda... dan saya juga tahu ramai di luar sana masih tertanya-tanya tentang kewanitaan mereka yang semakin terancam rumahtangga tunggang langgang cubalah untuk bertanya saya... juga kepada mereka yang telah menjadi ibu masih ada anak kecil namun masih ragu-ragu tentang penggunaan CD (cloth diaper), kelebihannya berbanding DD (disposal diaper), serta ragu-ragu dan tidak yakin tentang penyusuan susu ibu.. hubungi lah saya, saya akan cuba membantu sedaya upaya saya... marilah kita sama-sama memartabatkan institusi kekeluargaan kita...

segala perbualan dan hasil pertemua saya dengan pelanggan adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak... itu polisi syarikat saya... :)

oklah.. ini sahajalah termampu untuk saya coretkan lepaskan rindu dan menjawab semua soalan, segala persoalan lain boleh terus diajukan kepada saya, selamat memajukan diri ye semua!

Monday, May 03, 2010

Di usia 9 bulan...

Alhamdulillah.. anak ummi kini dah berusia 9 bln.. dlm 2,3 hari lagi akan menjengah 10 bulan.. walaupun insyirah dikatakan kekurangan dr sudut perkembangan fizikal... ummi tak kisah langsung apa kata orang. yang penting ummi dh niat minta pada tuhan semoga ummi dapat lihat satu persatu perkembangan fizikal, emosi dan mental anak ummi sendiri..

nampaknya insyirah tak suka kedudukan merangkak.. dia lebih suka meniarap.. skrg ni, kalau ummi jalan ke dapur, tak semena2 muka si comel ummi dh terjegil senyum2 tanda minta izin nk menyemak sama. apatah lagi kalau sekadar nk masuk keluar bilik, laju jee... dan yang paling best insyirah skrg dh pandai main kejar2 (dl pandai gak tp main redah je nk lari, skrg tul2 pandai wat dua tiga pusingan n lari dari si pengejar hehe), dan pandai mengeksperesikan emosi dan memahami situasi orang sekeliling.. andai org sekeliling hepi, hepilah juga insyirah.. tp kalau sebaliknya, dialah org pertama yg akan memeluk dan mencium tanda prihatin..

dan yang paling best.. aksinye time amik gamba mmg mencuit hati heheh. cuba insyirah tgk aje gamba anak ummi yg tak kenal erti penat n lelah ni heheh. time ni ayah n ummi bwk insyirah jalan2 kat tmn tasik cempaka... ptg2 hujung minggu kan...

ada mcm adik sin chan kaaa..?

pk.. "nk wat posing pe ye...?"
ker... ade jejaka lalu dpn sane? heheh

si budak kecik yg tak perasan ummi amik gambar dia dr atas heheh
(ummi siap panjat tembok batu nk amik scene ni tau :) )

alahai.. ngan tgn2 nye bergerak control cun heheh :)

ayah.. cakk... ??

perkembangan terbaru insyirah..
panjat + meniarap atas meja????

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates