Bulan bersejarah..
salam, alhamdulillah syukur.. di kala tirai senja bulan Mei 2010 hendak melabuhkan tirai, sempat juga saya mengupdate blog. rasa mcm bersalah pun ada asik duk tempek ayat orang.. apapun harap pembaca tak marah dgn perbuatan2 itu.. bukan lah disengajakan, bnyk yg nk diceritakan tp bila jumpa artikel yang lebih sesuai / penting / berinfo rasanya eloklah didahulukan artikel-artikel itu...mei 2010.. sekejap saja masa berlalu.. terlalu bnyk cerita yang nk diceritakan.. tup... tup... dh nk akhir bulan.. bnyk ucapan selamat, tahniah, takziah dan sebagainya saya terima. bukanlah apa, terlalu bnyk peristiwa menarik yg membuatkan kehadiran bln mei setiap tahun membuatkan saya ternanti2... sgt istimewa... :)
oklah dimulakan dgn bismillah, kita mulakan dgn berita gembira dulu yee.. berita selamat yang pertama.. alhamdulillah tanggal 2 mei yang lepas, bertambahlah usia anak sulung m. ashaari dan pn noriah ni... dah naik satu lagi anak tangga tanda saya dah bertambah usia, pemikiran sepatutnya lebih matang (alhamdulillah terlalu bnyk peristiwa dilalui menyebabkan saya lebih matang drpd perangai saya heheh) dulu2 masih di bawah pemerhatian mak ayah, kini tinggal sebumbung dengan suami alhamdulillah, syukur ya Allah... terima kasih utk ucapan-ucapan dan terima kasih juga kepada hubby sudi belanja makan.. amat bermakna bila berpeluang meraikan hari bersejarah bersama teman hidup kita heheh.. :)
ucapan selamat yang seterusnya.. selamat hari ibu.. khas utk ibu dan ibu mertuaku, kedua-duanya ku panggil 'emak'... ralat rasanya tidak dapat berikan hadiah special & mahal cuma dapat belanja makan (itupun tapau) kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan... namun aku takkan lupa jasa emak yang kandung dan membesarkan aku... dan kini masih lagi membimbingku walaupun dah bergelar isteri orang.... 2 tahun sudah aina berumahtangga, maka dalam tempoh itulah juga aina mempunyai seorang lagi ibu yang dipanggil dengan panggilan 'emak', emak mertua.. alhamdulillah kehadiran aina dalam hidup anak kesayangannya tidak langsung menggugat kedudukannya sebagai ibu namun dianggapnya saya dan menantu yang lain sebagai anaknya sendiri.. dulu... sblm kahwin, isu ibu mertua bukan lagi mainan tidur, tapi mainan bualan rakan-rakan dek kerana layanan yang kurang enak diberi, namun itu tidak terjadi dalam hidup saya alhamdulillah.. walaupun saya tau kedua-dua emak saya tidak membaca entry ini, namun saya ingin sekali mewar-warkan jutaan terima kasih kerana memberikan kasih sayang sebagai emak, yang terbaik tidak tertanding kasih sayang lain di dunia ini.. terima kasih, emak...
selamat hari ibu... saya tujukan juga untuk diri saya... alhamdulillah segala perancangan diatur, dengan kehendak Allah s.w.t yang Maha Berkuasa, saya dan hubby dikurniakan seorang anak yang comel, Annur Insyirah... sejak mengandung dan membesarkan insyirah, saya semakin mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu.. saya rasa bersyukur kerana pada kali pertama Allah berikan saya rezki utk merasai perasaan itu, menyambut hari ini bersama-sama suami tercinta, serta diwarnai dengan keletah puteri sulung tercinta. sedaya upaya saya telah merancang dan mencuba untuk memberikan yang terbaik utk puteri saya.. anakku Annur Insyirah, ummi sangat sayang padamu, engkau adalah permata hati dan hasil cinta suci ayah dan ummi, kehadiranmu mmg ummi terima gembira, semoga engkau dapat menjadi anak yang solehah, aman bahagia hidupmu, tercapai cita-citamu, semoga engkau dapat mendidik bakal adik-adikmu kelak... darah dagingmu terhasil daripada susu ummimu, ummi halalkan setiap titis susu ummi untuk mu.... (owh sebak sendiri bila taip entry ni.. huhhh)
oklah ... utk ucapan selamat yang seterusnya... iaitu pada minggu seterusnya... ditujukan khas buat hubby tersayang, selamat hari guru, abang.. :) sejak menjadi guru, saya merangkap setiausaha tak perbadi nilah yang akan get ready bekas dan tempat untuk simpan segala hadiah-hadiah yang beliau dapat.. aina dapat bayangkan keseronokan hubby tiap kali student dapat berikan reaksi atau respon dan kejayaan yang baik dengan setiap pelajaran yang diberi. yee... saya tidak menafikan bahawa hanya mereka yang berhati kental dan bersemangat waja sahaja akan dapat jadi guru yang baik di zaman ini, kerana cabaran menjadi guru, cara mendidik, beban kerja dan tugas yang dipikul amat berat berbanding zaman-zaman kita dahulu... semoga abang dapat menjadi guru pendidik yang terbaik utk anak kita dan juga bangsa ye abang :)
habis sudah cerita-cerita gembira.. skrg ni giliran cerita sedih pulak.
nak dijadikan cerita, anak kami, annur insyirah itu, pada satu malam si kecil molek ni dengan kelajuan maksima (bak kata pak teh mcm tentera!) telah masuk ke bilik stor a.k.a bilik barang a.k.a bilik lipat kain a.k.a bilik menggosok baju.... ummi yang tengah duk ralit membungkus stok barang yang perlu dihantar dan pos kepada klien esok terkejut terkedu dgr jeritan anak kecil..... ya Allah anak aku! owh.. menjerit n melihat, cuba kuatkan hati, menjerit minta abang ambilkan ubat gigi / minyak gamat. minyak gamat tak dijumpa, ambil ubat gigi sapu banyak2.. insyirah menangis tahan sakit dan seperti biasa, tiap kali insyirah menangis, susu ummi lah jadi penawarnya.. alhamdulillah insyirah menangis sekejap saja, akhirnya tangisan itu kembali reda bila ubat gigi hpa menyeliputi ruang tangannya dan dia dah boleh tersenyum..
nk tau sebab apa? ... sebenarnya insyirah terkena seterika a.k.a iron panas.. dah cuba letak ditempat terbaik tapi boleh juga dicapai oleh si kecil yang comel lote ni.. mujurlah x terkena kat bahagian lain.. kalau terkena tempat lain cthnya punggung atau muka? owh... pening kami suami isteri. last2 terus ambil seterika itu dan letakkan di tempat yang agak2 paling selamat .. huhh...
hari ni.. nampaknya tgn insyirah dah semakin ok dan sihat, kami tak lah risaukan dirinya yg tak kenal erti sakit sbb dr malam dia kena lagi pas nangis nk minum susu dia kembali ok, takut2 lah lukanya termasuk debu n asap2 n dijangkiti bakteria sekeliling pulak so tiap2 hari dan masa bila teringat je terus sapu minyak gamat alhamdulillah sume kembali ok.. bila ummi dan ayah tunjuk dan pegang tangan tengok, insyirah seakan paham yang tangannya 'tak sihat' dan akan tunjukkan jarinya ke arah bilik iron tu. mm sian anak ummi, lain kali tak yah la pegang alat2 letrik ni sayang ehh..
oklah sampai di sini sahaja.. mata dah mula mengantuk sbb jam dh menunjukkan hampir ke 3 pagi... kena tido sbb kejap lagi insyirah akan cari biasalah nk isi perutnye hehh.. selamat malam..
nota : ku mencari... ku mencari... di manakah seseorang yg bergelar ibu menjagaku satu tika dulu... namun ku tak pasti di mana ia sekarang.. berdosakah aku walaupun jagaanku dibayar .. teringin sekali berjumpa dengannya...
0 komen blog nie:
Post a Comment