Di usia 10 bulan...
*-entry lama yang diusik kembali-*
jam skrg dh hampir ke pukul 12 t.mlm.. ummi x dpt lelapkan mata dari tadi kerana tak tertanggung gigi yg berdenyut2 kesakitan. hajat nk update entry, br je upload gambar insyirah terjaga merengek mencari 'minumannya', jadi ummi terhenti seketika.
20 minit berlalu, ummi angkat kaki insyirah letak kat atas tilam (insyirah sgt suke peluk ummi dan letak kaki atas peha ummi waktu like kaki ummi cam bantal peluk dia esp waktu tido atau menyusu) dan pastikan insyirah dh lena tidur, ummi bangkit kembali nk habiskan cerita ummi untuk anak ummi ni.
sebenarnya hasrat ummi untuk tidurkan insyirah dgn bacaan selawat dan bacakan cerita, tapi buat masa ni tak kesampaian memandangkan bila ummi kuatkan volume suara ummi anak ummi ni tak jadi tido... menyusu kejap pastu angkat kepala then senyum... senyum yg menakutkan sbb tu tanda anak ummi masih cergas nk bermain! hehe. so ummi tidokan anak ummi dgn cara menyusukan sambil selawat dalam hati je... harap2 selawat yang ummi selalu dendangkan itu akan jadi penawar tidur yang paling mujarab utk anak ummi selamanya :)
oklah kita cerita pasal lain pulak... kemarin, tanggal 02 Mei 2010 genapla usia ummi insyirah ni 29 tahun, ummi sgt2 gembira dpt meraikan bersama anak ummi. tahun lepas, anak ummi masih dalam perut, kali ni ada di depan mata. tentunya ia saat paling menggembirakan buat ummi... kehadiran anak ummi insyirah amat bermakna memandangkan saat ni ayah tiada kerana perlu pulang ke kampung tunaikan tanggungjawabnya sbg anak.. kita tak dpt balik sbb ummi dan ayah risau mcmana keadaan anak ummi kalau naik bas! paham2 sajalah anak ummi yg ligat cergas ni, hehe...
bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya.. yang penting nak diceritakan anak ummi dah genap 10 bulan 2 hari selepas itu, iaitu pada 4 Mei 2010.. alhamdulillah, dan makin besar tinggi anak ummi ni. hampir semua orang yang jumpa tekejut tgk anak ummi yang makin tinggi a.k.a kaki katih pjg! hehe. apa2pun ummi mengucapkan syukur alhamdulillah nikmat Allah beri pada ummi, anak yang sangat2 baik mendengar kata, semoga anak ummi jadi anak yang solehah hingga akhir hayatnya... ye..
tidak apa yang ummi harapkan hanyalah berdoa sepanjang masa agar anak ummi sentiasa berada dalam keadaan sihat, terpelihara akhlak dan keperibadianmu dan hidup sejahtera di bawah lindungan rahmah Ilahi.. semoga perjalanan hidup anak ummi tidak dirumitkan dengan pelbagai masalah, semoga anak ummi sentiasa berada dalam iman yang teguh... dan semoga segala yang baik hanya untukmu sayang.... aminn..
0 komen blog nie:
Post a Comment