Semoga semuanya selamat.
Maklong,Kakak sulong emak, sangat dikagumi sifat keibuan yang beliau dalam dirinya.
Kini beliau ada di hospital, baru saja selamat menjalani pembedahan tulang belakang..
Keperitannya kami rasai..
Walaupun aina dan sepupu yang lain hanya anak saudaranya..
Kerana beliau layan dan anggap kami macam anak sendiri..
Kalau datang umah, mesti licin segala kerja umah diselesaikannya..
Kalau pergi mana-mana.. bila tau ada anak saudara di situ, mesti dicari dihantar apa saja yang ada..
Bila datang kl, mesti bawa seguni beras, durian, budu, buah-buahan dan segala yang bole dibeli dan dimuatkan dalam bas..
Bila anak saudara duduk di kelantan, dialah org yang mempertanggungjawabkan dirinya untuk menjaga kami..
Aina pernah rasa kasih sayangnya itu.. hingga kini masih terasa..
Maklong bagaikan ibu kedua.. bila duk jauh, dia yang isi kekosongan kasih sayang seorang ibu..
Maklong akan masak dan bawa makanan kegemaran aina.. juga makanan kegemaran Dr Hanan anaknya..
Dan pastikan ada bekal untuk aina makan pada waktu malam setelah beliau pulang..
Bila aina nak bertunang dah berkahwin, maklong lah antara org paling sibuk, dipastikan aina dapat jodoh yang baik dan boleh jaga aina.. dipastikan segala masakan dan event yang akan diadakan berjalan lancar.. menitis air mata .. bila lihat sesampainya maklong di rumah, ditukar tudung dan pakaian, terus ke dapur...
Kasihnya pada anak saudara bagai anak sendiri.. tidak tertanding dengan yang lain..
Terlalu banyak.. hinggakan anak2 saudaranya memanggilnya 'ma(singkatan pada mama)' sama seperti anaknya..
Doakan semoga maklong cepat sembuh.. doakan keselamatan dan kemudahan untuknya...
Seperti mana beliau yang tidak pernah mengata orang, sifat mahmudahnya terserlah... dan selalu memudah dan menyenangkan org disekitarnya..
Hati ini rasa resah gelisah.. ralat tidak dapat balik ke kampung menziarahi, semoga akan dipertemukan dengannya nanti..
Salam,
0 komen blog nie:
Post a Comment