Thursday, August 18, 2011

Darah Haid vs Darah Istihadah

Salah satu petanda akhir zaman apabila kaum wanita didatangi darah yang tidak teratur, dan berterusan.. itu salah satu hadith yang saya sendiri tidak ingat riwayat mana, sbb tu di zaman sekolah dulu..

Saya, salah seorang yang 'terjebak' dalam permasalahan ini, sejak awal aqil baligh lagi (blh dibayangkan betapa kalutnya saya, emak dan ayah saya tentang hal ini, kan?) darah yang berhari-hari atau berbulan-bulan tanpa henti, haid yang tidak teratur, darah yang selalu datang walau hanya setitik dan macam-macam lagi kaedah dan cerita yang timbul.

Saya mendapatkan rawatan di pusat homeopathy hassan, dari sudut kedoktoran katanya ada 3 faktor utama perkara ini berlaku;
i) tekanan emosi atau perasaan
ii) pemakanan yang tidak betul / diet yang tidak seimbang
iii) sakit dalam rahim
iv) gangguan makhluk halus

Saya punya berkait dengan semua faktor di atas kecuali no (iii) alhamdulillah.. kerana tertekan akibat hendak peperiksaan, saya pernah didatangi darah selama 3 bulan tanpa henti dengan kadar darah yang bnyk seperti tertumpah darah.. saya juga pernah mengalami pengeluaran setitik, setitik akibat gangguan makhlus halus.. pemakanan saya yang tidak seimbang juga penyebab kepada masalah ini..

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat di luar sana terutamanya pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai masalah ini, berikut adalah penerangan kaedah menentukan samada darah yang keluar adalah haid atau tidak, berdasarkan pengetahuan dan amalan yang saya praktikkan setelah ibu dan ayah saya mencari rujukan di pejabat agama, berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan ustazah berkait hal ini..

Penerangan berdasarkan kronologi contoh pengeluaran darah melalui gambar kalendar bulanan di bawah;
Jadual 1 : Bulan Julai 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar), Line merah (tempoh 15 hari pengeluaran darah)

Kronologi;
- Anggapan bahawa di bulan Jun 2011 ada jarak 15 hari sblm 1-07-11 (hari pertama darah keluar bln Julai 2011).
- Darah keluar pertama kali pada 01-07-11 hingga 07-07-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 3 hari.
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (11-07-11) hingga hari keempat belas (14-07-11)

Ulasan;
- Tempoh pengeluaran haid adalah 15 hari.
- Jika sekiranya telah suci, namun masih lagi keluar darah, maka akan dikira haid selagi tidak cukup tempoh 15 hari (kali kedua pengeluaran (setelah 3 hari tiada darah))
- Kiraan tempoh 15 hari haid bermula daripada hari pertama hingga hari terakhir keluar darah, termasuk waktu suci.
- Jika sekiranya tiada darah pada hari ke-15, maka tempoh haid pada bulan Julai 2011 hanya dikira sebanyak 14 hari. 15-07-11 boleh dikira sebagai hari pertama suci antara 2 haid.


Jadual 2 : Bulan Ogos - September 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar)

Kronologi Bulan Ogos 2011;
- Darah keluar pada 01-08-11 hingga 07-08-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 15 hari (08-08-11 hingga 22-08-11).
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (23-08-11) hingga (27-08-11).

Kronologi Bulan September 2011;
- Darah keluar pada 12-09-11 hingga 25-09-11 (15 hari)

Ulasan Bulan Ogos 2011;
- Oleh kerana di bulan Julai 2011 (gambar 1) tiada lagi darah keluar pada 15-07-11, maka hari bersih antara 2 haid dikira bermula pada hari tersebut.
- Tempoh bersih antara dua haid adalah 15 hari, jadi tempohnya bermula daripada 15-07-11 hingga 29-07-11, jadi jika ada keluar darah selepas itu, dikira darah haid.
- Pengeluaran darah haid adalah selama 7 hari sehingga 07-08-11. Tiada lagi darah yang keluar selepas itu bagi 8 hari berikutnya (jika ada keluar, dikira haid spt cth bulan julai 2011), maka pada 08-08-11 dikira sebagai hari suci yang pertama di antara dua haid.
- Tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari, jadi berakhir pada 22-08-11.
- Hari berikutnya, 23-08-11 adalah hari haid.

Ulasan Bulan September 2011;
- Oleh kerana tiada lagi darah keluar pada 28-08-11 hingga 06-09-11, maka 28-09-11 dikira sebagai hari pertama suci di antara dua haid.
- Jadi darah yang keluar pada 12-09-11 dikira darah haid, pengeluaran darah tidak berhenti sehingga 26-09-11, maka tempoh itu dikira haid.
- 27 dan 28 September 2011 masih lagi keluar darah, maka dikira darah istihadah, kerana telah lebih tempoh maksima haid.

Aturan mandi wajib kena masih lagi keluar darah;
-Disarankan anda mencatat waktu darah mula keluar pada hari pertama period untuk memudahkan pengiraan hari dan waktu yang sepatutnya anda mandi wajib, ditakuti jika terkurang jam boleh jadi kurang 15 hari, kalau terlebih jam boleh jadi 16 hari. Namun jika anda tidak tahu atau tak pernah alami perkara ini, bolehlah mandi wajib pada waktu Maghrib, kerana dalam Islam, waktu maghrib adalah permulaan bagi hari berikutnya.

Jika anda didatangi Istihadah, usah risau, berpuasalah dan solatlah seperti biasa, boleh membaca Al-Quran, dengan kata lain boleh laksanakan ibadah Islam seperti biasa, cuma,
** pastikan anda telah menyalin pad yakni berada dalam keadaan suci dan bersih sewaktu hendak solat.
** hendaklah mempercepatkan pergerakan diantara waktu menyalin pad, mengambil air sembahyang dan solat.
** tidak perlu risau tentang darah yang keluar setelah kita salin pad yang bersih dan semasa mengerjakan solat.
** tidak boleh menjadi imamah solat
** jika hendak berjemaah hendaklah memasuki saf ketika solat telah dimulakan (saat takbiratul ikram telah diangkat), tidak boleh beriktikaf di masjid kerana dikhuatiri titisan darah mengotori kawasan masjid.

Itulah serba sedikit penjelasan tentang darah haid dan darah istihadah, semoga mendapat manfaat ...

Salam,

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates