Ianya tak sampai 10 hari...
Ini entry yang telah lama di drafkan... baru sahaja disambung taip dan dipaparkan untuk simpanan dan kenangan penulis...Lama saya draft post kali ni. Tak sanggup nak taip. Bila taip sikit, airmata bergenang, pergi ke toilet, lepaskan kesemua airmata yang tak sabar-sabar nak keluar.
Tak sampai 10 hari mek pergi tinggalkan anak menantu, cucu dan cicit-cicitnya, kami terpaksa terima berita kehilangan tok ayah.. tok ayah yang sangat2 penyayang terhadap isteri, anak, cucu cicit nya dan semua orang sekeliling, lemah lembut tutur kata budi bicara, pergi selama-lamanya..
Arwah seorang yang sangat rendah hati, konsisten bangun malam mengerjakan ibadah sunat.. bibirnya hanya mengucapkan zikir dan bacaan ayat-ayat Al-Quran, telitinya beliau dalam menjaga dirinya sewaktu ingin menyembah yang Esa... beliau akan pastikan dirinya mandi, dan berpakaian cantik (kopiah, kain solat bergosok) sebelum solat.. dan kerana itulah hidupnya teratur.. cara duduk, makan, dan semuanya...
Sebenarnya perasaan saya berkata tok ayah dah tak lama, hanya menunggu mek timbul bila balik ke kampung masa mek meninggal hari tu.. sayu rasanya hati bila kucup dahi tok ayah, berat hati nak tinggalkan tok ayah untuk balik ke KL.. seolah tak akan bertemu lagi dengannya... dan perkara itu memang betul2 terjadi...
Kini kedua-dua orang permata hati anak, menantu dan cucu-cucu telah pergi... pergi meninggalkan kami selama-lamanya...
Lepas ni..
Tiadalah lagi orang yang akan sibuk-sibukkan diri bila dengar anak bongsunya nak balik kampung...
Tiadalah lagi orang yang akan hafal kesemua tarikh-tarikh penting anak menantu dan cucu-cucunya..
Tiadalah lagi orang yang akan mula-mula telefon bertanya jam berapa kami sampai di KL bila pulang.
Tiadalah lagi orang yang akan suka merasa makanan baru... belajar perkara baru...
Tiadalah lagi orang yang akan bercerita macam-macam kepada cucu-cucunya... terutama cerita tentang kucing hitam mak..
Saya tahu, besar impaknya bila arwah mek dan tok ayah pergi meninggalkan kami... walau saya tak dapat menatap wajah kedua-duanya buat kali terakhir, namun hanya Allah yang tahu betapa teringinnya saya mencium mereka buat kali terakhir namun apakan daya... yang pasti, tiap kali teringat, doa dan AlFatihah saya sedekahkan buat mereka, moga kedua-dua arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman..
Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas roh-roh mereka, Alfatihah...
Assalam,
0 komen blog nie:
Post a Comment