Featured

Saturday, December 08, 2007

Seminggu setelah....

Salam.... dah lama aina tak update blog ni... sibuk dengan persiapan dan perjalanan majlis kenduri kawen... a.lillah kini selamat sudah bergelar seorang isteri :-) mmg gembira setelah pelbagai cubaan dan dugaan ditempuhi beberapa tahun ini... dan mmg rs bahagia akhirnya dapat hidup bersama dgn org yg tersayang...

sah sudah kami bergelar suami isteri...

Bagi mereka yang berkesempatan hadir meraikan majlis, terima kasih banyak-banyak aina ucapkan. Begitu juga kepada mereka yg sudi mendoakan, memberi ucapan dan juga hadiah perkahwinan secara peribadi / kiriman pos dan sebagainya.. terima kasih banyak2 :-)

Keluarga yg banyak membantu..

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar.. walaubagaimanapun aina bagi pihak mak ayah dan keluarga memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan penganjuran majlis.. majlis perkahwinan pertama bagi mak ayah dan famili, sedikit sebanyak tentu ade yang terkurang..

Bersama hubby dan mala
(one of my best friend as pengapit) sewaktu makan beradap

Terima kasih banyak2 aina ucapkan kepada mak ayah, adik-adik, kawan-kawan terdekat mala, has dan nurul kerana banyak membantu dalam menjayakan majlis aina... tak ketinggalan kepada mak long dan makcik-makcik yang mmg banyak membantu.. terima kasih banyak2...

Sebahagian drpd keluarga besar kami :-)

Lastly, doakan agar majlis di gerik berjalan lancar dan doakan juga untuk kebahagiaan kami ye.....:-)

Friday, November 23, 2007

tinggal 9 hari lagi...

jam telah menunjukkan jam 1.55pg, tp mata masih lg belum mengantuk... aina br sahaja siapkan beberapa perkara yg berkait dgn kenduri nnti... badan terasa penat, tp kepala masih lagi ligat berfikir apa yg akan jadi dalam masa terdekat ni.... hati dan perasaan bercampur-baur, memikirkan pelbagai perkara.... dah nak dekat majlis, macam2 dugaan dan cabaran mendatang.... dgn final exam yg dh tertangguh dua kali akibat dibatalkan.... hinggakan aina rs inilah paper yg paling kelakar hehehehe.....

kdg2 bila dipikirkan betul juga apa org kata, mental dan fizikal kena kuat dalam menghadapi hidup dan status sbg tunangan org.... tp setelah melalui itu semua, tiba masa bakal jadi seorang isteri, perkara itu akan berulang lagi, malah mungkin memaksa diri jadi lebih kuat dan matang berhadapan dgn situasi yg pelbagai... perasaan dan emosi sendiri tak boleh dilayan, tetapi perlu ditepis dgn kekuatan utk hadapi situasi sekeliling....

aina masih lg dlm proses hadapi semua itu... kadang rs tak sabar nak tunggu hari kenduri disebabkan terlalu banyak berfikir dan melakukan aktiviti dan persediaan yg patut semata2 utk kelancaran majlis yg sekali sahaja merasainya dalam hidup ini...

tp kadang hati aina rasa takut dan resah bila fikirkan hari semakin dekat, memikirkan mampukah diri ini menjadi bakal isteri dan menantu yg baik, juga mampukah diri masih lagi menjadi pelajar yg dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran, anak sulung walaupun tidak menjadi kebanggaan tapi cukuplah setakat dapat menjaga keluarga-ibu bapa terutamanya.. tidak ketinggalan mampukah menjadi pekerja yg cemerlang dalam menjalankan tugasan yg diamanahkan oleh pegawai saban hari... masihkah diri mampu utk menjadi kawan yg baik terhadap rakan-rakan nya... masihkah diri mampu untuk semua ini.... berlegar2 di fikiranku sekarang....

doakanlah yang baik-baik sahaja utk kami, ye.... semoga segalanya berjalan lancar... hanya kepadaNya hanya mampu kami pohon, wallahu'alam.....

Sunday, November 18, 2007

Najwa Asyilah Binti Muhammad Azwal :-)

Tahniah untuk En Azwal :-) walaupun lambat diberitahu tapi tetap rasa gembira dengan berita ni .... comel baby nye tak ubah mcm mak ayahnya :-) Aina tgh wat assignment paper network-cisco sambil2 view email, dapat gambar baby yg come ni hehe.. Najwa Asyilah... cantik nama secomel dia... terus sahaja cari makna.... " Bisikan rahsia/nama yang baik " Menurut penulis sebuah buku.. huraian maknanya ialah Anak yang pandai menjaga maruah diri. Sesuai dengan makna namanya yang baik. Rahsia hati ibu bapa ingin memiliki anak yang sempurna telah tercapai dengan memilih nama ini. Tahniah sekali lg utk fiza dan azwal, semoga rasa lebih bahagia dengan kehadiran si comel ni yee.... :-)

Wednesday, November 07, 2007

Open house lagi!


Rs sekejap je dah masuk minggu berikutnya... rs masa semakin hampir.. hampir nak exam utm, hampir nak exam ptk... hampir akhir tahun ( bnyk keje opis tak setel lg nieee....) ... dan yg paling penting dgn pelbagai perasaan.... hampir ke hari yg ditungggu!


Ari sabtu, setelah siapkan 2 test cisco, jam 1.00 petang saya kuar dari umah, singgah amik wardah ngan murni kat umh diorg. lama tak jupe kwn sorang ni.. .borak punye borak tak perasan dh sampai utm hehe.... kelas habis kul 6.30 ptg, kami menuju ke kl central amik aru dan kengkawan yg br sampai dari gopeng. Tunggu punye tunggu akhirnya kelibat aru dan kengkawan nye timbul juga jam 8.00 malam. Setelah singgah di Sg Besi hantar wardah dan cik murni, kami sampai di rumah jam 9.00 malam. Saya dapat msg dari 'si dia'.. katanya nak bg dan amik barang2 yg perlu so sampai umh, amik ati dan barang2 tersebut, then bagi.

Perjalanan kami diteruskan ke pasar malam fasa 1, Bangi (punye jauh perjalanan hehe..) setelah puas berjalan dan membeli ape yg patut, jam 10.45 malam kami sampai di umah. Makan pe yg ade kemudian tido...

Keesokan paginya, awal2 lg saya dapat msg daripada cik wardah mengatakan kelas dibatalkan. Mmg hepi tp risau juga silibus tak sempat habis, 11hb ni dh nak exam. Dapat tau kelas dibatalkan, kami adik beradik wujudkan plan baru. Aina dan ati pi ke Jalan TAR, singgah di komuter serdang hantar aru dan kengkawannya yg akan menuju ke tempat lain.

Get ready untuk makan hehehe...

Alhamdulillah sampai di Jalan TAR kami dapat membeli belah dgn rasa lapang, mungkin kerana pagi tu masih belum ramai yg berkunjung. Menjelang jam 2 petang, rs dh tak larat dari utara ke timur dan selatan jalan tu... kami buat keputusan untuk pulang. Rs teringin pulak nak singgah umah terbuka cik wardah, jadi kami singgah di Sungai Besi. Jadi tetamu perasmi, mmg best sampaikan jam 4 ptg br blk umah hehe.... malamnya saya hanya berehat di rumah selesaikan apa yg patut untuk keperluan training kepada staff MARDI keesokan harinya...

note : mohon maaf kepada mereka yg menjemput untuk rumah terbuka... aina tak dapat hadir kerana kesuntukan masa... next year yee....

Wednesday, October 31, 2007

Aktiviti hujung minggu - versi 2

kak ijah ngan abe dh book tarikh 28/10 awai2 lg, soh pi kenduri utk adik2nya kat bukit antarabangsa... a.lillah aina takde kelas ari ahad tu, so leh la pi.... tak sempat nk amik bnyk gambar sbb duk bg tumpuan kat baby2 yg ade.... rindu kat irfan kemain lg mak sepupunye... hehe.

cik ngah ngan cik su.... na pun nak nama cik....mmmm... "cik long" ok tak?
hehehe... lambat lg... skrg still pakai 'cik na'...

duk lepak2 kat tepi kolam mmg best... leh wat cam umah sendiri :-)
ntah pe yg dimenung persatuan ayah2 sedunia ni hehe...


cik na berlatih pegang irfan ok tak? ;-)

Mohd Irfan Danish bersama makcik sepupu nye...

Perbincangan masih rancak walau masa pulang sudah tiba...

Mmg best bile dpt jupe sedara... :-) bersyukur punya keluarga yg memang rapat... tapi kami agak kesuntukan masa, apa daya... pepun thanks to kak ijah ngan abe erk... makanan mmg sedap hehe....

Monday, October 29, 2007

Aktiviti hujung minggu - versi 1

salam... lama tak tulis blog ni... nk cite jumaat lepas kali pertama aina ngan famili pi ke Gerik, Perak balik hari.. hehe. kami bertolak lbh kurang jam 9.40 pagi, sampai kat lenggong jam 1.00 ptg, then tunggu ayah solat kat masjid jamek jap then kul 2.30 akhirnya sampai kat tempat yg dituju.... walaupun ade pekan, tapi suasana kampung mmg menarik perhatian kami... sejuk mata memandang hehe... lokasi kampung....?? hehehe... tunggu... akan dikhabarkan kemudian.. ;-)

dalam kete.. perjalanan ke gerik.... :-)

aina kat dpn masjid jamek lenggong

kami bertolak kuar dari kampung jam 4.30 ptg, kebetulan ade pasar tani + pasar malam kat pekan pd hari tu.... dengarnye pasar tu berlanjutan sampai petang keesokan harinya. mmg meriah... penangan jupe org gerik, ayah berhabisan beli ikan sungai :-)

anak sapa ni...??

dalam perjalanan pulang, jam 6.15 ptg kami singgah di pekan kuala kangsar. pekan yang terkena l dgn jualan barang2 yg mmg murah2... bnyk jugak la yg terlajak habis heheheh.... a.lillah akhirnya kami selamat sampai kat umh jam 11.45 malam... :-)


Wednesday, October 24, 2007

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Renungan bersama... walaupun telah beberapa dibaca.. elokla kita saling ingat mengingati....

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya . Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja . Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan .

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belaka ng kepala iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, October 18, 2007

Selamat Pengantin Baru Idah!

Khas utk kwn kami, Siti Faridah... selamat pengantin baru... semoga berbahagia selalu... didoakan yang baik-baik saja utkmu :-) More foto? lawati http://naslinna.fotopages.com hehe...

Wednesday, October 17, 2007

keje keje!

hari ni br masuk keje. patutnya cuti lg, tp malas la plak nak cuti since adik2 sume pakat tak leh cuti, kena la blk dr kg sehari lbh awl. ptg marin bertolak dr umh mak da kul 6ptg, sampai kat kl kul 2pg. rs mls jer nak mai keje ari ni.. tp dtg je la... mengumpulkan cuti hehe :-)

cite psl blk cuti raya, kali ni nasib tak menyebelahi kami. bertolak keluar dari umah ari jumaat malam jam 12.30 pg, jalan dh mula sibuk dari mrr2 lg. susur masuk ke uia/kuantan/pantai timur kete dh mula tak bergerak. sudahnye sume org makan jem hinggakan jam 4.40 pg baru cecah masuk raub! alang2 dh pg sampai kat raub, kami singgah kat masjid raub, bersahur dan solat subuh (sempat la jugak driver ni tido jap menantikan solat subuh hehe).

mak ngan ayah dh mula risau tgk aina yg dh mula keletihan, almaklumla kena der tenaga coz sampai kelantan je nk pi jejalan.... so suh ida drive. perjalanan mmg agak meletihkan dgn kete yg banyak ( tp a.lillah masing2 berhemah ) akhirnya kami selamat sampai di kg jam 12.30 t.hari (12 jam atas kete tuh). kami berpecah di Kg Pek, hanya aina dan aru je yg meneruskan perjalanan menuju ke kota bharu, yg lelain ida dan ati diimport ke van dan diorg teruskan perjalanan ke pasir puteh.

mula2 sampai singgah di umh nurul, mandi & solat zohor, jam 2 ptg bertolak ke rantau pjg. nasib menyebelahi kami, perjalanan sejauh 25km berjalan lancar. setelah sume urusan kat rantau pjg selesai, kami bertolak ke kota bharu. fuh.... walaupun tak bape terkejut, tp yg pasti kete luar yg nk masuk ke salah satu pusat bebas cukai ni mmg bnyk! a.lillah terlepas... hehe...

sampai di kb kedai sasaran dh tutup, dh hampir maghrib kitorg cari tmpt utk berbuka. mmg jenuh mencari sbb kebnykan kedai dh tutup (almaklum sok nak raye ) akhirnya dlm 20 mnt sblm azan maghrib kami akhirnya jumpe jg kedai (walaupun kedai sasaran dh full terpaksa cari kedai lain tp tak pela ). habis berbuka dlm jam 8mlm kami bertolak blk, singgah di w.c.yeh hantar nurul terus ke jerteh. sampai di jerteh kul 10mlm msg2 tergolek dh tak larat...

pjgnye cite :-)

ari sabtu... 1 Syawal... ati dh siapkan meehon. sesudah santapan pg diambil kitorg ke masjid, solat & beraya dgn sanak saudara.. kul 10 kuar pi kubur arwah tok gi dan menjejaki sedara2.. last2 kul 2ptg kitorg blk ke umh. blh dikatakan nasib 'menyebelahi' kitorg sbb tak de sape nk mai beraya (hehehe) so dptla berehat & tido sepuas2nya ptg tu... pas asar ingat nak pi umh tok sedara tp tak ingat alamat.. last2 cancel hehe.... malam tu beraya umh ayah ngah. mmg terkejut tgk ayah ngah dh semakin kurus cengkung yg teramat sgt!

soknye kitorg ke ketereh... sampai di umh tok beraya umah mak long (tq mak long nasi dagang sedap sgt hehe) pastu operasi kedua... ziarah kubur dan menjejaki sedara2 bermula hehe... t.hari tu blk sat solat zohor then kuar blk pi beraya (sakan tul tahun ni hehe). mlmnye kitorg just berehat kat umh, hajatnye nak pi kb / w.c.yeh jejalan tp last2 dibatalkan sbb mak ngan ayah amik kete pi lawat mak sepupu nk gi mekah..

pg isnin, seawal jam 9 pg ayah & famili hantar aku pi umah has. famili blk ke jerteh, kali ni mak ayah bg peluang pi beraya umah kengkawan. rs sonok bangat:-). dari umah has, kitorg singgah amik nurul kat umh dier.. terus menuju ke pengkalan chepa. hajat jupe cik mina, tp tak de rezki dia pi beraya kat seberang, pastu tel rina, pi beraya kat umh mak mertua dier.. dlm kul 1.30 kitorg menuju ke tanjung chat, beraya sambil hadir hadir kenduri idah... serba hijau mmg come :-)

dr pengkalan chepa, kitorg menuju ke ketereh, pi umh pok su. jupe ngan kak ize ngan pok su, rindu nyeeee... rs cam tak puas borak2 ngan diorg. tp ms dh suntuk, dh masuk waktu asar, so kena jugak blk sbb has & nurul kena hantar aina pi jerteh. tq ye has & nurul coz bersusah payah temankan aina! mmg PCG satu team yg mmg best... ssh sng sesama hehehhehe :-)

malam tu, aina & famili kemas brg2.. sok kami kena berangkat kuar awl dr jerteh, so tak ke mana la kami mlm tu kerana keletihan....

pg selasa, seawal jam 8.15 aina dh kuar menuju stesen mardi pasir puteh kat pdg pak amat, utk jalankan tugas. selesai proses trouble shooting singgah kat umh mak long & mak cik jupe ngan famili. then singgah kat umah tok ngah, br pi ke tere. sampai kat rantau pjg (bape kali pi rantau pjg la hehehe) jam dh menunjukkan kul 1ptg. selesai urusan di sane kul 3ptg, kami dh kesuntukan ms. utk nurul, aina mintak maap bebnyk x dpt pi umh dier, kb pun x dpt pi.. sbb kul 5 kami kena kuar dr kelantan. walaupun tak mengikut jadual, a.lillah akhirnya jam 4 ptg sampai gak kat tere, bergerak kuar jam 5 ptg dan akhirnya sampai di kl jam 2 pg...... zzzzzzZZzzzZZZzzz......

Wednesday, October 10, 2007

raya oh raya

skrg ni pd ms ni masing2 dh bertukar mood... raya! hehehe.. tinggal beberapa hari saja lg raya bakal menjelma, meninggalkan bulan ramadhan yg entah sempat atau tak kita ketemu lagi.... seakan baru saja semalam ramadhan dtg, rs tak puas lg dgn apa yg telah dilakukan utk-Nya... apapun kita semua dh berusaha dgn daya dh ada, semoga mendapat barkah di atas apa yg telah dilaksanakan ... amin...

berbalik pada cite raya, samala kat mana-mana pun, masing2 dh mula mainkan lagu raya... pastu duk bincang baju berapa pasang, kasut, tudung beli kat mana.. berapa harga.. murah ke mahal.. kuih muih dh beli ker belum.. kalau tak beli dh buat ke belum.. mcm2 laa.... yg bestnye ring tone pun dh berubah ke lagu raya! bagus tu hehehehe...

aina akan mula bercuti kamis ni, tapi sekejap je.. sbb ari rabu dah masuk kijee... adk2 masing2 tak dpt bercuti lama, jd kali ni kami beraya kat kg sekejap je.. then sambung kat kl :-) jemputan utk umah terbuka dh tersedia dlm jadual.. tinggal lg nk angkat kaki dan jamu selera hehehe...

kepada pembaca setia, jemputla datang ke rumah kalu jalan2 kat kajang... salam idulfitri, maaf zahir dan batin dari aina dan keluarga :-)

Monday, October 08, 2007

cite...

lama tak update blog.. asik upload artikel2 jer.. bukan nye takde cite menarik tp tak berkesempatan.. konon2 bz la kan hehehe.. mm memang sejak sebulan yg lepas mmg agak bz.. tetiap minggu ade saje aktiviti .. kalu tak dgn kwn, dgn famili.. kalu tak pi studi... siapkan hal lain.. pepun a.lillah syukur segalanye berjalan lancar... walaupun ade yg tak masuk dlm planning hehe... duit pun sama seiring keluar macam air terjun laju jer :-)... nak cite 30hb September bersamaan hari ahad, alhamdulillah hajat hati selama ini termakbul.. dapat jugak aina beli kamera yg selama ni diidam2kan... thanks has sudi temankan :-) pas jejalan cari brg satu lg hajat termakbul.... dpt jupe kengkawan kat kolej dl yg mmg amat dirindui hehehe.... walaupun last minute punye plan tp sume jalan lancar.. cuma sori bebnyk kat herman ngan famili atas mslh yg mereka hadapi.. biasalah plan sebagus mana pun pasti ada kesilapan berlaku, apatah lagi planning yg hanya makan masa tak sampai seminggu! tappe2... pasni kita plan bebaik then kita try wat the best erk :-)




Friday, September 28, 2007

Teladan Bagi Bakal Pengantin

CERITA UNTUK TELADAN BAGI LELAKI/WANITA YG INGIN MENDIRIKAN MASJID.........

Hayatilah......... Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right person for us?" Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua. Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah... saya sendiri kurang pasti.Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang?


Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti. Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjukajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebihlagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?

2. Menyayangi Pasangan. Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan. Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.

4. Zuriat. Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan. Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun. Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6.Kerjaya dan Cita-cita. Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian. Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala "opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman. Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua. Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual. "Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!"

Tuesday, September 25, 2007

Nilai RM5...

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit.

Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikitmarah, mengetap bibir.

"Nak apa?!" A

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih.

Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit.

Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.

Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.

Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ.

Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu.

Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur.

Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.

Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.



*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."

*SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

Monday, September 24, 2007

Memandangkan kes adik Nurin heboh diperkatakan, saya nak share doa yang diberi oleh rakan saya. Moga-moga ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.

Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah baca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja Zalim ketika itu. Menurut Ustaz Wan Sohor Bani Leman (dlm kuliyah yang rakan saya hadiri) doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapatkan perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.

Mudah-mudahan Allah makbulkan doa hambanya yang meminta pertolongan dariNya. Amin...

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Nota:
Kalimah yang bergaris menandakan perbezaan antara doa untuk diri sendiri dan doa untuk anak perempuan.


Thursday, September 20, 2007

Hati-hati! Tak semua cheese diperbuat dari susu lembu


Terima kasih kpd mr a... berikut petikan dari email yang saya dapat hari ni....

Email #1

Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :
Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc.
The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on.This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu]rennet[khinzir] . Kalau di States, 70% cheese guna rennet ( ni masa I check dulu, hundred years ago, hehe, taulah skarang).

Note : hati-hati lah semua dalam memilih makanan yang akan jadi darah daging kita... yg akan membentuk hati kita, sikap dan perilaku kita... yg akan menentukan di mana kita... ya Allah , jauhkanlah kami daripada segala unsur-unsur ke arah kebinasaan hati dan peribadi... amin ya rabbal a'lamin...
dan bukan

Tuesday, September 18, 2007

selamat berjuang!

alhamdulillah hari ni masuk hari ke-6 berpuasa, walaupun banyak dugaan namun masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menunaikan salah satu rukun islam yang lima ini. syukur juga kerana tahun ni dapat berpuasa ngan famili, pe sj yg terlintas pasti tertunai dgn adanya chef kat umh hehehe...

dalam keghairahan menyambut ramadhan, hari ni aina diuji dengan satu ujian yg plg ditakuti walaupun dh jd rutin kalu tak jaga makan.... sakit peyot... hehe... penangan ikan keli masak asam pedas ditambah pulak dgn sambal udang mmg la dgr menyelerakan tp akhirnya jadi tetamu jemputan tetap kat toilet hehehhe... pepun setelah 2 jam menunggu (ujian kesabaran) di klinik, akhirnya dapatla berehat di rumah kembali kumpulkan tenaga untuk msk ptg td... dan alhamdulillah juga telah sembuh dari ujian kesihatan dapatla menunaikan ibadah puasa dan solat terawikh td...

hari ni solat kat msjid kg .. dh masuk 3 mlm solat kat sini. rindu pulak nak pi solat kat putrajaya.. kelebihan solat kat kg ni, nak pi masjid jalan kaki, sekitar 40-50 meter, dapatlah keluarkan peluh, segarkan badan.. betul tu. mula-mula mmg la lenguh tp masuk hari ke-2 dh tak rs.. itulah nikmat ramadhan, tanpa kita sedar, dapatlah jugak bersenam hanya dgn berjalan kaki dan menunaikan solat terawikh setiap hari. di bulan lain, bersenam sekali seminggu pun belum tentu, apatah lg lain-lain.

bumi kita semakin panas, masa semakin suntuk, ambillah peluang untuk memperbanyak amalan bekalan kita di kemudian hari... jadikan ramadhan kali ini, satu titik permulaan untuk jadikan kita lebih baik dan lebih baik daripada bulan-bulan terdahulu... selamat berjuang!

Friday, September 14, 2007

selamat berpuasa!

asm.... lama sy tak update blog.. agak bz before puasa sbb bertungkus lumus siapkan keje-keje yg urgent... kalu bole nak berehat la skit bln pose.. simpan tenaga utk masak dan solat hehehe....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, sempena bulan pose ni, aina nak mohon ampun dan maaf kepada semua andai kata tersilap kata dan perlakuan... sama-samala kita doakan semoga perjalanan puasa kita kali ini diberkati oleh-Nya...

note : sonok tgk mereka yg br pertama kali puasa bersama-sama setelah bergelar suami - isteri.... :-)

Monday, September 03, 2007

Berhati-hati dengan cermin dua arah!

BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah(orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja.

Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !
Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah TEST KUKU JARI. Tidak perlu membayar.

Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari PERKOSAAN VISUAL" !

Note : psn kat sume kengkawan selalulah bawak kain basahan kalu pi mana-mana....

Tuesday, August 28, 2007

ilham...

salam.... lately agak sibuk menyiapkan kerja yang berlambak dek kerana rs jatuh ... a.lillah saya rs syukur kini dapat bangkit kembali.. dalam hidup ni adakala kita akan rs zaman kejatuhan, amik dan cari peluang utk bangkit kembali... cuba fikir dan senaraikan kelemahan dan kekuatan diri... tangkis kelemahan tingkatkan kelebihan diri.. itulah sebaiknya... tak ada gunanya menyesal / rs sedih / rs risau / fikir macam2... jauhkan semua itu kerana ia hanya memakan diri sendiri! musuh hanya akan menepuk tangan bila lihat kita jatuh.... pada sesiapa yang ingin tau di mana saya cuba mencari kekuatan selain berdoa kepada tuhan, ikutilah tip setiap hari selama 1 minit melui karya seorang jutawan di web ni... http://www.irfankhairi.com/blog/ .sekian lama blog ini menjadi inspirasi saya utk terus maju. walaupun saya tak dapat jadi usahawan lagi, seronok rsnya dapat baca info dan maklumat terkini yang beliau ajukan... iklas dan jujur....

Friday, August 24, 2007

Cara simple beramal jariah...

Sesuatu yang bagus utk diamalkan;

Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal: [1] Shadaqah jariah , [2] Ilmu yang bermanfaat dan [3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah .
2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah .
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
4. Bantu Pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a.
7. Libatkan diri dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta.
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.

dan yang paling senang....
10. Ajarkan dan turunkanlah ilmu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, selagi dimanfaatkan, selagi itulah kebajikan akan akan mendapat hasanah.....



Note : subhanalllah..... pemandangan Masjid Omar Ali di Brunei Darussalam......




jam 12.45 malam...

salam.... sekarang jam menunjukkan pukul 12.45 malam, mata dh mengantuk tapi cuba gak utk upload gambar2 ms pi jb ari tu.... tapi tak berjaya. tak pe la, kalu ade rezki bolehla aina upload pg esok, tgkla mcmana hajat awlnya nak ikut rombongan pegi karnival dan pameran buku kat bernama. kata nya ada jualan best sy pun tak pasti... nak kembali cam dl, sehari ade saja buku yg akan dibaca walaupun beberapa helai. cuma sekarang ni tak sempat bnyk aktiviti lain. tp bila difikir2kan, tak sepatutnya semua tu dijadikan alasan. kadang2, 'alasan' diguna utk selamatkan keadaan tp kalau kita terdedah dgn 'ada saja alasan' tak kah memudaratkan kita sendiri??? kadang2 terjerat, kadang2 tertipu, kadang2 juga menjadikan kita lebih 'manja'.....

ok... berbalik pada cerita malam ni, lain yg dirancang lain pula jadinya. apapun tq kat ati sbb belanje famili makan2 ek... hehe bnyk abis tu. tp tak pela sekali sekala dpt 1st gaji pe salahnye kan... hehe. kitorg makan kat anjung serdang, masing2 kemain lagi memesan... last2 perut pun kenyang, balik msg2 solat isya' dan tido... mata saya pun dh mula merah2... sok risau pulak kalu tak larat nak bangun sbb badan masih lemah kerana demam yg dah menjenguk 3 minggu.... tp a.lillah aina masih bersyukur demam tp 'serangan' demam tu hanya menjengah waktu malam.. waktu siang tubuh masih ok, masih stabil w.pun agak pening2...

ok renung2 kan lah apa yang aina cuba bincangkan tentang alasan tadi... mmg alasan perlu untuk menyelamatkan diri, tapi awas, jgn sampai menjerut diri.... :-)

note : teringat kat kata2 akhir Ustaz Wan Sohor dalam ceramah nya kat Sg Ramal Dlm yg lepas, jauhkan diri kita dari 4 perkara (aina hanya ingat 2 perkara hehe) : jgn berbohong-walaupun utk tujuan kebaikan(kononnya), jgn terikut2 dgn budaya barat semasa, dan jangan ??? (nanti aina update ek)

Thursday, August 23, 2007

Tips hadapi musibah

Cuba setkan dalam minda..Jadikanlah musibah tu sebagai permainan dalam hidup. Permainan yang menghiburkan. Cukuplah sekadar sekejap saja berseronok dengan hiburan itu, lepas hiburan itu berakhir..tak perlu lagi dikenang. Ingat, satu hari nanti, kita akan dihiburkan lagi..dengan hiburan yang lain pulak yang lebih menyeronokkan.

Allah menguji hamba-Nya dengan macam-macam ujian. Itu salah satu tanda Allah menyayangi hamba-Nya. Kita sebagai hamba-Nya pulak, perlu anggap sebagai Sang Kekasih ingin bergurau senda atau bermain dengan orang yang dikasihi-Nya. Jadi, layanlah ia sebagai permainan dan hiburan saja.

Cuba fikirkan, kalau kekasih mencuit..melentingkah anda? Sang kekasih usik, mengamukkah anda? Itu semua kan hiburan daripadanya untuk kita..

Cukup indah kalau kita dapat setkan minda macam tu. Bila sakit pun kita mampu tersenyum.

Ingat musibah itu hanya hiburan..

Tuesday, August 21, 2007

cium sebelum kerja (bagi pasangan berkawin)

Pagi ni saya sempat membelek email dari kawan2, satu email menarik perhatian saya untuk direnung bersama...Berikut petikan email tersebut:

" .... Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran tahun 2004 (gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami.

Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira.

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga. Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing-masing.

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat. Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca
artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini.

Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil.

Walaubagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya.

Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya.

Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah).

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengancadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana, tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.

Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yang ingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah. Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.

Keajaiban berlaku( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta.

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Untuk menyuburkanlagi kasih sayang antara suami isteri, untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan, untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang. Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru. Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya. Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya. Tidak bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga..jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba. Dalam rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa, barulah lebih bermakna.

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu.Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini. ....."


Kepada mereka yang masih bujang dan akan berkahwin, ambillah manfaat daripada artikel ini... kepada yang dah berkahwin, apakata dipraktikkan... saya agak bimbang bila mengetahui kes-kes perceraian di kalangan muslim kian menular dan berleluasa... bersama-samalah kita membina dan mempertahankan institusi penting ni dalam pembentukan umat islam yang akan datang... amin....

Monday, August 20, 2007

18 & 19 September...


Banyak cite disebalik kedua-dua tarikh keramat ni... almost every year ade shj cite menarik disebalik kedua-dua tarikh ni. thn ni, tahniah buat ati yg meraikan konvokesyen yg kali ke3 ( hehe.. plg banyak konvo dlm famili :-p ) utk master nye... loni dh dpt kije, jgn lupe belanja arrrr... hehehhehe :-)

bercakap psl pengembaraan ke jb, mmg sonok :-) ari jumaat ptg blk dr kije terus siap2 bertolak, sampai jb dh kul 10 malam, ntah pe yg dibuat borak2 sampai kul 1 tak tido lg:-) sudahnye msg2 liat nk bgn pg hehee.... seb baik berkonvo jugak mek tie.. ingat dh tak jadi hehe.... na, ida, adik ngan aru tak masuk dewan, sonok sambung tido kul 10 pg br bgn hehehe... pastu siap2 menapak dr hotel goodhope ke jalan utama, naik cab menuju ke tapak pesta konvo. kemain membeli belah sambung sampai ke malam hehe... bnyk la jugak pelaburan nyee....

ari ahad tu ingat nak bertolak dr jb kul 9, tip top tip top kul 12 t.hr br bertolak dr jb hehehe... kul 3.30 ptg br smpai umah... mmg letih tp menyeronokkan!

nak tgk gambar lg tgk kat sini la ek : http://naslinna.fotopages.com

Note : selamat hari ulangtahun perkahwinan yg pertama utk en azwal hehehe... :-)



Friday, August 17, 2007

keje... keje.. dan keje....

salam... petang ni a.lillah akhirnya saya dapat gak siapkan kerja spt yg dikehendaki, walaupun bnyk rintangannya.. kadang2 kita harus menerima kelemahan individu lain yg kadang2 tidak percaya / perasan / buat-buat tak perasan dengan apa yang kita alami... apa yg kita perlu buat adalah bersabar.. hehe.... ingat Allah selalu ada bersama kita... walaupun kadang2 apa yg kita nak / agak / perlukan tidak seperti yang disangkakan..... jika tiada ujian, maka tiada perubahan.... ujian merupakan titik perubahan yang paling penting dalam diri kita andai kita menerima dan menilai dari sudut positif.... fikir-fikirkan laa....

Note : tak sabar nak gi jb.... hehe..

Thursday, August 16, 2007

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari
godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya..

Maintainkan badan anda .... :-)

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Note : thanks abg bg tips ni :-)

Tuesday, August 14, 2007

Nasihat Untuk Wanita...

Praktikkan nasihat di bawah, insyaAllah andalah wanita yg hebat! Aminn..

  • Untuk membentuk bibir yang hebat... ucapkanlah kata-kata kebaikan
  • Untuk mendapatkan mata yang indah... carilah kebahagiaan pada setiap orang yang anda jumpai
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing... berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah... mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah... berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.....

Dalam kata lain.....

  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  • Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  • Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
  • Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu..........

Anda dewasa dan matang bila...

  • Dapat bertenang & bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka & tersinggung oleh seseorang dlm kumpulan dan berlaku sbg biasa.
  • Tidak merasa iri hati bila melihat org lain dipuji & disanjung.
  • Dpt menghadapi kebencian org yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Dapat menahan rasa sakit hati & malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Terus berlaku adil & saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Dapat menerima kritikan atau salah faham tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Memandang jauh ke hadapan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan.
  • Memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Berbahagia sendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda merasa tidak senang kerananya.
  • Boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang anda tidak sukai.
  • Anda dapat mewujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
  • Sekiranya lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur.

Monday, August 13, 2007

lei dh dpt run :-)


alhamdulillah lei dh dpt run... sukanya hati.... :-) sonok wat kerja-kerja admin ni.. bnyk ilmu psl nk trouble shoot dpt :-) tp bile nk dpt tu sshla.. jenuh rsnya.. .kena explore itu ini. tp bile dh dpt tu rs puas.... cam wat programming :-)


Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates