Sunday, June 15, 2008

Cerita cinta dua minggu pertama Jun 2008...

Salam semua... setelah beberapa hari badan tidak sihat, emosi tidak berapa ok alhamdulillah akhirnya aina ada kekuatan utk bangkit semula alhamdulillah.... syukur pada tuhan betapa segala yang berlaku ade hikmahNya... dan pesanan utk semua terimalah seadanya segala ujian dan cubaan, redha, percayalah dan tawakkallah kepada-Nya kerana hanya Dia yang berhak dan Maha Mengetahui....

Ok... teruskan cerita.. sepanjang dua minggu pertama bulan Jun 2008... banyak juga aktiviti yang berlaku di sekeliling... antaranya...

a) selamat bertunang cik nik!

cik nik... nama timangan yang diberi kepada Sharini, adik pompuan kesayangan hubby... tanggal 25-05-08, beliau selamat ditunangkan dengan mr. kholid.. so kpd cik nik, selamat menjalani alam pertunangan, selamat mengenali dunia lelaki.. semoga rini bakal menjadi seorang isteri yang baik dan solehah satu hari nanti... semoga bahagia selalu...

gamba cik nik tunang tak siap lg..
so amik je gamba dia jd cikgu hehehe


b) selamat pengantin baru pn qistina!

alhamdulillah .... adik sepupu aina, anak ketiga ayah ngah, Nur Qistina binti Mahassan telah selamat bergelar puan jam 9.30 malam pada 30-05-08 yang lepas. walaupun aina terkilan tak dapat hadir, tapi rasa gembira dgn khabar yang didengar dengan majlis yang serba cukup sempurna..

qistina dan hubby bergambar semasa berarak ke majlis nyambut menantu..
how sweet.... :-)

dgr kabar pengantin asik berkepit tak lekang pegang tangan, baguslah tu.. kak na dan abg izad ucapkan selamat berbahagia, semoga sentiasa gembira, dilimpahi dengan rezki, dan semua2nya lah ek.... haa.. lg satu, jgn lupe guna hadiah yg kak na bui tu, rajin2 masak utk hubby okiehh.. hehe...

c) balik kampung :-)

love this part... sekian lama rindu kat kampung gerik dan kelate, akhirnya hajat utk balik grik termakbul juga.. cuma tinggal satu lagi hajat nak jenguk kelate... bila la agaknya...

mak dan ayah mertuaku...

alhamdulillah rezki aina mendapat mak ayah dan keluarga mertua yg baik ... tak terlintas di fikiran akan mendapat keluarga mertua yang layan kita cam anak dan adik beradik sendiri.. dan mungkin sbb tu rindu aina nak balik kg kelate sama je dgn rindu nak balik gerik niee....

adik ipar, fifi... "why i miss and love to come & live here...." as i said just know..

entah bila aina akan dapat balik sana lagi... kesibukan dan kesihatan yang kurang baik sentiasa membataskan pergerakan... yg pasti doaku agar hubungan kekeluargaan ini terjalin baik sentiasa ku panjatkan ke hadrat Ilahi.. amin....

d) Mesyuarat Separuh Penggal Pertama dan Hari Keluarga IS

bertempat di Hotel Casuarina Ipoh, mesyuarat bahagian bagi separuh penggal pertama telah diadakan. Sampai di Ipoh sekitar jam 6.30 petang 5 Jun 2008 yang lalu, aktiviti waktu malam iaitu ceramah motivasi terpaksa aina skip kesian temankan hubby cari makanan kat sekitar bandar. esoknya hari Jumaat, hubby cari rumah utk disewa waktu latihan praktikal di lumut hati tak la rs gundah sbb seharian bermesyuarat...

"berenti rehat jap.."
dari kanan kak ayu, my bos zaireen and me!
pakai baju yg ati dan aru bg ms besday dl hehehe

"bila nk abis niee... dh dkt kul 4 ptg hehe"
dlm bilik meeting duk ngan senior programmer, kak has

keesokan harinya hari sabtu, aktiviti kekeluargaan dimulakan dgn permainan kat taman tema air di tambun. seronok, cuma rasa tak berapa sempat kenal satu sama lain sbb cuaca agak panas, orang terlalu ramai (almaklum cuti sekolah) dan kesuntukan masa...

antara aktiviti yg paling best dan menarik perhatian
-> tarik tali dalam air hahahahha

bagi aina tgk hubby dapat bertemu dgn rakan-rakan sepejabat rasa seronok dan gembira, sekurang2nya beliau tahu rakan dan persekitaran kerja kita sehari-hari. tapi sian jugak tgk team dear awal-awal lagi kalah main tarik tali dalam air sebab lawan dgn team en daud yang sumenya bertubuh beso. tak aci tul hehehe..

antara gamba menarik dpt dirakam
sape dpt tgk pe yg aina dpt tgk ek?

rupenya kat taman tema air tu bnyk benda menarik selain tempat utk main dgn air. antaranya bole tgk harimau, gua dan mcm2 lg. kalu nk tau lbh lanjut bolehlah lawat websitenya di sini

ngan dear di meja makan waktu dinner

malamnya pulak, kitorg sume ade dinner... tapi aktiviti yg dijangka paling hangat ditangguhkan sbb hari hujan dan sbb2 teknikal yg lain. pepun mmg best sbb dpt spend time ngan hubby alhamdulillah.. :-)

esoknya kami semua berangkat pulang ke kl, tapi aina dan dear singgah di grik tido semalaman dan kembali ke kl hari Isnin...

e) has sudah pergi...

ops jgn salah paham... has one of PCG (power college girl kononnye hehe) dh selamat bertolak ke Kuantan sabtu (14 Mei 2008) lepas bersama teman barunya. hari ni memulakan tugas baru sebagai lecturer di Kolej Komuniti. rasa kehilangan tapi tahniah utk has .. so pasni kalu nk mintak tlg ssh la skit dia dh tak de.. huhu :-(


bergambar dgn has waktu wedding hari tu.. hehe

f) selamat menyambut Hari Bapa!

last cite utk hari ni... hepi father's day to my hero... ayah.. rasanya tak cukup kertas kalu nk ceritakan betapa besarnya pengorbanan ayah dalam membina keluarga kami... dan betapa beertinya beliau dalam hidup aina! i'm so proud of him and always wish to get, have and now my husband like him aminnnn hehehe :-)

my hero and my heroin hehe..

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates