Selamat Hari Jadi Suamiku Sayang...
Dua minit lagi... tanggal 18 Jun 2008... aina nk bg ucapan khas utk hubby tersayang, selamat menyambut hari lahir yang ke-27 tahun... didoakan agar dimurahkan rezeki, diperkenankan hajat, dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat kasih sayang dan cinta Ilahi, ameeen....Itu ucapan khas utk dear yang aina amat2 rindui.. tak sangka juga hajat aina utk celebrate hari bahagia bersama tak kesampaian, memandangkan dear masih tiada di sini, jauh di hujung utara semenanjung. Ada pepatah kata, relakan pemergian suamimu utk menuntut ilmu dan menjaga negara, nescaya besar pahalanya utk seorang isteri insyaAllah.. ameen.. semoga aina masih boleh bersabar dengan separuh tahun lagi tempoh pengajiannya begitulah..
Hari ini tubuh rasa tak sihat, mungkin kerana sudah beberapa hari tak cukup rehat menyelesaikan dan memikirkan beberapa perkara.. ku harapkan semoga segala urusan dipermudah dan beroleh kesabaran, ketenangan dan ketabahan disepanjang perjalanan itu oleh-Nya ... ameenn...
0 komen blog nie:
Post a Comment