Monday, October 13, 2008

puasa sunat 6 syawal

lama x update blog ni... x tau nak start dr mana hehe. well.. something happen last week.. sampai ke pagi ni senyum tu lebar lg hihi. act hari rabu last week dpt msg dr dear akan turun kl hujung minggu. terkejut + sonok dear nk balik. walaupun dh berbulan2 duk berjauhan tp rs gembira bila dgr dear nk balik tu still sama malah excitednya makin meninggi dari bln2 sblmnye hihi. so mmg pahamla perasaan shida bila dia tunjukkan rasa excited dan hepinye dia kat sini bile dpt tau her lover, dr hannan nk turun muar! hehe. tu br boypriend cik adik, kalu dah jadi hubby tau la camne perasaan bila duk jauh tauuu... :-) tp syg, punya suka dear balik sampai tak perasaan kami tak amik gamba langsung. ms dear nk naik bas balik ke perlis br perasaan, so amikla gamba tp tak leh nk publish sbb gamba aina sememeh coz tahan nangis :pskrg nk celoteh psl pe ye...? haa.. br teringat psl pose sunat 6 hari raya... pagi takdi sempatlah berbual dengan rakan sepejabat tentang pose sunat ni... tahniah la kat mereka2 yg dah berjaya habiskan puasa 6. saya pulak br dpt 2 hari. harap2nya dapat habiskan mcm org lain gak, insyaAllah..

ok kat sini ade sikit info tentang Puasa Sunat 6 Hari Syawal yang nak dikongsi bersama:
sumber dari : http://fiqh-am.blogspot.com

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

2 komen blog nie:

tiffany said...

betul tu kak na... alangklan baru bercinta je dah perit cam apa, tak terbayang shieda camna kak na bole berjauhan ngan mr hubby tu... uwaaa, mau menangis sokmo shieda dibuat kot... but it's ok, hopefully pengorbanan masa ni akan terbayar dgn kemanisan jugak akhirnya nnt...

be tough k kak na!!!

norulaina said...

tiffany : tq shieda.. mm.. hanya Allah sahaja tau apa yg kak na lalui selama dia tak da kat sini... tp insyaAllah semua tu ada hikmahNya.. aminn... hehehehe :-)

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates