Result exam dh keluar.. alhamdulillah!
pagi ni rasa tak sedap hati, resah jer... selalu kalau hati rasa mcm ni, ada la sbb nye... br je tadi, hati terdetik nk bukak portal pelajar space. dan ke ruang sistem maklumat pelajar.. tetiba pulak rasa nk klik satu... satu... last sekali "Keputusan Peperiksaan".. risau juga bila fikirkan tentang cabaran-cabaran dan cubaan tatkala ujian menimpa waktu nk final exam hari tu. alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi target ku mengena walaupun rezki itu bukanlah di tahap tertinggi tapi masih di tahap cemerlang untuk ku. mana taknya dengan terformat laptop hingga kesemua projek sarjana muda 2 ku terdelete.. dan mcm2 lagi masalah. alhamdulillah...nk cerita seperkara tentang perkembangan insyirah.. sesuatu yang diluar jangkaan ku berlaku. dalam pada insyirah sentiasa di sisi menunjukkan reaksi nya, aina masih tidak pasti dengan yang satu... "adakah anak memahami dan mengerti perasaan kita?" mmg insyirah sering menunjukkan reaksi apabila diajak bergelak ketawa.. tp tentang persoalan ini selalu menergah ke ruang fikiran ku. akhirnya persoalan terjawab bila hal ini terjadi...
satu hari minggu yang lepas, aku menangis kesakitan.. terguling2... terpusing kiri, terpusing kanan. insyirah biasalah, main 5 minit, dia akan tegedek2 datang hampir kepada kita untuk memanjat tarik perhatian minta dipeluk dan dicium. tapi lain pulak jadinya dengan dia kali ni. dia datang mendekati, dekatkan muka ke muka aina mungkin cuba untuk mengerti keadaan umminya ketika itu. sungguh rasa tidak mampu tahan tangis (mmg nangis tp hujan makin lebat! hihi) bila si anak kecil yang baru saja berusia 9 bln 3 minggu tu tetiba memeluk dan mencium saya! Allah Maha Kaya.... Subhanallah.. terjawab persoalan saya selama ni... saya semakin sebak dan terus menangis sambil balas kembali pelukan insyirah.... insyirah pulak dalam dua hingga 3 kali memeluk dan menepuk2 bahu saya... tak pasti kenapa.. mungkin dia meniru cara ayahnya yang suka dukung, peluk sambil tepuk bahunya... sungguh saya amat kagum dgn ciptaan Allah ini... alhamdulillah terima kasih ya Allah!
0 komen blog nie:
Post a Comment