Tuesday, April 27, 2010

Surprise!!


Alhamdulillah, berkat sokongan hubby, keluarga dan semua sahabat-sahabat blogger dan di luar sana, akhirnya impian saya tercapai juaa.. dari kecil saya memang suka buat satu benda ni, berniaga! siap ada impian utk ada kedai sendiri hihi. tp malangnya kos untuk set up satu kedai agak mahal dan memerlukan sumber kewangan yang kukuh.

Sikit demi sedikit saya cuba untuk tangkis pendapat sesetengah org yang risaukan saya agar dapat buang perasaan untuk berniaga itu. tp entahlah, makin dibuang, makin dekat pula rasanya. untuk itu, tanpa berlengah lagi.. saya dengan rasa rendah hati mengisytiharkan pembukaan kedai online untuk anda!

Jemputlah ke blog ini walaupun sekadar untuk berjalan-jalan dan melihat2 apa yang ada.. ada promosi yang sedang berlangsung sempena pembukaan kedai dan sempena hari lahir aina, hubby dan insyirah.. fokus kedai ini adalah kepada kesihatan dan kesejahteraan wanita, serta anak-anak... ada apa-apa persoalan jangan segan silu, silalah bertanya... :) semoga dengan bertambahnya komitmen ini, Allah memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh masa yang amat limit sekarang ini... aminn... :-)

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates