" Kenapa susah2 berniaga? "
salam.. haaa lama betul tak mengarang, rindu kat blog ni. bukan tak mo, tp masa yg tak mengizinkan. dgn kata lain, kepadatan masa. dh gian nk mengarang ni, so curiklah sikit masa untuk lepas rindu.. hehe.oklah cite psl diri sendiri dl... "selamat hari jadi kak aina..".. wah2.. dh tua dah diri ku ni.. hitung punye hitung usiaku dh melonjak 29 rupanya! waa.. sekejap je rasa ms berlalu .. br je rasa mcm habis sekolah, habis kolej.. skrg dh punya anak (walaupun org lain dah berduyun2 anak heheh). apapun time kasih pada sahabat saya, org pertama yg wish (walaupun 2 hari awal dr besdaykuu...) dan kepada suami dan famili saya terima kasih banyak2.. terima kasih juga kepada sahabat2 dan orang sekeliling yang sudi ingat tarikh lahirku (walaupun kadang2 kealpaan tu jelas kelihatan bile sll lupe nk wish time tiba besday orang lalalalalla).
haa.. baru2 ni sempatlah lancarkan laman blog baru utk aina berbisnes dgn lebih rapi n rancak (chewah..) alhamdulillah jualanku laris selaris goreng pisang (tp masih menang tgn) tp syg sbb tak sempat nk update sgt blog n tak bape user friendly... insyaAllah laman yg lbh friendly akan menjelang ye, wahai customer2 setia aina sekalian.. pada yang tahu, dah lama dah berniaga, tp br saje ada laman sendiri untuk memudahkan customer dptkan info n paling penting promosi dan diskaun yg akan selalu diadakan.
cumaa.... ada beberapa soalan daripada beberapa orang menerjah saya.. saya rumuskan sume soalan kpd soalan yg satu ni.. : "kenapa susah2 berniaga padahal dah ada gaji tetap?" "kenapa pilih maajun dan barang lunatots yg mahal itu?" haa.. jwpn saya adalah seperti berikut.. hehe :-
sebab saya berniaga :
- memang dh suke @ minat beniaga sejak kecik2.. drpd jual pensil picit, pen, barang2 avon etc.. masih mencari dan terus mencari produk yang dekat di hati, akhirnya terjumpa dan terpakai dan terimplemen lah MAB dan lunatots...
- saya nk memartabatkan kaum wanita dan mengurangkan risiko perceraian di kalangan kaum melayu umumnya dan Islam khususnyaa..
- saya nak wanita kuat, sihat, segar dan cantik selalu agar dapat jalankan tugas sebagai seorang wanita, isteri, ummi, pelajar dan gelaran-gelaran lain secara langsung @ tidak langsung..
- saya nak pelihara alam sekitar.. tgk sajalah bumi kita yg semakin hari semakin panas walaupun hujan sepanjang hari tapi tetap berpeluh kepanasan di malam hari...
- saya nak kepentingan memberikan susu ibu yakni susu terbaik di dunia ini disebarkan dan diambil perhatian dan diberikan ilmu dan semangat untuk para ibu di dunia ini.. kerana lunatots bukan sahaja mementingkan jualan CD bahkan menitikberatkan penyusuan susu ibu, menjadi ahli sokongan susu ibu semalaysia, dan menyebarkan ilmu tentang keibubapaan..
- lunatots MAHAL? oo... itu adalah tersalah anggapan yg paling besar.... kerana servis dan kualiti produk kami adalah terjamin, terbagus dan terelok dibandingkan dengan pesaing2 kami. kalau tak caya, anda boleh nilai sendiri CD dari seluruh produk yang ada di pasaran dengan CD lunatots bila berkunjung ke showroom kami :-) produk lunatots juga mementingkan kualiti dengan selalu menambahbaik dan mengupgrade produk tanpa menaikkan harganya :) tak caya juga? sayalah antara pengguna awal CD lunatots.. anda boleh lihat sendiri perkembangan produk dr awal hingga skrg di showroom kami juga! :-)
dan yang paling... paling penting... saya nak yang terbaik untuk kaum wanita dan anak-anak ... kerana anak-anak bakal pewaris bangsa kita.. dan wanita adalah tonggak kehidupan seorang lelaki dan tonggak kemaslahatan dunia ini..
harap-harapnya semua soalan terjawab yee... saya tahu ramai di luar sana, termasuk rakan sahabat saya yang masih belum dapat cahaya mata, hubungilah saya, saya akan cuba bantu anda... dan saya juga tahu ramai di luar sana masih tertanya-tanya tentang kewanitaan mereka yang semakin terancam rumahtangga tunggang langgang cubalah untuk bertanya saya... juga kepada mereka yang telah menjadi ibu masih ada anak kecil namun masih ragu-ragu tentang penggunaan CD (cloth diaper), kelebihannya berbanding DD (disposal diaper), serta ragu-ragu dan tidak yakin tentang penyusuan susu ibu.. hubungi lah saya, saya akan cuba membantu sedaya upaya saya... marilah kita sama-sama memartabatkan institusi kekeluargaan kita...
segala perbualan dan hasil pertemua saya dengan pelanggan adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak... itu polisi syarikat saya... :)
oklah.. ini sahajalah termampu untuk saya coretkan lepaskan rindu dan menjawab semua soalan, segala persoalan lain boleh terus diajukan kepada saya, selamat memajukan diri ye semua!
2 komen blog nie:
hmmm.. good perspective on berniaga.. i like.. anyway, all the best..
sesibu : terima kasih bnyk2.. semoga niat saya mendapat rahmat dan pertolongan darinya, aminn..
Post a Comment