Featured

Thursday, July 29, 2010

Wajah baru lagi...

Salam semua...

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga mencuri masa untuk mengupdate latar blog.. sejak minggu lepas diberi amaran oleh provider latar belakang akan jadi putih suci... mula2 nk tukar juga.. tp lama2 pk.. warna putih sesuci salju sejuk memandang kadang nampak macam ada yang tak kena jee... Jadi curilah sedikit masa yang ada untuk update seadanya hehe..

Kesibukan melanda akibat pertarungan dalam diri mengejar masa.. almaklum puasa bakal menjelang, nak mengganti puasa pun rasa risau bnyk benda, takut pula nanti menjejaskn kompetensi kerja sewaktu puasa nanti.. didoakan kita semua dapat kekuatan untuk menempuh bulan yang penuh barakah namun mencabar yaa.. insyaAllah besar ganjarannya! :)

Banyak benda yang nak dikongsi, cuma tak berkesempatan menulis.. lain kali bila ada kesempatan lagi aina akan sambung yee.. harap2 kalian suka dgn tema template blog kali ni.. sbb aina pun suka... bunga-bungaan yang berwarna warni menceriakan kehidupan insyaAllah.. :-)

Terima kasih atas support anda.. jumpa lagi..

Nota : untuk pelanggan setia n baru butikna... sila ambil perhatian bahawa tiada penghantaran by hand ke lokasi anda untuk tempoh bulan Ramadhan dan Syawal.. Penghantaran by hand akan terakhir adalah pada 6 Ogos 2010, akan disambung kembali pada 11 Oktober 2010. Untuk penghantaran by pos dan ambilan di showroom atau lokasi tertentu sahaja akan dibuat.. (mohon kerjasama untuk memberi peluang kepada pemilik butik menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslimat yee..)

Monday, July 26, 2010

Cabaran dan tekanan kini...


Alhamdulillah.. usia insyirah dh menjangkau 1 tahun lebih, dan aku masih lagi mampu untuk menampung keperluan susu insyirah walaupun tidak susu perahanku tidak 'semeriah' dulu2.. ye.. insyirah kini dah mula makan makanan pejal.. segala jenis makanan orang tua dia nk makan.. dan dengan itu bila dia ingin tido, bila masa dia mengada2 nak bermanja n bila dia rasa gatal2 gusi baru dia berlari2 anak dtg padaku..

Saja ingin mencoret catatan ntah apa-apa... aina kini kembali bergelar pelajar.. pelajar yang menuntut pengorbanan masa untuk menggali ilmu.. jauh 25km, 2 minggu sekali perlu hadir ke kelas menuntut ilmu. Hati sebenarnya rasa gundah gulana.. rentetan kehadiran diri ke kelas yang lepas tanpa selang waktu rehat yang lama menyebabkan diri berkejar ke sana kumari untuk mengepam susu dan hasilnya.. kurang memuaskan..

Dan kini.. perasaan tu datang kembali.. walaupun membuat keputusan untuk tidak hadir ke kelas pertama sebelum ni kerana hal penting yang perlu diuruskan, hujung minggu ni tetap kena hadir juga.. kelas pagi hingga malam.. adakah diri ini mampu untuk menyimpan stok perahan susu..

Tekanan.. kini bertambah lagi, kerana tuntutan sebagai umat Islam akan bermula dalam 2 minggu lagi.. puasa.. harapanku sebagai ummi... semoga aku tabah n kuat dan hasil perahan susuku seperti sediakala...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... aminnn ya rabbal alamin....."

Nota : semoga ibu-ibu berkerjaya di luar sana kuat n tabah menjalani amalan puasa... kuatkan semangat, positifkan diri, bahawa susu perahan anda akan tetap seperti sediakala... insyaAllah!

Wednesday, July 21, 2010

Kadar harga naik lagi?

Baru2 ni dikejutkan dengan kenaikan harga barang.. yang mana antaranya ialah minyak dan gula. Mungkin saya tidak arif untuk mempersoalkan kewajaran kenaikan harga ini.. tapi ... bila dah jadi perkara yang tidak logik pada diri sendiri.. rasa terjejas juga kan...

Alkisahnya begini..

Pagi ni saya berkesempatan singgah di pekan Serdang, kerana membantu abang mengambil keretanya yang baru saja siap dibaiki dek kerana kemalangan minggu lepas di Seri Kembangan.. terasa nak makan nasi dengan lauk2 sedap di satu tempat dikenali 'padang'.. dah lama tak pekena nasi di situ.. lalu singgahlah saya sebentar di situ.. hajat di hati nk ke kedai sayap utara, tapi kerana mengejar masa saya hanya ke sayap selatan, dekat dengan kereta.

Dan nak jadi cerita, lauk kesukaan a.k.a ikan bakar belum dibakar lagi. lauk2 lain pun sama... hanya ada gulai ayam yang tak menaikkan selera... jadi saya hanya ambil ulam dan aksesori2 lain.. cuma yang tak memuaskan hati bila bayaran dibuat.. harganya sama dengan org sebelum saya... yang pinggannya penuh dengan ayam + ulam + pepedom + kentang beserta air! aduhai kak.. kok ye pun nak belasah orang keje.. mujurlah orang sblm sy tu pakai name tag 'student u' .. .kalau tak... entah leee.. hehe. bila diberi tahu tentang harga.. saya rasa macam tak mo bayar.. tp tak pandai nk bgtau.. dgn rasa berat hati saya bayar sajalah dan membawa bungkusan makanan pulang ke pejabat...

Cuba teka berapa harga makanan saya... hingga saya buat entry khas utk nya.. huhu

Iye.. harganya RM 4.50... entah apa yang sampai rm4.50.. saya pun x tau... huhu

Nota : teringat pulak cerita ceriti rakan-rakan tak puas hati dengan harga seorang peniaga sekitar pejabat niee.. hehe

Tuesday, July 20, 2010

Tekanan?

Salam..

Hari ni rasa sudah cukup memerah kepala dan tenaga untuk bekerja.. rasa berat kepala, kalau dapat bantal tentu terus terlena, entah2 tak sempat nk mimpi pun dek kerana terlalu penat.. hehe. Kadang sampai satu tahap itulah perasaan kita sebagai manusia, ada turun naik emosi dan perasaan hehe.

Sekadar nk melepaskan rasa penat, bukanlah nk kata apa.. harap2 bila dah tulis entry luahan perasaan dapatlah rasa kurang sedikit rasa tekanan di minda dan dapatlah pulang dgn hati yang tenang dan riang.. teringat pulak kata-kata kaunselor psikiatri HKL yang dijemput datang memberi ceramah di sambutan hari kesihatan peringkat MARDI minggu lepas, ada seorang sahabatnya, tiap kali nk pulang ke rumah, beliau akan pusing2.. singgah sebentar di kedai makan, minum2.. bila rasa emosi dan tekanan kerja dah reda, baru beliau pulang ke rumah.. ye la.. keje sebagai doktor di hospital yang penuh dgn tekanan dan menuntut pengorbanan emosi. apa yang penting saya ingin mengambil kata-katanya.. "bila buat begitu, emosi dan perasaan dan tenang, baru saya pulang jenguk anak isteri dan layan mereka sebaik2nya yang menuntut perhatian kita"

bila dengar cerita itu, terharu saya mendengar bila kenangkan ayah dan abang, tidak pernah sekali pun pulang dgn muka yang masam jauh lagi hendak bergoyang kaki buat tak layan sptmana cerita2 yang saya dgr dari isteri2 dan orang2 lain.. malah mesti senyum meleret dan cuba bercerita panjang melayan emak di dapur dan saya di rumah.. alhamdulillah.. syukur saya ke hadrat Ilahi..

dulu2.. sebelum kerja.. saya selalu 'terjebak' dgn kata-kata orang.. "keje gomen goyang kaki.. sbb tu hati sll senang".. tp saya tak perasan rupanya ayah berjaga malam menyelesaikan kerja.. tiap2 hari ayah perlu uruskan beratus2 perangai manusia bawahannya.. sehinggalah sekarang bila saya kerja.. saya tahu tekanan kerja tu macamana... bukan mempersoal keje gomen ke apa.. sebenarnya keje.. di mana2 pun ssh, ada tekanan nya tersendiri asal tanggungjawab itu digalas dgn baik... namun apa yang saya ingin tekankan, sejujurnya saya sangat kagum dgn mereka2 yang pandai mengendali tekanan...

apapun.. sebagai manusia.. kita tak terlepas daripada tekanan dan masalah.. hanya orang yang tidak waras sahaja yang tidak akan tertekan dengan masalah.. yang membezakan antara kita hanyalah cara kita menerima dan mengendali tekanan sesuatu masalah... yakin boleh! renung2kan... :)

Note : saya positif.. anda?

Wednesday, July 14, 2010

Jalan2 di Floria 2010

Ayah, ummi dan insyirah..

Buat pertama kalinya pada hari Ahad yang lepas ummi dan ayah bawa insyirah keluar berjalan2 ke tapak ekspo. sebelum ni hanya bawa insyirah keluar ke pusat beli belah, paling teruk pun dedahkan insyirah kat kenduri kendara. Ummi dan ayah suke sangat la berjalan2 ke tapak2 pameran ekspo dan lain-lain tapi memandangkan usia insyirah masih kecil dan bnyk pulak masalah kesihatan yang melanda negara kita ni jadi ummi dan ayah tangguhkan dulu sampai insyirah usia insyirah dah matang. Alhamdulillah anak ummi dah 1 thn jadi ummi ada sedikit keyakinan untuk dedahkan insyirah di tempat yang penuh dengan manusia yang macam2 ni.. hehe.

Bila dimasukkan insyirah dalam kete comel macam ni la mukanya..
muka berperasaan 'suke + pelik' hehe.

tengok tu seronoknya dia..

untuk gambar dan cerita penuh.. insyirah tgk sajalah entry dalam blog ummi kat sini ye..

bila dah penat berjalan.. insyirah dah lapa, ummi bg susu n tido, sementara menanti ummi dan ayah makan char kueh teow kerang + air jambu yg sangat sedap..

berpeluh2 anak ummi tido dlm stroller..
nnt ummi carikan kipas eh..


Monday, July 12, 2010

Floria 2010

Salam...

sejak lahirkan insyirah, setakat ni kami tak berkesempatan untuk bawa insyirah berjalan2 ke mana-mana festival / ekspo.. risau dgn tahap usia insyirah yang tak mampu menampung suasana sekeliling dan juga faktor 'kesihatan malaysia' yang tak menentu..

alhamdulillah buat pertama kali dan julungnya, insyirah dibawa berjalan2 ke ekspo Putrajaya Floria 2010 ahad lepas.. insyirah seronok cuma agak keletihan melawan panas dan asap2 rokok etc.. sian insyirah tp alhamdulillah dia seronok :) kalau nk tgk gelagat insyirah dgn jelas bole tgk kat blog nya .. meh la tgk2 gambar yang kami dpt ambil, itupun tumpang kamera sepupu, ain hehe..

ada nampak mcm budak 2 tahun ka..? hehe
bole terima tak statement orang bangi "eh... dah lama ke monumen alaf baru ni ada? " hehe
insyirah dh tenyeh2 mata.. sian anak ummi tp still maintain :)

Bagus bawa anak pergi jalan2 tempat sebegini.. selain dapat perkenalkan dia tentang warna, dapat juga dia merasa bau yang pelbagai, elok untuk perkembangan mindanya :)

Sebelum habiskan entry, nk wish selamat pengantin baru kepada sepupu kami, ain, semoga sentiasa tabah n kuat dalam menghadapi dugaan alam berumahtangga ye... :)

Ain & Faizal.. selamat pengantin baru :)

Nota : ummi tak sabar nk tgk bunga2 baru sampai kat umah, berkobar2 nak hias umah ni.. :-)

Friday, July 09, 2010

Awas! Ramalan Sotong Boleh Membawa Kufur..

sotong john oh sotong john..

Di pagi yang hening ni.. dipanjangkan tulisan sahabat saya.. nauzubillah.. moga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang keji dan mungkar.. amin..

Assalamu'alaikum wbt dan salam hormat. Sekadar tazkirah ringkas di ruang forum ini. Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."

Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim, maksudnya: "Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad, maksudnya: " Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."


Itu adalah antara dalil-dalil larangan mendatangi, bertanya serta meminta ramalan akan sesuatu perkara. Menerusi Buletin Utama TV3, masyarakat kita telah dihidangkan ramalan sotong kurita bernama Paul dari Jerman berkenaan pasukan mana yang akan menang jika melibatkan perlawanan dengan pasukan Jerman.

Sekiranya pertama kali tertonton ramalan itu, janganlah mempercayainya.
Kemudian, janganlah ternanti-nanti ramalan berikutnya oleh sotong kurita itu kerana ia boleh menyebabkan kita jatuh ke lembah kekufuran. Menang kalahnya pasukan Jerman, apa kaitan sotong itu dengan perlawanan bola sepak? Maka ramalan begini adalah tertolak.

Sotong itu tidak mengetahui perkara ghaib. Perkara pada masa akan datang hanya Allah saja yang tahu. Jika benar pun ramalan-ramalan yang tidak berdasarkan sebab zahir sesuatu perkara itu terjadi, harus ianya adalah daripada bangsa Jin yang mencuri-curi dengar berita langit.


Di dalam hadith Riwayat Imam Muslim disebutkan, maksudnya: Dari 'Aisyah, dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: " Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan."

Sama-samalah kita menegur rakan-rakan kita yang telah terpercaya dan jatuh minat dengan ramalan si Paul.
Perbanyakkan istighfar dan pelajarilah lagi, apa yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan bagaimana untuk menjauhinya. Selalulah berdoa dengan doa di bawah, yang diriwayatkan hadithnya oleh Imam Ahmad: اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.”

Thursday, July 08, 2010

Kenduri kesyukuran insyirah..

salam.. lama betul menunggu gambar2 dari auntie.. ummi tempek sajelah gambar2 yang tak seberapa, godek dalam tel kamera ummi eh.. ni dia..
anak ummi bersama baju nyee..
puas suda ummi cari baju murah + tutup aurat tp tak de sayang..
mujur ayah maafkan ummi hihi

kasih seorang ayah..
insyirah potong kek ngan ayah..
ummi? hehe kan insyirah tau ummi tak suke amik gambar time muka bertempek dgn minyak2..
hehe

ummi suap kek..
insyirah bole mkn ngan ayah jer..
ngan org lain meragam :(

Wednesday, July 07, 2010

34 Tips Keibubapaan


Salam..

Dipanjangkan daripada email yang saya dapat untuk pengetahuan dalam kita mendidik anak-anak...

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (anda faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

insyirah kena cucuk

salam..

kelmarin ummi smpai umah awal, dah habis sume kerja, ummi teringat anak ummi dh masuk 1 thn, kena pegi klinik.. sejak bln 1 lepas, insyirah tak checkup2 smpai masuk 1 thn ni. lama jugakla ummi bukak bekas simpanan barang2 berharga insyirah (punye la ummi risau buku merah insyirah yg sgt bermakna tu hilang), akhirnya jumpa.

terkejut ummi dibuatnya bila rupa2nya insyirah dh terlepas 1 appointment dengan doc! patutnya insyirah kena jupe doc masa usia dh masuk 9 bln = bln 3 yang lepas, tapi ummi terlupa.. reminder pulak off (ummi tak pasti sapa yg offkan hehehehe).

jadi dengan kadar selambanya ummi dan ayah sepakat nk bawak insyirah ke klinik hari ni juga. kebetulan ummi tak ada apa-apa meeting / appointment kat ofis hari ni, so bole buat kerja pelan2 kat umah n klinik sementara menanti masa berjalan.. biasalah kat umah nk tunggu ayah mandikan n mekapkan insyirah.. kat klinik tunggu turn kan..

sejujurnya ummi dan ayah nervous takut kena marah dgn cik2 nurse yg cun.. sbb terlepas checkup dan ummi ingat ms tu kena suntik campak.. tp rupa2nya bila jumpa doc diorg kata ms tu tak payah suntik, suntikan campak pada usia 9 bln hanya diberi untuk bayi yang tinggal di sabah sarawak.. jadi legalah ayah dan ummi.

hasil keputusan checkup kat klinik, berat insyirah skrg dah 8.2 (naik 2 kilo) dan tinggi insyirah dah mencecah 75cm.. tinggi betul anak ummi ni hehe. alhamdulillah perkembangan sume ok dan doc berpuas hati..

insyirah kena cucuk? haaa.. biasalah tak nangis, muka je berkerut n keluar suara manja skit2 je.. ummi je yg lebih2 berkerut2 muka ms nk kena cucuk hehee.. pas kena cucuk siap senyum2 kat nurse2 pelatih yg sgt ramai penuh dlm bilik hehe.. kalau tak caya insyirah still maintain cun ok jee.. nilah gambar insyirah pas kena cucuk .. :)

muka maintain cun tak? hehe

Tuesday, July 06, 2010

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Dr Al Zahrawi @ isuhangat

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi

kopi yemen @ isuhangat

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas @ isuhangat

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Fatima al-Firhi @ isuhangat

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

aljabar @ isuhangat
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik

kejayaan Islam @ isuhangat

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

kejayaan besar muslim@ isuhangat

7. Muzik

muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

lute @ isuhangat

8. Berus Gigi

berus gigi@isuhangat

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal/ Crank

takal @ isuhangat

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Sunday, July 04, 2010

dah 1 thn daa..


Alhamdulillah... akhirnya usia anak ummi dah menjangkau 12 bln =1 thn.. ummi rasa seronok sgt2.. kerana hingga kini ummi masih mampu tampung keperluan susu ibu pada anak ummi.. sebenarnya kenduri kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran pertama insyirah ni diawalkan seminggu dari tarikh sebenar, atas permintaan khas pok ucu, yg kena daftarkan diri pada 2 hari sblm hari lahir insyirah..

saat2 kenduri menjelang senja, tiba2 badan insyirah panas.. sejuk.. panas.. sejuk.. insyirah demam. sangka ummi insyirah demam biasa nk tambah bulan, rupa2nya ada sebab lain.. jumpe dr hassan, dr kata insyirah nk tumbuh gigi! alhamdulillah.. doa ummi supaya gigi insyirah tumbuh lambat termakbul.. ummi ada sbb sendiri, nk mudahkan penjagaan gigi insyirah tu.. kalau kecil2 dh tumbuh gigi, ssh juga dibuatnya..

4 hari insyirah ulang demam - tak - demam - tak.. alhamdulillah hari ni dah betul2 sihat.. bila dh naik tahun ni, lain pulak ragamnya.. tak bole salah sikit dah merajuk.. nk tau camne insyirah merajuk? hehe.. insyirah suke sgt palingkan muka.. tp kejap aje. ummi n ayah ada penawarnya hehe. masuk umur 11 bln ritu insyirah dh pandai lambai tgn sambil kata "babai".. skrg ni dh jelas panggil "ayah" dan "ummi".. dalam tempoh ni juga insyirah dh pandai meniru gerak gaya tgn, kaki dan lenggok badan bila lihat sesiapa saja. ummi harap insyirah hanya pandai tiru yang baik2 saja ye nak..

gambar-gambar kenduri ari tu.. auntie2 tak bg lagi.. nntlah bile auntie dah bg, ummi upload eh.. selamat hari ulangtahun syg.. semoga anak ummi jadi anak yang solehah dan diberkati Allah selalu.. ummi halalkan semua air susu ummi untukmu sepanjang satu tahun ni...

Thursday, July 01, 2010

Emosi ummi

salam.. hehehe.. bagi yg bergelar ummi tentu tau kenapa ummi tulis tajuk camtu. itulah emosi ummi, bila anak kecil cergas + cerdas + aktif.. rumah berselerak dikemas si comel ummi, dlm kete pun ligat semacam mengemas barang2.. ms tu rasa nk sgt anak ummi tido...

teka apa insyirah main?

pewangi kete!

tp bile ummi tatap wajah anak ummi... ummi tak sampai hati.. sayu hati bile kenang kembali waktu ummi naik geram.. insyirah hanya seorang anak kecil yang cuba ekspresikan diri dgn alam sekelilingnya... ummi istigfar seorang diri... ....

anak ummi tido kat majlis tahlil org..
mcm kat umah sdr je hehe :)

wajah yang melunturkan naluri keibuan ummi..
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates