Kadar harga naik lagi?
Baru2 ni dikejutkan dengan kenaikan harga barang.. yang mana antaranya ialah minyak dan gula. Mungkin saya tidak arif untuk mempersoalkan kewajaran kenaikan harga ini.. tapi ... bila dah jadi perkara yang tidak logik pada diri sendiri.. rasa terjejas juga kan...Alkisahnya begini..
Pagi ni saya berkesempatan singgah di pekan Serdang, kerana membantu abang mengambil keretanya yang baru saja siap dibaiki dek kerana kemalangan minggu lepas di Seri Kembangan.. terasa nak makan nasi dengan lauk2 sedap di satu tempat dikenali 'padang'.. dah lama tak pekena nasi di situ.. lalu singgahlah saya sebentar di situ.. hajat di hati nk ke kedai sayap utara, tapi kerana mengejar masa saya hanya ke sayap selatan, dekat dengan kereta.
Cuba teka berapa harga makanan saya... hingga saya buat entry khas utk nya.. huhu
Iye.. harganya RM 4.50... entah apa yang sampai rm4.50.. saya pun x tau... huhu
Nota : teringat pulak cerita ceriti rakan-rakan tak puas hati dengan harga seorang peniaga sekitar pejabat niee.. hehe
0 komen blog nie:
Post a Comment