Suara hati ummi..
Hari ni aina cuti rehat, dilanda sakit perut dan berulang bilik air sejak petang semalam.. pagi ni rasa melayang-layang, lantas ambil keputusan untuk berehat di rumah. Bila kerja, rasa nak cuti, tapi bila cuti, rasa tak best pulak. Badan dah mula rasa segar skit, mulalah rindu nak menulis hehe.Sesi sekolah dah mula, tahun ni abang diberi kepercayaan untuk pegang kelas darjah 1. Besar tanggungjawab dan pengorbanan yang aina lihat.. budaya kanak-kanak dan ibu bapa zaman sekarang yang sangat berlainan dari zaman dulu-dulu membuatkan cabaran kerjaya sebagai guru sangat besar.. hari pertama dah nampak, kasihan abang bila terpaksa handle kanak-kanak yg dh berani melawan dan buat perangai, juga ibu bapa yang seolah-olah tidak percaya pada guru. Rasa kekok dan bersalah menyelubungi guru bila gerak geri diperhati, tambah teruk bila ditegur itu salah, ini salah.. namun aina tak boleh menolak rasa risau, bimbang yang timbul di hati ibu bapa, tapi apalah salahnya memberi kepercayaan kepada guru untuk mendidik sementara kita mencari rezeki? sebab bila kita dh hantar anak ke sekolah, bermakna kita dh cari tempat dan mereka yang kita percaya untuk mendidik anak kita, yang kita patut fikirkan adalah selain daripada waktu itu, adakah kita telah peruntukkan masa kita dengan berkualiti untuk turut sama mendidik anak kita menjadi insan berguna? sama-samalah kita fikirkan eh..
Persoalan tentang anak ni telah lama aina fikirkan.. dulu2.. sebelum kahwin, pernah terfikir tak mahu anak, risau kalau aina tak mampu jadi ibu yang baik dan dapat menghasilkan anak yang soleh solehah, bakal mewarisi sifat-sifat mahmudah dan tergolong dalam khalifah Allah yang kamil.. terbawa-bawa sifat sedih dalam diri bila melihat galaknya ibu bapa di luar sana libatkan diri anak-anak dalam rancangan realiti yang tak sewajarnya sedari kecil, dan macam-macam lagi.. bagaimana agaknya negara kita zaman akan datang jika kita lihat generasi sekarang ye..
Namun fitrah setiap insan bila berkahwin tentu ingin punya anak.. tanda dunia lengkap sempurna. Cuma tak ramai menyedari bahawa disebalik 'perasaan sempurna' itu, terletak satu beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul ibu bapa. Perkara ini lah yang selalu aina fikirkan.. bagaimana untuk lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya anak yang akan dikandung dalam perut lahir menjadi insan soleh solehah.. Alhamdulillah walaupun tiada dedahan ilmu, kerana hasrat itu ada, aina gali dan cari sedaya upaya dan cuba implikasikan dalam diri dan keluarga kami.. semoga insyirah bakal menjadi anak solehah pewaris ilmuan islamik yang akan memakmurkan agama Islam di masa hadapan.. amin..
Nota : Untuk abang, sayang bersyukur dan bertuah kerana bertemumu kerana Allah, semoga rumahtangga yang dibina, anak-anak yang dilahirkan dan berpisaha dunia kita juga kerana Allah... aminn..
0 komen blog nie:
Post a Comment