Featured

Monday, November 28, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Ma'al Hijrah 1433 baru sahaja bermula. Salam penghijrahan untuk semua.. sana sini ceramah agama dan motivasi banyak berkisar tentang penghijrahan.. beberapa hari lepas baru saja bercerita dengan beberapa orang sahabat dan suami tentang penghijrahan ini. Bukan menganalisis tentang kebaikan dan keburukan diri, namun melalui satu proses muhasabah dan transilasi diri kami..

Habis topik itu, tiba-tiba timbul pertanyaan tentang "sukarnya menjadi orang yang baik".. sayu dan kasihan saya mendengar. Simpati.. Saya faham situasi yang dihadapi. Kesulitan dan pelbagai reaksi negatif yang diperoleh daripada sekeliling daripada kebaikan dan reaksi positif. Hasil daripada perbualan2 kami tentang perkara inilah yang saya rasa ingin dicoretkan dalam diari ini. Andai anak-anak dan rakan taulan membaca, insyaAllah akan diingati, mungkin dapat membantu walau hanya sedikit.

Apa yang boleh saya simpulkan ialah, bila kita rasa down tentang sesuatu perkara, ingatlah bahawa; sifat syukur dan taqwa pada Allah melebihi segala-galanya. Umum ketahui bahawa telah ditanam dalam hati setiap makhluk Allah bergelar manusia untuk menjadi baik. Syukurilah jika jiwa dan jasad kita telah terarah ke arah kebaikan. Sifat berlapang dada, bersangka baik, dan fokus niat segala perbuatan dilakukan hanya kerana dan untuk Allah, amat membantu kita menangkis segala reaksi negatif dari sekeliling..

Rasa dipulaukan, rasa diketepikan, oleh insan bergelar manusia, ketepikanlah... ia bukan senang untuk melalui, anggap ia satu cabaran.. yang penting fikirkan tentang dunia akhir dan kekal kita akan datang, samada dipulaukan atau diketepikankah kita oleh Allah dan Nabi Muhammad s.a.w?

Assalam,

Sunday, November 20, 2011

Insyirah di majlis kenduri

Dah lama nak ambil gambar insyirah di majlis kenduri. Alhamdulillah anak ummi sorang ni elok perangai, senang bila dibawa ke majlis kenduri. Yang penting ummi kena pastikan tidurnya dan susunya cukup saja :-)
Masa kecil-kecil dulu, kalau bawa insyirah pergi kenduri kena riba insyirah, tapi bila dah pandai duduk sendiri nak kerusi khas sendiri. Dan bila dah pandai suap makan sendiri (ummi rasa dalam umur 1 tahun) insyirah pun nak suap sendiri! hehe. Elok makannya, tumpah2 skit tu biasalah, budak kan...
Yang bestnya, tiap kali ummi ambil nasi, biasanya kena ambil 3 pinggan, 2 pinggan terisi, satu kosong, dan mesti kena tegur dengan caterer atau orang yang jaga stesen makanan hehe, "Akak terambil lebih pinggan tu.. " siap tunjuk lagi. "Owh penjaga makan, ku ambilkan untuk anakku yang kecil itu.." bisik hati kecil ummi :)

Sambil makan, sambil mata melilau tengok apa yang ada di sekeliling...
Masa ni ralit tengok pengantin dan rombongan sampai ni...
Insyirah sangat suka tengok pengantin cantik... hehe.
Ada benda asing lekat kat gigi la tu :)
last sekali insyirah akan kata, "Ummi tengok (baca as 'tenyok') gigi syirah sakit..."
Hehehehehe...

Monday, November 07, 2011

Tempoh menyusu dan menceraikan susu ibu

Seronok beraya di kampung, tak ada apa yang nak dibuat jadi saya belek-belek sajalah blog kegemaran.. dah lama nak cari peluang download sesi ilmu Tanyalah Ustaz yang membincangkan secara khusus tajuk Penyusuan Susu Ibu di TV9 selama dua episod, tak berkesempatan..

Bukan apa, masih mencari jawapan yang pasti untuk tempoh maksima menyusukan anak.. dan ramai pulak yang bertanya,.. alhamdulillah dapat jawapan di blog Ustaz Hasrizal,..

jadi,
yang tak kawen atau mengandung lagi tu ambillah ia sebagai ilmu di masa hadapan..

dan,
yang dah berkahwin dan menyusukan bolehlah mengambilnya sebagai ilmu dan realisasikannya..

jawapannya ada dalam Nas Al-Quran;



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” [Al-Ahqaaf 46: 15]


Assalam,

Friday, November 04, 2011

Bakal jurutera kah?

Gambar ni diambil pada jamuan makan malam sempena sambutan hari keluarga office nenek di port dickson minggu lepas. Ralitnya insyirah main dan handle kamera mokcik dan ayahcik.. cara pegang bak orang dah besar! hehe.

Sejak insyirah dah pandai memegang dan bergerak dalam umur 1 tahun, insyirah sangat2 suka alat elektronik. Awal-awal nya suka pegang remote, tak kisah lah remote control tv ke, radio dalam kereta ke, dan lain2... paling ketara hp... Sedar2 bil telefon melambung dan data hilang! Alamatnye entah bila lah ummi dan ayah dapat rasa pakai hp mahal + cantik niee insyirah...

Ummi dan ayah selalu duk bincang, mungkinkah anak dara kami akan jadi jurutera satu hari nanti? mewarisi bakat yang ada pada keturunan yang ada.. akhirnya kami sepakat, tak kisah insyirah nak bekerja jawatan apa, yang penting biarlah kerjaya professional yang disertai dengan nilai islamik.. kalu insyirah nak jadi jurutera, jadilah seperti tok ayah atau IR. Engineer Ahmad Jais, mantan pengarah ikim.fm... kalu insyirah nak jadi doktor, jadilah seperti Dr Harlina, pakar sakit puan juga sebagai ketua jemaah islam malaysia.. alangkah sejuknya hati ummi dan ayah... apapun yang penting agama, insyaAllah apa pun bidang yang diceburi akan dirahmati Allah.. ingat tu ye nak.. :)

Thursday, November 03, 2011

Salam IdulAdha

Assalam,

Kejap je rasanya masa berlalu. Rasa macam baru saja beraya Idulfitri, biarpun idulfitri tahun ni disambut sederhana lantaran kesihatan diri tidak mengizinkan.

Idulfitri yang lalu, ada sejarah yang berlaku. 5 jam perjalanan di atas kereta hanya untuk melepasi jalan yang hanya 15km (mungkin), menjadikan 8 jam setengah di atas jalan daripada Gong Kemuning ke Kampung Padang Gerik.

Hari raya kali ini tak pasti pula perjalanannya bagaimana. Yang pasti setelah hampir 3 tahun berkahwin dan beberapa kali berulang alik beraya kelantan dan gerik, baru rasa difahami. Bukan mak ayah dan famili yang membuat hal, tapi orang di sekeliling! syukur abang punya tahap memahami dan kesabaran yang tinggi, itulah hikmahnya, kita tidak akan ketahui sifat sebenar seseorang hinggalah terjadi sesuatu yang menuntut persefahaman dan keimanan yang mendalam.. terima kasih abang :)

Bagi yang baru menjadi orang baru pantai timur, kelantan khasnya, selamat membina emosi dan kekuatan diri ya.. kerana perlu berhadapan dengan traffic jam dan puluhan kenderaan yang banyak di sepanjang jalan dan setiap hentian.. namun itulah yang menjadikan sambutan hari perayaan itu manis di mata kami anak kelantan :-) maka berhati-hatilah memandu, mulakan dengan kalam Allah, dengarkan nasyid atau saluran ikim.fm atau zikir dan bacaan Al-Quran peneman jalan, insyaAllah perjalanan dirahmati, selamat pergi dan kembali.

Akhir nya utk saat entry ini, Selamat Hari Raya IdulAdha.. marilah kita sama-sama hayati erti pengorbanan sebenar kerana Allah, kerana di sebalik pengorbanan itu, timbal balik nya adalah kebahagiaan utk diri kita, itu janji Allah!

Assalam,
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates