Thursday, April 11, 2013

Berita baik, berita buruk...

Assalam..

Dalam keadaan diri menghitung untuk buat keputusan samada nak bercuti 2 atau 3 bulan, macam2 terjadi.. mula-mula, rasa berdebar untuk terima anak buah yang baru... alhamdulillah adik selamat bersalin anak perempuan diberi nama Hasya Faiqah 28 Mac yang lalu. bukan berdebar apa, risau kalau adik tak mampu nak hadapi cabaran awal penyusuan susu ibu.. namun alhamdulillah berjaya diatasi. Kepada mereka yang hendak bersalin, amalkan petua / kaedah mudah ini, tuam sekeliling payudara anda mengikut arah lawan jam untuk membantu saluran-saluran susu ibu berfungsi.. insyaAllah air susu akan keluar..

Annur Athiyyah 
Hasya Faiqah

Selain dapat title anak buah baru, adik Hasya merupakan anak susuan kami suami isteri, alhamdulillah... saya dapat lihat riak muka suami gembira dengan 'gelaran' itu.. sebenarnya hasrat untuk jadikan anak buah sebagai anak susuan dah saya bagitahu abang semasa mengandungkan Athiyyah lagi. mungkin saya tak dapat bagi anak yang ramai untuk abang, tapi bila anak buah dijadikan anak susuan, masalah aurat sudah tiada lagi, malah 'bilangan' anak pula bertambah, alhamdulillah.. :-)

Beberapa hari dapat berita baik, emak dan ayah dihubungi oleh ayah long untuk segera pulang ke kampung, keadaan mek (tok perempuan sebelah mak) yang tidak memberangsangkan memaksa mak dan ayah pulang, dan saya dan suami perlu menjaga adik dan baby baru. Alhamdulillah mujurlah tali pusat dan tanggal, mudahlah sikit uruskannya.. namun yang tak best bila bacaan adik Hasya tinggi, terpaksa tinggal di wad.. bermulalah episod adik yang perlu mengepam susu untuk dihantar ke wad... jadi kepada ibu dan bakal ibu yang bergelar suri rumah, rancang dan pam lah susu anda, belum tentu anda tinggal di rumah, bayi anda sentiasa bersama anda.. bila pam, boleh simpan untuk kecemasan, kalau tak diguna, beri sahaja pada anak susuan :)

Hati saya resah tak menentu bila dapat panggilan 'last call' daripada sepupu kami.. tapi apakan daya, saya tak dapat berbuat apa-apa2.. hanya mampu berdoa agar diberi kesempatan dapat berjumpa mek kali terakhir sebelum dia pergi.

Situasi adik Hasya yang tidak memberangsangkan (bacaan suhu darah semakin tinggi) dan keadaan ibunya yang tidak memberangsangkan memaksa saya hubungi mak agar dapat pulang ke rumah semula. Mak bersetuju untuk bawa saya dan anak serta zubair pulang ke kampung melawat mek. Saya faham situasi abang yang bekerja sebagai cikgu tak boleh bercuti lama, alhamdulillah suami izinkan. Namun kita hanya merancang, Allah penentu segala-galanya... Jam 6.45 pagi hari Sabtu (6 April 2013) saya dapat panggilan daripada mak menyatakan mek telah pergi disambut Ilahi jam 6 pagi tadi. Perasaan bercampur-baur, dengan mertua yang baru datang malam tu (untuk bawa ayah checkup pada hari Isnin) dan ingin pulang ke kampung.. alhamdulillah abang izinkan, saya dapat lihat riak wajah abang yang ralat kerana tidak dapat bersama kami... sayang faham, abang...



Teringin sekali mendengar kata-kata supaya abang membawa kami pulang ke kampung.. tp apa daya saya...

Mak ayah ambil keputusan untuk terus gerak ke kampung, sementara saya pula perlu menunggu ati yang baru bertolak daripada Johor.. hati rasa resah, berdebar, sedih.. jenazah akan dikebumikan selepas asar, tapi adakah kami akan sempat sampai bila hanya bertolak jam 1.20 petang dari Sg Ramal... masa tu hanya Allah yang tau betapa kesalnya saya abang tidak dapat bersama..

Akhirnya dapat berita mek telah selamat dikebumikan jam 4 petang, kesal bercampur sedih tak dapat mencium dan menatap mek untuk kali terakhir.. Athiyyah dan Insyirah sangat baik dan mudah diurus dalam kereta, mungkin memahami situasi sukar umminya.. 

Hanya Al-Fatihah dapat ku kirim andai teringat mek... mek terlalu banyak jasanya kepada saya... menjaga saya selama 2 bulan di awal kelahiran, memanjakan saya dan cucu-cucunya yang lain.. saya amat berbangga dengan sepupu-sepupu, anak dan menantu-menantu mek, di awal hingga akhir, merekalah yang uruskan jenazah mek tanpa campur tangan orang luar...



Semoga ikatan hati, ikatan persaudaraan antara kami sekeluarga bertaut erat walaupun satu tali telah pergi, tinggallah tok ayah tali penghubung kami semua...



Al-Fatihah untuk mek...


Assalam,

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates