Qaseh Adinda penawar saya semasa hamil
Alhamdulillah, sejak berQaseh saya rasa seronok, bukan saja
boleh tambah pendapatan, malah saya dan seisi keluarga sihat. Sebenarnya dah
lama saya duk usha produk Qaseh ni, sejak Ustazah Bahiah dan suami jadi duta
produk lagi, tapi mungkin belum diberikan laluan oleh Allah untuk mencuba. Ana
Edar memang tak asing lagi dalam keluarga, mak saya merupakan agent/ahli sejak
saya kecil lagi, beg briefcase warna putih tu J tapi sekarang dah tak ada la tak boleh nak amik
gambar J
Saya mula amalkan Qaseh Adinda sejak bulan puasa tahun
lepas, iaitu sewaktu usia kandungan +- 5 bulan. Alhamdulillah, alahan teruk
(sehingga saya terpaksa ambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan) terus hilang
serta merta. Tinggal lagi saya tak boleh bau sabun mandi saja hihi.
Syukur juga sepanjang bulan Ramadhan saya boleh berpuasa, balik
dari tempat kerja masih boleh pos barang klien di pejabat pos, COD produk pada
klien bangi, ambil anak di taska kemudian singgah di kedai beli barang untuk
masak dan makan minum insyirah.. dan pulang ke rumh sediakan makan malam untuk
keluarga.
Bila athiyyah pulang ke rumah bersama ayahnya pula saya akan
layan dia (ye saya masih menyusukan anak kecil ini), setelah selesai makan
malam saya kemas dapur dan kadang tika rajin saya akan basuh kain.
Alhamdulillah… Allah permudahkan tugas saya melalui Qaseh J
Nak tau cerita sewaktu saya nak bersalin dan selepas
bersalin…insyaAllah akan dititipkan dalam blog ni nanti J
Assalam,