Anak ummi dah sekolah!
Annur Insyirah di hari pertama persekolahan
Assalam..
Alhamdulillah tahun ni, Insyirah berumur 5 tahun dan mula bersekolah.
Agak lambat dia disekolahkan kerana kami tak tahu pelbagai perkara. Jadi moralnya teruslah bertanya pada yang berkenaan daripada sibuk bertanya orang ketiga atau daripada mendengar cerita-cerita orang lain. Yeeeahh..
Alhamdulillah Insyirah mudah diurus, dari hari pertama hingga sekarang. Adiknya yang suka tidur lewat atau tak tidur malam pun tertidur awal sama dengan ummi ayah dan kak longnya..
Bagi ibubapa di luar sana, tips untuk buat anak anda mudah ke sekolah (nak-nak yang 1st time mcm Insyirah..)
1. Bersangka baiklah dengan anak anda
Walaupun dia kuat tantrum atau apa sahaja perkara negatif yang ada pada anak. Pengalaman saya, Insyirah memang jenis sangat susah nak tidur awal kerana sayangkan waktu untuk tidur (sejak dihantar pengasuh bila ada dengan ummi ayah dia akan main sepuas-puasnya, jarang tidur siang), dan pagi-pagi dia akan diangkat oleh ayah naik kereta ke rumah pengasuh. Dengan makna lain dia sedar tu dalam jam 10-11 pg di rumah pengasuh.
2. Dedahkan / cerita yang best2 tentang taska
Saya sedaya upaya untuk bercerita tentang perkara-perkara yang menarik seawal yang boleh.. sy & suami mula bercerita yang dia akan bersekolah lebih kurang 5-6 bln lebih awal, kebetulan tempat tinggal pengasuhnya ada transit kanak-kanak tadika, jd itu sedikit sebanyak membantu untuk tarik perhatian beliau tentang seronoknya bersekolah.
3. Buat jadual untuk anak
Saya cuba buat jadual, tapi saya tak paksa beliau, perlahan-lahan cuba untuk sistem kan beliau mengikut jadual yang saya dah buatkan. Perubahan tidak perlu dilakukan secara mendesak & cepat, sikit-sikit tapi berbaloi jika beliau dapat ikuti secara konsisten. Tambahan / pengurangan / kelainan aktiviti yang akan beliau lakukan akan ditambah dari semasa ke semasa.. so far alhamdulillah insyirah dpt catch-up..
4. Tidurkan anak lebih awal
Cubalah untuk tidurkan anak lebih awal, bincang dengan suami waktu bila yang sesuai untuk tidurkan, dan semasa nak tidur seeloknya semua orang tidur bersama. Tinggalkan dahulu kerja-kerja yang perlu dibuat, selesaikan apabila anak dah tidur. Ini salah satu aktivit yang perlu diubah dan dibuat oleh anak, jadi ceritakan lebih awal supaya anak tak terkejut.Saya gunakan taktik gosok gigi sebelum tidur, pakai losyen dan bacakan buku cerita untuk tarik perhatian insyirah untuk naik masuk ke bilik tidur..
5. Bangunkan anak lebih awal
Perkara ini sangat penting kerana apa yang terjadi di awal pagi akan mempengaruhi minda dan emosi anak-anak untuk keseluruhan hari. Bangunkan anak lebih awal dengan kasih sayang, dan jgn sesekali paksa dan desak anak dgn senarai segala perkara yang dia perlu buat. Pastikan kita bersedia, bukan kita dalam keadaan kelam kabut. Ayah insyirah biasanya akan buat susu untuk beliau minum sambil golek-golek dahulu atas katilnya, sementara saya menyiapkan diri. setelah itu, barulah perlahan-lahan aturkan beliau untuk ke tandas mandi dan sebagainya. jadi anak akan ceria :)
Semoga tips ini membantu insyaAllah..
Assalam,
0 komen blog nie:
Post a Comment