Doa untuk jauhkan keburukan dan kejahatan manusia dan syaitan
Salam semua... banyak perkara yang telah berlaku kebelakangan ini, lantaran itu mulai minggu ini insyaAllah saya akan wujudkan satu topik baru.. "Doa minggu ini"... harapan saya semoga dgn ruangan ni dapat bantu saya dan pembaca semua mendapat manfaat dan amalkannya insyaAllah...Setiap minggu saya akan masukkan satu doa ringkas yang diajar oleh junjungan nabi Muhammad S.A.W. supaya saya dan rakan-rakan slowly dapat amalkannya.. yg penting adalah istiqamah, iaitu kualiti daripada kuantiti, betul tak? hehe..
So minggu ni saya mulakan dengan doa ringkas, di mana kita boleh amalkannya sebagai doa harian sblm memulakan sesuatu menjelang pagi dan petang..
Antara lain manfaat doa ini ialah kita boleh membaca doa ini bila kita berada di sesuatu situasi yang boleh dikatakan kritikal dari segi keselamatan, atau kita hendak menguruskan sesuatu yang berisiko tinggi.
Doa ini jika baca di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Kalau dibaca waktu maghrib, Allah selamatkan dia sepanjang malam.
Ok, selamat berhari minggu...
0 komen blog nie:
Post a Comment