Featured

Monday, February 25, 2008

Minda kita seperti komputer?

Dah lama saya tak menjenguk laman web salah seorang idola saya... Dr Irfan Khairi.. Kebetulan aina agak mengantuk, jadi selakla sekejap website beliau untuk mendapatkan info dan tips motivasi. Tips hari ni berkaitan minda kita seperti komputer menarik perhatian saya.

Kerap kali saya (dan juga mungkin orang lain) merungut dan risau tentang lambakan kerja yang perlu dibuat setiap hari.. Banyak yang perlu difikirkan pada satu-satu masa, contohnya mereka yang bekerja perlu memikirkan hal kerja, hal rumah, hal anak-anak, hal belajar (jika yang masih menyambung belajar saya hehe). Tentu sahaja rasa ketidaktentuan dengan situasi seperti itu.

Tapi rupanya itulah karma kehidupan.. apa yang terjadi jika dilihat dari sudut positif itu membantu kita agar menjadi seorang yg lbh produktif dan efektif! Menyelaras pelbagai kerja, pelbagai aspek dalam satu masa mmg ssh, tp bila dicuba dan dipraktikkan hasilnya.. i.Allah memuaskan! yang penting kena yakin + usaha :-)

Saturday, February 23, 2008

Berehat seketika..

pulut manis.. salah satu makanan popular masyarakat timur m'sia..

Hari ni pagi-pagi lagi dah dpt sms dari mak.. "Kalu nak makan pulut manis datanglah rumah..." hehe.. sedapnye.. ingat mak kat anak sulung dier nih hehe.. hati sonok, memandangkan ade tetamu di rumah jadi aina tangguhkan masa pergi ke rumah lepas solat zohor.. yummy.. yummy.. dh lama tak makan dan teringin nak makan, bukan main lagi seronok dibuatnya..

Teringat pada kata pepatah, di sebalik kepahitan pasti ada kemanisan... di sebalik cubaan pasti ada hikmahnya... rindu juga pada hubby kerna beliau tidak dapat pulang, tapi hikmahnya ibu di sini ada untuk memberikan kasih-sayangnya... syukur alhamdulillah... my mum yg memahami.. :-)


Friday, February 22, 2008

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Sembahyang

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Ubi Berbentuk Kaki Manusia

Sekadar tazkirah di pagi hari.. sebelum memulakan kerja.... lihatlah kedua-dua gambar ni...


Maha Suci Allah.... Yang Maha Pencipta... terkedu dan rasa kagum dengan ciptaan-Nya.... Dengan perkara-perkara sebegini harusnya buatkan kita semakin sayang dan cinta kepada-Nya... Aminn.....


note : hati yang gusar rasa tenang seketika...

Thursday, February 21, 2008

Semak kualiti handphone anda...

Salam semua.... Ada sesuatu yang menarik utk dikongsi pagi ni (walaupun tak pasti samada aina antara yang terawal atau terlewat mendapat info ini) tapi pengetahuan yang ada baik dikongsi bersama bukan? hehe...

Bukan apa, ramai dari kita tak tau / tak menyedari kepentingan untuk periksa serial number sebelum membeli handphone.. sesuatu yang bukan mahal (bagi yang mampu), tapi apa salahnya ambil langkah2 sewajarnya supaya tak dikesali dengan pelaburan yg dibuat (bagi mereka yg tak mampu, kumpul duit semata2 utk capai hajat membeli handphone jenama yg diidam2kan...)

Bagi mereka yg dah ada / baru beli handphone... selalu aja telefon rosak, ada juga yang tak rosak2 walaupun dah beli 5 thn ke atas... so apa kata kita semak kualiti handphone anda utk ketahui perkara sebenar... hehhe...

Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ...)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk .

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa .

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik .

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik .

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk .

Wednesday, February 20, 2008

Jodoh....

Salam... bermula dr semalam sampai esok, aina terlibat dgn training... training start jam 9, jd sempatlah menjengah sebentar di meja tempat kebiasaan bertugas sementara menantikan waktunya.

Seperti kebiasaan, waktu pagi ambil ms utk check email dan selesaikan hal2 pengurusan. Secara kebetulan, saya mendapat email dari seorang rakan memperkatakan tentang jodoh. Dah lama saya mencari2 jwpn yg patut saya beri kepada kwn2 seangkatan yg masih belum bertemu lelaki idaman / belum berkahwin dan dgn kata lain belum bertemu jodoh.

Dari sblm berkahwin hinggalah skrg, soalan / ayat yang selalu dikeluarkan rakan.. "aina.. tgk ko bahagia skrg.. aku nk kahwin gak.." "adik nak kahwin gak... jelesnyee.." "kwn ni lum der yg punye lg..." kadang timbul rs kasihan dan sedih juga melihat mereka yg terdekat berkata begitu.. tp sedarlah wahai semua, bahawa perkahwinan bukanlah satu perkara main-main... dengan kata lain, saya petik sahaja petikan email dari kwn sy... hayatilah....

" Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk

lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu

sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati

kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal

mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,

sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam

berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya

mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu..
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Monday, February 18, 2008

Khasiat Kurma/ Kismis / Madu

Salam ... hari ni buat masa ni tiada apa cerita menarik, sblm berehat tengahari tadi sempatlah aina membelek2 artikel yang diberi oleh hubby.. salah satu artikel yang menarik perhatian tentang khasiat kurma, kismis dan madu...

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.


Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus dibuat, makanan manis2 yang lain jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Note : Tahniah dan selamat menjalani tempoh sebagai ibu kepada semua kawan-kawan aina! hehe...

Thursday, February 14, 2008

Terlalu lama...

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Tuesday, February 12, 2008

tolong....

salam.. sapa yang dpt tlg / mahir tentang mysql admin? system very2 sloww...

Monday, February 11, 2008

Something to share with.. Portugal's Airport..

A special airport -- the airport's runway with a length of 2781 meters, which 1000 meters of the runway is supported by 180 pillars,each pillar 50 meters height(abt 17 floors), surprisingly,the runway design are for B-747

Look at the cars parked below the runway ...









Think positively...

Pagi hari ni rasa hening.. baru sahaja selesai habiskan cuti raya cina, nak memulakan kerja yang 'lama' ditinggalkan rasa payah juga. Tapi apapun perlu disemai rasa syukur, tabah, sabar dan tawakkal moga segalanya berjalan lancar..

Sempat melayari beberapa email yang dihantar oleh rakan, rasa ingin berkongsi dengan semua email yang dihantar oleh seorang rakan, tentang pentingnya rasa syukur dan positif dalam berfikir...

Petikan email yang dapat saya kongsi bersama ....

" Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berde rin g pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
...

so... hidup perlu enjoy!!! hehehe..



Wednesday, February 06, 2008

Diraikan lagi untuk sekian kalinya!

Baru sahaja selesai berlangsung, aina dan izad diraikan sempena majlis meraikan pengantin baru, persaraan dan kehadiran pegawai baru di peringkat Bahagian IS, Mardi. Adat bagi majlis sebegini, pasangan pengantin dibawa untuk diraikan bersama. Namun Izad masih lagi berada di perlis, jadi beliau tak dapat hadirkan diri..

Bile nak start majlis ni..? asik kena usik jer.. malu denn... :-)

Persepsi orang luar mengatakan bekerja di badan kerajaan (MARDI badan berkanun) rileks, dapat lepak2, buat kerja sambilan untuk extra income, tapi ternyata padangan tu salah. Lambakan kerja semakin bertambah dari hari hari ke hari... Belum pun sampai masanya (awal tahun) perancangan demi perancangan dibuat bagi memastikan pada awal tahun setiap individu telah ditetapkan kerja / projek yang harus disiapkan. Begitulah tanggungjawab yang harus dipikul.

Dengan penganjuran majlis-majlis sebegini, hati tentunya rasa seronok, selain dapat bermesra, bergaul juga dapat merapatkan ukhuwah sesama rakan sekerja. Dengan gurauan dan hilai tawa, dapatlah hilangkan kejap tekanan dan bebanan kerja kami sehari-hari :-)


Adat dan kebiasaan pengantin baru akan dibuli habis2an :-)

Memandangkan hubby tak ada bersama, terpaksalah aina bersetuju untuk berucap bagi pihak mempelai hehe. Dah lama tak berucap kat depan orang ramai.. (means dh lama tak pegang mikropon le tu... ) menggelabah juga.. mula2 je ok.. pastu habih nama pun tersalah sebut.. malu juga dibuatnye hehe....

Sape nak hadiah kena masuk group cepat2 hehe

Majlis berakhir kira-kira jam 1 petang dengan sedikit jamuan, alhamdulillah rezeki kahwin bertambah lagi dengan hadiah sumbangan kelab kebajikan. Esok dah mula cuti, jadi petang ni kenalah siapkan kerja mana yang patut! hehe.. Selamat bercuti! dan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan berbangsa cina... okieess...

Alhamdulillah... rezeki.. :-)

Note : Selamat Hari Jadi to my ex-boss.. en azwal hehe.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki :-)

Thursday, January 24, 2008

Cerita hari ini.. "Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?"

ikan.. oh ikan...

Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat
nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".

Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.

"Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.
Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan".Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya. Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.

Note : Pengajaran dari cerita ini... berkatalah yang baik-baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

Tuesday, January 22, 2008

Iklan jawatan kosong MARDI

Bagi sesiapa yang berminat dipersilakan untuk membuat permohonan dengan melayari... http://www.mardi.my/jawatan/

Musim berlalu tapi masih ada yg bertanya...

Huhh.. nampaknya perlu dijawab di sini la jugak wahai kawan-kawan, rakan-taulan hehe.. sepertimana sahabat saya cik wardah yang akhirnya menjawab segala macam pertanyaan yg juga diajukan kepada saya... mcmaana... best ker... seronok ker..? hehe.. persoalan yg tak mampu dan sukar untuk dijawab.. tersalah jawab malu dibuatnya... apapun alhamdulillah syukur.... hanya itu ungkapan yang mampu diluahkan... jadi dengan rasa rendah diri dan mohon doa daripada semua agar kebahagiaan yang saya dan suami ini kekal selamanya...

Di hadapan kaunter Hotel Genting

Persoalan kedua yg mana ramai juga yang bertanya... tak pegi honeymoon ker.. honeymoon kat ner? malu juga dibuatnya.. tapi persoalannya, sejauhmana kepentingan dan kebenaran di sebalik 'pergi honeymoon' ni..? ada yg mengatakan membazir saja.. ade pula kata honeymoon mana-mana dan bila-bila pun boleh, sama saja....


Bergambar di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru, Melaka

Walauapapun jawapannya, bagi aina, terpulang kepada individu... bagi yang melihat dan berfikir dari sudut positif, positif la jawabnya.. begitulah sebaliknya... Untuk kami, alhamdulillah musim honeymoon dimanfaatkan sebaiknya lantaran kami tidak pernah 'berdating berkasih' sebelum diijab-kabul... mungkin juga benar kata sesetengah pihak, musim bulan madu memberi peluang kepada pasangan untuk lebih saling mengenali dengan lebih rapat setelah berkahwin.... Terpulang kepada anda untuk menilainya! pesan saya, take it positively!

Thursday, January 17, 2008

sambung belajar dan keje!

mm sedapnye kek!

musim kenduri kendara dah berlalu, skrg tiba masanya untuk kembali seperti dulu hehe... alhamdulilah izad dah berjaya menempatkan diri kat institut perguruan perlis, menyambung impian dan cita-citanya untuk bergelar pendidik. tahniah diucapkan untuk hubby, didoakan rezki perkahwinan ini dapat menjadikan beliau lebih berjaya menggapai impian.

sementara hubby menyambung pengajiannya di sana, aina pula di sini mula sibuk dengan lambakan kerja dan rutin harian yang menuntut penggunaan masa yg efisien. hampir 3 bln (secara tak rasmi) meninggalkan tugasan di pejabat, masih bnyk yang perlu disiapkan dan dibaiki. selaras dengan tahun dan status baru, jadi niat, azam dan semangat baru dicipta untuk peningkatan potensi diri :-) dan kini bersedia untuk menempuh alam studi + kerja + hidup dengan lebih yakin!!!!

Thursday, January 03, 2008

Sebulan berlalu....

Salam... aina mohon maaf kepada pembaca setia blog ni.. terutamanya en hannan yang setia menunggu utk berita2 terbaru.. bukan apa, sejak pindah umah baru ni masih belum berkesempatan utk update. kebetulan baru je masuk kije ari ni.. kenduri sebelah pengantin lelaki baru saja dijalankan pd 23hb yg lepas, a.lillah semuanya berjalan lancar...

ketibaan pengantin... come pengapitnye hehehe

Mengingati majlis kenduri yang lepas, gembira rasa hati bila rasa diri disayangi... terkejut juga kalangan rakan taulan bila tahu mereka hadir 2 kali ganda daripada yang dijangka! kejutan juga untuk aina bila dapat tahu rombongan pengantin perempuan ke gerik mencecah 80 orang! dari sekecil2 baby hinggalah sedewasa tok sepupu (2-3 pupu) a.lillah rasa diri disayangi semua... sanggup mereka redah highway dan jalan yg tak berapa ok dari kl/selangor dan kelantan.... terima kasih banyak2.... tentu saja menjadi kenangan utk kami berdua terutamanya aina :-)

puteri2ku, kak laila dan pa memeriahkan suasana

Majlis kenduri berakhir awal, dapatlah pengantinnya berehat sementara menunggu malamnya untuk majlis potong kek dan buka hadiah. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan keluarga baru yang ceria dan hepi.. bertuah rasa diri kerana punya keluarga, suami dan keluarga mertua yang sangat baik :-)

bestnye hubby suapkan hehe

"wei hadiah kawe ni... hehe"

Hari raya aidiladha yang lepas merupakan hari raya pertama bersama suami... rasa syukur dan gembira ke hadrat Ilahi atas kurniaanya-Nya.. walaupun mengambil masa yang lama utk sampai ke kelantan.. (18 jam tu) tp segala penat lelah hilang begitu saja, mana tak nya sesampai je kat kelantan adik dah heboh mek sediakan bilik pengantin utk kak na! hehehe..

dengan hubby dpn hotel genting

Dua hari selepas kenduri di gerik, kami berangkat pulang. Kebetulan kak ogy dan keluarga nak ke kuantan, ajak kami ikut konvoi sekali. Malamnya kami singgah di genting.. berehat seketika sementara meneruskan perjalanan masing2 keesokan harinya....

Saturday, December 08, 2007

Seminggu setelah....

Salam.... dah lama aina tak update blog ni... sibuk dengan persiapan dan perjalanan majlis kenduri kawen... a.lillah kini selamat sudah bergelar seorang isteri :-) mmg gembira setelah pelbagai cubaan dan dugaan ditempuhi beberapa tahun ini... dan mmg rs bahagia akhirnya dapat hidup bersama dgn org yg tersayang...

sah sudah kami bergelar suami isteri...

Bagi mereka yang berkesempatan hadir meraikan majlis, terima kasih banyak-banyak aina ucapkan. Begitu juga kepada mereka yg sudi mendoakan, memberi ucapan dan juga hadiah perkahwinan secara peribadi / kiriman pos dan sebagainya.. terima kasih banyak2 :-)

Keluarga yg banyak membantu..

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar.. walaubagaimanapun aina bagi pihak mak ayah dan keluarga memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan penganjuran majlis.. majlis perkahwinan pertama bagi mak ayah dan famili, sedikit sebanyak tentu ade yang terkurang..

Bersama hubby dan mala
(one of my best friend as pengapit) sewaktu makan beradap

Terima kasih banyak2 aina ucapkan kepada mak ayah, adik-adik, kawan-kawan terdekat mala, has dan nurul kerana banyak membantu dalam menjayakan majlis aina... tak ketinggalan kepada mak long dan makcik-makcik yang mmg banyak membantu.. terima kasih banyak2...

Sebahagian drpd keluarga besar kami :-)

Lastly, doakan agar majlis di gerik berjalan lancar dan doakan juga untuk kebahagiaan kami ye.....:-)

Friday, November 23, 2007

tinggal 9 hari lagi...

jam telah menunjukkan jam 1.55pg, tp mata masih lg belum mengantuk... aina br sahaja siapkan beberapa perkara yg berkait dgn kenduri nnti... badan terasa penat, tp kepala masih lagi ligat berfikir apa yg akan jadi dalam masa terdekat ni.... hati dan perasaan bercampur-baur, memikirkan pelbagai perkara.... dah nak dekat majlis, macam2 dugaan dan cabaran mendatang.... dgn final exam yg dh tertangguh dua kali akibat dibatalkan.... hinggakan aina rs inilah paper yg paling kelakar hehehehe.....

kdg2 bila dipikirkan betul juga apa org kata, mental dan fizikal kena kuat dalam menghadapi hidup dan status sbg tunangan org.... tp setelah melalui itu semua, tiba masa bakal jadi seorang isteri, perkara itu akan berulang lagi, malah mungkin memaksa diri jadi lebih kuat dan matang berhadapan dgn situasi yg pelbagai... perasaan dan emosi sendiri tak boleh dilayan, tetapi perlu ditepis dgn kekuatan utk hadapi situasi sekeliling....

aina masih lg dlm proses hadapi semua itu... kadang rs tak sabar nak tunggu hari kenduri disebabkan terlalu banyak berfikir dan melakukan aktiviti dan persediaan yg patut semata2 utk kelancaran majlis yg sekali sahaja merasainya dalam hidup ini...

tp kadang hati aina rasa takut dan resah bila fikirkan hari semakin dekat, memikirkan mampukah diri ini menjadi bakal isteri dan menantu yg baik, juga mampukah diri masih lagi menjadi pelajar yg dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran, anak sulung walaupun tidak menjadi kebanggaan tapi cukuplah setakat dapat menjaga keluarga-ibu bapa terutamanya.. tidak ketinggalan mampukah menjadi pekerja yg cemerlang dalam menjalankan tugasan yg diamanahkan oleh pegawai saban hari... masihkah diri mampu utk menjadi kawan yg baik terhadap rakan-rakan nya... masihkah diri mampu untuk semua ini.... berlegar2 di fikiranku sekarang....

doakanlah yang baik-baik sahaja utk kami, ye.... semoga segalanya berjalan lancar... hanya kepadaNya hanya mampu kami pohon, wallahu'alam.....

Sunday, November 18, 2007

Najwa Asyilah Binti Muhammad Azwal :-)

Tahniah untuk En Azwal :-) walaupun lambat diberitahu tapi tetap rasa gembira dengan berita ni .... comel baby nye tak ubah mcm mak ayahnya :-) Aina tgh wat assignment paper network-cisco sambil2 view email, dapat gambar baby yg come ni hehe.. Najwa Asyilah... cantik nama secomel dia... terus sahaja cari makna.... " Bisikan rahsia/nama yang baik " Menurut penulis sebuah buku.. huraian maknanya ialah Anak yang pandai menjaga maruah diri. Sesuai dengan makna namanya yang baik. Rahsia hati ibu bapa ingin memiliki anak yang sempurna telah tercapai dengan memilih nama ini. Tahniah sekali lg utk fiza dan azwal, semoga rasa lebih bahagia dengan kehadiran si comel ni yee.... :-)

Wednesday, November 07, 2007

Open house lagi!


Rs sekejap je dah masuk minggu berikutnya... rs masa semakin hampir.. hampir nak exam utm, hampir nak exam ptk... hampir akhir tahun ( bnyk keje opis tak setel lg nieee....) ... dan yg paling penting dgn pelbagai perasaan.... hampir ke hari yg ditungggu!


Ari sabtu, setelah siapkan 2 test cisco, jam 1.00 petang saya kuar dari umah, singgah amik wardah ngan murni kat umh diorg. lama tak jupe kwn sorang ni.. .borak punye borak tak perasan dh sampai utm hehe.... kelas habis kul 6.30 ptg, kami menuju ke kl central amik aru dan kengkawan yg br sampai dari gopeng. Tunggu punye tunggu akhirnya kelibat aru dan kengkawan nye timbul juga jam 8.00 malam. Setelah singgah di Sg Besi hantar wardah dan cik murni, kami sampai di rumah jam 9.00 malam. Saya dapat msg dari 'si dia'.. katanya nak bg dan amik barang2 yg perlu so sampai umh, amik ati dan barang2 tersebut, then bagi.

Perjalanan kami diteruskan ke pasar malam fasa 1, Bangi (punye jauh perjalanan hehe..) setelah puas berjalan dan membeli ape yg patut, jam 10.45 malam kami sampai di umah. Makan pe yg ade kemudian tido...

Keesokan paginya, awal2 lg saya dapat msg daripada cik wardah mengatakan kelas dibatalkan. Mmg hepi tp risau juga silibus tak sempat habis, 11hb ni dh nak exam. Dapat tau kelas dibatalkan, kami adik beradik wujudkan plan baru. Aina dan ati pi ke Jalan TAR, singgah di komuter serdang hantar aru dan kengkawannya yg akan menuju ke tempat lain.

Get ready untuk makan hehehe...

Alhamdulillah sampai di Jalan TAR kami dapat membeli belah dgn rasa lapang, mungkin kerana pagi tu masih belum ramai yg berkunjung. Menjelang jam 2 petang, rs dh tak larat dari utara ke timur dan selatan jalan tu... kami buat keputusan untuk pulang. Rs teringin pulak nak singgah umah terbuka cik wardah, jadi kami singgah di Sungai Besi. Jadi tetamu perasmi, mmg best sampaikan jam 4 ptg br blk umah hehe.... malamnya saya hanya berehat di rumah selesaikan apa yg patut untuk keperluan training kepada staff MARDI keesokan harinya...

note : mohon maaf kepada mereka yg menjemput untuk rumah terbuka... aina tak dapat hadir kerana kesuntukan masa... next year yee....

Wednesday, October 31, 2007

Aktiviti hujung minggu - versi 2

kak ijah ngan abe dh book tarikh 28/10 awai2 lg, soh pi kenduri utk adik2nya kat bukit antarabangsa... a.lillah aina takde kelas ari ahad tu, so leh la pi.... tak sempat nk amik bnyk gambar sbb duk bg tumpuan kat baby2 yg ade.... rindu kat irfan kemain lg mak sepupunye... hehe.

cik ngah ngan cik su.... na pun nak nama cik....mmmm... "cik long" ok tak?
hehehe... lambat lg... skrg still pakai 'cik na'...

duk lepak2 kat tepi kolam mmg best... leh wat cam umah sendiri :-)
ntah pe yg dimenung persatuan ayah2 sedunia ni hehe...


cik na berlatih pegang irfan ok tak? ;-)

Mohd Irfan Danish bersama makcik sepupu nye...

Perbincangan masih rancak walau masa pulang sudah tiba...

Mmg best bile dpt jupe sedara... :-) bersyukur punya keluarga yg memang rapat... tapi kami agak kesuntukan masa, apa daya... pepun thanks to kak ijah ngan abe erk... makanan mmg sedap hehe....
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates