Featured

Sunday, June 20, 2010

Selamat hari bapa!

salam..

pagi2 buta bangun2 rasa nk update blog dl hehe.. ada cerita menari last 2 days tp nk cite pasal hari ni dl.. tanggal 20 jun, hari bapa.. selamat hari bapa ayah, selamat hari bapa ayah mertuaku.. dan selamat hari bapa buat abg tersayang..

bercakap tentang bapa ni.. insan lelaki bergelar ayah, ayah mertua dan hubby, kewujudan mereka mmg memberi impak yang besar dlm hidup aina.. bermula dgn ayah, alhamdulillah sy dapat seorang ayah yg sgt2 bertanggungjawab.. untuk ayah, walaupun tau ayah tak baca blog ni, tapi k.na nk ucapkan khas utk ayah, terima kasih kerana;

- menjaga k.na selama 29 tahun ni.. dan tahun2 akan dtg
- protect k.na, mak dan adik-adik yang lain daripada segala gangguan
- tlg selimutkan k.na ms k.na nk tido.. (ms kecik2 dl heheh..) kalau ms besar dia jerit aja "dah tido ke?" :)
- tlg k.na hadapi kesusahan hidup..
- bg k.na peluang utk buat kptsn sendiri lepas bg cadangan pd satu2 mslh..
- ssh2 tlg k.na bukakan pintu dan pagar rumah, panaskan motor kapcai pg2 buta tiap2 kali nk pegi sekolah..
- tlg ajar k.na bljr al-Quran smpai k.na terpilih jadi qariah ms sklh dl..
- tlg ajar k.na subjek math n sains smpai k.na dpt pelajar feveret utk tiap2 thn..
- ulang-alik tiap2 minggu dan tiap2 hari ke asrama ms k.na duk asrama n ms k.na demam n exam..
- ulang-alik amik k.na 2 minggu sekali hantar tuisyen ms sekolah2 dl..
- temankan k.na, mak n adik-adik shopping n pilihkan barang n kain utk kami :)
- ayah la idola k.na dlm menjadi insan dan khalifah Allah dimuka bumi ini... terima kasih ayah...

buat hubby tercinta... dan ummi insyirah.. terima kasih kerana;
- menemani, memahami, memberi semangat syg sewaktu syg dlm keadaan tak 'menentu'... -> termasuklah emosi tak tenang, ms nk bersalin dl..
- menjaga n uruskan syg luar n dalam ms pantang dl..
- menjaga n uruskan insyirah dr kecil hingga skrg..
- tak merungut temankan ummi shopping n berjalan2 berjam2..

buat ayah.. dr anak tersyg (biar ummi jd translator insyirah ehh) terima kasih kerana;
- tlg jaga insyirah sejak kecil dlm pantang smpai sekarang..
- sanggup berjemur panas nk suruh insyirah sihat dr demam kuning
- berjaga malam sepanjang ummi berpantang..
- tlg mandikan, suapkan makan, salin lampin n tidokan insyirah..
- tlg ummi kemaskan beg perkakas susu utk ummi bwk gi keje..
- tlg jaga insyirah ms ummi ade keje atau pegi belajar..
- tak malu utk dukung insyirah dlm beg kangaroo, salinkan lampin n mandikan insyirah bila pegi jalan2..
dan, buat ayah mertua.. walaupun tahu ayah tak pakai laptop baca2 blog ni, still nk berterima kasih kerana;
- menerima aina seadanya sbg menantu..
- menerima mak ayah dan keluarga aina seadanya..
- menjaga aina sewaktu pantang
- menjaga insyirah sewaktu pantang
- dan memberikan yang terbaik sbg ayah tiap kali berjumpa...

teringat kata-kata seseorang.. hari bapa ke.. hari ibu ke.. tu tak penting.. tak payah bertungkus lumus waktu tu jer nk wish.. sbnrnya tiap2 hari tu hari bapa, hari ibu, hari ulangtahun.. yg penting hati kita.. tentu kita tak boleh terima ms hari tu je anak2 tungkus lumus buat kad etc.. tp hari lain? di mana anak dan kita berada? ehhe..

Note : famili first.. then u will be success in the world :-)

Friday, June 18, 2010

cik insyi main air

salam..

heheh.. saje nk update blog utk anak ummi, kalu insyirah nk tau hari ni hari lahir ayah, 18-06-10.. sempena berapa tahun insyirah kena kira sdr hehe.

oklah kita tutup bab ayah punye besday, sbb nk tau lbh lanjut insyirah kenalah tgk blog ummi lg satu eh.. kita tgk lagak insyirah yg mmg ligat ms kecil2 ni :) gambar ni ummi amik ms ummi n ayah duk siap2.. kita nk g kenduri auntie mazia @ serdang 12 jun yang lepas.. tp tgkla apa anak ummi buat..

cik insyi tak perasan ada kamera memerhatikannya!

haa.. ni gaya org tekejut nk kata "ummi insyirah x buat!"

amboi.. setelah dipujuk heheh

bila pujuk camni laa.. cubaan kali kedua hehe

gaya anak ummi tlg 'lapkan' meja

ni perasan nk tangkap kamera tp tak jadi sbb tekejut!

akhirnya terkejut.. ntah apa tangannya ligat pegang tuh

mata tgk tv.. tp tgk tangannye?

Tuesday, June 15, 2010

updated..

salam..

aina kini di kg hubby kat grik, bercuti kerana hal2 tertentu..

line kat sini bolehlah cuma agak2 slow..

mm.. sejak kebelakangan ni terlalu bnyk peristiwa yang berlaku dalam family, sebelah hubby mahupun sblh diri sendiri.. macam2 kabar dengar, tapi terpaksa dahulukan mana yang perlu didahulukan dan lebih urgent..

mm.. hanya tuhan yang tahu betapa rindunya aina kat kelantan walaupun di muka ku tak terserlah keresahan itu.. terutama bila dapat tau masalah imah.. erm.. cerita penuhnya boleh lihat di sini . aina tak tau kalau aina ditempat kak tini, tapi aina sangat faham situasi kak tini.. dan lagi satu, bila dapat tau tok ayah sblh mak dah tak berapa ingat cucunya..

kadang-kadang saya rasa tidak adil pada orang2 di sekeliling saya, tapi saya tak mampu.. saya hanya mampu bertanya khabar dari jauh.. bila aina ingat hari perkahwinan kami dulu2.. satu rumah penuh, tampung lagi dengan rumah penginapan, bayanglah bila dekat 200 orang berkampung di kajang.. dan bayangkanlah 23 buah kereta mengiringi majlis perkahwinan di grik.. rasa terharu.. tapi sekarang saya tidak mampu untuk melawat seorang demi seorang, cuma mendengar khabar dari jauh..

aina tak pasti apakah semua ini dilalui oleh semua pasangan .. namun berharap agar semua sepupu, mak2 sedara dan semua ahli keluarga memahami situasiku kini.. semoga hari raya akan datang dapat makbulkan doa kita untuk berkumpul berjumpa meraikan hari bahagia kita semua.. amin..

dan.. semalam, hari ini, dan seterusnya... hari-hari tetap perlu dilalui.. dengan rasa tenang, dan cuba bahagiakan orang disekeliling sedaya upaya, agar diri rasa tenang dan bahagia jua.. kerja pejabat pun semakin menimbun, bnyk pulak yang perlu dicapai tahun ini, bulan hadapan kena masuk kelas menjadi pelajar semula, jualan kedai pun semakin laris, dan baru 3 hari lepas melancarkan produk baru.. sambil2 itu nk mencelah, jom lah kita sama2 menjaga alam sekitar kita dengan menyokong produk kita semula.. sampai sini dahulu..

Tuesday, June 08, 2010

palestin.. palestin.. owh palestin..

Salam..

Semalam dalam keadaan bergelumang dengan emosi, tiba2 saya dapat sms dr mak berbunyi "Pemimpin hizbullah, Syed Hassan Nasrallah minta sume Muslim baca surah Al-Fath 26-27, Yunus 85,86,88, mlm ni. Tlg sbrkn, agr israel hancur. Forward seluruh umat islam, saudara seagama telah dikepong tuggu masa untuk di sembelih, keadaan amat dahsyat, tu saja jihad kita".. Allahuakbar! bukan pertama kali saya terkedu baca mesej2 berbentuk perjuangan begini. sekali lagi jatuh air mata saya. mm...

saya tidak tahu apa yang patut dicoretkan... terlalu banyak, dulu saya belum berkahwin dan punya anak pun, emosi saya mudah terusik, inikan pulak telah punya anak sendiri.. mmg rasa sedih, pilu, marah, dan mcm2 lagilah perasaan saya di kala ini. saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada saya sekiranya saya berada di bumi suci tanah anbiyaa bumi palestin-gaza itu.. dalam keadaan begini pun saya terpaksa gagahkan diri untuk mendengar lagu, membaca cerita dan coretan pengalaman mereka yang pernah menjejak diri di sana dan juga video yang memperlihatkan kita tentang kekejaman zionis, kebiadapan AS dan kemusnahan makluk Allah dan ke'firaun'an Mesir itu.. emosi itu kadang2 memakan diri saya bilamana saya memikirkan anak-anak kecil.. isteri.. suami, ibu bapa, adik beradik dan orang di sekeliling yang dalam sekelip mata boleh pergi sekelip mata dek bedilan syaitan israel laknatullah itu...

saya tidak mahu mencoret panjang, saya risau kalau saya emosi yang akan membawa kepada tangisan kosong.. yang saya mampu hanya dapat berdoa agar berdoa agar mereka yang mati syahid berada di dalam syurga Ilahi.. yang mampu berdoa agar mereka diberi peluang untuk hidup bebas... marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepadaNya...mmmm...

nota : maaf saya tak mampu letakkan sebarang gambar... hati saya tersentuh..

Monday, June 07, 2010

Bila hati tak tenang..

fikiran melayang...

salam... huhh.. tgk tajuk pun gerun hihi... ye.. hati saya tak tenang hari ni. jam 10 pagi tadi baru sedar yang hari ni hari sedih saya.. bukan apa. hari cuti sekolah.. cuti sekolah bermakna asben pun cuti, kesian mr hubby ditinggal seorang diri..

saya tidak mampu untuk bercuti melapangkan masa untuk bersama hubby dan insyirah seperti ibu dan ayah lain, sebab cuti saya yang hanya tinggal sedikit - bukan kerana bnyk ambil cuti tapi cuti dipotong. bukan kerana melanggar peraturan main belasah jer cuti tp sebab pekeliling baru yang tidak diperaku oleh majikan (owh majikan saya yg mmg prihatin tp majikan lain).. sedih.. kalau tak, bolehlah saya ambil sehari dua temankan hubby di rumah dan bermain dgn insyirah..

bila hati tak tenang, kerja pun x berapa commit, susu pun agak kurang.. pagi tadi, pam x smpai 2 oz walaupun pg2 buta tadi dah azam nk pam bnyk dan kadar let down nye tinggi.. apa daya saya.. nk hilangkan rasa tegang di hati dan minda, saya ambil air sembahyang dan buat apa yang patut ..

dan bila hati tak tenang juga, mulalah merapu buat benda lain.. termasuklah nk tukar background blog etc.. dan inilah hasil kerapuan yang berlaku...

semoga hari ini akan cepatlah berlalu... huhu

Friday, June 04, 2010

insyirah 11 bulan..



salam,

hari ni, 4 Jun 2010, insyirah dah berumur 11 tahun.. ummi rasa mcm br je smlm ummi rasa mcm anak ummi ni br 1 thn hihi. masih dlm perasaan tidak percaya punya seorang anak, dan ummi masih rasa mcm masih single lagi (alamak! :)) rasa sekejap saja masa berlalu...

cerita tentang perkembangan insyirah spjg 4 minggu yang lepas, dalam usia 10 bulan insyirah dah mula merangkak dgn laju, walaupun sbnrnya insyirah dh mula angkat punggung di usia 6 bln, tp genap usia 10 bulan pada waktu entry yg lepas, tiba2 insyirah merangkak! masyaAllah.. satu keajaiban kerana terus merangkak laju. ummi dan ayah ingatkan insyirah dh tak mo merangkak kerana tiap kali angkat punggung, merangkak 2 langkah then kembali jatuhkan lutut dan meniarap laju. ramai org kata insyirah akan terus jalan, tp ummi sll berdoa agar ummi dpt lihat anak ummi merangkak, entah kenapa teringin walaupun 2 mg lepas bila dipimpin tgn insyirah dh boleh menatih perlahan2..

perkembangan kedua, alhamdulillah insyirah dh pandai memahami dan ingat perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sehari2. antaranya insyirah tak akan buat perkara ummi tak suka (tp cubaan tu tetap ada sbb manja saja nk tarik perhatian ya!) dan sudah pandai memahami yang dia tidak boleh bermain suis, naik atas meja dan lain-lain bila disebut berulang kali perkataan 'bahaya'.

perkembangan seterusnya, insyirah dah mula kenal dan suka dengan barang-barang permainannya.. kalau dulu, entah apa-apa yang dia suka main dan tak pandai lagi bermain dengan anak patung, kali ni dia dah pandai, siap cium2 dan heret ke sana sini hehe. paling seronok bila skrg ni insyirah suka duduk bermain dalam bilik dia... owh.. rasanya ummi tak tunjuk lagi gambar bilik insyirah, kan? nanti ummi tunjukkan yee...

tips ibu bapa : kami suami isteri cuba untuk belajar agar sesuatu perkara yang 'tidak boleh' tidak ditegur dengan cara halangan tetapi menerapkan cara menerangkan sebab dan akibat. contohnya perkataan bahaya, sakit, nanti rosak memang insyirah faham alhamdulillah.. perkataan 'jangan' tidak akan diguna sama sekali kerana bila dah besar nanti itu akan memberikan tanda soal yang tiada jawapan untuk si anak..

Thursday, June 03, 2010

Tangan insyirah luka..

salam..

baru-baru ni, tanggal 23 hb tgn insyirah terkena seterika panas..
ceritanya berbunyi begini.. malam tu, dalam keadaan berjaga-jaga ayah dan ummi bergilir2 gosok baju kerja masing-masing, mula-mula ayah gosok baju, ummi main dgn insyirah, dan mcm tu juga ms ummi nk gosok baju, ayah nk main-main dgn insyirah.
ummi dan ayah gosok baju dlm bilik lepak2 @ bilik barang2 @ bilik lipat baju. lepas dh siap sume, ummi pun bg ayah 'lepaskan' insyirah, biar kan dia masuk ke bilik tu konon2 nk biar dia main temankan ummi yg duk kemas stok2 barang yang customer pesan nk pos esoknye.
nak dijadikan cite, anak ummi bole pulak la terjumpa @ ternampak iron yg ummi dh letak dan ikat elok2 kat tepi dinding! mak ai... nasib x menyebelahi insyirah sbb seterika tu panas, dia cuba angkat n seret seterika tu(agaknye) terkenalah tgn kanannye yg comel tu... menangisla si kecil kelam kelibut ayah dan ummi...

luka di hari ke-2

dekat sikit..

then untuk bg insyirah tenang dan kurangkan kesakitan, ummi bg insyirah menyusu (nota : memberi susu ibu adalah cara terbaik untuk tenangkan bayi anda ye ibu2), sambil ayah sapukan ubat gigi kat luka tadi. alhamdulillah tak smpai beberapa minit insyirah dh lepaskan susu, siap senyum n duduk lagi! ummi dan ayah pulak konpius heheh...

dapat ambil gambar time insyirah tido je ..

skrg alhamdulillah dh hampir sembuh, tp ummi x sempat nk ambil gambar sbb sgtlah susah nak ambil gambar insyirah skrg nih! dan makin cerdik, kan? hehehe
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates