Bila hati tak tenang..
salam... huhh.. tgk tajuk pun gerun hihi... ye.. hati saya tak tenang hari ni. jam 10 pagi tadi baru sedar yang hari ni hari sedih saya.. bukan apa. hari cuti sekolah.. cuti sekolah bermakna asben pun cuti, kesian mr hubby ditinggal seorang diri..saya tidak mampu untuk bercuti melapangkan masa untuk bersama hubby dan insyirah seperti ibu dan ayah lain, sebab cuti saya yang hanya tinggal sedikit - bukan kerana bnyk ambil cuti tapi cuti dipotong. bukan kerana melanggar peraturan main belasah jer cuti tp sebab pekeliling baru yang tidak diperaku oleh majikan (owh majikan saya yg mmg prihatin tp majikan lain).. sedih.. kalau tak, bolehlah saya ambil sehari dua temankan hubby di rumah dan bermain dgn insyirah..
bila hati tak tenang, kerja pun x berapa commit, susu pun agak kurang.. pagi tadi, pam x smpai 2 oz walaupun pg2 buta tadi dah azam nk pam bnyk dan kadar let down nye tinggi.. apa daya saya.. nk hilangkan rasa tegang di hati dan minda, saya ambil air sembahyang dan buat apa yang patut ..
dan bila hati tak tenang juga, mulalah merapu buat benda lain.. termasuklah nk tukar background blog etc.. dan inilah hasil kerapuan yang berlaku...
semoga hari ini akan cepatlah berlalu... huhu
0 komen blog nie:
Post a Comment