Tuesday, June 15, 2010

updated..

salam..

aina kini di kg hubby kat grik, bercuti kerana hal2 tertentu..

line kat sini bolehlah cuma agak2 slow..

mm.. sejak kebelakangan ni terlalu bnyk peristiwa yang berlaku dalam family, sebelah hubby mahupun sblh diri sendiri.. macam2 kabar dengar, tapi terpaksa dahulukan mana yang perlu didahulukan dan lebih urgent..

mm.. hanya tuhan yang tahu betapa rindunya aina kat kelantan walaupun di muka ku tak terserlah keresahan itu.. terutama bila dapat tau masalah imah.. erm.. cerita penuhnya boleh lihat di sini . aina tak tau kalau aina ditempat kak tini, tapi aina sangat faham situasi kak tini.. dan lagi satu, bila dapat tau tok ayah sblh mak dah tak berapa ingat cucunya..

kadang-kadang saya rasa tidak adil pada orang2 di sekeliling saya, tapi saya tak mampu.. saya hanya mampu bertanya khabar dari jauh.. bila aina ingat hari perkahwinan kami dulu2.. satu rumah penuh, tampung lagi dengan rumah penginapan, bayanglah bila dekat 200 orang berkampung di kajang.. dan bayangkanlah 23 buah kereta mengiringi majlis perkahwinan di grik.. rasa terharu.. tapi sekarang saya tidak mampu untuk melawat seorang demi seorang, cuma mendengar khabar dari jauh..

aina tak pasti apakah semua ini dilalui oleh semua pasangan .. namun berharap agar semua sepupu, mak2 sedara dan semua ahli keluarga memahami situasiku kini.. semoga hari raya akan datang dapat makbulkan doa kita untuk berkumpul berjumpa meraikan hari bahagia kita semua.. amin..

dan.. semalam, hari ini, dan seterusnya... hari-hari tetap perlu dilalui.. dengan rasa tenang, dan cuba bahagiakan orang disekeliling sedaya upaya, agar diri rasa tenang dan bahagia jua.. kerja pejabat pun semakin menimbun, bnyk pulak yang perlu dicapai tahun ini, bulan hadapan kena masuk kelas menjadi pelajar semula, jualan kedai pun semakin laris, dan baru 3 hari lepas melancarkan produk baru.. sambil2 itu nk mencelah, jom lah kita sama2 menjaga alam sekitar kita dengan menyokong produk kita semula.. sampai sini dahulu..

2 komen blog nie:

hafikri said...

semua orang diuji dengan mcm2 ujian yang kadang2 kita sendiri pun tak terfikir.

norulaina said...

ye betul... ade hikmah di sebalik semua ujian tu...

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates