insyirah 11 bulan..

hari ni, 4 Jun 2010, insyirah dah berumur 11 tahun.. ummi rasa mcm br je smlm ummi rasa mcm anak ummi ni br 1 thn hihi. masih dlm perasaan tidak percaya punya seorang anak, dan ummi masih rasa mcm masih single lagi (alamak! :)) rasa sekejap saja masa berlalu...
perkembangan kedua, alhamdulillah insyirah dh pandai memahami dan ingat perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sehari2. antaranya insyirah tak akan buat perkara ummi tak suka (tp cubaan tu tetap ada sbb manja saja nk tarik perhatian ya!) dan sudah pandai memahami yang dia tidak boleh bermain suis, naik atas meja dan lain-lain bila disebut berulang kali perkataan 'bahaya'.
perkembangan seterusnya, insyirah dah mula kenal dan suka dengan barang-barang permainannya.. kalau dulu, entah apa-apa yang dia suka main dan tak pandai lagi bermain dengan anak patung, kali ni dia dah pandai, siap cium2 dan heret ke sana sini hehe. paling seronok bila skrg ni insyirah suka duduk bermain dalam bilik dia... owh.. rasanya ummi tak tunjuk lagi gambar bilik insyirah, kan? nanti ummi tunjukkan yee...
tips ibu bapa : kami suami isteri cuba untuk belajar agar sesuatu perkara yang 'tidak boleh' tidak ditegur dengan cara halangan tetapi menerapkan cara menerangkan sebab dan akibat. contohnya perkataan bahaya, sakit, nanti rosak memang insyirah faham alhamdulillah.. perkataan 'jangan' tidak akan diguna sama sekali kerana bila dah besar nanti itu akan memberikan tanda soal yang tiada jawapan untuk si anak..
0 komen blog nie:
Post a Comment