palestin.. palestin.. owh palestin..
Salam..Semalam dalam keadaan bergelumang dengan emosi, tiba2 saya dapat sms dr mak berbunyi "Pemimpin hizbullah, Syed Hassan Nasrallah minta sume Muslim baca surah Al-Fath 26-27, Yunus 85,86,88, mlm ni. Tlg sbrkn, agr israel hancur. Forward seluruh umat islam, saudara seagama telah dikepong tuggu masa untuk di sembelih, keadaan amat dahsyat, tu saja jihad kita".. Allahuakbar! bukan pertama kali saya terkedu baca mesej2 berbentuk perjuangan begini. sekali lagi jatuh air mata saya. mm...
saya tidak tahu apa yang patut dicoretkan... terlalu banyak, dulu saya belum berkahwin dan punya anak pun, emosi saya mudah terusik, inikan pulak telah punya anak sendiri.. mmg rasa sedih, pilu, marah, dan mcm2 lagilah perasaan saya di kala ini. saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada saya sekiranya saya berada di bumi suci tanah anbiyaa bumi palestin-gaza itu.. dalam keadaan begini pun saya terpaksa gagahkan diri untuk mendengar lagu, membaca cerita dan coretan pengalaman mereka yang pernah menjejak diri di sana dan juga video yang memperlihatkan kita tentang kekejaman zionis, kebiadapan AS dan kemusnahan makluk Allah dan ke'firaun'an Mesir itu.. emosi itu kadang2 memakan diri saya bilamana saya memikirkan anak-anak kecil.. isteri.. suami, ibu bapa, adik beradik dan orang di sekeliling yang dalam sekelip mata boleh pergi sekelip mata dek bedilan syaitan israel laknatullah itu...
saya tidak mahu mencoret panjang, saya risau kalau saya emosi yang akan membawa kepada tangisan kosong.. yang saya mampu hanya dapat berdoa agar berdoa agar mereka yang mati syahid berada di dalam syurga Ilahi.. yang mampu berdoa agar mereka diberi peluang untuk hidup bebas... marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepadaNya...mmmm...
nota : maaf saya tak mampu letakkan sebarang gambar... hati saya tersentuh..
0 komen blog nie:
Post a Comment