Monday, February 28, 2011

Aktiviti Penuh


Seawal tahun diari dah penuh dengan macam2 aktiviti.. dari awal januari hingga disember. bnyk betul. mak kata mengalahkan menteri hihi. erm tul la mak, bila dah kawen mcm ni lah.. dlm diari tu kena letak sekali aktiviti suami, dan keluarga dua-dua belah pihak..

Awal tahun ni aina mula kembali ke dunia belajar. Hampir 2 tahun tangguh belajar, yang hanya tinggal 4 subjek. Sudahnya tinggal 1 subjek, statistik. 3 kali drop sem dek kerana macam2 perkara yang menghalang akhirnya awal disember lepas dapat juga bljr semula subjek ni. Alhamdulillah, ade hikmah di sebalik 'halangan' itu. Dapat bertemu dan menuntut ilmu semula dgn Dr. Ismail Mohamed, pakar matematik dan statistik utm, juga pensyarah yang sama masa amik subjek statistik tahun 2008 yang lepas.

Hikmahnya.. ye.. setelah sekian lamanya menuntuk subjek statistik ini, akhirnya aina dapat kuasai teknik dan apa yang ingin disampaikan oleh subjek tu. sebelum ni perkataan 'takut' dan 'gerun' menguasai. apatah lagi subjek ni diambil di semester akhir, risau akan menjatuhkan nilai CGPA yang ada (sbb yang ada pun rendah amat..erm). sekurang2nya setelah pertemuan ke-3 (termasuk sabtu lepas) aina punye kekuatan dan keyakinan untuk tingkatkan tumpuan dan usaha moga target yang diingini tercapai. doakan ye.. :)

Berbalik pada topik aktiviti tahun ni yang penuh.. ye.. sangat2 penuh.. list job to do amat pjg. bila dah statusnya isteri, ummi, pelajar, pekerja (faham sajalah bila duit tiada, kuantiti yang dikejar namun kualiti entah ke mana), anak sulung (event2 besar keluarga yang akan berlaku insyaAllah), menantu..erm.. dan ada 2 perkara penting dalam hidup aina dan abang akan berlaku, rasa risau.. semoga semuanya dipermudahkan..

Nota : sebenarnya kepala selalu rasa berat.. mungkin banyak yang difikirkan.. semoga Allah beri ketenangan dan permudahkan segala urusan kami... aminn..


Salam,

2 komen blog nie:

the3imans said...

gdluck...semoga sume berjalan lancar..:)

norulaina said...

tq ijan :)

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates