Monday, February 07, 2011

bercuti dan balik kampung..

Petang ahad smlm baru pulang dari kampung, sejujurnya memang rasa penat yang amat..
Dari kl-grik, mujurlah tak jem, keluar 5 pagi, jam 10 dh smpai alhamdulillah..
Tup.. tap.. tup.. tap.. hari sabtu..
Jam 8.30 pagi bertolak dari grik ke kelantan, alhamdulillah tak da masalah cuma jem skit kat kok lanas jadi smpai di rumah mok ketereh jam 12.30 tengahari..
Mandikan insyirah, makan tengahari, dan teruskan perjalanan ke rumah ayah ngah di jerteh.. dapatlah rasa kambing dan kek coklat yang sgt sedap :) tp ralat sebab x dpt mkn cheesecake.. hopefully k.ijah dpt wat lagi khas untuk org2 yg tak dpt huhu :(
Jam 4 petang, pulang ke rumah mek di gong kemuning.. lepak2 kejap, minum ais kacang berharga RM1, tak tertanding langsung dengan kat tempat lain kompem rm2.50 ke atas.. sbb isinya saja 12 jenis, air manisnya saja 6 jenis! penuh mangkuk hihi.


pagi ahad, jam 5 pagi bertolak pulang ke kl, smpai di persimpangan bukit bakar terkejut kereta sgt bnyk, masing2 beratur mengambil tempat..
smpai di hentian R & R gua musang, makanan semuanya habis..
terpaksa menjejak satu persatu kedai seterusnya, akhirnya dapat juga makan di merapoh,
itupun telur goreng saja sebab sume habis..
tp tak pe lah, insyirah tetap makan dan kenyang tanpa ragam..
dan setelah 12 jam berlalu akhirnya smpai juga di bangi..
kerana kereta bergerak sgt perlahan tika dh smpai di raub hinggalah plaza tol gombak..
sangat letih, sbb dh lama tak terkena jem begitu..

teringat cite dulu2.. ms belajar, pernah terkandas kat bukit putus akibat banjir..
tanpa sebarang bekalan mahupun perhubungan digital selama 9 jam..
perjalanan itu, menaiki bas dari kl ke kelantan ambil masa 23 jam.. kesian melihat anak2 kecil, bila tunggu banjir tak surut2, masing2 ambil keputusan untuk patah balik, redah sajalah apa yang ada di stesen minyak petronas tika itu..
dan.. sian kat mak ayah fikirkan tentang aina yg langsung x dpt dihubungi..

erm.. itu semua pengalaman balik kg.. bile dikenang sgt seronok walaupun perit :) apapun aina sgt suke balik kg, jumpa saudara mara.. cuma tak seronok bila ada yang tak memahami dengan pembahagian hari kami pulang ke kampung.. di sana ibu bapa, di sini tok nenek dan saudara mara.. erm.. moga2 nanti akan difahami situasi dan keadaan.. amin..

pada abang, terima kasih sbb sangat memahami dan menerima keadaan seadanya.. itulah lumrah bile berkahwin dgn anak sulung, cucu perempuan sulung, dan anak kita adalah cucu sulung :-)

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates