Tuesday, February 01, 2011

tiap hari kisah sedih..?

salam..

2,3 hari rasa nak update blog, tapi asyik tak jadi. sebab, asik terbaca kisah sedih..
dl2... masa duk dengan mak, jam 8 malam tgk berita, jadi tahu hal dunia..
sekarang, bila dh duk sdr, dgn kata lain bila ada astro.. dan dgn kata lain juga bila dh ada anak, jam 7mlm hingga azan isya' tu hanya pasang line oasis, harap dapat membantu si kecil insyirah kembangkan pemikirannya dgn alunan zikir.. suka dgr insyirah berzikir dgn loghatnye hihi..

sudahnya, lambatlah sikit dapat tahu tentang situasi di negara Mesir.. mungkin kerana rakyatnya dah tak mampu nak tahan sabar.. erm tak nak cite lebih2, cuma semoga sahabat2 yang terlibat yang mana keluarga mereka di sana, khususnya sahabat littlemiskhah harap2nya dapat bersabar, hanya doa mampu aina berikan semoga semuanya selamat..

suasana di mesir..

kisah perkembangan pelajar malaysia boleh lah lihat di sini

apa dah jadi dengan dunia ni... hermm..

sementelah tu.. sblm ni, saya terbaca kisah adik Qistina di blog momma mia, hati rasa runtun.. bila bercakap soal kesakitan anak kecil, aina tak mampu selindung rasa sedih di hati.. hampir setiap hari baca kisahnya di fb dan setiap kali baca lah air mata keluar mencurah2.. mujurlah di pejabat duk dalam bilik, kalau kat luar malu rasanya org tgk kita menangis.. belum lagi ditambah timbulnya cerita rekaan itu ini tu :)

adik Qistina yg sgt comel..
bayangkan umurnya br 4 bln bergelut dgn nyawa..

semoga adik Qistina dan adik2 lain yang masih bertarung kuat, tabah dan semoga mendapat kesembuhan dariNya! marilah kita sama2 berdoa dan menderma.. kalau ada masa eloklah pergi melawat bagi kekuatan pada ibunya.. walaupun 10sen, tetap memberi makna pada mereka tika ini..

namun, hidup perlu diteruskan bagi kita semua.. erm malam ni nak balik kemas2 umah dan barang, akan pulang ke grik dan kelantan waktu cuti ni.. tak sabar rasanya nak jumpa sanak saudara, doakan perjalanan pulang kami selamat ye..

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates