Thursday, February 17, 2011

Puisi hati :-)

Ku tidak kuat..
Tidak kuat emosi mahupun fizikal..
Kadang hati terfikir tentang apa yang jadi,
Mengapa begitu, mengapa begini..
Yang ku tahu, ia lumrah alam..

Orang kata aku tiada masalah..
Sebenarnya terlalu banyak masalah..
Namun ku tahu Allah itu ada..
Dan setiap perkara ada hikmah tersembunyi olehNya..

Walau hati selalu goyah..
Walau diri selalu terkesima..
Walau jasad sentiasa tidak terbiasa..
Namun sifat memberi dan sentiasa positif sentiasa ada di diri ini..

Ye.. kadang hati terfikir..
Alangkah tidak logiknya apa yang berlaku..
Ku diuji dengan dunia yang serba serbi penuh dengan penipuan..
Namun ku tahu itulah dugaan..

Terima kasih abang..
Atas segala pengorbananmu memahamiku..
Sentiasa di sisi tika hatiku menangis..
Kaulah teman rapatku,
Jodoh kita adalah jodoh Allah,
Syg bersyukur dan sangat bahagia disisimu..

Terima kasih emak dan ayah..
Atas segala yang telah dilakukan untuk anakmu..
Ku tidak tahu apa akan terjadi pada diriku..
Andai.. takdir memisahkan duniawi kita..
Kini ku jadi ummi, baru ku tahu betapa tak ternilainya pengorbanan keduamu..
Terima kasih emak.. terima kasih ayah...

Terima kasih adik-adikku..
Dikala k.na susah.. koranglah yang sibuk2kan diri..
Dikala k.na jatuh.. koranglah yang jadi anak sulung "tambatan" hihi..
Itulah keluarga.. dicerai2kan pun tidak akan putus talinya..

Terima kasih saudara mara sepupuku..
Layanan istimewa untuk ku diberi setiap kali bertemu..
Semoga ikatan kekeluargaan kekal utuh hingga ke anak cucu..

Terima kasih sahabat..
Kerana kau hadir tika hatiku gusar.. tika diriku jatuh.. tika diriku dalam kesedihan..
Dunia ini ramai kawan, namun sukar untuk mencari sahabat..
Ku kan ingati tali yang terjalin selamanya, insyaAllah..

Dalam tangis hatiku gembira bahagia,
Dalam sukar diriku tabah menempuhi cemuhan dan dugaan..
Terima kasih semua.. :-)

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates