Tuesday, July 01, 2008

Khasiat EPO

Salam... untuk rakan-rakan pembaca bergelar perempuan hehe... alhamdulillah aina temui sesuatu yang sgt berharga yg dah lama aina cari... EPO atau nama sebenarnya "evening primrose oil", sesuatu yang bagus untuk amalan pemakanan seharian kita, khusus bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri.

Berikut adalah petikan daripada sumber forum internet pakar sakit puan terkenal, Dr Hamid Arshat,
di sini;

Sumber dari : Pharmacist & Medical Doctor Online.... Ruangan Sembang2 Medical
Minyak EPO 1000mg berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan;
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid- panas badan, perpeluhan, sejuk, kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
pokok asal evening primrose

Buat eksperimen pada diri sendiri, setelah sebulan makan EPO ni, kesannya saya telah saya rasai. Alhamdulillah dengan izin Allah saya gembira kerana EPO ni membantu saya mengawal emosi berhadapan dengan pelbagai tekanan sekeliling dalam kehidupan seharian. Kesan berikutnya saya perasan keguguran rambut mula berkurangan. Begitu juga kelemumur yang kini semakin kurang.

So kepada semua pembaca wanita terutama yang menghadapi masalah2 perempuan ni, anda amatlah digalakkan memakan EPO untuk kesejahteraan diri dan keluarga anda insyaAllah... pelbagai produk ada kat pasaran namun rakan-rakan semua digalakkan untuk membeli produk halal yang terjamin kualiti kebersihan dan penghasilannya ok :-)

Sekian dulu.... kena sambung kerja hehe

2 komen blog nie:

purplerose said...

EPO brand apa yg bgus ek?
saya baru dinasihati oleh doc utk mengambil EPO,tp bla g farmasi, byk brand yg ada n sy confius dgn kehalalannya.ada yg mahal n murah. mna 1 sy nk pilih?

norulaina said...

salam.. maaf aina lambat reply.. biasa makan produk HPA.. yg terjamin kehalalan nya... utk info produk boleh refer kat sini atau taip ni .. http://hpaproduct2u.blogspot.com/2009/11/evening-primrose-oil-epo-softgel.html

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates