Featured

Tuesday, October 04, 2011

Insyirah dan teddy bear nyee..

As salam anak ummi, wat kali pertama insyirah dapat bergaya sakan dgn teddy bear, hadiah pemberian ayah dan ummi sempena ulangtahun kelahiran ke-2..
Anak ummi ada position baru untuk tengok tv dan baca buku... dengan berlatarbelakangkan bearnyee.. hehe. Tengok gambar atas tu.. pantang org pegang telefon, mulalah insyirah kata, "ummi, amik gambar asyirah..." hehe..
intai tv... sambil2 pilih buku mana yg nak dibaca :)
owh anak ummi.. rambut yang berserabut itu.. :)
and ok.. last action hehe..

Tuesday, September 27, 2011

Anak ummi dah pandai bergaya!

As salam sayang ummi..

Masuk jer umur 2 tahun, insyirah dah pandai bergaya sakan bila gambar nak diambil... hehe.
Kalau awal-awal dulu sangat payah nak ambil gambar si kecil ummi ni, sekarang mudah jer.. hehe.
Sebenarnya masa ni nak dah nak tido.. boleh pulak insyirah cakap "mii... amik gambar asyirah.."hehe.

atas katil dengan "bee"nya..

mujur tak terpeleot ummi amik gambar! hehe.

kadang-kadang tak sempat nak amik gambar sebab anak ummi posing bnyk sangat hehe.

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Hari Lahir Ayah :)

Seperti yang dikata orang, sy sangat ingin menjadi loving person sepertinya :)

As salam,

Lama sungguh tak update blog ni, hehe. Bukan tiada cerita untuk diberitakan, tapi hati ini berhenti seketika daripada menulis kerana mencari damai pada peristiwa yang berlaku seminggu sebelum hari lebaran menjelang... apa-apapun saya sekeluarga redha atas ketentuan Ilahi, saya yakin segala kejadian yang berlaku ada hikmahnya... yang paling penting, antaranya hubungan kami sekeluarga semakin rapat, kasih sayang yang ada bertaut erat InsyaAllah...

Selamat Hari Raya Idulfitri buat semua rakan taulan yang rajin singgah di blog insan yang kerdil ini. Tak sangka ada pengikut tersendiri biarpun blog ini hanyalah sebuah diari untuk diri sendiri dan bekalan untuk suami dan anak-anak tersayang andai jasad sudah tiada di dunia.. Maafkanlah segalah salah dan silap saya, kadang saya tidak perasan, kita hanya manusia yang penuh dengan kesilapan sesama insan, moga dari titik kesilapan itu berakhir dengan titik kemaafan, hati kita akan jadi sejernih air yang mengalir... betapa bersihnya tali persaudaraan yang terjalin.. :)

InsyaAllah ada rezeki saya akan buat entry lain untuk hari raya ye.. sebab tak sempat lagi copy gambar-gambar raya dari kamera ayah.. hihi.
Ayah yang sentiasa tersenyum....
tiada siapa tahu duka dihatinya..

Sebut pasal kamera ayah, teringat hari ni, 20 September 2011, hari lahir ayah tersayang... lama sudah ayah lahir, 55 tahun, saya percaya telah banyak perkara suka duka yang beliau lalui. Hingga kini saya kagum dgn sikap-sikap mahmudah yang ada pada dirinya, paling kagum dia bersangka positif dan berbuat baik pada semua orang, terutama ibu dan mak... tidak pernah sekalipun saya dengar beliau tinggi suara dengan maknya, apatah lagi mak kami. Kami ni biasalah sbb anak-anak, kalau tak dimarahi, maka akan lenconglah akhlaknye nanti :)

Bercakap pasal ayah, saya tau, saya tak akan dapat ayah sepertinya.. semakin lanjut usianya, saya kadang semakin takut dan risau.. saya pernah bermimpi buruk tentang kematiannya sewaktu di usia 13 tahun, di asrama puteri sekolah pula tu... beberapa selepas itu pun masih lagi bermimpi perkara yang sama... hakikatnya saya tidak pasti samada saya dapat membalas jasa-jasa baik ayah dengan sisa hidup yang ada.. dalam hati sentiasa bermohon agar tuhan dapat memberi ruang kepada saya untuk membalas budi baiknya.. tanpa ayah, siapalah kami ini..

Ayah dengan cucunya, Annur Insyirah :)

Semoga ayah dilimpahi rezki, kasih sayang Ilahi dan manusia di sekelilingnya hingga akhir hayatnya.. aminnn ya rabbal a'lamin...

Semoga hasrat saya untuk membuat sesuatu yang istimewa untuk ayah hujung minggu ni berjaya, InsyaAllah.. :)

Salam,

Wednesday, September 14, 2011

Ulangtahun Ke-2 Annur Insyirah

Sebenarnya entry ni dibuat 2 bulan yang lepas, tapi disebabkan beberapa kekangan, ummi baru dapat copy gambar Insyirah dan masukkan ke blog anak ummi ni..

Selamat hari ulangtahun, sayang.. genap usia insyirah dua tahun, ummi ambil keputusan untuk hentikan pengepaman sewaktu berjauhan dengan Insyirah..
kek khas diimport daripada RND
boleh bagi kredit kat kak emy, sangat sedap kek tu kak! :)
Tangan kita erat, nak... tanda penyatuan hati kita.. :)
Ayah, ummi dan Insyirah..
Seronok juga dapat tumpang sekaki majlis pertunangan cik ru, kan? hehehe..
Satu, dua.. tiga... :)
Insyirah tau, sejak insyirah ade, semua orang seronok..
Terutama ayah dengan ummi..
Terlalu banyak cubaan dan dugaan ummi dan ayah lalui sebelum insyirah lahir..
Semoga insyirah akan selalu di bawah lindungan Ilahi, diberkati hidup dunia akhirat..
Ingat selalu, ummi dan ayah sangaaaattt sayangggg insyirah...
Tiada apa yang dapat menggantikan kasih sayang itu..
Semoga sifat semua sifat mahmudah terdidik dalam dirimu,
Kami bahagia dengan keletahmu.. :)

Nota Ummi : Insyirah anak ummi sayang, hingga saat artikel ini ditulis, yakni 2 bulan selepas tarikh ulang tahun kelahiranmu, insyirah masih lagi menyusu badan dengan ummi bila ummi ada dengan insyirah.. hasrat ummi paling kurang lagi 3 bln insyirah menyusu badan dengan ummi, semoga hasrat ummi tercapai insyaAllah... :)

Thursday, August 18, 2011

Darah Haid vs Darah Istihadah

Salah satu petanda akhir zaman apabila kaum wanita didatangi darah yang tidak teratur, dan berterusan.. itu salah satu hadith yang saya sendiri tidak ingat riwayat mana, sbb tu di zaman sekolah dulu..

Saya, salah seorang yang 'terjebak' dalam permasalahan ini, sejak awal aqil baligh lagi (blh dibayangkan betapa kalutnya saya, emak dan ayah saya tentang hal ini, kan?) darah yang berhari-hari atau berbulan-bulan tanpa henti, haid yang tidak teratur, darah yang selalu datang walau hanya setitik dan macam-macam lagi kaedah dan cerita yang timbul.

Saya mendapatkan rawatan di pusat homeopathy hassan, dari sudut kedoktoran katanya ada 3 faktor utama perkara ini berlaku;
i) tekanan emosi atau perasaan
ii) pemakanan yang tidak betul / diet yang tidak seimbang
iii) sakit dalam rahim
iv) gangguan makhluk halus

Saya punya berkait dengan semua faktor di atas kecuali no (iii) alhamdulillah.. kerana tertekan akibat hendak peperiksaan, saya pernah didatangi darah selama 3 bulan tanpa henti dengan kadar darah yang bnyk seperti tertumpah darah.. saya juga pernah mengalami pengeluaran setitik, setitik akibat gangguan makhlus halus.. pemakanan saya yang tidak seimbang juga penyebab kepada masalah ini..

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat di luar sana terutamanya pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai masalah ini, berikut adalah penerangan kaedah menentukan samada darah yang keluar adalah haid atau tidak, berdasarkan pengetahuan dan amalan yang saya praktikkan setelah ibu dan ayah saya mencari rujukan di pejabat agama, berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan ustazah berkait hal ini..

Penerangan berdasarkan kronologi contoh pengeluaran darah melalui gambar kalendar bulanan di bawah;
Jadual 1 : Bulan Julai 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar), Line merah (tempoh 15 hari pengeluaran darah)

Kronologi;
- Anggapan bahawa di bulan Jun 2011 ada jarak 15 hari sblm 1-07-11 (hari pertama darah keluar bln Julai 2011).
- Darah keluar pertama kali pada 01-07-11 hingga 07-07-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 3 hari.
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (11-07-11) hingga hari keempat belas (14-07-11)

Ulasan;
- Tempoh pengeluaran haid adalah 15 hari.
- Jika sekiranya telah suci, namun masih lagi keluar darah, maka akan dikira haid selagi tidak cukup tempoh 15 hari (kali kedua pengeluaran (setelah 3 hari tiada darah))
- Kiraan tempoh 15 hari haid bermula daripada hari pertama hingga hari terakhir keluar darah, termasuk waktu suci.
- Jika sekiranya tiada darah pada hari ke-15, maka tempoh haid pada bulan Julai 2011 hanya dikira sebanyak 14 hari. 15-07-11 boleh dikira sebagai hari pertama suci antara 2 haid.


Jadual 2 : Bulan Ogos - September 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar)

Kronologi Bulan Ogos 2011;
- Darah keluar pada 01-08-11 hingga 07-08-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 15 hari (08-08-11 hingga 22-08-11).
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (23-08-11) hingga (27-08-11).

Kronologi Bulan September 2011;
- Darah keluar pada 12-09-11 hingga 25-09-11 (15 hari)

Ulasan Bulan Ogos 2011;
- Oleh kerana di bulan Julai 2011 (gambar 1) tiada lagi darah keluar pada 15-07-11, maka hari bersih antara 2 haid dikira bermula pada hari tersebut.
- Tempoh bersih antara dua haid adalah 15 hari, jadi tempohnya bermula daripada 15-07-11 hingga 29-07-11, jadi jika ada keluar darah selepas itu, dikira darah haid.
- Pengeluaran darah haid adalah selama 7 hari sehingga 07-08-11. Tiada lagi darah yang keluar selepas itu bagi 8 hari berikutnya (jika ada keluar, dikira haid spt cth bulan julai 2011), maka pada 08-08-11 dikira sebagai hari suci yang pertama di antara dua haid.
- Tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari, jadi berakhir pada 22-08-11.
- Hari berikutnya, 23-08-11 adalah hari haid.

Ulasan Bulan September 2011;
- Oleh kerana tiada lagi darah keluar pada 28-08-11 hingga 06-09-11, maka 28-09-11 dikira sebagai hari pertama suci di antara dua haid.
- Jadi darah yang keluar pada 12-09-11 dikira darah haid, pengeluaran darah tidak berhenti sehingga 26-09-11, maka tempoh itu dikira haid.
- 27 dan 28 September 2011 masih lagi keluar darah, maka dikira darah istihadah, kerana telah lebih tempoh maksima haid.

Aturan mandi wajib kena masih lagi keluar darah;
-Disarankan anda mencatat waktu darah mula keluar pada hari pertama period untuk memudahkan pengiraan hari dan waktu yang sepatutnya anda mandi wajib, ditakuti jika terkurang jam boleh jadi kurang 15 hari, kalau terlebih jam boleh jadi 16 hari. Namun jika anda tidak tahu atau tak pernah alami perkara ini, bolehlah mandi wajib pada waktu Maghrib, kerana dalam Islam, waktu maghrib adalah permulaan bagi hari berikutnya.

Jika anda didatangi Istihadah, usah risau, berpuasalah dan solatlah seperti biasa, boleh membaca Al-Quran, dengan kata lain boleh laksanakan ibadah Islam seperti biasa, cuma,
** pastikan anda telah menyalin pad yakni berada dalam keadaan suci dan bersih sewaktu hendak solat.
** hendaklah mempercepatkan pergerakan diantara waktu menyalin pad, mengambil air sembahyang dan solat.
** tidak perlu risau tentang darah yang keluar setelah kita salin pad yang bersih dan semasa mengerjakan solat.
** tidak boleh menjadi imamah solat
** jika hendak berjemaah hendaklah memasuki saf ketika solat telah dimulakan (saat takbiratul ikram telah diangkat), tidak boleh beriktikaf di masjid kerana dikhuatiri titisan darah mengotori kawasan masjid.

Itulah serba sedikit penjelasan tentang darah haid dan darah istihadah, semoga mendapat manfaat ...

Salam,

Monday, August 15, 2011

Menu Iftar : sambal ikan masin

Salam,

Lama tak update blog, selamat berpuasa semua..
Alhamdulillah kita dah sampai ke peringkat pertengahan bulan puasa, semoga kita semua dapat jalani ibadah ini dengan sebaik-baiknya ya.

Ada sedikit masa terluang, saya ingin berkongsi resipi iftar yang tak pasti dibuat pada hari keberapa. Jarang-jarang sempat ambil gambar menu yang dibuat, sebab jarang-jarang menu dapat disiapkan awal waktu. Tapi alhamdulillah setakat ini masuk waktu berbuka saya dapat duduk di meja makan dengan sebaiknya.

Abang sangat suka makan nasi berlaukkan sambal, dia suka sambal ikan masin mak, jadi saya cuba untuk buat kali ni, harap dapat kurangkan sedikit rasa teringinnya. Saya buatkan sambal ikan masin untuknya..

Bahan-bahan:
Ikan masin - basuh dan direndam sekejap dalam air
1 ulas bawang putih - dicincang halus
2-3 ulang bawang merah halus - dicincang halus
2-3 sudu lada kering - ditumbuk atau diblend dengan sedikit air (kalau tak ada guna pes kedai pun ok)
1 sudu kecil sos tiram
1 ulas bawang besar - dimayang halus
1 ulas lada besar - dimayang halus
air asam jawa
garam dan gula

Cara penyediaan:
- tumis bawang putih, bawang merah hingga kekuning-kuningan, masukkan lada kering, tumis hingga naik bau (atau pecah minyak), masukkan sedikit air jika hampir kering, masukkan sos tiram
- masukkan air asam jawa.
- imbangkan dengan garam dan gula (garam kena sikit aje sebab ikan kering dah masin)
- setelah kuah menggelegak, masukkan ikan kering, bawang besar, lada besar.
- kacau seketika dan boleh dihidangkan.

Enak dimakan bersama sup sayur :)
Salam,

Mengasuh 'adik'

Salam anak ummi insyirah,


Ummi bangga betul dengan insyirah, dah pandai tunjuk sifat prihatin seawal 1 tahun lebih.. gambar-gambar yang ummi ambil ni insyirah hanya tinggal 4 hari nak jejak ke 2 tahun, ummi baru berkesempatan nak ambil. Sbb dulu2 insyirah paling tak suka diambil gambar waktu 'menjalankan aktiviti' hehe..


Tapi, tengoklah... ummi berjaya juga..
Bangga ummi dengan sifat prihatin insyirah, tau :)
insyirah letak 'adik' dalam buai..
letak elok-elok... takut 'adik' jatuh pulak :)
mula membuai 'adik'
bibit-bibit lenguh mula kelihatan kat muka anak ummi nie :)
aiyak... ni tiru cara ayah buai insyirah kaaa..? hehe
alamak.. tengok ape tu? bantal kaaa..?
ni dah tahap penat sgt da niee.. :)
'adik' belum lelap lagi ye nak?


Seronok ummi, dapat snap gambar Insyirah.. terserlah sifat-sifat anak sulung Insyirah bila ummi tengok betapa bertanggungjawabnya insyirah melakukan sesuatu. Salah satunya inilah, buai 'adik' sambil selawat dan zikir tak putus di mulut.


Satu hari, ada aktiviti di surau kita. Acik ina bagitau insyirah, 'tolong jagakan adik damia'.. ummi kagum sungguh waktu tu, Insyirah jaga dengan rapi! ikut saja ke mana adik damia menular.. bila adik damia tersekat kat pintu atau bonggol, bersusah payah anak ummi nak angkat bantu adik damia... alhamdulillah... semoga sifat itu kekal dalam dirimu, nak...




Monday, August 01, 2011

Bersalin... klinik dan hospital Muslimah atau sebaliknya?

Annur Insyirah Mohd Hanizal
Lahir pada 4 Julai 2009
Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi
Salam..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Alhamdulillah saya tinggal di kawasan kejiranan yang menitikberatkan Karnival Ramadhan .. seawal tiga hari lepas pelbagai aktiviti dibuat oleh surau-surau dan masjid berhampiran..
Saya bersyukur kerana diberi rezeki tinggal di kawasan yang membudayakan Islam melingkari kehidupan insan, walaupun kami hidup dalam budaya yang pelbagai.. alhamdulillah..
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk puasa pancaindera, fizikal dan rohani dengan sebaiknya dan mendapat keberkatan dariNya..

Majalah solusi, salah satu majalah kesukaan saya. Saya mula membaca majalah ini sewaktu abang membawa pulang ke rumah, dibeli ketika Solat Jumaat di Surau Annur, Bangi. Kupasan yang berunsurkan motivasi dan menitikberatkan soal fardhu ain banyak mendidik saya. Di Pesta Buku 2011 saya ambil kesempatan untuk melanggan bagi memastikan setiap bulan saya akan mendapat edisi yang diterbitkan.

Tiap-tiap bulan isu yang dibangkitkan pasti menarik perhatian. Namun terbitannya yang ke-32 dalam kolum Tanbih bertajuk "Darurat Bukan Semudah Itu" karangan Ustazah Noraslina mengambil perhatian saya. Isu yang dipaparkan tentang rawatan kehamilan dan bersalin yang dipilih oleh ibu mengandung samada mendapatkannya di klinik dan hospital kerajaan yang tidak diketahui oleh doktor wanita atau sebaliknya, ataupun mendapatkan rawatan di klinik dan hospital yang menawarkan jururawat dan doktor Muslimah.

Ramai yang mengetahui bahawa didikan dan kesempurnaan akhlak anak itu sejak dikandung ibu lagi, namun ramai yang tidak sedar bahawa 'sentuhan' tangan daripada doktor berlainan jantina sewaktu kehamilan dan proses bersalin itu, salah satu punca pengabaian tanggungjawab dan titik awal kerosakan akhlak si anak..

Saya tidak mahu mengupas isu ini lebih lanjut kerana masih banyak yang saya perlu pelajari dalam soal agama ini.. namun berdasarkan ruangan majalah solusi tersebut saya ceritakan pengalaman saya sewaktu menjalani proses kehamilan dan bersalin Insyirah insyaAllah..

Sejak saya mengetahui diri saya hamil, telah timbul soal nekad dalam diri saya untuk mendapatkan rawatan daripada doktor Muslimah, kerana saya dibelenggu dengan perasaan "tidak akan memberi kepada mana-mana lelaki lain untuk melihat mahkota saya melainkan suami saya"..

Namun kesilapan saya, saya tidak mencari ilmu berkenaan perkara itu..

Saya melalui satu saat yang agak sukar, apabila menyuarakan hasrat hati kepada sebilangan orang, jawapan yang saya dapat, ".. kalau ada kes, hospital swasta akan hantar ke hospital kerajaan juga .." ".. tak ada duit nak masuk swasta.. "saya buntu dan diam sahaja di situ. Namun dalam hati saya tetap nekad untuk mendapatkan khidmat doktor wanita..

Saya kumpul duit setiap bulan, simpan untuk bersalin.. alhamdulillah agensi saya bekalkan duit perubatan untuk rawatan pesakit luar, jadi saya gunakan untuk rawatan kehamilan..

Seterusnya, saya sudah pandai menjawab.. ".. menjadi kewajipan seorang suami untuk mendapatkan khidmat doktor wanita untuk isterinya yang hamil dan akan bersalin .." saya juga sedih bila mendapat jawapan ".. kalau duk kampung macamana? kira mudarat lah tu.." owh.. sedih bila kenangkan..

Tapi alhamdulillah, saya mendapat jawapan daripada keluaran Solusi yang lepas, saya rasa berbaloi kerana keegoan saya untuk mendapatkan khidmat rawatan daripada doktor dan jururawat Muslimah berbaloi.. saya rasa lega kerana bertindak buat tak tahu apabila diperli rakan tentang 'orang kaya banyak duit bolehlah bersalin kat swasta' berbaloi.. saya mengambil jalan yang tepat untuk diri dan anak saya, alhamdulillah..

Semoga para ibu mendapatkan jawapan daripada keluaran solusi tersebut, dan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk si anak dan menjaga aurat kita dengan kaum berlainan, niatlah kerana Allah untuk kebaikan dan kemaslahatan kita bersama, insyaAllah ada jalan penyelesaian dan hikmah disebalik syariat dan tuntutannya..


Salam,

Wednesday, July 27, 2011

Semoga selamat pergi dan pulang semua..

Sessi taklimat oleh owner travel agent, Andalusia Sdn Bhd..

Tadi, aina memohon kebenaran officer untuk keluar sebentar menghantar mak ayah yang akan pergi ke Tanah Suci mengerjakan umrah KLIA. lama sungguh tak ke sana, suasana KLIA nampak agak 'hambar' dari luar..

Sempatlah snap beberapa keping gambar untuk kenangan terutamanya buat cucunda tersayang.. doakan semoga perjalanan umrah mak ayah, mak long dan ayah long dan anak mereka dimudahkan dan mendapat keberkatan Allah ye..
kami di ruang menunggu a.k.a pentas KLIA sementara menantikan sesi taklimat.
entah apa motif gambar ini diambil abe mie, saya pun tidak tau :)
ayah dan emak yang romantik.. sy sukeee.. :)
ayah isi perut sementara menunggu waktu taklimat
mak long dan ayah long yang akan turut serta menziarah Tanah Suci
taklimat diakhiri dengan bacaan doa..
si anak kecil comel ummi yang sama-sama mendoakan :)

Nota Ummi : teringin nak pergi sama, insyaAllah ada rezki dapatlah jejak Tanah Suci satu hari nanti :)

Salam,

Tuesday, July 26, 2011

Cik Ru Insyirah Dah Jadi Tunang Orang :)

Cik Ru (panggilan insyirah pada adik perempuan keempat saya, Norul Hidayah), adalah perancang dan orang yang bertanggungjawab untuk persediaan, tiap kali ada majlis yang melibatkan 2 keluarga.
Kali ni, buat pertama kali, majlis yang akan diadakan adalah untuk dirinya sendiri.
Untuk kami sekeluarga, memang dah tau akan kemeriahan dan kega'gah'an majlis yang akan berlangsung, hehe.
Tapi kami tak kisah, sbb dah banyak titik peluhnya habis berhempas pulas untuk kami2 semua :)
Inilah dia tunang orang itu, cik ru dan mak andamnya :)
Gambar setelah selesai majlis dan sesi outdoor photoshoot.
Puas hati mak andamnya kerana mekap still ok walaupun dah berjam2 mekap dipakai dan duduk di bawah terik panas matahari.
Ada cerita di sebalik mekap dan andaman untuk aru ni.
Dua hari mak andamnya tidak tidur malam menyiapkan veil yang akan dipakai.
Dan berminggu contoh mekap yang dicuba sebelum mendapat kelulusan mak dan ayah.
Akhirnya 'corak mekap' ini juga yang dipersetujui. Entah ke berapa kali percubaan, kami tak tau :)
Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi jika berminat :)
Bergambar beramai-ramai sebelum pihak keluarga lelaki berangkat pulang.
Kata ati, "Jelesnya... ati tak ada gambar macam ni. fotographer ati dulu tak pandai.."
Tapi kata kak na, "Jgn begitu. bersyukurlah sbb gambar na dulu lagila.. tak ada photographer, hanya syafiq yang ambil, tambah best lagi tersalah pengantin lelaki! Diambilnya gambar kawannya yang gelap gulita dan comel huhuhu :) "
Insyirah yang jadi rebutan setiap kali ada 'waktu terluang'
Anak dan cucu sulung, begitulah.. :)
Namun alhamdulillah ummi dan ayah tak pening kerana status itu :)
Owh insyirah ... pandai sungguh bergaya..
Dan buat pertama kalinya.. ketujuh2 anak emak dan ayah bergembira bergambar bersama...
Alangkah baiknya jika ada sifat syukur dan redha sentiasa.. hidup pasti gembira walau apapun melanda! :)
Pengantin lama yang sentiasa baru.. :)
Contoh teladan buat anak-anak dan menantu.. :)

Salam,

Tuesday, July 19, 2011

Selamat Datang Ke Dunia Baru

Entry hari ini khas untuk adik perempuan saya, norul syahida.
Telah melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mei yang lalu. Tapi gambar baru saja dapat dr photographer, jadi barulah dapat buat entry untuknya.
Jomlah kita layan aje gambar-gambar yang ade ye..
Entah apa yang dikalutkan, dan entah apa yang direlakskan oleh anak2 sulung mak ayah :)
Skrg bertambahlah seorang lagi menantu mak ayah, menjadi tiga orang semuanya..
Bukan mudah untuk mencapai tahap begini..
Dan mengajar saya betapa beratnya tanggungjawab pabila dah bergelar isteri dan ibu..
Meriah dan gamat sungguh bila semua ahli keluarga berkumpul bersama :)
"Suami saya anugerah dari Allah untuk saya, takdir Allah menemukan kami dan menjadi isteri kepadanya membuatkan hidup saya lengkap dan bahagia..
Bertemu dan berkahwin dengannya mengajar saya erti cinta Allah sebagai punca cinta sesama manusia..
Dan saya mula percaya bahawa meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari cinta setelah berkahwin dan dalam apa jua keadaan di hadapan..
Terima kasih Allah... Alhamdulillah.. :)"

Untuk ida,
Menjadi seorang isteri, tidak sukar tetapi mencabar emosi dan fizikal..
Mengembalikan nostalgia pabila detik2 berkeluarga kembali dalam kehidupan kita bersama orang lain..
Usahlah mengeluh, tabahlah dan kuatkan semangat,
Kerana.. dibahumu terletak terlalu banyak tanggungjawab yang perlu digalas
Demi memastikan suami dan bakal anak-anakmu menjadi khalifah Allah yang 'alim dan mulia akhlaknya..
Selamat Pengantin Baru.. Semoga Bahagia dan Tenang Menghadapi Dunia Baru :)

Nota Ummi : kebahagiaan itu bukan datang sendiri.. didiklah diri untuk banyak memberi kerana kebahagiaan akan mengiringi .. :)

Salam,
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates