Featured

Friday, May 30, 2008

Selamat Hari Jadi Bos!

salam semua.. hehe... dh lama tak update blog. ntah bz psl ape aina pun tak pasti.. hehe.. yg pasti 'job to do' tu mmg bnyk dan lbh drpd 2 m.s la dlm diari hehe...

haha... job to do keje & personal! lbhkan org2 beso hehe

oklah.. aina tak pasti tp rsnya wat pertama kali kot staff kat bahagian aina sambut besday.. my bos lak tu hehe.. (siap warn suh der kat opis hari ni sbb nk belanje hehe) the besday girl mmg la very2 hepi & cheerfull today, org lain pulak excited memandangkan ni la pertama kali kot wat small party besday event kat opis hehe..

tgkla tu senyum lebar je.. hehe

so for u kak ayeen / zaireen.. selamat tambah umur, semoga dimurahkan rezki, dipermudahkan segala urusan dan dimakbulkan segala hajatmu oleh-Nya aminnnn...

cepat.. cepat... org lain nak gak :-)

kek yang dibawak mmg sedap, dan pulut kuning & kari mmg sedap (dibuat special utk mereka yg request lak tu! )

Thursday, May 22, 2008

Tingkah laku diri

Haha.. aina paling suka artikel2 macam ni. Tak perlu percaya, tapi mungkin boleh bantu kita membina diri ke arah yang lebih baik dan lebih ok... ada juga yang mengena, ada juga tak betul, entah kebetulan ataupun benar, elok juga diambil iktibar, kan?

Memicit atau memegang hidung
  • Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
  • Seorang yang pemalu dan
  • Sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.
Meletak tangan pada bahu kawan
  • Suka ikut kepala sendiri
  • Pentingkan diri sendiri
  • Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat
Bermain dgn tangannya
  • Mempunyai tahap humor yang tinggi
  • Pandai berjenaka
  • Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
  • Jenis open minded
Mematahkan jari jemarinya
  • Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
  • Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja
Menggigit kuku
  • Gugup dan gementar bila berbicara
  • Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati
Memintal hujung rambut
  • Suka berkhayal
  • Sukar diperdayakan
  • Keras kepala
Menongkat dagu
  • Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
  • Suka mendengar masalah teman2
  • Setia dlm persahabatan
Suka letakkan tangan atas meja
  • Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
  • Peramah
  • Suka bergantung pada orang lain
Menggosok 2 telapak tangan
  • Ramah dan berfikiran matang
  • Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2
  • Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu
Memutar cincin
  • Sangat menepati janji
  • Berhati2 dlm tutur kata
  • Gemar hidup yang teratur

Wednesday, May 21, 2008

Selamat hari guru!

Salam semua... rasanya masih belum terlambat utk aina ucapkan selamat hari guru kepada seluruh insan yang bergelar guru .... kepada hubby, mak ayah, makcik2 ku, sepupu2ku, rakan taulan yang bergelar guru dan bakal menjadi guru, jasa kalian amat besar dalam mencorak keperibadian dan sahsiah saya dan seluruh insan yang bergelar 'manusia'... Khas utk cikgu tersayang, Pn Norfadhilahwati Mohammed, jasa beliau amat besar kepada aina.. tidak pernah mengenal erti jemu mengajar di darjah 6, daripada seorang yang tidak ketahui apa2 sehingga mampu mendapat markah yang tinggi dalam periksa UPSR..

Hubby bersama dengan salah sorang cucu pelakon terkenal ..
cehh.. sempat lg tanye background student hehe

Khas juga utk hubby, semoga dapat menjalankan tugas sebagai seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna kelak. Hari ini aina terpaksa mengambil cuti memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan, bangun dari tidur sempat pulak membelek2 gambar dalam kamera yang hubby ambil waktu beliau jalani latihan di salah sebuah sekolah di utara bulan lepas. Rasa bangga melihat gambar2 tu bila kenangkan beliau akan menjadi salah seorang pendidik :-)

Mm... hari ni perlu berehat secukupnya, perlu dapatkan tenaga, pagi2 esok kena mengadap big bos utk kali kedua, dan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan menjelang pertengahan tahun ni!!! Cepatlah sembuh wahai puan aina... apapun seharusnya bersyukur kerana sakit yang datang itu kifarah kepada dosa-dosaku yang lalu... amin...

Monday, May 19, 2008

cerita hari minggu

salam.. skrg jam 9 mlm, baru rasa ada sikit tenaga utk menjenguk blog. tadi rasa letih bercampur dengan lenguh2 tubuh, so berehat kejap pas solat maghrib :-) hari jumaat lepas dapat panggilan dr ayah mertua minta tlg amikkan adik ipar kat hentian bas jalan duta, kali pertama belajar pegi kat sana, tapi akhirnya k.ogy ngan abg pai'e gak yg pi amik sbb terlepas main gate! hehe.. -> takpe, at least pasni tau la kat mana letaknye hentian duta yg glamor itu! dan pas ni kalu tak de aral insyaAllah aina akan jejak juga utk balik ke gerik hehe :-)

hari jumaat, cepat2 siapkan segala jenis kerja yang perlu, tak saba rsnya nak bercuti pjg (salah satu sbb tak de kelas minggu ni so blhla bersenang lenang hehe) .. syukur alhamdulillah Allah berikan ruang kepada saya untuk bertemu dengan dear yang saya sgt ingati..

pagi sabtu, awal2 lagi kami bertolak ke subang ada appointment, hajatnya nak bertemu rini, k.ogy dan abg pai'e kat kl tapi terbalik pula rancangannya.. otw balik ke JB diorg singgah kat umah, puas berpikir nak masak pe, so masak je la daging sos tiram, sambal udang, ikan selar kuning goreng kari (makan panas2 sedap tau..) dan sayur sawi kuah kicap. layan2 borak dh petang, jam 3 diorg berangkat pulang. ptgnya pulak cik has tandang ke rumah, tak da pe yg sempat dibuat so sorry ek cik has, tertido la.. hehe.. nnti lah aina masakkan yg special utk awk hehehe...

ahad.. hari yang ditunggu utk lepaskan segala kepenatan! hehe.. cian jugak tgk hubby, siapkan assignment nampak letih, tapi tak tau nak tlg camne .. so pastu kemas2 umah, buat pe yg patut, malamnya kitorg pi umah kat sg ramal mkn nasi minyak yg ati dh siap prepare hehe.. (best gak jadi tetamu sekali sekala hehe)

isnin.. hari ni.. owh... sedih rasa hati.. tp perlu lepaskan juga.. hubby perlu teruskan pengajian, sempatlah juga masakkan roti jala & makan t.hari utk hubby. kul 2 t.hari takdi gi hantar kat kl jupe kengkawannya, aina pula pulang dgn harapan perjalanannya selamat sampai di sana... nak hilangkan rasa sebak di hati, jupe ngan cik mala borak2 sambil makan kat kg baru.. then asar balik umah.. rs penat sgt.. rehat.. hehe... sok.. kerja.. owwhh.. baju lum gosok lg! haha..

note : takde gamba leh amik bateri kamera dh abis hehe..

Thursday, May 15, 2008

baru.. baru .. dan baru... :-)

hari ni, malam ni, tiba-tiba tergerak hati untuk menukar tajuk blog ni. sebenarnya dah lama aina nak tukar, rasa tak sesuai pulak sejak bertukar status tapi blog ni seolah masih 'sendiri'.. bagi yang mengenali aina, tentu sahaja tahu aina mmg sukakan nama pendek, walaupun bukanlah se-kreatif manapun orangnya, tapi tetap mencari nama yg sesuai sbg pengenalan diri.

dulu... saya suka pakai na's... ade dua maksud tersirat kat situ.. kalau saya letak kat barang2 saya, maknanya Norul Aina Punye.. dan kalau dalam tulisan biasa atau pengenalan biasa saya bermaksud nama penuh saya.

oklah berbalik kepada tajuk blog yg baru ni, saya berharap semoga dgn nama baru ni, kehidupan saya dan keluarga akan lebih selesa, lebih dirahmati, lebih aman, damai, tenang dan doakan yang terbaik utk kami... masih lagi mengambil nama lama, 'nas' ditujukan kepada nama penuh saya, manakala 'zad' singkatan kepada nama hubby, izad... so hope u'll enjoy my blog in the next post okey!

Tuesday, May 13, 2008

Petua Cantik

1. Kulit Lembap Berseri
  • Kubis dihancurkan menggunakan mesin pengisar dan ambil airnya.
  • Campurkan air kubis dengan madu lebah dan cuci muka dengan ramuan tersebut.
  • Seeloknya 2-3 kali seminggu
2. Hilangkan kelemumur
  • Sebiji kelapa tua dikisar dan diambil santannya.
  • Sebelum mandi santan dilumurkan ke atas kepala dan dibiarkan seketika.
  • Cuci dengan air yang bersih

3. Mencegah darah tinggi
  • 5 tangkai daun ceri dicuci bersih
  • Rebus daun ceri bersama empat gelas air sehingga mendidih.
  • Lebih baik rebus menggunakan periuk tanah untuk menjaga khasiatnya.
  • Minum tiga hari berturut-turut atau bila diperlukan.

Saturday, May 10, 2008

Doa untuk jauhkan keburukan dan kejahatan manusia dan syaitan

Salam semua... banyak perkara yang telah berlaku kebelakangan ini, lantaran itu mulai minggu ini insyaAllah saya akan wujudkan satu topik baru.. "Doa minggu ini"... harapan saya semoga dgn ruangan ni dapat bantu saya dan pembaca semua mendapat manfaat dan amalkannya insyaAllah...

Setiap minggu saya akan masukkan satu doa ringkas yang diajar oleh junjungan nabi Muhammad S.A.W. supaya saya dan rakan-rakan slowly dapat amalkannya.. yg penting adalah istiqamah, iaitu kualiti daripada kuantiti, betul tak? hehe..

So minggu ni saya mulakan dengan doa ringkas, di mana kita boleh amalkannya sebagai doa harian sblm memulakan sesuatu menjelang pagi dan petang..

Antara lain manfaat doa ini ialah kita boleh membaca doa ini bila kita berada di sesuatu situasi yang boleh dikatakan kritikal dari segi keselamatan, atau kita hendak menguruskan sesuatu yang berisiko tinggi.

Doa ini jika baca di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Kalau dibaca waktu maghrib, Allah selamatkan dia sepanjang malam.

Ok, selamat berhari minggu...

Sunday, May 04, 2008

Jenis darah mendefinisikan sikap kita?

15 Jenis darah selain boleh menjadi panduan utk menentukan diet yg sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorg. Hasil kajian yg dilakukan di Jepun terhdp beberapa jenis darah, ada beberapa keperibadian tertentu yg dikatakan sesuai dgn jenis darah org yg berkaitan. You all boleh lihat sendiri apakah antara anda SUAMI ISTERI mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian dibawah ini:

KUMPULAN DARAH 'O'

Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Betul tak????

KUMPULAN DARAH 'A'


Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH 'B'


Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH 'AB'


Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Saturday, May 03, 2008

3 Mei 2008...

syukur alhamdulillah, hari ini dapat juga saya siapkan misi saya.. hehe.. menyediakan hidangan pulut kuning + rendang ayam. walaupun tak sesempurna target saya, tapi mendapat pujian kalangan mereka yg merasa itu sudah cukup untuk saya mencuba buat kali kedua satu hari nnt utk perbaiki silap itu hehe.. :-)

seperti biasa, setiap minggu pagi hari sabtu saya tentu akan dapat panggilan drpd famili. tak kisahlah drpd mak atau adik2.. sama jugalah dgn pagi hari ni. pagi2 (dh nak ke tengahari dh pun hehe) ati dah tel tanye bila nk balik umh... oowh... ms tu belum siap lg apa yg sedang dimasak.. rupenya ada 'sesuatu' menanti di rumah hehehe...


hadiah daripada aru dan ati...

sampai kat umah dalam area jam 2 ptg, akhirnya 'sesuatu' yang dinanti tu akhirnya terjawab juga. lepas melayan aru dan ati berborak akhirnya diorg beri satu beg kecil molek.. rupenya nak diberi hadiah sempena umur aina yg dah meningkat :-) thanks a lot for da present.. i'm very appreciate it hehe.. :-) tak sabar nak gayakan baju tu, tp nk tunggu tunjuk pada dear yang jauh tengok dulu :-)

sebelum tu kelmarin balik sahaja dari kerja terkejut tgk ada 'sesuatu' atas meja solek. alhamdulillah, rezkiku luas tahun ni bila rupanya dua bungkusan itu hadiah pemberian kawan serumahku yang baru, dayah. buat pertama kali merasa kek dari kedai kek terkemuka, dan juga satu pack 'eye musk' yang mmg ku hajatkan utk dibeli sekian lama hehehe.. thanks dayah..

pemberian dayah, housemate...

mm.. malam ni ada cerita best, enigma cinta slot cerekarama di tv3... nk tgklah kejap.. kepada semua yang meraikan hari ulang tahun, selamat menyambut hari ulang tahun, didoakan kalian sihat walafiat, dimurahkan rezki, dikurniakan rahmat mawaddah dan aman sejahtera, ceria dan bahagia selalu.. namun harus diingat ia petanda bahawa usia kita semakin meningkat, semoga ia dapat memberikan kita satu semangat untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan matang, serta lebih dekat dengan-Nya... ameen....

note : tak sabar rasanya nak masakkan pulut kuning + rendang ayam utk dear satu hari nanti! :-)

Friday, May 02, 2008

Already 27th!

Bestnye kalu dpt makan kek..

Salam semua... beberapa jam lagi, aina akan genap berumur 27thn.. terasa umur diri ni semakin meningkat, telah 27tahun berada di bumi Allah, banyak yang telah dilalui, pengalaman pahit manis, perit jerih dan macam2.. namun terasa masih banyak yang perlu dilakukan, masih banyak ilmu perlu diteroka, masih banyak perkara yang perlu dipelajari...

dan juga pulut kuning.. hehe

Terima kasih untuk hubby tersayang, walaupun dalam 'keriuhan' dan kesibukan menuntut ilmu namun masih mengingati hari lahir isteri dari jauh.. ramai juga di luar sana yang mempertikaikan adakah perlu diingati semua ini.. ada juga yang hanya tidak ambil kisah kerana menganggap semua ini remeh, tapi lain orang lain caranya, bagi aina ia tetap sesuatu yang istimewa dan boleh dijadikan salah satu cara belaian antara yang tersayang. Input ini saya dapat daripada perbincangan di kalangan mereka yang terlibat dalam salah satu rancangan kegemaran saya, wanita hari ini, hari cuti kelmarin.. Salah satu pemupukan kasih sayang antara suami isteri adalah belaian, namun mempunyai maksud dan skop yang luas dan berbeza di antara pasangan. Apa pula pendapat anda? hehe...

Terima kasih juga kepada keluarga, rakan-rakan yang sempat mengucapkan tahniah dan mengingati hari lahir ini. Besar ertinya kepada aina dengan ingatan yang diberi. Semoga ikatan yang terjalin merapatkan ukhuwah kita sesama manusia.. ameen... Ok.. doakan yang terbaik sesama kita semua ok... salam....

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates