Already 27th!
Salam semua... beberapa jam lagi, aina akan genap berumur 27thn.. terasa umur diri ni semakin meningkat, telah 27tahun berada di bumi Allah, banyak yang telah dilalui, pengalaman pahit manis, perit jerih dan macam2.. namun terasa masih banyak yang perlu dilakukan, masih banyak ilmu perlu diteroka, masih banyak perkara yang perlu dipelajari...Terima kasih untuk hubby tersayang, walaupun dalam 'keriuhan' dan kesibukan menuntut ilmu namun masih mengingati hari lahir isteri dari jauh.. ramai juga di luar sana yang mempertikaikan adakah perlu diingati semua ini.. ada juga yang hanya tidak ambil kisah kerana menganggap semua ini remeh, tapi lain orang lain caranya, bagi aina ia tetap sesuatu yang istimewa dan boleh dijadikan salah satu cara belaian antara yang tersayang. Input ini saya dapat daripada perbincangan di kalangan mereka yang terlibat dalam salah satu rancangan kegemaran saya, wanita hari ini, hari cuti kelmarin.. Salah satu pemupukan kasih sayang antara suami isteri adalah belaian, namun mempunyai maksud dan skop yang luas dan berbeza di antara pasangan. Apa pula pendapat anda? hehe...
Terima kasih juga kepada keluarga, rakan-rakan yang sempat mengucapkan tahniah dan mengingati hari lahir ini. Besar ertinya kepada aina dengan ingatan yang diberi. Semoga ikatan yang terjalin merapatkan ukhuwah kita sesama manusia.. ameen... Ok.. doakan yang terbaik sesama kita semua ok... salam....
2 komen blog nie:
happy birthday kak na!
sooorrryy lambatttt :P
cehhh... kena denda ni.. hehe
Post a Comment