Featured

Tuesday, May 19, 2009

apa nak jadi...

Artikel ni dipetik daripada akhbar.. apalah nak jadi dengan zaman sekarang... kepada semua yang bergelar wanita / perempuan / anak dara / mak dara... berhati2lah.... minta dijauhkan daripada terkena di kalangan sanak saudara dan rakan taulan kita... na'uzubillah min zalikh...


Dua bersaudara dirogol 9 lelaki

Remaja ditinggalkan di bangsal getah berhampiran pusat perkelahan

GRIK: Hasrat dua remaja perempuan bersaudara keluar makan malam bersama teman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol secara bergilir-gilir sembilan lelaki di sebuah bangsal getah berhampiran Pusat Perkelahan Lata Ulu Lawin dekat sini, Rabu lalu.

Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun keluar dari rumah keluarga mereka di Kati, Kuala Kangsar apabila seorang daripadanya menghubungi teman lelakinya untuk mengajak makan di pekan Lenggong dan dibawa membonceng motosikal oleh teman lelaki mangsa dan rakannya.

Bagaimanapun, mereka dibawa ke Lawin Selatan, Grik sejauh lebih 50 kilometer dari rumah mereka.

Sumber polis berkata, apabila tiba di bangsal ladang getah itu kira-kira jam 10.30 malam, kedua-dua gadis berkenaan dirogol teman lelaki dan rakannya. Beberapa ketika kemudian, tujuh lagi lelaki yang menaiki motosikal tiba di situ dan merogol mereka secara bergilir-gilir.

Kedua-dua mangsa kemudian ditinggalkan di bangsal itu sehingga keesokan paginya dan berjalan kaki keluar ke jalan raya di Felda Lawin Selatan sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

Mangsa yang bersaudara sepupu sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar itu kemudian dibawa keluarga masing-masing untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kati pada jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.

Menurut sumber, polis merampas beberapa helai pakaian dan kain yang ditemui di tempat kejadian selepas menerima laporan untuk dijadikan bahan bukti.

Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, ketika ditemui di sini, semalam mengesahkan kejadian itu, berkata polis sedang memburu mereka yang terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan itu.

"Dengan bantuan maklumat yang diterima daripada mangsa, polis sudah berjaya menahan tiga lelaki berusia awal 20-an di rumah masing-masing iaitu seorang Jumaat lalu dan dua pada malamnya.

"Polis masih memburu enam lagi suspek dan percaya akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat kerana sudah mempunyai maklumat mengenai mereka," katanya.

Wednesday, May 13, 2009

kena tag lagi.. tak sukenyee..

salam... hehe lama tak muncul.. sbnrnya bukan pe, bnyk benda yg nk diceritakan tp tertangguh / tak sempat / tak da mood disebabkan bnyk perkara.. tp yg paling tak menghidupkan perasaan nk update blog sbb cable kamera digital yg menghilang tak jupe2... sediy... ingat nk beli yg baru laa.. bnyk gamba2 tak boleh nk copy masuk pc... huhu :(

oklah sejak akhir2 ni ramai pulak kengkawan yg tagged aina.. maka agenda pertama kali ni kita jawab dl tag2 yg dh dikenakan...

pertama.. oleh kak emi ;
sebenarnya pernah kena dan telahpun jawab tagged ni.. oleh pn wardah, thn lepas kat sini. tp untuk tidak menghampakan hajat kak emi aina copy paste je la ayat2 dan gambar2 kesukaan tu kat sini ye.. hehe

"
so... inilah gambarnya... yg paling aina sayang, yg paling aina terharu, yg paling aina akan ingati saat2 ni..... kat mana-mana pun aina letak gamba ni sbb rasa amat bermakna, perasan x dlm blog ni pun ade? hehehe.... the reason why.... inilah saat aina disentuh buat kali pertama oleh suami iaitu saat majlis membatalkan air sembahyang setelah akad nikah, sambil dipeluk erat dan dipandang mesra penuh kasih sayang oleh mak aina... sayu sgt hehe :-) kalu perasan kat tepi cik imah, cicit nenda pertama sblh mak :)

utk gamba potret yg paling aina suka pulak.... hmmm.... inilah dia :-)

gamba ni diambil oleh rakan sepejabat saya masa majlis kenduri sambut menantu yang diadakan kat rumah hubby di grik, perak... aina sgt sukakan gamba ni sbb... bnyk kisah di sebalik perjalanan sesi penggambaran ni berlangsung menyebabkan kami sgt2 keletihan, namun akhirnya kami dpt timbulkan mood bergambar dlm gambar ni hehehe :) "

ok.. kedua; oleh pn wardah yang suh jawab soklan2 nie... so layan jer laaa...

1. Anda rasa anda hot?
mmg musim panas pun skrg ni... panas.. panas.. panas... segalanya panas :)
sama gak tak jawab soklan kot.. :)

2. Upload gambar kegemaran anda.
mm ada gambar kegemaran yg baru.. tp dlm kamera .. sedihnye.. :( tp takpe nnt la upload blk bile dh bole import masuk lappy ek.. so soklan ni di'KIV'kan dl.. sblm ni gamba kat atas tu le.. gamba ms majlis batal air semayang ms akad nikah lepas :)

3. Kenapa anda suka gambar ini?
pun sama akan dijawab kemudian :)

4. Bila kali terakhir makan pizza?
2/5 yg lepas.. hubby belanje :)

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
ntah bnyk sgt lagu.. sbb ramai yg menyanyi skrg ni. naik pening pun ade hehe

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
siapkan keje laa.. tetiba je bos nk wat meeting pg sok... selain br je view fp kak rinn belek kek kenit yg dia watt... nmpk sedap jee...

7. Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
selain aina.. na, kak long, dan of course panggilan spesel dr hubby, sayang :)

8. Tag lagi 6 orang.
haaa.. ni yg best.. org2 yg terkena tag adelaa...
1. kak ha
2. kak tini
3. abe mie
4. kak emi
5. emi
6. ipah

ok... next agenda... cite pasal ulang tahun kelahiranku.. hehe
-> alhamdulillah, buat pertama kalinya dalam hidup aina berpeluang untuk sambut hari ulang tahun yg ke-28 (dah tua laa..) dgn hubby... sblm ni tak pernah berpeluang.. ye la kami pun br nk masuk 3 tahun kenal, thn lepas hubby kat perlis, thn sblm tu plak atas alasan teknikal so tak leh la kuar dating hehe.. jasadnya ada dpn mata adalah hadiah paling berharga utk aina.. dan terima kasih utk pizza yg sedap itu ye dear.. :)
-> time kasih juga pada kengkawan yg wish dan bagi hadiah.. tak sangka tua2 pun ade lagi org yg nk wish besday hehe. apepun i'm happy alhamdulillah..

oklah dah panjang rsnya berceloteh... berenti la dl ye.. sambung nnt :) doa2la cable kamera leh jupe balik... huhu


Wednesday, April 15, 2009

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urinediseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.


METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
s
3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.


The following list gives the n u mber of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:

1. High Blood Press u re (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. Cancer (180 days)
6. TB (90 days)

7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards - daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals. not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain....

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you..

Friday, April 10, 2009

alkisahnyeee...

salam semua... sori sbb sejak akhir2 ni bnyk perkara yang berlaku... jadinye rancangan aina nk merajinkan diri utk update tak sempat la jugak... so kita compile sume cite kat sini je la ek.... :)

ulasan abe mie

entry saya sblm ni .. petua tambat hati suami agak berjaya menambat hati beberapa pihak, suami / isteri utk ulas dan berkata2 :) salah sorangnye abe mie laa.. paste skit.... hehe. ni la kata-kata nyee..

"Pasal petua yang di beri oleh Aina tu semuanya betul. Lebih2 lagi no 38. Kalau semua isteri berbuat macam itu nescaya pupuslah kes2 penceraian dalam masyarakat. Syukur kpd Allah SWT kerna di kurniakan isteriku. Walaupun tak kesemua petua diamalkan tetapi hampir majoritinya sedang dipraktikkan. Kepada Aina, tahniah kerana menyedarkan kaum sejenis betapa pentingnya cara2 menjaga suami. So selepas ini di harap petua menjaga isteri pula akan di beri agar dapat mengimbangi keadaan."

okla.. ulasan na special utk abe mie dan suami isteri di luar sana... sebenarnya petua ni hanyalah sebagai satu panduan, bukanlah bersifat mesti / mandatori.. kadang tiap pasangan tu ada cara tersendiri untuk tambat pasangan masing2, ikut kesesuaian masa dan keadaan.. yg penting base kpd suatu hubungan tu ade.... "sabar, toleransi, tolak-ansur".. kaitannya dengan kes2 perceraian pulak... mm.... bg aina sbnrnya perceraian itu bukanlah berpunca 100% daripada sikap pasangan, ada lagi sebab2 major yg lain yg kita sendiri tidak sedar.. kadang bila suami / isteri dh bg yg terbaik 100% takde salah sikit pun masih berlaku perceraian dan kes nya bukanlah dalam bilangan yg kecil.. ye dak...? apapun..... hajat dan cuba untuk menjadi yg terbaik kepada pasangan dan rumahtangga adalah yg terbaik utk kita semua... semoga mendapat rahmat dan pertolongan dari yang Maha Esa... aminnn... :) selalulah ke majlis ilmu "Semanis Kurma" yg disiarkan di TV9... banyak ilmu tentang rumahtangga yg boleh diperoleh tiap minggu hehe :)

tok ayah dah takde

27 mac 2009, jam 2.45 ptg aina dapat panggilan drpd mak gtau beliau dan ayah serta syafiq on da way ke kampung. katanya tok ayah tenat, tak sedarkan diri.. sblm tu tok ayah dh kena minor stroke. keesokan harinya, 28 mac 2009, aina call mak tanye keadaan kat sane mak kata tok ayah tenat lagi... risau tapi hanya mampu berdoa dari jauh... rindu kat kg tak usah ckp laa.. dlm 3 mg asik teringat2 je.. tp tak tau nape.. namun akhirnya tepat jam 1.50 pagi, dapatlah jawapannya bile adik dpt panggilan dr ayah mengatakan tok ayah dah takde... rasa nak nangis tp air mata tak menitis.. last sekali dpt tgk tok ayah pun ms balik raya haji ari tu... sedih sgt... aina dan adik2 terus bergegas siapkan beg dan pulang ke kampung.. w.pun badan rasa tak sihat tp gagahkan diri jugak demi utk lihat arwah utk kali yg terakhir... akhirnya arwah selamat dikebumikan jam 12 tengahari..

arwah sebenarnya ayah tiri kepada ayah aina.. walaupun sekadar tok tiri, namun kasih sayangnya kepada keluarga (anak2 tiri dan cucu2) tak pernah kami rasa kurang. arwah layan kami mcm cucu sendiri.. kiranya tak rasalah mcm kes2 'tiri' ni hehe.. arwah tak pernah sakit, namun sejak setahun 20 hari yang lalu dia sakit.. rasa bersalah juga sbb hanya sempat jenguk dia beberapa kali.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.... aminnn....

tangga... oh tangga

cerita pasal tangga.... mmg menguji keimanan dan kekuatan utk bercerita tang ni hehe.. keadaan aina yg tak berapa kuat dan perlu menampung berat yang luarbiasa drpd berat asal agak tercabar bila lift kat umah asik rosak dan rosak..... kejap ok, kejap tak ok... alhamdulillah bila ade aduan dibuat, cpt2 technision yg bertanggungjawab datang dan baiki.. namun keadaan selalu tak menyebelahi bila tiap kali rosak, tiap kali tu jugak terkena kat diri huhu...

bila lift dah rosak, biasalah tangga la alternatif yang ada untuk turun naik rumah yg diduduki tu. hari pertama lift rosak terkena pada waktu pagi nk gi keje, jadinye kena turun 8 tingkat, tappela anggap exercise.. kira ok la jugak walaupun bile dh sampai kat kete rs berpinar2 hehe... tp bayangkan bila nak panjat 8 tingkat ngan barang2 di tgn...? nasib aina tak menyebelahi bila ari tu adalah hari Jumaat, tengahari.. hajat di hati nk hantar barang2 yang beli kat pasar tani ke rumah, sampai2 lift rosak... mula2 nak patah balik terus je balik opis, tp bila ade org kata "try naik tingkat 1 ok kot" kita pun sama2 la panjat tingkat 1.. malangnye tak ok... org tu kata lg "try naik tingkat 2.. mana tau ok" kita pun teruskan lagi... bile dh naik separuh jalan tu rasa tak elok la pulak nk biar barang2 basah dlm kete so teruskan je laa... org yg kata tu ok la sampai tingkat 5 je, lelaki pulak... yg den ni?? huhu... naik je laa.. walaupun dh kepitaman ms dh sampai separuh tingkat... akhirnya dh sampai umah aina pengsan dan terpaksa off kerja petang tu.... eh pjg pulak cite hehhe :)

rezeki dariNya

alhamdulillah... baru2 ni saya dan seorang lagi rakan (juga bakal menimang cahaya mata hujung bulan ni) diberikan hadiah istimewa drpd pihak pengurusan di tempat kerja.. bagi aina ini rezki orang baru yang bakal hadir dalam hidup aina dan hubby.. walaupun agak terkejut tapi aina menerimanya dengan hati terbuka dan bersedia untuk membuka lembaran kerja yang baru.. rasa hampir jatuh jugaklah bila macam2 berlaku tp kekuatan yg diberi dari semua yang tersayang menguatkan hati alhamdulillah .. :) go go chaiyok aina hehe :) terima kasih kepada semua yang bagi kekuatan dan memahamiku ... :)

berita kurang baik

di samping berita baik, adalah juga berita kurang baik yang baru saja ku dapat dari hubby.. berita yg sekali lagi menguji iman dan kekuatan hati kami... nk dijadikan cerita, hubby tak layak utk mohon pertukaran posting.. bila tak dapat isi borang tukar posting, bermakna kami perlu berjauhan lagi untuk beberapa bulan lagi (hopefully beberapa bln je laa... ) kadang terfikir juga, apalah yang diinginkan oleh pihak pengurusan buat pekerja-pekerjanya begini... apa2pun saya perlu berfikiran positif, terima keadaan yang berlaku seadanya... ya, tentu ada lagi orang lain yg lbh sukar hidupnya! terima kasih pada semua yang sudi bagi kekuatan pada aina utk teruskan hari2 tanpa hubby di sisi, terima kasih juga pada hubby sbb memahami keadaan isterimu di sini... tak putus mengalirkan kasih sayangmu walau kita jauh sesama sendiri.... isk.. isk... (rs cam something nk kuar je kat mata ni huhu)

tu je la kot wat masa nie... cite2 yang menarik dan kurang menarik hehehe... any komen readers? :)

Tuesday, March 24, 2009

Petua tambat hati suami

Salam.. email ni baru saja aina dapat dari seorang rakan.. semoga dapat dimanfaat oleh kita bersama :)

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

Thursday, March 19, 2009

Assalamualaikum....

Hmmm.. setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya muncul juga owner blog ni hehe.. maafkan aina kerana beberapa 'kesibukan' dan 'halangan' menyebabkan kurang dan tiadanya mood untuk online di rumah.. harapkan internet kat office.. bila rasa sihat cuba setelkan keje lain dulu, last2 tak terupdate la blog kesayangan ni hehe... time kasih bebanyak kepada semua rakan-rakan pembaca, yang sudi msg, bertanyakan kabar dan mendoakan kesejahteraanku... :)

Beginilah sedikit sebanyak ceritanya..... alhamdulillah beberapa bulan yang lepas aina dan hubby mendapat berita baru, ade orang ketiga bakal hadir dalam rumahtangga kami. Perasaan masa tu? hmmm hehe... sukar untuk diceritakan tp mcm tak percaya...... jeeee.... apapun syukur alhamdulillah semuanya rezki dari-Nya...

Bila dah makin yakin yang semua ni bukannye mimpi, terasa pula betapa besarnya tanggungjawab yang sedang dan akan digalas, namun aina dan hubby belajar dan akan terus belajar insyaAllah... mcm biasalah cuba mencari info yang bole diguna.. dan inilah salah satu buku yang jadi panduan dan peneman setia aina kini.... tadda....

Ade gak yang minta aina postkan gamba terbaru skrg.. dan tanye berat bertambah ke pe hehe... so far semuanya berjalan lancar, tak la gemuk mana sama je mcm dl2... cuma perut je nmpk buncit sikit hehe.. takat ni br sekali je berkesempatan amik gambar itupun gambar sowang.. nntlah bila ade peluang aina publish yee...

Oklah apa-apa hal pun kita jupe lain kali... doakanlah semoga semuanya berjalan lancar dan aina kuat menghadapi hari2 walaupun tanpa jasad hubby di sisi ye...

Note : didoakan kalian juga berbahagia dan tabah mengharungi dugaan... aminn...

Friday, December 19, 2008

Kisah "Kasih Sayang", Kejayaan" dan "Kekayaan"

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya: "Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu". "Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar". "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"!


Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab. "Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi. "Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah".


Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!! Isterinya bersetuju.


"Abh, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"! "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tuh", kata suami itu kepada isterinye. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kite".


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami".

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"? Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Moral of The Story : DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN!!


Monday, December 01, 2008

selamat hari ulangtahun!


tersenyum simpul aina bila tgk label kat blog ari ni... hehe.. dh setahun sudah rumahtangga yg kami bina. alhamdulillah... syukur ke hadratNya... tak tergambar perasaan ni bila dikurniakan seorang suami yang baik dan sudi melayani karenah aina sebagai isteri yang memang sudah tentu tidak sempurna..

sebagaimana org lain, samalah mcm aina yg masih lagi ingat dan segar kat ingatan mcmana perkenalan tu bermula.. dan segala memori yang berlaku hinggalah saat akad nikah tiba. memang ramai yang tertanya2 sebab cerita orang lain yg hendak kawen tersebar, akhirnya kad jemputan aina pula yg sampai. apa2pun itulah takdir Allah... aina sgt2 bersyukur ke hadratNya... :)

terima kasih kepada semua.. ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan kesemua rakan taulan yg mengingati, menyokong serta mendoakan kebahagiaan kami... doa-doakanlah semoga kesejahteraan kami hingga ke hujung nyawa... to hubby, i love u so much syg :)

Friday, November 28, 2008

aiyaa.. kena tag lagi!

salam.. dah seminggu rupanya saya tak sempat nk update blog. smlm dpt sms dr k.ha "Snyp je.x sht lg ko?" tp dpt nk reply sbb dh smpai had sms limit. nk tel pulak, kat kelate dh hari minggu. so to k.ha, sorry, so far na sihat cuma x dan nk update blog je. nk kata bz dak jugak, cuma dlm minggu ni duk umah mak since i'm bored duk umah songsorang hehe. bila dh duk umah mak, tau je la internet line nye dpt kat org lain bukan saya :)

biasanya kalu sy tak update blog pun kalu tgk blog list yg update saya akan bc. tp yg tak bestnye kena tag lg ngan sis emi. aiya.. rsnya bole tak kalu diminta utk tidak di'tag'? hehe... so here the question and answers....

Who was the last girl you talked to?
** my little sister

Who was the last guy you talked to?
** my boss la. br je dpt new job tp x dpt setelkan coz klien lari ntah ke mana :)

How do you handle stress?
** menangis, then termenung and try to think positif. mandi + amik air semayang + solat + baca quran + tido

Do you think best friends can be replaced?
** tak bole.. tak bole... best friends meaning a lot to me :)

Who was the last person did u call?
** my dear hubby :)

What does the oldest text message in ur inbox say?
** " .... Let me intrduce myself ; nama sy md hanizal md rahim org pgl izad, ........ " @>-- hehe msg dr hubby ms mula2 nk kenal, takkan buang sampai bile2 :) sori pjg sgt so kerat tgh2 kira jwb soklan jugak la kan? hehe

What was the last song you sang out loud?
** zikir munajat by munif ahmad ms tgk cite gadis melayu @ tv9 mlm takdi.. tp x la sekuat hati, sekadar bg telinga ni dgr.. hehe

Who was the last person to message you?
** ina, my bestfriend opismate gitau kuah rojak ade atas meja dier.. tp carik2 takde pulak hehe

What time did u go to bed last night?
** 11.30 lbh...

What book are you reading recently?
** 77 tips melembutkan hati lelaki..

Who gives you the best advise?
** depends on problemo.. tp sllnya my lovely mum & dad, dear hubby, my boss, my bestfriends :)

Do you eat whipped cream straight from the can?
** whipped cream x kot ;)

What was the last thing to make you laugh?
** sbb mmg suka senyum dan gelak so x pasti what the last thing nye hehe

What is the color of your room?
** biru + cream -> actually warna ni dear hubby pilih

Do you believe in the saying "talk is cheap"?
** ya percaya. sbb bila dh terlebih ckp kadang2 mengundang kepada percakapan yg tidak berasas @ beremosi @ tidak ada point...

What are you listening to right now?
** nafas aircond yg sangat2x kuat. agak2nya bila la org bole kompromi psl aircond ni ye?

Are you talking to anyone while doing this?
** hehe of course enggak. sbb waktu opis kan :)

What always makes u smile?
** anything + everything walaupun diberikan pandangan negatif oleh org lain :)

Are you blond?
** hehe no... sy punye hitam.. kan hitam itu menawan :)

What are you doing after this?
** meniti waktu utk blk umah

Were you happy when you woke up today?
** hepi but not fully.... huhu

Last person you ate with?
** my lovely famili :)

What were you doing at 8.00 this morning?
** samada lari tercungap2 kejar punch card @ jalan melenggang br lepas punch card :p

What were you doing in last 30 minutes?
** termenung tgk jam nk blk umah x tahan dgn sakit gigi...

What was something that happened to you in 1998?
** amik peksa SPM dan lama menangis sbb akan tinggalkan dunia persekolahan...

If you were stranded on an island with the person you hated and without food
** na'uzubillahi min zalikh......

When someone catches your eyes, do you try to make an eye contact or avoid it?
** depends on who... kalu bukan muhrim x kot.. kalu dear hubby of course yesss hehe :)

What color is your comp/laptop?
** dl silver, skrg hitam

What was the last thing you bought?
** tiket balik grik. tp terpaksa cancel balik atas sbb tertentu huhuuu

How do you know when ur in love?
** hehe. bnyk. antrnya akan bersikap lbh bertanggungjwb & lbh menyayangi si dia. ingatan tu tak yah ckp la mmg sll ingat jerrr...

The person you want to tag to do this thing? - same with the entry before.. :)
- k.ha
- abe mie
- kak tini
- wardah
- ipah

Thursday, November 20, 2008

i was tagged!

salam semua... actually aina br saja pulang dari pontian, pas 2 hari berkursus kat sana. best la gak bila dpt kuar dr kepompong dan loteng opis :-) sambil2 kenal tempat org kan... so sorry to ina ngan k.ogy x dpt singgah sbb aina gi ngan kete opis ..

sampai2 je kat umah terus on laptop. punye la rindu kat lappy hehe :) tp yg tak bestnye bila belek2 blog kengkawan terkena tag pulak dgn pn wardah... hmm.. sbnrnya sblm ni pun kena tag gak ngan cik dayah kat sini, tp sbb blurr2 je psl tag ni akhirnya x ter-reply... skrg ni br paham bila org tag kita tu dia sayang sgt kat kite (perasan :p) so aina rangkumkan kesemua jawapan dalam entry kali ni yee, cik dayah dan pn wardah yg disayangi :)

ok... aina jwb dl soklan2 cik dayah:

LIST OUT TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR & THE REASONS FOR YOUR CHOICE
1. pakej percutian with spa
bestnye kalu dpt hadiah ni... aina mmg suka sgt la lepaskan tensi2 dan betulkan urat2 pas sehari suntuk bekerja. tp kalu dpt pakej percutian lengkap ngan spa dpt bwk hubby pi honeymoon lg best hehehe :)
2. duit
ade duit sume leh wat. mcm2 cita2 lain boleh termakbul hehehe :)
3. baby
of course bg pasangan yg dh berkahwin inilah impiannya... actually sy suka sgt tgk bila hubby main ngan baby & budak2... tenang je.. :) doa2kan kami yee...
4. kereta & rumah
wat masa ni ade kete adik merc je... umah pulak umah sewa je. ade la skit2 hasrat utk memiliki kete & umh sendiri yg lbh besar dan selesa... masih berusaha tp kalau dpt best gak hehehe :)
5. kasih-sayang
anugerah Allah dan hadiah yg paling tak ternilai... dl kini dan selamanya... inilah hadiah yg paling aina harapkan dan tentu akan menghargainya :) alhamdulillah kini dpt tambah lg satu kasih syg, of course dr hubby tersayang :)

IMPRESSIONS OF HER/HIM
1. cintakan profession perguruan -> kagum bila dgr hubby ckp beliau rs puas bila dpt lihat anak murid / org yg diajar tu dpt buat @ ikut apa yg diajar. tabik spring la yang :)
2. ade pendirian sendiri -> namun masih boleh berunding dan bertolak ansur. seorg yg sgt memahami..
3. pemalu & pendiam -> kadang aina pulak malu dgn diri sendiri sbb lbh expose drpd dia hehe. he'll only bnyk ckp ngan org2 terdekat aje..
4. perumah -> sgt mementingkan hubungan kekeluargaan, keluarga adlh segala2 bgnya..

MOST MEMORABLE THING SHE/HE HAS DONE FOR YOU
alamak. bnyk lee.. hehe. secara umumnya aina akan sentiasa ingat setiap detik2 indah dan manis bersamanya terutama perubahan2 positif just for our marriage love.... :)

Tag Pn Wardah pula berbunyi mcm ni:

"Sila tempek pic perkahwinan korang yang paling korang suka paling korang sayang n paling korang rasa cun melecun.dapat yang potret kawen lagiiiii cun!"

so... inilah gambarnya... yg paling aina sayang, yg paling aina terharu, yg paling aina akan ingati saat2 ni..... kat mana-mana pun aina letak gamba ni sbb rasa amat bermakna, perasan x dlm blog ni pun ade? hehehe.... the reason why.... inilah saat aina disentuh buat kali pertama oleh suami iaitu saat majlis membatalkan air sembahyang setelah akad nikah, sambil dipeluk erat dan dipandang mesra penuh kasih sayang oleh mak aina... sayu sgt hehe :-) kalu perasan kat tepi cik imah, cicit nenda pertama sblh mak :)

utk gamba potret yg paling aina suka pulak.... hmmm.... inilah dia :-)

gamba ni diambil oleh rakan sepejabat saya masa majlis kenduri sambut menantu yang diadakan kat rumah hubby di grik, perak... aina sgt sukakan gamba ni sbb... bnyk kisah di sebalik perjalanan sesi penggambaran ni berlangsung menyebabkan kami sgt2 keletihan, namun akhirnya kami dpt timbulkan mood bergambar dlm gambar ni hehehe :)

oklah. saya dah habis jawab kesemua soalan2... masih tak pasti nk tag sape, will be update soon slmt mlm :)

Friday, November 14, 2008

sekadar luahan...


duk wat keje pk pasal coding rs mengantuk... br nk terlena telefon berbunyi hehe. wat ms ni dh tak larat nk pk pasal coding, so wat la entry blog baru utk berceloteh. ntah nape hati kata nk bercerita pasal punch card... mmm.... rasanya ramai pekerja yg terikat dgn punch card especially gomen officer yg berperasaan macam saya.. tensi pk psl punch card! pagi dan ptg asik terikat dgn punch card hehe


bila dgr sesetengah jwtn dan agensi yang tak pakai punch card, pekerja-pekerja swasta umumnya, seronok dgn waktu flexible kerja mereka. tak terikat tapi hasil kerja yang diberi memuaskan malah kepakaran semakin meningkat. secara jujur saya mmg jeles dgn kebanyakan kawan yang mana waktu kerjanya fleksible jadi mereka bole menyusun atur waktu dan jadual harian selari dgn semua kehendak.

"tidak rasa terikat dan tertekan" antara ungkapan yang sering saya dgr daripada kelompok2 ini. ye, mereka ada masa untuk uruskan rumahtangga, bagi seorang isteri, suami dan anak-anak terurus, ada masa untuk diri sendiri dan kerja yang dipertanggungjawabkan boleh dibuat pada bila-bila masa dan masih boleh disiapkan mengikut tempoh masa yg dh ditetapkan. terutamanya bagi profession yang menuntut penggunaan otak yang maksima. cthnya programmer, tak semua orang boleh buat programming di waktu pagi dan petang! ada yang buat malam, ada pulak kepala fresh di waktu dini hari. mcm budak2 sekolah lah kan, mereka ada masa2 tertentu untuk ulangkaji atau pun buat latihan. tidak sama antara satu sama lain.

ada orang kata punch card ni untuk memastikan pekerja berdisiplin dan menepati waktu. ye saya tak nafikan mungkin elemen punch card ni boleh digunakan utk membentuk pekerja berdisiplin, tapi setakat manakah tahap disiplin tu boleh disemai di kalangan pekerja-pekerja kita? yang saya lihat punch card semua hitam tapi kerja belum tentu boleh buat atau siap seperti yang dikehendaki. apa pula kata anda bila lihat punch card cemerlang tapi... permainan komputer pula yang jadi menu harian pekerja-pekerja ini? heheheh... pelik juga saya bila dapati punch card menjadi salah satu item penting untuk menilai prestasi seseorang pekerja... bagi saya soal disiplin ini hanya perlu timbul dalam perkara yang membabitkan prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan. soal di mana ia dibuat itu bukan persoalan yang penting siap dan dapat memenuhi kehendak pelanggan. betul tak?

mmm..... semua ini hanyalah sekadar luahan dan tidak mampu mengubah apa2.... apapun semua benda dan perkara di dunia ini ada pro dan kontra nya... maka perlulah terima seadanya... betul tak?

note : teringat kat cite hubby psl ade sorang lecturer kat salah satu IPT tempatan pecahkan kotak punch card hehehehe..... rupa2nya bagus juga, lecturer di sana skrg dgn rela bole bekerja siang malam dan prestasi masing2 (terutamanya student) semakin meningkat! so ape kata anda?


Tuesday, November 11, 2008

Semanis Kurma kembali lagi... :)


salam semua... ingat lagi tak aina pernah cite pasal episod "Semanis Kurma"? haa.. bagi sesapa yang belum tahu kewujudan siaran ni, sebenarnya ia adalah salah satu rancangan feveret aina yang disiarkan secara langsung, membincangkan topik2 alam rumahtangga, & paling best di host kan oleh ustazah idola aina, Ustazah Bahiah dan suaminya yang mula disiarkan pada bulan Ramadhan yang lepas. sapa2 yang terlepas episod yang sebelum2 ni blhla tonton kat sini

di bulan Ramadhan dulu disiarkan pada setiap hari Khamis Jam 11.00 malam, sekarang siaran telah beralih ke setiap hari Selasa, Jam 9.30, di tv9. rancangan yang mencecah selama 1 jam ni sebenarnya dah mencecah sebanyak 5 episod (termasuk hari ni punye). topik2 yang diutarakan mmg menarik dan sesuai untuk semua pembaca. untuk aina mmg banyak ilmu yang didapati, dan aina pun berharap agar all readers (especially yg dh kawen) dapat manfaatkan rancangan berilmu ni...

topik hari ni mengisahkan tentang "bulan madu..", tumpuan bukan diberi kepada pasangan yang merancang / hendak / baru berkahwin, tapi yang telah berkahwin. sambil menonton sambil menaip blog ni, so mana yang saya sempat take note bolehlah dikongsikan bersama dgn readers sume.. salah satunya sabda Nabi Muhammad S.A.W yang dibacakan oleh Ustazah Bahiah malam ni, sama kita renung dan amal2kan ek...
"isteri sentuh jari suami, suami sentuh tangan isteri, Allah leraikan dosa keduanya di celahan jari2 mereka....." dan satu lagi "isteri pandang mata suami, suami pandang mata isteri, nescaya Allah pandang suami isteri itu dengan pandangan kasih-sayangNya.. "

dan utk mengakhiri entry kali ni saya sertakan tips oleh pengacara suami isteri untuk kita semua;

kunci menjadikan rumahtangga umpama saat berbulan madu;
1. sikap romantis dan kasih sayang
- bukan datang dari barat tapi dari rumahtangga Rasullullah S.A.W.
2. jadikan diri sebagai seorang kekasih kepada pasangan masing2.
- bila bertemu dalam hati ada perasaan lain, getaran kasih sayang
3. komunikasi kasih
- kata2 indah, kata2 kasih-sayang, elakkan perkataan yang boleh sakitkan hati
4. perbanyakkan doa
- sbg cara bersyukur, kenduri kesyukuran, doa selamat
- surah Toha, ayat 1-5, melembutkan hati pasangan
5. lakukan kerja-kerja bersama
- solat berjemaah, tahajjud,
- hobi dikongsi bersama
- kerja-kerja rumah dan lain2
6. tidak abaikan kebajikan kepada kedua ibu-bapa
- doa paling dimakbulkan oleh Allah..

oklah itu saja... jangan lupe utk ikuti episod seterusnya minggu hadapan dengan topik best, "Haruan Makan Anak". hepi watching! :)

Monday, November 10, 2008

ke mana menghilang?

salam semua readers yg disayangi, maaflah sbb dh lama tak update blog. mmm ke mana ye agaknye saya hilangkan diri? ofis dekat seminggu tak masuk, blog & fp tak update, dan semua2 yg sewaktu dengannya... maafkan saya, tapi ke'senyap'an saya bukan ke mana, tapi nikmat kesihatan saya ditarik sedikit, keadaan saya tidak mengizinkan sejak 2 minggu lepas dan akhirnya saya warded kat hospital ... alhamdulillah sekarang dah beransur pulih, thanks a lot to my hubby, my parents and famili :) thanks juga kepada mereka yang melawat dan mengambil berat bertanya kabar :)

rindu sgt kat blog ni.. dh lama x update kan hehe.. actually before tak sihat ari tu bnyklah jugak yang berlaku. semuanya dah diceritakan kat entry2 sblm ni, tinggal 2 cite jer... tak pe la dah lama pun, tapi untuk sume readers saya masukkan juga dalam entry kali ni ye.... ape lagi kalu bukan cite psl raye kat MARDI hihi :)

raya peringkat IS dan MARDI tahun ni agak meriah, mana tidaknya kami dapat recharge corner baru, siap ade air terjun lagi ;) dan sambutan hari raya peringkat MARDI pun tak kurang hebatnya bila disertakan sekali sambutan acara Mini MAHA. bagus juga idea utk jadikan tapak ekspo kekal pertanian tu sebagai tapak utk adakan acara2 sampingan lain selain MAHA, ko tak bahaya gak ek... tinggal bangunan dan tapak lama2.. dua tahun sekali baru pakai hehehe...

oklah tak leh nk tulis panjang2 sbb bnyk keje lg yg harus diselesaikan malam ni.... so tgk je la gamba2 yg ade yeee.... :)




note : klik kat gambar utk paparan lbh jelas ek..... ntahla nape bila combine gamba je jadi blurrrrr.... huhu

Wednesday, October 29, 2008

Jamuan makan dan resipi puding roti

mlm ni rasa sunyi, try tido tp tak leh, mata pun dh naik lebam2 sbb ngantuk tp tak leh tido. tiba2 teringat kat blog ni dh lama x update hehe. bukan takde cite menarik tp tak sempat, so sorry to all readers! biasalah kalu hubby blk tu agak bzlah skit.. ada gak yg kata nnt bila hubby dh duk sama tak pi mana2 nmpknya takde dunia lain la kot.. ala.. hopefully tak la.. sbb aina mmg suka berkarya.. hobi yg satu ni hrpnye tak ke mana la ek.. doa2kanla ek.. aminn... so sambil2 tgk lappy dan insert gamba2 baru yg diambil, teringat pulak ms siang takdi...

antara kengkawan hubby kat opis lamanya, LLM..

actually siang takdi wat makan2 skit utk kengkawan hubby kat LLM dan teman rapat aina. so sorry sbb tak dpt nk ajak ramai coz keadaan tak mengizinkan.. insyaAllah ada rezki lain kali aina wat mkn lagi dan jemput semua yee... so inilah gamba2 nyee..

sonok & puas hati bila kengkawan makan dgn berselera apa yg kita masak hihi

tgk tu sy suka menyempit nk amik gamba ngan hubby hihi

utk jamuan kali ni aina masak simple2 jer.. wat nasi ayam, spaggeti dan puding roti je... utk resipi nasi ayam aina dh bg kat entry sblm ni... utk entry kali ni aina bg resipi utk puding roti je dulu ok... cubalah.. sedap insyaAllah... :)

ini je lah yg tinggal ms jam dh hampir menjengah ke pukul 3 ptg hihi :)

Puding roti* ( thanks to cik dayah)

Bahan2:
1 bungkus roti bersaiz jumbo
2 tin susu cair
2 sudu margerin
10 sudu gula
2 biji telur
beberapa titis esen vanila

Cara:
Blenderkan sume bahan tersebut
Masukkan dalam loyang disapu marjerin
Bakar dlm oven suhu 180 darjah celcius dalam lingkungan 40 minit

*sesuai dengan saiz loyang 25cm x 20cm. kalau nk sikit bahagiakan dua je semua bahan2 tersebut ok...

Tuesday, October 21, 2008

open house

hari ni dah hari yg ke-21 syawal, namun suasana kat ibu kota terutamanya masih lagi meriah dgn sambutan hari raya di sana sini. mungkin agaknye alasan "tidak mahu terlepas utk merasai makanan2 sedap di jemputan majlis hari raya" boleh dijadikan salah satu pemangkin pemberi semangat bagi sesetengah kita di luar sana utk habiskan puasa sunat 6 syawal seawal mungkin :) apa2pun jgn tersasar dari niat asal dah la ye... nnt pahalanya pun tersasar hehe... :)

Ragam aina dan kwn2 sepejabat di majlis jemputan hari raya
seorang pelanggan kami


bercakap tentang kemeriahan hari raya, rasanya hampir keseluruhan daripada kita bole jimatkan kos pembelian / penyediaan makanan sbb ada saja jemputan @ majlis hari raya hampir setiap hari tak kira waktu siang / malam. malah saya lihat menjadi satu masalah pula kepada mereka yang bekerja di peringkat pengurusan professional (dgn kata lain pangkat tinggi laaa) kerana mereka @ P.A mereka pening mengatur jadual tugas + jadual jemputan hari raya! hehe.. uniknya bulan Syawal ni hehe..

saya pula... hmm.. hanyalah seorang 'SYMP-saya yang menurut perintah' :) maka kesibukan saya tidaklah seberapa berbanding orang-orang yang lebih tinggi jawatannya, masih tidak terlepas dengan jemputan-jemputan untuk menghadiri jamuan hari raya... alhamdulillah rezeki dariNya.. kalu tak, tak merasalah makanan2 sedap di bulan mulia ini :)

Friday, October 17, 2008

petua utk perempuan @ isteri....

sonok hati ni sbb sejak post tajuk semalam bnyk respon positif yg aina dpt drpd pembaca. thanx a lot and hopefully dpt ilmu yg diberi & dimanfaatkan oleh kita bersama insyaAllah.. :-) lagi seronok rasa hati bila baca entry abe mie nie yg khusus utk aina... terima kasih bnyk2 ye abe mie :)

abe mie and his son, umar

rasanya ramai yg tak kenal sape abe mie ni sbnrnya.. beliau adalah abang sepupu sulung kami cucu-cucu nenda dan tok ayah sblh mak aina. kbtln aina mmg tak ada abg jadi mmg aina manja ngan abg2 sepupu ni hehe.. tak perlulah aina cakap lebih2 lagi, kalu nak lbh mengenali beliau dan isteri (kak tini) bolehlah terus ke website mereka di sini dan sini.

ok berbalik pada tajuk asal. terima kasih sekali lagi utk abe mie dgn entrynya itu, mmg aina akui sebagai seorang perempuan yang baru bergelar seorang 'isteri' mmg banyak perkara yang perlu dipelajari. samalah juga dgn dear, kami setiap masa akan terus belajar dan belajar utk perbaiki hubungan dan segala yang perlu utk rumahtangga ni. konsep kami mudah, belajar sehingga ke nafas terakhir, so hopefully semua tu dapat mengeratkan tali hubungan dan keutuhan rumahtangga ni :)


haa.. agak2nya gambar buku apalah ye agaknye ni? hehe... utk semua pembaca setia, tentulah tahu aina seorang yang suka membaca kan? tp sekarang ni masa agak terbatas dengan kesibukan yg ntah dari mana dan apa ntah.. walauapapun still nak bagi readers semua tau tentang 2 buku kesayangan aina, yang dah beberapa kali baca dan masih cuba untuk praktikkan kesemua petua2 dalamnya, iaitu buku 77 Tips Melembutkan Hati Lelaki dan Kado Pernikahan Untuk Isteriku.

buku pertama mmg bagus, simple tapi padat dengan petua yang senang untuk dipraktikkan, aina mmg sarankan tiap isteri beli, baca dan praktikkan :) sure suami sayang kamu hehe! buku kedua pulak aina sarankan dibeli oleh kaum2 hawa sejak anda bergelar gadis lagi. maknanya yg dh bergelar isteri lglah digalakkan, kan? bnyk ilmu agama tentang rumahtangga yang boleh diperoleh daripada buku ni. terima kasih kpd sahabat yg kenalkan aina dgn buku ni. banyak manfaat yg aina peroleh drpdnya :)


dan kepada sahabat2 lelaki dan kaum suami, apakata anda beli dan hadiahkan 2 buah buku ni utk teman wanita, tunang atau isteri anda..... doa2kan semoga dibaca dan dipraktikkan insyaAllah untuk kesenangan dirimu juga :)

dan untuk rakan2 bergelar seorang perempuan dan isteri, jadikanlah dirimu isteri yang paling terbaik utk suamimu... apalah salahnya jika disematkan azam dalam diri untuk menjadi isteri yang terbaik di dunia dan akhirat suamimu insyaAllah azam itu akan diiringi rahmah dan dipermudahkan olehNya dalam menunaikannya ameenn .. selamat beramal :)

Thursday, October 16, 2008

kenapa.. dan mengapa wanita begitu?

lama sudah aina memikirkan topik menarik ni. ramai lelaki asik tertanya sendiri kenapa dan mengapa perempuan begitu. kadang ada juga yg berkata x dpt faham sifat sebenar org perempuan, perempuan ni complicated laa.. itu la.. ini laa.. sebenarnya itulah keunikan ciptaan Allah.. lelaki dan perempuan perasaannya sama sahaja, saling tak puas hati dan fikir kenapa dan mengapa jenis berlainan ni lain sifatnya. dah namanya 'jenis berlainan' kan! hehehe. jadi terimalah dan belajarlah untuk memahami satu sama lain. alangkan sejenis pun berlainan sifat dan karektor, apatah lagi lain jenis! betul tak?

apa2pun tahniah kepada para lelaki, para suami yg menerima kehadiran wanita / perempuan seadanya... belajarlah untuk memahami karektor seorang wanita / perempuan, percayalah anda tidak akan menyesal hehe.

sebelum bercuti panjang utk sambut hari raya hari tu, dah menjadi kebiasaan dan budaya di kalangan rakan sepejabat untuk menghantar email berbentuk ucapan kemaafan dan sambutan idulfitri. salah satu email daripada rakan sepejabat saya, seorang lelaki, En Zulkifli menarik perhatian saya kerana disamping ucapan sambutan dan kemaafan darinya, diselitkan sekali satu lampiran bertajuk 'Petua Mengasihi Isteri'. walau daripada mana punca karya tersebut, yang saya bangga adalah kerana beliau praktik dan sudi berkongsi bersama semua rakan-rakan beliau. tahniah En Zul! dan kepada pembaca lelaki sekalian, aina lampirkan dalam blog ni utk tatapan anda semua... utk pembaca perempuan, tak salah rasanya anda copy paste dan hantarkan kepada pasanganmu :-) semoga artikel ni dapat dimanfaatkan bersama :-)

us...
PETUA MENGASIHI ISTERI

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berjalan berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam. Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Monday, October 13, 2008

puasa sunat 6 syawal

lama x update blog ni... x tau nak start dr mana hehe. well.. something happen last week.. sampai ke pagi ni senyum tu lebar lg hihi. act hari rabu last week dpt msg dr dear akan turun kl hujung minggu. terkejut + sonok dear nk balik. walaupun dh berbulan2 duk berjauhan tp rs gembira bila dgr dear nk balik tu still sama malah excitednya makin meninggi dari bln2 sblmnye hihi. so mmg pahamla perasaan shida bila dia tunjukkan rasa excited dan hepinye dia kat sini bile dpt tau her lover, dr hannan nk turun muar! hehe. tu br boypriend cik adik, kalu dah jadi hubby tau la camne perasaan bila duk jauh tauuu... :-) tp syg, punya suka dear balik sampai tak perasaan kami tak amik gamba langsung. ms dear nk naik bas balik ke perlis br perasaan, so amikla gamba tp tak leh nk publish sbb gamba aina sememeh coz tahan nangis :pskrg nk celoteh psl pe ye...? haa.. br teringat psl pose sunat 6 hari raya... pagi takdi sempatlah berbual dengan rakan sepejabat tentang pose sunat ni... tahniah la kat mereka2 yg dah berjaya habiskan puasa 6. saya pulak br dpt 2 hari. harap2nya dapat habiskan mcm org lain gak, insyaAllah..

ok kat sini ade sikit info tentang Puasa Sunat 6 Hari Syawal yang nak dikongsi bersama:
sumber dari : http://fiqh-am.blogspot.com

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Wednesday, October 08, 2008

mOod raYe

kemeriahan raya di kampung dear at grik

hari ni aina masih lagi dalam mood raya. kelmarin masuk kerja pun tak de mood nk wat keje walaupun bnyk kerja yang kena submit hehe. mana tak nya ada 3 org je dlm opis :-) nak jadi cite malam tadi sakit gigi menyerang, so hari ni terpaksalah cuti. sebenarnya sakit gigi ni dah lama, bertahun2, tp kerana syg dan takut nk cabut gigi so hajat nk buang gigi tu terpendam gitu je. dh lama gigi ni tak menyengat2 kebisaan, nk jadi cite ms balik kg ari tu sakit menyerang, yg x tahannya mlm raya ke-3, sakit sgt.... at last telan ubat sakit gigi.. dan hari ni sakit tu dtg lagi... teringat kat cousin kak ha, kalu ade kat kelantan dh tentu aina gi klinik gigi dia minta tlg cabutkan :-( tp yg bestnye, sakit gigi pun sakit gak, tp kuih raya tetap licin hehe :-)

sakit gigi...

pagi takdi rasa lega skit, so mulalah gatal nk on laptop. teringat pulak kat msg2 dan all wishes hari raya yang disampaikan rakan-rakan dan sedara mara. utk semua, maafkan coz x dpt call / reply the msg sbb line tel tak bape ok, bila dh ok pulak tel dh kena barred. bukan pe tak sempat nk gi bayar bil before raye hari tu hehe. so dikesempatan ni aina nk ucapkan time kasih kepada mereka2 ini atas ucapan yang diberi ....
pn emizul, pn norzalina, cik zaireen, en mohd azim, en mohamad rizal, en nazri, cik nurul idayu, pn normah asran, cik tengku siti fatimah, cik mala, en asmadi, pn zuraihan, en wan abu bakar
dan kepada semua sedara mara rakan taulan yang menghantar msg2 dan kad raya, thanks a lot :-)


Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates