Featured

Thursday, August 18, 2011

Darah Haid vs Darah Istihadah

Salah satu petanda akhir zaman apabila kaum wanita didatangi darah yang tidak teratur, dan berterusan.. itu salah satu hadith yang saya sendiri tidak ingat riwayat mana, sbb tu di zaman sekolah dulu..

Saya, salah seorang yang 'terjebak' dalam permasalahan ini, sejak awal aqil baligh lagi (blh dibayangkan betapa kalutnya saya, emak dan ayah saya tentang hal ini, kan?) darah yang berhari-hari atau berbulan-bulan tanpa henti, haid yang tidak teratur, darah yang selalu datang walau hanya setitik dan macam-macam lagi kaedah dan cerita yang timbul.

Saya mendapatkan rawatan di pusat homeopathy hassan, dari sudut kedoktoran katanya ada 3 faktor utama perkara ini berlaku;
i) tekanan emosi atau perasaan
ii) pemakanan yang tidak betul / diet yang tidak seimbang
iii) sakit dalam rahim
iv) gangguan makhluk halus

Saya punya berkait dengan semua faktor di atas kecuali no (iii) alhamdulillah.. kerana tertekan akibat hendak peperiksaan, saya pernah didatangi darah selama 3 bulan tanpa henti dengan kadar darah yang bnyk seperti tertumpah darah.. saya juga pernah mengalami pengeluaran setitik, setitik akibat gangguan makhlus halus.. pemakanan saya yang tidak seimbang juga penyebab kepada masalah ini..

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat di luar sana terutamanya pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai masalah ini, berikut adalah penerangan kaedah menentukan samada darah yang keluar adalah haid atau tidak, berdasarkan pengetahuan dan amalan yang saya praktikkan setelah ibu dan ayah saya mencari rujukan di pejabat agama, berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan ustazah berkait hal ini..

Penerangan berdasarkan kronologi contoh pengeluaran darah melalui gambar kalendar bulanan di bawah;
Jadual 1 : Bulan Julai 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar), Line merah (tempoh 15 hari pengeluaran darah)

Kronologi;
- Anggapan bahawa di bulan Jun 2011 ada jarak 15 hari sblm 1-07-11 (hari pertama darah keluar bln Julai 2011).
- Darah keluar pertama kali pada 01-07-11 hingga 07-07-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 3 hari.
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (11-07-11) hingga hari keempat belas (14-07-11)

Ulasan;
- Tempoh pengeluaran haid adalah 15 hari.
- Jika sekiranya telah suci, namun masih lagi keluar darah, maka akan dikira haid selagi tidak cukup tempoh 15 hari (kali kedua pengeluaran (setelah 3 hari tiada darah))
- Kiraan tempoh 15 hari haid bermula daripada hari pertama hingga hari terakhir keluar darah, termasuk waktu suci.
- Jika sekiranya tiada darah pada hari ke-15, maka tempoh haid pada bulan Julai 2011 hanya dikira sebanyak 14 hari. 15-07-11 boleh dikira sebagai hari pertama suci antara 2 haid.


Jadual 2 : Bulan Ogos - September 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar)

Kronologi Bulan Ogos 2011;
- Darah keluar pada 01-08-11 hingga 07-08-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 15 hari (08-08-11 hingga 22-08-11).
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (23-08-11) hingga (27-08-11).

Kronologi Bulan September 2011;
- Darah keluar pada 12-09-11 hingga 25-09-11 (15 hari)

Ulasan Bulan Ogos 2011;
- Oleh kerana di bulan Julai 2011 (gambar 1) tiada lagi darah keluar pada 15-07-11, maka hari bersih antara 2 haid dikira bermula pada hari tersebut.
- Tempoh bersih antara dua haid adalah 15 hari, jadi tempohnya bermula daripada 15-07-11 hingga 29-07-11, jadi jika ada keluar darah selepas itu, dikira darah haid.
- Pengeluaran darah haid adalah selama 7 hari sehingga 07-08-11. Tiada lagi darah yang keluar selepas itu bagi 8 hari berikutnya (jika ada keluar, dikira haid spt cth bulan julai 2011), maka pada 08-08-11 dikira sebagai hari suci yang pertama di antara dua haid.
- Tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari, jadi berakhir pada 22-08-11.
- Hari berikutnya, 23-08-11 adalah hari haid.

Ulasan Bulan September 2011;
- Oleh kerana tiada lagi darah keluar pada 28-08-11 hingga 06-09-11, maka 28-09-11 dikira sebagai hari pertama suci di antara dua haid.
- Jadi darah yang keluar pada 12-09-11 dikira darah haid, pengeluaran darah tidak berhenti sehingga 26-09-11, maka tempoh itu dikira haid.
- 27 dan 28 September 2011 masih lagi keluar darah, maka dikira darah istihadah, kerana telah lebih tempoh maksima haid.

Aturan mandi wajib kena masih lagi keluar darah;
-Disarankan anda mencatat waktu darah mula keluar pada hari pertama period untuk memudahkan pengiraan hari dan waktu yang sepatutnya anda mandi wajib, ditakuti jika terkurang jam boleh jadi kurang 15 hari, kalau terlebih jam boleh jadi 16 hari. Namun jika anda tidak tahu atau tak pernah alami perkara ini, bolehlah mandi wajib pada waktu Maghrib, kerana dalam Islam, waktu maghrib adalah permulaan bagi hari berikutnya.

Jika anda didatangi Istihadah, usah risau, berpuasalah dan solatlah seperti biasa, boleh membaca Al-Quran, dengan kata lain boleh laksanakan ibadah Islam seperti biasa, cuma,
** pastikan anda telah menyalin pad yakni berada dalam keadaan suci dan bersih sewaktu hendak solat.
** hendaklah mempercepatkan pergerakan diantara waktu menyalin pad, mengambil air sembahyang dan solat.
** tidak perlu risau tentang darah yang keluar setelah kita salin pad yang bersih dan semasa mengerjakan solat.
** tidak boleh menjadi imamah solat
** jika hendak berjemaah hendaklah memasuki saf ketika solat telah dimulakan (saat takbiratul ikram telah diangkat), tidak boleh beriktikaf di masjid kerana dikhuatiri titisan darah mengotori kawasan masjid.

Itulah serba sedikit penjelasan tentang darah haid dan darah istihadah, semoga mendapat manfaat ...

Salam,

Monday, August 15, 2011

Menu Iftar : sambal ikan masin

Salam,

Lama tak update blog, selamat berpuasa semua..
Alhamdulillah kita dah sampai ke peringkat pertengahan bulan puasa, semoga kita semua dapat jalani ibadah ini dengan sebaik-baiknya ya.

Ada sedikit masa terluang, saya ingin berkongsi resipi iftar yang tak pasti dibuat pada hari keberapa. Jarang-jarang sempat ambil gambar menu yang dibuat, sebab jarang-jarang menu dapat disiapkan awal waktu. Tapi alhamdulillah setakat ini masuk waktu berbuka saya dapat duduk di meja makan dengan sebaiknya.

Abang sangat suka makan nasi berlaukkan sambal, dia suka sambal ikan masin mak, jadi saya cuba untuk buat kali ni, harap dapat kurangkan sedikit rasa teringinnya. Saya buatkan sambal ikan masin untuknya..

Bahan-bahan:
Ikan masin - basuh dan direndam sekejap dalam air
1 ulas bawang putih - dicincang halus
2-3 ulang bawang merah halus - dicincang halus
2-3 sudu lada kering - ditumbuk atau diblend dengan sedikit air (kalau tak ada guna pes kedai pun ok)
1 sudu kecil sos tiram
1 ulas bawang besar - dimayang halus
1 ulas lada besar - dimayang halus
air asam jawa
garam dan gula

Cara penyediaan:
- tumis bawang putih, bawang merah hingga kekuning-kuningan, masukkan lada kering, tumis hingga naik bau (atau pecah minyak), masukkan sedikit air jika hampir kering, masukkan sos tiram
- masukkan air asam jawa.
- imbangkan dengan garam dan gula (garam kena sikit aje sebab ikan kering dah masin)
- setelah kuah menggelegak, masukkan ikan kering, bawang besar, lada besar.
- kacau seketika dan boleh dihidangkan.

Enak dimakan bersama sup sayur :)
Salam,

Mengasuh 'adik'

Salam anak ummi insyirah,


Ummi bangga betul dengan insyirah, dah pandai tunjuk sifat prihatin seawal 1 tahun lebih.. gambar-gambar yang ummi ambil ni insyirah hanya tinggal 4 hari nak jejak ke 2 tahun, ummi baru berkesempatan nak ambil. Sbb dulu2 insyirah paling tak suka diambil gambar waktu 'menjalankan aktiviti' hehe..


Tapi, tengoklah... ummi berjaya juga..
Bangga ummi dengan sifat prihatin insyirah, tau :)
insyirah letak 'adik' dalam buai..
letak elok-elok... takut 'adik' jatuh pulak :)
mula membuai 'adik'
bibit-bibit lenguh mula kelihatan kat muka anak ummi nie :)
aiyak... ni tiru cara ayah buai insyirah kaaa..? hehe
alamak.. tengok ape tu? bantal kaaa..?
ni dah tahap penat sgt da niee.. :)
'adik' belum lelap lagi ye nak?


Seronok ummi, dapat snap gambar Insyirah.. terserlah sifat-sifat anak sulung Insyirah bila ummi tengok betapa bertanggungjawabnya insyirah melakukan sesuatu. Salah satunya inilah, buai 'adik' sambil selawat dan zikir tak putus di mulut.


Satu hari, ada aktiviti di surau kita. Acik ina bagitau insyirah, 'tolong jagakan adik damia'.. ummi kagum sungguh waktu tu, Insyirah jaga dengan rapi! ikut saja ke mana adik damia menular.. bila adik damia tersekat kat pintu atau bonggol, bersusah payah anak ummi nak angkat bantu adik damia... alhamdulillah... semoga sifat itu kekal dalam dirimu, nak...




Monday, August 01, 2011

Bersalin... klinik dan hospital Muslimah atau sebaliknya?

Annur Insyirah Mohd Hanizal
Lahir pada 4 Julai 2009
Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi
Salam..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Alhamdulillah saya tinggal di kawasan kejiranan yang menitikberatkan Karnival Ramadhan .. seawal tiga hari lepas pelbagai aktiviti dibuat oleh surau-surau dan masjid berhampiran..
Saya bersyukur kerana diberi rezeki tinggal di kawasan yang membudayakan Islam melingkari kehidupan insan, walaupun kami hidup dalam budaya yang pelbagai.. alhamdulillah..
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk puasa pancaindera, fizikal dan rohani dengan sebaiknya dan mendapat keberkatan dariNya..

Majalah solusi, salah satu majalah kesukaan saya. Saya mula membaca majalah ini sewaktu abang membawa pulang ke rumah, dibeli ketika Solat Jumaat di Surau Annur, Bangi. Kupasan yang berunsurkan motivasi dan menitikberatkan soal fardhu ain banyak mendidik saya. Di Pesta Buku 2011 saya ambil kesempatan untuk melanggan bagi memastikan setiap bulan saya akan mendapat edisi yang diterbitkan.

Tiap-tiap bulan isu yang dibangkitkan pasti menarik perhatian. Namun terbitannya yang ke-32 dalam kolum Tanbih bertajuk "Darurat Bukan Semudah Itu" karangan Ustazah Noraslina mengambil perhatian saya. Isu yang dipaparkan tentang rawatan kehamilan dan bersalin yang dipilih oleh ibu mengandung samada mendapatkannya di klinik dan hospital kerajaan yang tidak diketahui oleh doktor wanita atau sebaliknya, ataupun mendapatkan rawatan di klinik dan hospital yang menawarkan jururawat dan doktor Muslimah.

Ramai yang mengetahui bahawa didikan dan kesempurnaan akhlak anak itu sejak dikandung ibu lagi, namun ramai yang tidak sedar bahawa 'sentuhan' tangan daripada doktor berlainan jantina sewaktu kehamilan dan proses bersalin itu, salah satu punca pengabaian tanggungjawab dan titik awal kerosakan akhlak si anak..

Saya tidak mahu mengupas isu ini lebih lanjut kerana masih banyak yang saya perlu pelajari dalam soal agama ini.. namun berdasarkan ruangan majalah solusi tersebut saya ceritakan pengalaman saya sewaktu menjalani proses kehamilan dan bersalin Insyirah insyaAllah..

Sejak saya mengetahui diri saya hamil, telah timbul soal nekad dalam diri saya untuk mendapatkan rawatan daripada doktor Muslimah, kerana saya dibelenggu dengan perasaan "tidak akan memberi kepada mana-mana lelaki lain untuk melihat mahkota saya melainkan suami saya"..

Namun kesilapan saya, saya tidak mencari ilmu berkenaan perkara itu..

Saya melalui satu saat yang agak sukar, apabila menyuarakan hasrat hati kepada sebilangan orang, jawapan yang saya dapat, ".. kalau ada kes, hospital swasta akan hantar ke hospital kerajaan juga .." ".. tak ada duit nak masuk swasta.. "saya buntu dan diam sahaja di situ. Namun dalam hati saya tetap nekad untuk mendapatkan khidmat doktor wanita..

Saya kumpul duit setiap bulan, simpan untuk bersalin.. alhamdulillah agensi saya bekalkan duit perubatan untuk rawatan pesakit luar, jadi saya gunakan untuk rawatan kehamilan..

Seterusnya, saya sudah pandai menjawab.. ".. menjadi kewajipan seorang suami untuk mendapatkan khidmat doktor wanita untuk isterinya yang hamil dan akan bersalin .." saya juga sedih bila mendapat jawapan ".. kalau duk kampung macamana? kira mudarat lah tu.." owh.. sedih bila kenangkan..

Tapi alhamdulillah, saya mendapat jawapan daripada keluaran Solusi yang lepas, saya rasa berbaloi kerana keegoan saya untuk mendapatkan khidmat rawatan daripada doktor dan jururawat Muslimah berbaloi.. saya rasa lega kerana bertindak buat tak tahu apabila diperli rakan tentang 'orang kaya banyak duit bolehlah bersalin kat swasta' berbaloi.. saya mengambil jalan yang tepat untuk diri dan anak saya, alhamdulillah..

Semoga para ibu mendapatkan jawapan daripada keluaran solusi tersebut, dan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk si anak dan menjaga aurat kita dengan kaum berlainan, niatlah kerana Allah untuk kebaikan dan kemaslahatan kita bersama, insyaAllah ada jalan penyelesaian dan hikmah disebalik syariat dan tuntutannya..


Salam,

Wednesday, July 27, 2011

Semoga selamat pergi dan pulang semua..

Sessi taklimat oleh owner travel agent, Andalusia Sdn Bhd..

Tadi, aina memohon kebenaran officer untuk keluar sebentar menghantar mak ayah yang akan pergi ke Tanah Suci mengerjakan umrah KLIA. lama sungguh tak ke sana, suasana KLIA nampak agak 'hambar' dari luar..

Sempatlah snap beberapa keping gambar untuk kenangan terutamanya buat cucunda tersayang.. doakan semoga perjalanan umrah mak ayah, mak long dan ayah long dan anak mereka dimudahkan dan mendapat keberkatan Allah ye..
kami di ruang menunggu a.k.a pentas KLIA sementara menantikan sesi taklimat.
entah apa motif gambar ini diambil abe mie, saya pun tidak tau :)
ayah dan emak yang romantik.. sy sukeee.. :)
ayah isi perut sementara menunggu waktu taklimat
mak long dan ayah long yang akan turut serta menziarah Tanah Suci
taklimat diakhiri dengan bacaan doa..
si anak kecil comel ummi yang sama-sama mendoakan :)

Nota Ummi : teringin nak pergi sama, insyaAllah ada rezki dapatlah jejak Tanah Suci satu hari nanti :)

Salam,

Tuesday, July 26, 2011

Cik Ru Insyirah Dah Jadi Tunang Orang :)

Cik Ru (panggilan insyirah pada adik perempuan keempat saya, Norul Hidayah), adalah perancang dan orang yang bertanggungjawab untuk persediaan, tiap kali ada majlis yang melibatkan 2 keluarga.
Kali ni, buat pertama kali, majlis yang akan diadakan adalah untuk dirinya sendiri.
Untuk kami sekeluarga, memang dah tau akan kemeriahan dan kega'gah'an majlis yang akan berlangsung, hehe.
Tapi kami tak kisah, sbb dah banyak titik peluhnya habis berhempas pulas untuk kami2 semua :)
Inilah dia tunang orang itu, cik ru dan mak andamnya :)
Gambar setelah selesai majlis dan sesi outdoor photoshoot.
Puas hati mak andamnya kerana mekap still ok walaupun dah berjam2 mekap dipakai dan duduk di bawah terik panas matahari.
Ada cerita di sebalik mekap dan andaman untuk aru ni.
Dua hari mak andamnya tidak tidur malam menyiapkan veil yang akan dipakai.
Dan berminggu contoh mekap yang dicuba sebelum mendapat kelulusan mak dan ayah.
Akhirnya 'corak mekap' ini juga yang dipersetujui. Entah ke berapa kali percubaan, kami tak tau :)
Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi jika berminat :)
Bergambar beramai-ramai sebelum pihak keluarga lelaki berangkat pulang.
Kata ati, "Jelesnya... ati tak ada gambar macam ni. fotographer ati dulu tak pandai.."
Tapi kata kak na, "Jgn begitu. bersyukurlah sbb gambar na dulu lagila.. tak ada photographer, hanya syafiq yang ambil, tambah best lagi tersalah pengantin lelaki! Diambilnya gambar kawannya yang gelap gulita dan comel huhuhu :) "
Insyirah yang jadi rebutan setiap kali ada 'waktu terluang'
Anak dan cucu sulung, begitulah.. :)
Namun alhamdulillah ummi dan ayah tak pening kerana status itu :)
Owh insyirah ... pandai sungguh bergaya..
Dan buat pertama kalinya.. ketujuh2 anak emak dan ayah bergembira bergambar bersama...
Alangkah baiknya jika ada sifat syukur dan redha sentiasa.. hidup pasti gembira walau apapun melanda! :)
Pengantin lama yang sentiasa baru.. :)
Contoh teladan buat anak-anak dan menantu.. :)

Salam,

Tuesday, July 19, 2011

Selamat Datang Ke Dunia Baru

Entry hari ini khas untuk adik perempuan saya, norul syahida.
Telah melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mei yang lalu. Tapi gambar baru saja dapat dr photographer, jadi barulah dapat buat entry untuknya.
Jomlah kita layan aje gambar-gambar yang ade ye..
Entah apa yang dikalutkan, dan entah apa yang direlakskan oleh anak2 sulung mak ayah :)
Skrg bertambahlah seorang lagi menantu mak ayah, menjadi tiga orang semuanya..
Bukan mudah untuk mencapai tahap begini..
Dan mengajar saya betapa beratnya tanggungjawab pabila dah bergelar isteri dan ibu..
Meriah dan gamat sungguh bila semua ahli keluarga berkumpul bersama :)
"Suami saya anugerah dari Allah untuk saya, takdir Allah menemukan kami dan menjadi isteri kepadanya membuatkan hidup saya lengkap dan bahagia..
Bertemu dan berkahwin dengannya mengajar saya erti cinta Allah sebagai punca cinta sesama manusia..
Dan saya mula percaya bahawa meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari cinta setelah berkahwin dan dalam apa jua keadaan di hadapan..
Terima kasih Allah... Alhamdulillah.. :)"

Untuk ida,
Menjadi seorang isteri, tidak sukar tetapi mencabar emosi dan fizikal..
Mengembalikan nostalgia pabila detik2 berkeluarga kembali dalam kehidupan kita bersama orang lain..
Usahlah mengeluh, tabahlah dan kuatkan semangat,
Kerana.. dibahumu terletak terlalu banyak tanggungjawab yang perlu digalas
Demi memastikan suami dan bakal anak-anakmu menjadi khalifah Allah yang 'alim dan mulia akhlaknya..
Selamat Pengantin Baru.. Semoga Bahagia dan Tenang Menghadapi Dunia Baru :)

Nota Ummi : kebahagiaan itu bukan datang sendiri.. didiklah diri untuk banyak memberi kerana kebahagiaan akan mengiringi .. :)

Salam,

Sunday, July 17, 2011

Insyirah dan buah kurma..

kurma oh kurma..

Hari rabu lepas insyirah peristiwa tak diduga ayah ummi terjadi lagi.
Insyirah sembelit.
Petang hari waktu ummi pulang dari kerja, opah cerita insyirah makan buah kurma bnyk... ummi diam hanya berdoa semoga perut insyirah boleh menerima buah makanan kesukaan nabi itu.
Sebab sebelum ni dah berlaku banyak kali, jus kurma, susu mengandungi kurma, makan kurma, insyirah sembelit berkejar ke klinik jam 2 pagi.

Rupa-rupanya perut insyirah masih tak dapat menerima.
Ianya berlaku jam 10 malam insyirah mula mengerang tanda hendak membuang air besar, tapi tidak seperti hari2 sebelum ini. Dah lama insyirah tak mengerang 'kesakitan' begini. Tiada seketul mahupun bau di punggung insyirah.. setelah ummi letak ubat dan urut sikit perut, insyirah tertido.. jam 12 malam tersedar lagi, insyirah menangis, bile diberi susu ibu insyirah menolak.. tp tertido lagi, mungkin insyirah kepenatan..

Namun jam 1.30 pagi, insyirah dah tak mampu menahan sakit, terguling-guling atas tilam.. ummi cuba urut perut, tapi tak berhasil. Akhirnya ayah dan ummi buat keputusan bawa insyirah ke klinik lagi..

Insyirah memang telah ada rekod di klinik Az-zahrah, jadi jika ada kecemasan, ayah dah ummi suka ke situ saja. Bertemu dengan Dr. Norlee, beliau beri 3 jenis ubat : ubat angin, ubat lembutkan najis dan ubat permudahkan buang air. Syukur bertemu dengan Dr. Norlee, kalau doktor lain, alamatnya kena inject dan paksa buang lagilah gamaknye!

Setelah beberapa peristiwa yang berlaku, ayah dan ummi buat kesimpulan perut insyirah alah dengan kurma.. alhamdulillah insyirah suka makan madu dan kismis, jadi adalah pengganti makanan kesukaan nabi...

Nota Ummi : kepada ibu bapa di luar sana, sekiranya anak mengalami sembelit, elakkan sama sekali untuk mengguna ubat injection air (melalui dubur bayi), kerana tindakan itu akan memberi signal kepada otak untuk memaksa dubur mengembang dan menolak najis keluar. kesan yang diberitahu oleh Dr. Norlee telah ada pesakit yang mengalami usus pecah akibat tindakan itu. kami sangat terkejut dengan penerangan Dr. Norlee, alhamdulillah tiada apa berlaku pada insyirah.. kan bagus kalau para doktor mengimplemen ilmu yang ada di dada tanpa mengambil jalan pintas agar 'penyakit itu dapat diubati secepat mungkin'...

Tuesday, July 12, 2011

Membina diri melalui penyusuan susu ibu?

Cantik tajuk di atas. Nak mengulasnya tak tau dari mana. Rasa nak diluahkan semuanya.
Sejak entry aina yang lepas berkait dengan 2 tahun penyusuan, ramai pulak yang bertanya;
"kenapa tak masukkan entry tentang perjalanan susu ibu macam blogger2 lain?"
"tak sangka aina menyusu badan, sbb entrynya jarang-jarang"

Owh.. soalan yang tak disangka. permulaannya saya ingin buat blog ini sebagai diari saya. ceritakan apa saja pengalaman untuk dikongsi bersama. namun situasi membataskan. ada yang tidak setuju, ada yang tidak suka. namun bila saya baca entry farah farhan dan suraya, saya tau sepatutnya saya tidak perlu risau tentang penyakit2 manusia, sebaliknya teruskan bercerita pengalaman2 berharga dalam hidup melalui blog ini, mana tau boleh dijadikan panduan di sebalik tatapan itu :)

Tak pe lah kawan-kawan dan sahabat.. ade rezki satu masa nanti saya akan masukkan entry tentang penyusuan susu ibu, dan apa juga proses pengalaman yang dilalui dalam kehidupan ni ye.. kalau tak berkenan dihati, bolehlah tidak singgah di blog ini lagi..

Oklah berbalik pada tajuk di atas, saya terangkan sikit sebanyak kaitan pembinaan diri dengan penyusuan susu ibu.

Sebenarnya, penyusuan susu ibu itu adalah satu proses nikmat yang Allah beri kepada seorang wanita bergelar ibu, sebagai satu cara 'mendidik' bayi susulan daripada kehidupan bayi itu di dalam rahim ibu.

Jadi, segala tingkah laku, tutur bicara, dan apa yang ada dalam minda dan hati si ibu akan diserap secara terus oleh si anak yang disusui.

Sebab itulah, kata seorang sahabat nabi, pembinaan sebuah anak itu, bermula sebelum berlangsungnya sebuah perkahwinan lagi. Proses mencari isteri, dan melayari rumahtangga, akan mempengaruhi anak yang akan dikandung, dilahirkan dan dibersarkan. Corak sebuah keluarga banyak ditentukan oleh bakal isteri yang dikahwini. Jika baik budinya, tinggi ilmunya, tidak jemu belajar ke arah kebaikan, insyaAllah, benih yang dikandung akan menjadi anak yang baik dan solehah.

Saya yakin, inilah jawapan kepada persoalan bagaimana rosaknya anak-anak zaman sekarang, sepertimana yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Besarnya tanggungjawab seorang bakal suami untuk mencari isteri yang solehah lantas membentuk keluarga.

Saya dan suami masih lagi belajar, baru dalam dunia kekeluargaan, semoga Allah merahmati dan memudahkan perjalanan kami membentuk keluarga sakinah..

Penyusuan susu ibu itu indah, dari dalam perut lagi sudah sama-sama berjanji dengan anak yang dikandung, sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu..

Apa yang saya ajar dan lakukan sewaktu anak dalam perut, begitu jugalah semasa penyusuan susu ibu berlangsung; kerana badan saya sepanjang masa 24 jam sehari akan merembeskan hormon prolaktin yang akan membentuk susu ibu;
- menjaga kelima-lima deria sedaya yang boleh, supaya tidak tersalah laku atau dengar
- mendengar kalimah-kalimah zikir yang indah, kini saya seronok insyirah sudah pandai berzikir ikut alunan yang didengar..
- menjaga emosi dan hati, kerana kedua-duanya amat penting dalam penghasilan susu ibu, juga dalam pembentukan emosi dan hati anak.

Penyusuan susu ibu berlaku secara langsung, apa yang dibuat oleh ibu, itulah juga yang akan dilakukan oleh si anak. apa yang difikirkan oleh ibu, itulah juga yang akan difikirkan oleh si anak. dan apa saja yang didengar oleh si ibu, itulah juga yang akan didengar oleh si anak.

Sesungguhnya, setiap titis susu ibu itu, mengandungi seribu satu didikan untuk si anak..

Anda yang mengalami dan merasainya, anda tentu tahu, begitu juga saya :)

Alhamdulillah.. saya bersyukur dengan prestasi sifat kendiri insyirah.. :)


Salam,

Wednesday, July 06, 2011

Sayur-kulat masak lemak cili api

Saya sangat suka makan masak lemak cili api. Tapi bukan kuahnya, isinya saja. Sebab pedas. Kalau tak pedas, tak sedap pula. hihi.

Minggu lepas pergi pasar tani, beli sayur pucuk rm1 seikat, puas hati dapat makan 2 kali (termasuk bawak bekal hari ni hehe)

Buat entry hari ni, mana tau boleh dijadikan rujukan anak-anak nanti..

Bahan-bahan:
*1 cm kunyit
*1 ulas bawang putih
*1 ulas bawang merah besar (kalau kecil 2,3 ulas)
*2 tangkai cili besar
*10 tangkai cili api
serai - diketuk
asam keping
air
santan
garam

Cara-caranya:
Kisar atau tumbuk bahan-bahan bertanda *.
Panaskan periuk, jerang atas api.
Biarkan menggelegak, tambah sikit ari lagi kalau boleh hingga 2,3 kali menggelegak, masukkan serai, asam keping, garam secukup rasa.
Masukkan sayur dan kulat.
Masukkan pati santan 1 senduk.
Boleh dihidangkan bersama nasi panas-panas dengan ikan goreng, atau ikan pekasam goreng, sedap :)


Salam,

Monday, July 04, 2011

Semoga Allah Sentiasa Merahmatimu Annur Insyirah..


Hari ni genap anak ummi 2 tahun nak, jam 3.37 petang yang lalu insyirah telah dilahirkan..
Ummi bahagia, ayah gembira..
Nenek dan tok ayah gembira dapat cucu sulung..
Auntie2 pakcik2 sume gembira dengan kehadiran anak saudara pertama..

Ummi masih ingat lagi, waktu insyirah nak dilahirkan..
3 hari awal, hari yang tak disangka-sangka. Kelam kabut semua orang, semua urusan terpaksa ditangguhkan..

insyirah di usia 2 tahun

Kini anak ummi dah besar nak, dah pandai bnyk perkara, yang terkini insyirah sudah pandai cerita perkara-perkara rahsia pada ummi.. ummi sangat2 suka.. ummi tau insyirah suka jadikan ummi sebagai sahabat, dan ummi akan jadi pendengar setia insyirah sampai bila-bila..

Entry tentang perjalanan penyusuan susu ibu ummi insyirah boleh lihat di sini.
Harus ummi gembira dapat khatam susukan insyirah selama 2 tahun, walaupun hanya kelas kedua.
Insyirah tau tak, susu ibu merapatkan kita berdua..
Bile nak pergi kerja, ummi pastikan insyirah menyusu dulu sambil tunggu enjin kereta panas..
Ummi suka, sejauh mana pun insyirah pergi, insyirah akan kembali cari ummi, bile rasa rindu dan dahaga..
Insyirah bnyk belajar tentang erti hidup semasa menyusu dengan ummi.
Ummi sangat suka lagak mengada2 insyirah bila menyusu.
Sungguh, ummi rasa 'kehilangan' bila dah mula tak bawa pam susu ke pejabat..
insyirah dah ayah di taman

Malam ni, ayah akan bawa kita ke Muzdalfa Fried Chicken Bangi, sempena hari lahir insyirah..
Ummi dan ayah sangat2 sayang insyirah..
Membesar lah anak ummi dengan penuh kasih sayang, disiplin agama dan kekuatan peribadi ye nak..

PhD penyusuan susu ibu di genggaman!


Entry hari ini panjang lebar, ekspresi dua tahun telah melahirkan Insyirah :)
Tarikh keramat 4 Julai 2011, jam 3.37 petang..
Dihari dan waktu inilah, anak saya hadir di dunia.. menyinari hidup kami suami isteri.
Dan kini alhamdulillah, di tarikh dan waktu inilah juga, insyirah genap berusia dua tahun..

Beerti, genaplah sudah sesi penyusuan susu ibu ummi untuk insyirah selama 2 tahun,
dapatlah PhD di genggaman..
Walaupun hanya 'kelas kedua', ummi tetap bersyukur, tetap rasa bangga dengan pencapaian ini.
Tiada sijil, tiada cop mohor, kerana buktinya anak kami Annur Insyirah ada dihadapan kami.

Kenapa PhD ini penting pada aina? inilah sebab-sebabnya..
- ada hikmah di sebalik tuntutan kepada si bapa dalam menunaikan perintah agama, supaya menyediakan susu ibu untuk anaknya sehingga sekurang-kurangnya dua tahun, jika isteri (ibu kepada anaknya) tidak mampu, maka suami (bapa kepada anaknya) perlu mencari ibu susuan untuk melengkapi keperluan anaknya.
- ada jawapan di sebalik pertanyaan ramai pihak "bagaimana aina dan nizal didik insyirah hingga disiplin, baik dan pandai bawa diri begini?"
- ada rahsia di sebalik sesi penyusuan susu ibu berlangsung; di mana proses bimbingan dan pengajaran itu diajar dari mata ke hati, oleh ibu yang menyusukan kepada anaknya yang disusukan..
- ada tersirat seribu satu kesihatan mental dan fizikal yang bakal diperoleh si anak yang disusukan ibunya, bekalan pada hari2nya yang mendatang..
- ada keistimewaan tertentu yang tidak akan diperoleh dalam hubungan2 lain..

Saya bersyukur.. walaupun pendedahan tentang penyusuan susu ibu itu agak lambat (hanya pada usia kandungan 7 bulan) kepada ibu yang mengandung seperti saya pada ketika itu, namun saya tahu tiada istilah 'terlambat' dalam proses ini, saya boleh menyusukan hingga hari ini.

Terima kasih kepada sahabat saya, pn wardah kerana telah memperkenalkan istilah 'bf' yang disangka boyfriend pada awalnya..
Terima kasih juga kepada kak hazarina, kerana membekalkan saya keperluan2 menyusu ibu, dan hadiah buku penyusuan susu ibu bekerjaya pada saya..
Terima kasih kepada emak saya kerana cuba untuk memahami penyusuan susu ibu..
Terima kasih tak terhingga kepada abang kerana mengemaskan beg pam susu setiap pagi sebelum saya pergi kerja..

Saya tau, bagi mereka yang telah diterima kasih, hal itu kecil.. tp bagi saya besar ertinya..

Banyak yang saya belajar tentang breastfeed ini.. dan dihati saya selalu berkata.. "Kalaulah..
- ada kursus tentang persediaan menimang cahaya mata yang diWAJIBkan kepada semua bakal suami dan isteri..
- ada kursus penyusuan susu ibu yang diWAJIBkan kepada semua bakal ibu dan bapa.. sesungguhnya semua perkara perlukan ilmu untuk didamba dan dipraktikkan, bukan akademik semata2..
- pendedahan tentang kebaikan susu ibu dapat disebarluaskan dalam semua media cetak dan elektronik di seluruh dunia..
- semua ibu tahu mereka boleh menyusukan anaknya tanpa ada sebab yang membataskan,
- semua orang dapat memahami betapa penyusuan susu ibu itu adalah terlalu indah dan istimewa.."

penyusuan susu ibu itu mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka..
memerlukan pengorbanan dan komitmen yang besar dari seorang ibu dan bapa semata-mata untuk anaknya.. dan saya berjaya melaluinya.. alhamdulillah..

kerana.. saya pernah diperli, saya pernah dimaki, saya pernah dikata, saya pernah dihina.. saya pernah rasa sedih, saya pernah rasa kecewa, saya pernah rasa terganggu, saya pernah dihantui rasa bersalah, saya pernah rasa macam2 gangguan daripada mereka yang tidak terdedah dan cetek tentang ilmu breastfeeding..

namun.. saya tidak pernah mengalah, saya tidak rasa down, saya belajar jadi positif, saya belajar bina keyakinan diri, saya mantapkan dan gali dan terus menyebarluaskan ilmu tentang breastfeeding yang saya ada semampu yang boleh.. dalam masa yang sama insyirah dapat menikmati kelazatan dan nikmat susu ibu itu..

kepada mereka yang berkata2 itu, terima kasih tidak terhingga, kerana kata-kata itu membuatkan saya terus berazam untuk menyebarluaskan tentang kebaikan susu ibu, hasrat saya supaya ibu2 bekerjaya terus mengepam di pejabat tercapai, dan saya dapat terus bekalkan anak saya dengan susu ibu hasil perahan di pejabat tercapai, alhamdulillah :)

kepada mereka yang masih ragu2 tentang kebaikan susu ibu, yang ada sebaLinkrang permasalahan dan soalan yang tak terjawab, boleh hubungi saya untuk dibantu sedaya yang boleh.. saya cuba berdasarkan pengalaman yang telah dilalui, kerna sijil tauliah belum sempat lagi diperoleh hihi :)

dan... saya akan teruskan sesi penyusuan susu ibu kepada Insyirah sehinggalah beliau sendiri menolak secara semulajadi.. insyaAllah.. :)

Salam,

Tuesday, June 21, 2011

Buah hati berbaju kurung..

Buah hati ummi ni dah berumur 1 tahun 11 bulan 2 minggu dan 3 hari hihi..
Maknanya lagi 2 minggu lebih akan menjelang 2 tahun..
Dan maknanya ummi akan dapat PhD kelas kedua untuk breastfeeding hehe..
Ummi bersyukur .. berjaya juga walaupun bercampur-campur perasaan etc sepanjang proses bf insyirah :)
Comel anak ummi berbaju kurung..
Eh.. nenek kata "manis cucu nenek"
Hehe.. apa2 sajalah.. asalkan yang baik2 sume untuk anak ummi sorang nie :)
Insyirah di hari perkahwinan cik da..
Waktu kenduri umah tok ayah dan nenek saja insyirah selalu menyepi dari khalayak umum
Dah dapat pengasuh yang baik, camne tak tido saja dan menyelinap di mana-mana, kan syg? hehehe
Nampaknya sapa2 yang nak jumpa insyirah di kenduri umah tok ayah dan nenek kenalah datang awal pagi atau lewat petang :)
Anak ummi yang sentiasa ceria
Meragam susah sekali.. senang untuk mendengar kata..
Sangat memahami situasi.. bagai insan yang telah berumur fikirannya
Keletahnya yang sentiasa buat ummi rindui.. :-)
Minggu depan, ummi kena pergi kerja luar..
Ayah tak boleh ambil cuti, ummi pun berkira-kira tak mau pergi..
Gara-gara tak mau berpisah dengan cinta hati ummi ni :)
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates