Featured

Thursday, July 31, 2008

masih bekerja....

sekarang jam 7:10 ptg menjelang malam :-) saya masih lagi berada di pejabat.. kat bilik server yg berhawa dingin mengalahkan peti sejuk sejuknyeee.. :-) hari ni terlepas lagi la cite kesayanganku, Ezora, tapi tak pelah nnt ada saja org yg bole dirujuk utk tau episod cite hari ni hehe..

ot saya kali ni adalah melibatkan kerja-kerja memantau kerja-kerja aktiviti integrator ofis saya berjalan dengan baik dan sempurna di server yang baru. peralihan server perlu dibuat secara teliti agar tiada apa-apa kesan negatif berlaku terutama apabila melibatkan data dari server yang pelbagai dan kuantiti yang banyak serta data yang tergolong dalam kategori kritikal. puas rasa hati bila semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang kesan negatif, tapi akan berapilah hati sekiranya tidak berjalan seperti yang dijangka kerana terlalu bnyk perkara yang akan dihadapi kesan daripada ketidakmampuan aktiviti yang dirancang tidak berjalan dengan baik! teringat pulak cite pemusnahan bom kat tambun perak jun lepas hehehehe...

entry kali ni saya nk bercerita tentang keseronokan saya membawa sahabat saya, pn wardah dan rakan serumah saya, adik dayah pegi makan sate kajang, .. 25 hb julai yang lepas...

inilah housemate yg manja dan come... adik dayah..
(dah berpunye yeee.. tlg gitau hehe)


saja mengajak mereka makan, ada dua sebab yang saya rangkumkan bersama kenapa saya memilih untuk belanja mereka2 ini hehe.. sebab pertama belanja makan cik dayah sempena besday dia yg ke ?? ... dan sebab kedua kerana nak belanja pn wardah yang dah mula pandai teringin2 ni.. hehe


pn aina dan pn wardah..

saya sangat bersyukur dapat bertemu pn wardah, lama betul beliau tak saya ketemu. ye la, masing-masing skrg sibuk dgn pelbagai komitmen. kelas pun tak sama sem ni. so selalu bertemu di alam cyber je la kami ni... thanks a lot wardah, for being my bestfriend, i'm very appreciate it! :-) hopefully pn wardah gembira dan puas hati akhirnya hajat tertunai yee.. tapi.. she's still have 1 job to do to me.. promise me... heheheh... sempat jugak saya membelek2 blog pn wardah.. terima kasih atas penghargaan itu puan! hehe...

suapan terakhirkuuuu....

oklah.. jam dah menunjukkan pukul 7:27pm.. dah tiba masa untukku buka puasa dan lihat prestasi aktiviti integrator kami.. :-) selamat berbuka puasa...

note : bulan rejab tinggal lagi dua hari.. sama2la kita manfaatkannya yee...


ujian itu.......

salam semua... sejak beberapa hari ni, saya sering dikelilingi dengan input tentang 'ujian hidup'.. tiap insan bergelar insan pasti akan melalui dan merasai ujian, dan pastinya ujian yang didatangkan Allah itu adalah untuk mereka yang berhak dan layak diuji. pagi tadi saya dapat nota tazkirah daripada sahabat saya, setelah beliau hadir sesi doa pagi di pejabatnya. bila saya baca, semua soalan yang dikemukakan mmg selalu terlintas dan terucap oleh kita. so untuk pembaca semua, saya selitkan dalam blog ni sekadar renungan dan motivasi untuk kita bersama....

Soalan : KENAPA AKU DIUJI?
Quran Menjawab : APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SJ MENGATAKAN YG MEREKA TELAH BERIMAN? DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUJI ORG2 SEBELUM MEREKA....DAN SESUNGGUNYA ALLAH MENGETAHUI ORG2 YG BENAR DAN ORG2 YG DUSTA..

Soalan : KENAPA AKU DIUJI SEBERAT INI?
Quran Menjawab : ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA...

Soalan : KENAPA AKU ADA PERASAAN FRUSTRASI?
Quran Menjawab : JGNLAH KAMU BERSIKAP LEMAH DAN JGNLA KAMU BERSEDIH AHTI, PADAHAL KAMULAH ORG2 YG PALING TINGGI DARJATNYA, JIKA KAMU ORG2 YG BERIMAN

Soalan : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Quran Menjawab : DAN MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUNYA SEMBAHYANG ITU AMTLAH BERAT KECUALI KEPADA ORG2 YG KHUSYUK

Soalan : APA AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Quran Menjawab : SESUNGGUNYA ALLAH TELAH MEMBELI DR ORG2 MUKMIN, DIRI, HARTA DENGAN MEMBERIKAN MEREKA SYURGA

Soalan : AKU TAK DAPAT TAHAN...
Quran Menjawab : ....DAN JGNLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH, SESUNGGUNYA TIADA BERPUTUS ASA DR RAHMAT ALLAH MELAINKAN KAUM YG KAFIR

to my bestfriend, thanks a lot for your info...

Friday, July 25, 2008

VERY GOOD POINT...................

Be careful how you list names on your cell phone! Be Safe!

This lady has changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen. Her handbag which contained her mobile phone, Credit card, purse...etc.... was stolen.

20 minutes later when she called her Hubby, from a pay phone telling him what had happened. Hubby says 'I've just received your sms text asking about our Pin number. I replied a little while ago.'

They rushed down to the bank, the bank staff told them all the money was already withdrawn. The pickpocket had actually used the stolen hand phone to text 'hubby' in the contact list and got hold of the pin number. Within 20 minutes he had withdrawn all the money from the bank account.

The lesson:
Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list.
Avoid using names like Home, Honey, Hubby, sweetheart,Sayang...... Dad, Mum etc.......
And very importantly, when sensitive info is being asked thru texts, CONFIRM by calling back.

Also, when you're being texted by friends or family to meet them somewhere, be sure to call back to confirm that the message came from them. If you don't reach them, be very careful about going places to meet 'family and friends' who text you.

PASS IT ON to people you love!!!!!!!!!


Thursday, July 24, 2008

sleepy girl...

ngantuk.....

hari ni kat office terlalu sibuk, malam ni pulak sy dah mula rasa mengantuk sejam jam 8 takdi. rasa nak studi, update blog dan tunaikan permintaan kakakku kak reen, tapi internet tersangat2 slow... dan badan pun tak bermaya, mata pun rasa tak mampu nak buka dah skrg nih. asik tertutup dan tertunduk je.. sementara dear tak ada kat umah ni bolehlah bersenang lenang tido awal hehehe... so.... want to sleep rite now.. bye.. gudnite :-)


Wednesday, July 23, 2008

Musim buah

Sekarang ni kalu kita tgk, istilah 'musim buah' tu macam dah tak sinonim lagi. Kalau pembaca perasan buah apapun ada kat mana-mana, boleh didapati bila-bila masa. Rasa gerun juga di hati, semua ni petanda 'hari-hari akhir' kita semakin dekat... semoga kita semua semakin dekat dengan-Nya... dapatlah tambah dan perbaiki amalan untuk bekalan di hari kemudian.

Ok berbalik kepada musim buah, sejak akhir-akhir ni sana-sini ada je bau durian. bagi mereka yang ada dusun di kampung pulak sanggup balik di hari minggu untuk merasa hasil kebun di kampung. samalah juga dengan MARDI, peluang untuk dapatkan buah-buahan tempatan terutama durian tu memang tak dilepaskan begitu saja :-)

mmm... sedapnya..... cantik jer buahnya :-)

Pergilah ke mana saja, di tepi-tepi jalan utama, pasar malam, hypermarket, mana-manalah ada saja buah-buahan tempatan dijual. buah durian dan rambutan jadi pilihan saya, tapi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya hanya dapat rasa buah durian di luar rumah, samada di pejabat ataupun di rumah mak heheh...

Dah lama saya dan ina, rakan sepejabat bercadang untuk buat dan makan pulut / pengat durian. kerana masalah-masalah teknikal yang tak dapat diatasi, saya punya hajat tak dapat disempurnakan. tapi perasaan teringin nak makan tu masih ada, alhamdulillah rezki memihak kpd aina, minggu lepas selepas isya' ina hantarkan semangkuk pengat durian. lepas gak keinginan saya hehe.. thanks ina..

inilah dia pengat durian :-)

Hari selasa lepas selepas bermesyuarat dengan org2 agensi luar, ahli-ahli mesyuarat dihidangkan dengan durian hasil kebun MARDI sebagai pencuci mulut, banyak jugalah saya makan, setengah jam kemudiannya dapat msg dr mak "kalau k.na nak makan durian mek datanglah rumah"... mmm.. kecur juga air liur biarpun dh rasa hasil MARDI. petangnya selesai tugas di pejabat, hanya hajat nk singgah jenguk mak, tak berhajat untuk jamah kerana risau badan akan panas di malam hari, tapi akhirnya kalah juga bila syafiq tolong kupas buah hehe.

Tiap kali balik kampung, atau mak balik kampung, buah kedondong dah jadi antara buah yang mesti di bawa balik ke kl. saya mmg gemarkan buah kedondong yang memang sedap.. rasanya kelat-kelat masam tapi tak lah masam sangat. Saya memang sukakan buah-buahan masam sejak kecil lagi. Jadi buah seto (ataupun 'sentul') memang antara buah kegemaran yg saya tak akan lepas kan tiap kali balik kampung hehehe... :-) sesi makan durian sy tergendala sebentar kerana makan sampai 2 biji buah seto tu.. masam tapi sedap! hehe.. siap tapau bawak balik umah lagi. kepada pembaca yang baru nk mengenali dua buah ni, inilah dia gambarnya..

buah kedondong (hijau) dan buah sentul (kuning)


Tuesday, July 22, 2008

Makanan kesihatan tambahan

Ada yang bertanya tentang produk yang saya makan yang aina ceritakan dlm blog sblm ni.. inilah dia....

Madu...

Untuk ketahui khasiat madu dengan lebih detail... klikla di sini

... dan juga Evening Primrose Oil (EPO)

khasiat EPO telah saya masukkan dalam blog sblm ni di sini

kepada pembaca, amatlah digalakkan pengamalan memakan makanan kesihatan tambahan, selamat mencuba! :-)


Monday, July 21, 2008

Tak sihat lagi...

sakitnya perutku...

Hari ni hajat untuk pergi ke pejabat tertangguh lagi... sesampainya di pejabat cik dayah, saya alami sakit perut... bagus juga kerana dapatlah saya kenal tandas pejabat cik dayah dan pn wardah hehehe.... kerana tidak tahan dan memikirkan situasi pejabat yang perlu turun naik tangga untuk ke tandas, saya ambil keputusan untuk ambil cuti sakit. harap-harapnya sakit ini tak berlarutan kerana esok pagi ada meeting penting yang harus saya hadiri di pejabat.

Sesampai saja di rumah, saya ambil masa untuk berehat... sekarang badan masih rasa lesu dan letih, namun alhamdulillah, mungkin berkat makan pil EPO dan minum air gamat dan madu memberikan kekuatan dan mengurangkan tekanan yang dirasai. bagaimanapun, kata doktor saya harus rehat secukupnya hari ni untuk memastikan saya akan ok dan boleh jalani hari2 seperti biasa untuk esok dan hari seterusnya.. doakan saya cepat sembuh ye.. amin....

Sebelum saya teruskan berehat, nak wish selamat hari lahir kepada housemateku, cik dayah... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki, peroleh ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan selalu.... dan semoga cepat kawen hehehehehe.... hadiah nntlah kak aina bagi ye.. tak sempat lagi nk beli heheh....

Thursday, July 17, 2008

antara hikmah dan anugerah....

salam.. pagi ni seperti yang dijangka semua, road block berlaku lagi.. syukur alhamdulillah selama beberapa hari rancangan aina untuk enjakkan masa keluar rumah lebih awal dan tiba di pejabat lbh awal menjadi... kadang2 kita kena sebarkan kepada orang-orang tentang rancangan dan matlamat kita, itu semua utk disiplinkan kita supaya rancangan yg difikirkan menjadi, bagi aina ada benarnya pandangan tersebut namun lain pula dgn aina... jika diberitahu sukar pulak nak menjadi.. permulaan tu yang susah, tapi bila dh biasa insyaAllah... senanglah jadinya. betul tak?

semalam badan rasa tak berapa sihat, hajat di hati nak berpuasa sunat terpaksa aina tangguhkan, rasa nak ke pejabat pun tak berapa larat, tapi masih lagi bole bangun, jadi aina bangun, bersihkan diri dan sebagainya. cik dayah yang memang dah biasa dengan lagaknya yang sukakan surprise dan menyeprisekan orang ni tiba2 muncul bertanya tentang sarapan pagi. terima kasih, skrg dayah dah jadi mcm keluarga aina, bila masak je bahagikan dua bahagian, katanya "nasi goreng ni satu pedas, satu lagi tak pedas utk kak aina" hehe... dalam hati syukur alhamdulillah.. satu lagi anugerah kasih-sayang seorang kawan aina dapat daripadaNya...


kerana masih berteka teki dengan road block, aina terus saja siapkan diri... tiba2 dayah bersuara... "kak aina, ada something ni dayah nk bg, kak su bagi...", "ni haaa.. wajik" alhamdulillah syukur sekali lagi, mmg wajik antara makanan kegemaran aina, tersenyum lebar juga dibuatnya, sikit sebanyak beri semangat utk pergi kerja hehehe... apa yang aina kagum satu lagi nikmah Allah aina rasa pagi ni, sebenarnya tak pernah jumpa empunya diri bernama 'kak su' itu, rakan sepejabat cik dayah dan pn wardah, tp entahlah apa yang diceritakan oleh diorg ni sampaikan kak su ingat kat aina hehe.. apapun terima kasih banyak2, semoga jalinan ukhuwah ni terjalin selamanya :-)

wajik @ nasi manis..
salah satu makanan kegemaran aina :-)

teruskan cite... sambil memandu dalam kereta tadi ada dua perkara berlegar di fikiran, cuma aina nak kongsikan salah satu perkara dengan pembaca semua. ramai rakan dan akhir-akhir ni cik dayah kerap kali menyebut tentang "....... apa yang kita tak nak selalu Allah beri, kan kak aina... selama ni kita selalu takut kalau jadi itu, jadi ini kat diri kita, takut kita tak mampu hadapi, risau tak mampu nak hidup lagi tapi bila Allah beri boleh pulak kita lalui, kan?...... "

benarlah kata cik dayah dan rakan-rakan aina tu, aina mengakuinya dan percaya rakan-rakan pun mengakuinya. situasi sll berlaku bila kita tgk orang sekeliling yang hidup susah, dibelenggu dengan masalah, sama jugalah dalam drama tv / filem, mulalah terfikir di hati, "ya Allah... beratnya ujian yang diorg lalui... adakah aku mampu jika aku ditempat meraka..." itu antara ungkapan yg sering terlintas di fikiran kita. ada juga yg awal2 lagi dah set kat mind tak nak jadi miskin, tak nk jadi itu, tak boleh terima itu dan ini.

namun bila kesusahan itu hadir dalam hidup kita, barulah kita tahu bagaimana sshnya mereka yg dilanda ujian / masalah... bagaimana masalah yang melanda boleh memberi impak besar dalam pembentukan sahsiah seseorang, samada semakin positif, ataupun semakin negatif.


pendapat aina pula semua ini adalah lumrah alam... ada masa kita akan berada di bawah, ada masa kita akan berada di atas. hidup yang sukar dan sering dilanda masalah sebenarnya banyak membantu kita menjadi lebih matang dan tenang. hadapi segala masalah dengan hati yang tenang dan redha... kata-kata sahabat sy, pn wardah memberi makna yg besar dalam hidup aina... "
percaya dan yakin dengan Allah" sukar untuk diimplemen tapi alhamdulillah lama kelamaan ia dah sebati dalam diri aina...

air mata... gunakanlah ia untuk melepaskan segala perasaan dan tekanan, tapi tidaklah perlu keterlaluan menangis kerana boleh memudaratkan diri... alirlah air mata sewaktu memohon kepada-Nya, insyaAllah hati akan tenang hadapi... percaya atau tidak, satu keajaiban akan berlaku di mana kita sendiri tidak percaya boleh melalui segala masalah dengan hati dan semangat yang kuat.

percaya akan adanya hikmah di sebalik kejadian..
ujian dan masalah yang melanda adalah satu anugerah Allah kepada umat-Nya.. bagi sesiapa yang memikirkan dari sudut positif tentu percaya dgn kata-kata aina.. percaya bahawa ada orang yang lebih teruk ujian dan masalah berbanding kita. syukurlah kerana dalam menghadapi situasi yang tertekan ada anugerah2 lain yang ada disekeliling kita. tanpa kita sedar kita akan mengenali siapa yang betul2 menjadi kawan dan pembantu dan siapa pula yang akan hilang dan menjadi lawan. suami, ibu bapa, keluarga, rakan, hatta haiwan kesayangan adalah anugerah untuk kita.. betul tak?

jadi untuk aina dan rakan pembaca, terima dan hadapilah segala ujian dan cabaran yang hadir dengan hati yang tenang dan redha... ingat dan peganglah pepatah 'percaya dan yakin dengan Allah'... insyaAllah... kita akan jadi lebih kuat dan tabah untuk menghadapinya.... tidak aina nafikan, masalah2 yang melanda diri aina dari kecil hingga kini menjadikan aina lebih yakin dengan cinta Yang Maha Esa... kerana hanya Dialah yang Maha Mengetahui segala2nya... aminn...

note : percaya, redha dan syukur atas segala-galanya... alhamdulillah :-)

Wednesday, July 16, 2008

Hanya kerana mencungkil gigi...

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat.. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...

elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?


Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...

Dan syurga itu adalah benar....


Tuesday, July 15, 2008

Bad monday, good tuesday?


salam... lama tak mencoret kat blog ni, hehe.. post yang semalam pun utk draft punye. pagi ni aina tak sempat nk menceloteh lama2, sebab akan mengadap big bog jam 9 pagi (meeting pemantauan projek - paling digeruni semua orang!)....


kelmarin bersamaan 14hb julai 2008, satu azam baru dah diletakkan dalam hati... nk sampai office awal, nak siapkan keje yang berlambak2, nak wat itu.. nk wat ini.. semuanya dh direschedule ms cuti 2 hari lepas (walaupun hanya dalam kepala sbb tak sempat nk tulis bz ngan kelas hehe). tapi apa boleh buat.. kita merancang tuhan yang menentukan hehe... aina tersepit dalam traffic jam lbh kurang 1 km... mana la tak rasa sedih.. rs ceria nk mulakan hari Isnin jadi lain... dalam hati terfikir, "mungkin ade accident, tak pe la kesian lg org yg terlibat dlm kemalangan tu, aku masih bernasib baik alhamdulillah.." rupanya2... perkara yang tak dijangka..... polis buat road block.. aduhai pak polisi, napa ini hari dibuat begini? ... terkilan & kecewa juga dibuatnya tp bila jadi sesuatu mmg ada hikmahnya... sesampainya di office rupanya jalan yg kami tak bole lalu selama 2 hari dah bole masuk.. so bolela parking kete dekat sikit dengan pintu ofis.. itulah, ade hikmahnya kita bersangka baik dengan Allah.. tiap kejadian pasti ada hikmahnya.. amin...

hari ni pulak jam 4 pagi dh tersedar dari tido, then tak boleh sambung tido balik, entahlah kenapa hati rasa lain mcm jer... tambah2 lagi fikirkan tentang nk menatap mata big bos di pagi hari!! hopefully semuanya berjalan lancar dalam meeting nnti... amin..

untuk semua para pekerja... selamat bekerja.. kejelah dengan komitmen yang tinggi, bak kata bos, sesuai dengan gaji yang kita dapat, insyaAllah berkat hidupmu.. :-)

note : takleh masukkan gambar penghias blog.... msg internal server problem keluar hihi


Sunday, July 13, 2008

Konsep kesederhanaan dan kekayaan menurut Islam

Salam... ramai antara kita yg nak jadi kaya, tapi biasalah, bila kita usaha nak buat sesuatu yang baik terutama utk diri kita ni.. ramai la pulak yg jadi 'tukang sibuk / tukang tangkis'... mulalah keluar macam2 ungkapan itu dan ini.. ayat yg paling sinonim "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masukkubur pun..." mmg biasa didengar.

Kepada kawan-kawan yang ada dalam situasi tersebut, tak sempat nk ikuti temubual yang dikendalikan beliau di Radio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi", saya sertakan bingkisannya...

Irfan Khairi

Soalan yang diutarakan oleh IK berkenaan konsep kesederhaan dan dijawab oleh tetamu jemputan beliau, Dato Dr Fadzilah Kamsah;

IK: Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan takpayahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhanadalam bentuk kekayaaan ini?

Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yangseringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti punkita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masukkubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebabsederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernahdisebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanyayang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yangterbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kitasekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kitalakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan denganseimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kitahebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebatjuga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perluditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalamapa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak bolehterlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itubukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betulmaka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat danakan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengantekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Ituadalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu danbangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.


IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlangdalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.

Tuesday, July 08, 2008

salam semua... 3-4 hari ni keadaan aina sedikit kepenatan krn kesibukan studi + kerja dan kesihatan yg tak berapa mengizinkan.. doakan sy sihat dan kembali sihat segar ye .. will be update soon insyaAllah...

Sunday, July 06, 2008

Sorotan sebulan...

Salam.. malam ni aina just nk review aktiviti2 yang berlaku minggu lepas.. ada beberapa cite yang tak sempat diupdate aina rangkumkan saja di sini ok..

a) Aru dpt masuk utm

aru (berkaca mata) dan ati di hari perkahwinanku...

Ucapan khas tahniah kpd adik aina, norul hidayah, yg berjaya melanjutkan pelajaran di UTM Kampus Induk Skudai, Johor. InsyaAllah bakal jadi pemegang graduan jurusan Ijazah Sains Komputer (Multimedia), dijangka akan habiskan pengajian dalam tempoh satu setengah tahun. Risau juga aina kalau kata2 dia, "jgn sampai aru grad dl..." jadi kenyataan hihi.. ye la student SPACE bukannya sama dgn student perdana.. tp i'll try the best insyaAllah... :-)

cakap pasal belajar kat UTM, kalau pembaca nak tau keluarga kami kebanyakannya anak didik UTM hehe.. dlm famili kami ayah, mak, aina, ida, ati dan skrg aru, sama juga saudara-mara kebanyakannya belajar di UTM. kira baka2 UTM lah famili kami nih hehe.
Ok pepun all da best & gud luck to Aru :-)

b) Ida dapat kete baru


Ida, adik kedua aina, br saja dapat merasa kete barunya setelah berbulan2 lamanya menunggu.. Proton saga baru = BLM = ?? aina pun tak pasti, warna hitam akhirnya menghiasi halaman rumah mak ayah. Kesian jugak kisah ida yg mengidam warna lain tp kalau nak jugak alamatnye kena tunggu berbulan2 la lagi, so dia terima je seadanya warna hitam.. apapun for u ida, apapun yg berlaku tu pasti ada hikmahnya... tentu tau kan nape dpt kete warna hitam? hehehe....

c) hannan & shida dah jadi doktor

tahniah to adik sepupuku sorang ni, en hannan dan juga cik shida yg bakal jadi sebahagian drpd team 'cucu tok ayah & mek' atas kejayaan mereka dlm bidang kedoktoran ... wat masa ni hannan satu2nya cucu lelaki mek yang jadi doktor.. tahniah! i'm also proud of u.. congrats!

hannan & shida on their convocation day..

c) exam week

dah lama bertungkus lumus studi utk beberapa minggu, musim study week dan final exam pun tiba... dlm keadaan kesihatan yg kurang ok disebabkan terlalu tumpukan pd keje2 office yg berlambak, dgn assignment2 dan projek2 yang banyk perlu diselesaikan skrg perlu hadapi final exam pulak. br je abis exam hopefully dptla markah yg ok hehehe...amin...


note : actually ni draft post... br dpt setelkan ari ni, isnin 15hb julai.. hehe

Tuesday, July 01, 2008

Sinar Cahaya Ayatul-Qursi

Ayat Qursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Kerana itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyangnya yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat-Nya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Note : Pesanan kepada diri sendiri dan rakan-rakan semua... jadikanlah membaca a'yatul Qursi sebagai amalan kita seharian, insyaAllah... kita akan dilindungi dan mendapat kesejahteraan hidup dunia akhirat, Amin... Ya Rabbal Alamin...

Khasiat EPO

Salam... untuk rakan-rakan pembaca bergelar perempuan hehe... alhamdulillah aina temui sesuatu yang sgt berharga yg dah lama aina cari... EPO atau nama sebenarnya "evening primrose oil", sesuatu yang bagus untuk amalan pemakanan seharian kita, khusus bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri.

Berikut adalah petikan daripada sumber forum internet pakar sakit puan terkenal, Dr Hamid Arshat,
di sini;

Sumber dari : Pharmacist & Medical Doctor Online.... Ruangan Sembang2 Medical
Minyak EPO 1000mg berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan;
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid- panas badan, perpeluhan, sejuk, kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
pokok asal evening primrose

Buat eksperimen pada diri sendiri, setelah sebulan makan EPO ni, kesannya saya telah saya rasai. Alhamdulillah dengan izin Allah saya gembira kerana EPO ni membantu saya mengawal emosi berhadapan dengan pelbagai tekanan sekeliling dalam kehidupan seharian. Kesan berikutnya saya perasan keguguran rambut mula berkurangan. Begitu juga kelemumur yang kini semakin kurang.

So kepada semua pembaca wanita terutama yang menghadapi masalah2 perempuan ni, anda amatlah digalakkan memakan EPO untuk kesejahteraan diri dan keluarga anda insyaAllah... pelbagai produk ada kat pasaran namun rakan-rakan semua digalakkan untuk membeli produk halal yang terjamin kualiti kebersihan dan penghasilannya ok :-)

Sekian dulu.... kena sambung kerja hehe

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates