Wednesday, July 23, 2008

Musim buah

Sekarang ni kalu kita tgk, istilah 'musim buah' tu macam dah tak sinonim lagi. Kalau pembaca perasan buah apapun ada kat mana-mana, boleh didapati bila-bila masa. Rasa gerun juga di hati, semua ni petanda 'hari-hari akhir' kita semakin dekat... semoga kita semua semakin dekat dengan-Nya... dapatlah tambah dan perbaiki amalan untuk bekalan di hari kemudian.

Ok berbalik kepada musim buah, sejak akhir-akhir ni sana-sini ada je bau durian. bagi mereka yang ada dusun di kampung pulak sanggup balik di hari minggu untuk merasa hasil kebun di kampung. samalah juga dengan MARDI, peluang untuk dapatkan buah-buahan tempatan terutama durian tu memang tak dilepaskan begitu saja :-)

mmm... sedapnya..... cantik jer buahnya :-)

Pergilah ke mana saja, di tepi-tepi jalan utama, pasar malam, hypermarket, mana-manalah ada saja buah-buahan tempatan dijual. buah durian dan rambutan jadi pilihan saya, tapi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya hanya dapat rasa buah durian di luar rumah, samada di pejabat ataupun di rumah mak heheh...

Dah lama saya dan ina, rakan sepejabat bercadang untuk buat dan makan pulut / pengat durian. kerana masalah-masalah teknikal yang tak dapat diatasi, saya punya hajat tak dapat disempurnakan. tapi perasaan teringin nak makan tu masih ada, alhamdulillah rezki memihak kpd aina, minggu lepas selepas isya' ina hantarkan semangkuk pengat durian. lepas gak keinginan saya hehe.. thanks ina..

inilah dia pengat durian :-)

Hari selasa lepas selepas bermesyuarat dengan org2 agensi luar, ahli-ahli mesyuarat dihidangkan dengan durian hasil kebun MARDI sebagai pencuci mulut, banyak jugalah saya makan, setengah jam kemudiannya dapat msg dr mak "kalau k.na nak makan durian mek datanglah rumah"... mmm.. kecur juga air liur biarpun dh rasa hasil MARDI. petangnya selesai tugas di pejabat, hanya hajat nk singgah jenguk mak, tak berhajat untuk jamah kerana risau badan akan panas di malam hari, tapi akhirnya kalah juga bila syafiq tolong kupas buah hehe.

Tiap kali balik kampung, atau mak balik kampung, buah kedondong dah jadi antara buah yang mesti di bawa balik ke kl. saya mmg gemarkan buah kedondong yang memang sedap.. rasanya kelat-kelat masam tapi tak lah masam sangat. Saya memang sukakan buah-buahan masam sejak kecil lagi. Jadi buah seto (ataupun 'sentul') memang antara buah kegemaran yg saya tak akan lepas kan tiap kali balik kampung hehehe... :-) sesi makan durian sy tergendala sebentar kerana makan sampai 2 biji buah seto tu.. masam tapi sedap! hehe.. siap tapau bawak balik umah lagi. kepada pembaca yang baru nk mengenali dua buah ni, inilah dia gambarnya..

buah kedondong (hijau) dan buah sentul (kuning)


0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates