antara hikmah dan anugerah....
salam.. pagi ni seperti yang dijangka semua, road block berlaku lagi.. syukur alhamdulillah selama beberapa hari rancangan aina untuk enjakkan masa keluar rumah lebih awal dan tiba di pejabat lbh awal menjadi... kadang2 kita kena sebarkan kepada orang-orang tentang rancangan dan matlamat kita, itu semua utk disiplinkan kita supaya rancangan yg difikirkan menjadi, bagi aina ada benarnya pandangan tersebut namun lain pula dgn aina... jika diberitahu sukar pulak nak menjadi.. permulaan tu yang susah, tapi bila dh biasa insyaAllah... senanglah jadinya. betul tak?semalam badan rasa tak berapa sihat, hajat di hati nak berpuasa sunat terpaksa aina tangguhkan, rasa nak ke pejabat pun tak berapa larat, tapi masih lagi bole bangun, jadi aina bangun, bersihkan diri dan sebagainya. cik dayah yang memang dah biasa dengan lagaknya yang sukakan surprise dan menyeprisekan orang ni tiba2 muncul bertanya tentang sarapan pagi. terima kasih, skrg dayah dah jadi mcm keluarga aina, bila masak je bahagikan dua bahagian, katanya "nasi goreng ni satu pedas, satu lagi tak pedas utk kak aina" hehe... dalam hati syukur alhamdulillah.. satu lagi anugerah kasih-sayang seorang kawan aina dapat daripadaNya...
kerana masih berteka teki dengan road block, aina terus saja siapkan diri... tiba2 dayah bersuara... "kak aina, ada something ni dayah nk bg, kak su bagi...", "ni haaa.. wajik" alhamdulillah syukur sekali lagi, mmg wajik antara makanan kegemaran aina, tersenyum lebar juga dibuatnya, sikit sebanyak beri semangat utk pergi kerja hehehe... apa yang aina kagum satu lagi nikmah Allah aina rasa pagi ni, sebenarnya tak pernah jumpa empunya diri bernama 'kak su' itu, rakan sepejabat cik dayah dan pn wardah, tp entahlah apa yang diceritakan oleh diorg ni sampaikan kak su ingat kat aina hehe.. apapun terima kasih banyak2, semoga jalinan ukhuwah ni terjalin selamanya :-)
teruskan cite... sambil memandu dalam kereta tadi ada dua perkara berlegar di fikiran, cuma aina nak kongsikan salah satu perkara dengan pembaca semua. ramai rakan dan akhir-akhir ni cik dayah kerap kali menyebut tentang "....... apa yang kita tak nak selalu Allah beri, kan kak aina... selama ni kita selalu takut kalau jadi itu, jadi ini kat diri kita, takut kita tak mampu hadapi, risau tak mampu nak hidup lagi tapi bila Allah beri boleh pulak kita lalui, kan?...... "
benarlah kata cik dayah dan rakan-rakan aina tu, aina mengakuinya dan percaya rakan-rakan pun mengakuinya. situasi sll berlaku bila kita tgk orang sekeliling yang hidup susah, dibelenggu dengan masalah, sama jugalah dalam drama tv / filem, mulalah terfikir di hati, "ya Allah... beratnya ujian yang diorg lalui... adakah aku mampu jika aku ditempat meraka..." itu antara ungkapan yg sering terlintas di fikiran kita. ada juga yg awal2 lagi dah set kat mind tak nak jadi miskin, tak nk jadi itu, tak boleh terima itu dan ini.
namun bila kesusahan itu hadir dalam hidup kita, barulah kita tahu bagaimana sshnya mereka yg dilanda ujian / masalah... bagaimana masalah yang melanda boleh memberi impak besar dalam pembentukan sahsiah seseorang, samada semakin positif, ataupun semakin negatif.
pendapat aina pula semua ini adalah lumrah alam... ada masa kita akan berada di bawah, ada masa kita akan berada di atas. hidup yang sukar dan sering dilanda masalah sebenarnya banyak membantu kita menjadi lebih matang dan tenang. hadapi segala masalah dengan hati yang tenang dan redha... kata-kata sahabat sy, pn wardah memberi makna yg besar dalam hidup aina... "percaya dan yakin dengan Allah" sukar untuk diimplemen tapi alhamdulillah lama kelamaan ia dah sebati dalam diri aina...
air mata... gunakanlah ia untuk melepaskan segala perasaan dan tekanan, tapi tidaklah perlu keterlaluan menangis kerana boleh memudaratkan diri... alirlah air mata sewaktu memohon kepada-Nya, insyaAllah hati akan tenang hadapi... percaya atau tidak, satu keajaiban akan berlaku di mana kita sendiri tidak percaya boleh melalui segala masalah dengan hati dan semangat yang kuat.
percaya akan adanya hikmah di sebalik kejadian.. ujian dan masalah yang melanda adalah satu anugerah Allah kepada umat-Nya.. bagi sesiapa yang memikirkan dari sudut positif tentu percaya dgn kata-kata aina.. percaya bahawa ada orang yang lebih teruk ujian dan masalah berbanding kita. syukurlah kerana dalam menghadapi situasi yang tertekan ada anugerah2 lain yang ada disekeliling kita. tanpa kita sedar kita akan mengenali siapa yang betul2 menjadi kawan dan pembantu dan siapa pula yang akan hilang dan menjadi lawan. suami, ibu bapa, keluarga, rakan, hatta haiwan kesayangan adalah anugerah untuk kita.. betul tak?
jadi untuk aina dan rakan pembaca, terima dan hadapilah segala ujian dan cabaran yang hadir dengan hati yang tenang dan redha... ingat dan peganglah pepatah 'percaya dan yakin dengan Allah'... insyaAllah... kita akan jadi lebih kuat dan tabah untuk menghadapinya.... tidak aina nafikan, masalah2 yang melanda diri aina dari kecil hingga kini menjadikan aina lebih yakin dengan cinta Yang Maha Esa... kerana hanya Dialah yang Maha Mengetahui segala2nya... aminn...
note : percaya, redha dan syukur atas segala-galanya... alhamdulillah :-)
0 komen blog nie:
Post a Comment