Featured

Sunday, July 17, 2011

Insyirah dan buah kurma..

kurma oh kurma..

Hari rabu lepas insyirah peristiwa tak diduga ayah ummi terjadi lagi.
Insyirah sembelit.
Petang hari waktu ummi pulang dari kerja, opah cerita insyirah makan buah kurma bnyk... ummi diam hanya berdoa semoga perut insyirah boleh menerima buah makanan kesukaan nabi itu.
Sebab sebelum ni dah berlaku banyak kali, jus kurma, susu mengandungi kurma, makan kurma, insyirah sembelit berkejar ke klinik jam 2 pagi.

Rupa-rupanya perut insyirah masih tak dapat menerima.
Ianya berlaku jam 10 malam insyirah mula mengerang tanda hendak membuang air besar, tapi tidak seperti hari2 sebelum ini. Dah lama insyirah tak mengerang 'kesakitan' begini. Tiada seketul mahupun bau di punggung insyirah.. setelah ummi letak ubat dan urut sikit perut, insyirah tertido.. jam 12 malam tersedar lagi, insyirah menangis, bile diberi susu ibu insyirah menolak.. tp tertido lagi, mungkin insyirah kepenatan..

Namun jam 1.30 pagi, insyirah dah tak mampu menahan sakit, terguling-guling atas tilam.. ummi cuba urut perut, tapi tak berhasil. Akhirnya ayah dan ummi buat keputusan bawa insyirah ke klinik lagi..

Insyirah memang telah ada rekod di klinik Az-zahrah, jadi jika ada kecemasan, ayah dah ummi suka ke situ saja. Bertemu dengan Dr. Norlee, beliau beri 3 jenis ubat : ubat angin, ubat lembutkan najis dan ubat permudahkan buang air. Syukur bertemu dengan Dr. Norlee, kalau doktor lain, alamatnya kena inject dan paksa buang lagilah gamaknye!

Setelah beberapa peristiwa yang berlaku, ayah dan ummi buat kesimpulan perut insyirah alah dengan kurma.. alhamdulillah insyirah suka makan madu dan kismis, jadi adalah pengganti makanan kesukaan nabi...

Nota Ummi : kepada ibu bapa di luar sana, sekiranya anak mengalami sembelit, elakkan sama sekali untuk mengguna ubat injection air (melalui dubur bayi), kerana tindakan itu akan memberi signal kepada otak untuk memaksa dubur mengembang dan menolak najis keluar. kesan yang diberitahu oleh Dr. Norlee telah ada pesakit yang mengalami usus pecah akibat tindakan itu. kami sangat terkejut dengan penerangan Dr. Norlee, alhamdulillah tiada apa berlaku pada insyirah.. kan bagus kalau para doktor mengimplemen ilmu yang ada di dada tanpa mengambil jalan pintas agar 'penyakit itu dapat diubati secepat mungkin'...

Tuesday, July 12, 2011

Membina diri melalui penyusuan susu ibu?

Cantik tajuk di atas. Nak mengulasnya tak tau dari mana. Rasa nak diluahkan semuanya.
Sejak entry aina yang lepas berkait dengan 2 tahun penyusuan, ramai pulak yang bertanya;
"kenapa tak masukkan entry tentang perjalanan susu ibu macam blogger2 lain?"
"tak sangka aina menyusu badan, sbb entrynya jarang-jarang"

Owh.. soalan yang tak disangka. permulaannya saya ingin buat blog ini sebagai diari saya. ceritakan apa saja pengalaman untuk dikongsi bersama. namun situasi membataskan. ada yang tidak setuju, ada yang tidak suka. namun bila saya baca entry farah farhan dan suraya, saya tau sepatutnya saya tidak perlu risau tentang penyakit2 manusia, sebaliknya teruskan bercerita pengalaman2 berharga dalam hidup melalui blog ini, mana tau boleh dijadikan panduan di sebalik tatapan itu :)

Tak pe lah kawan-kawan dan sahabat.. ade rezki satu masa nanti saya akan masukkan entry tentang penyusuan susu ibu, dan apa juga proses pengalaman yang dilalui dalam kehidupan ni ye.. kalau tak berkenan dihati, bolehlah tidak singgah di blog ini lagi..

Oklah berbalik pada tajuk di atas, saya terangkan sikit sebanyak kaitan pembinaan diri dengan penyusuan susu ibu.

Sebenarnya, penyusuan susu ibu itu adalah satu proses nikmat yang Allah beri kepada seorang wanita bergelar ibu, sebagai satu cara 'mendidik' bayi susulan daripada kehidupan bayi itu di dalam rahim ibu.

Jadi, segala tingkah laku, tutur bicara, dan apa yang ada dalam minda dan hati si ibu akan diserap secara terus oleh si anak yang disusui.

Sebab itulah, kata seorang sahabat nabi, pembinaan sebuah anak itu, bermula sebelum berlangsungnya sebuah perkahwinan lagi. Proses mencari isteri, dan melayari rumahtangga, akan mempengaruhi anak yang akan dikandung, dilahirkan dan dibersarkan. Corak sebuah keluarga banyak ditentukan oleh bakal isteri yang dikahwini. Jika baik budinya, tinggi ilmunya, tidak jemu belajar ke arah kebaikan, insyaAllah, benih yang dikandung akan menjadi anak yang baik dan solehah.

Saya yakin, inilah jawapan kepada persoalan bagaimana rosaknya anak-anak zaman sekarang, sepertimana yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Besarnya tanggungjawab seorang bakal suami untuk mencari isteri yang solehah lantas membentuk keluarga.

Saya dan suami masih lagi belajar, baru dalam dunia kekeluargaan, semoga Allah merahmati dan memudahkan perjalanan kami membentuk keluarga sakinah..

Penyusuan susu ibu itu indah, dari dalam perut lagi sudah sama-sama berjanji dengan anak yang dikandung, sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu..

Apa yang saya ajar dan lakukan sewaktu anak dalam perut, begitu jugalah semasa penyusuan susu ibu berlangsung; kerana badan saya sepanjang masa 24 jam sehari akan merembeskan hormon prolaktin yang akan membentuk susu ibu;
- menjaga kelima-lima deria sedaya yang boleh, supaya tidak tersalah laku atau dengar
- mendengar kalimah-kalimah zikir yang indah, kini saya seronok insyirah sudah pandai berzikir ikut alunan yang didengar..
- menjaga emosi dan hati, kerana kedua-duanya amat penting dalam penghasilan susu ibu, juga dalam pembentukan emosi dan hati anak.

Penyusuan susu ibu berlaku secara langsung, apa yang dibuat oleh ibu, itulah juga yang akan dilakukan oleh si anak. apa yang difikirkan oleh ibu, itulah juga yang akan difikirkan oleh si anak. dan apa saja yang didengar oleh si ibu, itulah juga yang akan didengar oleh si anak.

Sesungguhnya, setiap titis susu ibu itu, mengandungi seribu satu didikan untuk si anak..

Anda yang mengalami dan merasainya, anda tentu tahu, begitu juga saya :)

Alhamdulillah.. saya bersyukur dengan prestasi sifat kendiri insyirah.. :)


Salam,

Wednesday, July 06, 2011

Sayur-kulat masak lemak cili api

Saya sangat suka makan masak lemak cili api. Tapi bukan kuahnya, isinya saja. Sebab pedas. Kalau tak pedas, tak sedap pula. hihi.

Minggu lepas pergi pasar tani, beli sayur pucuk rm1 seikat, puas hati dapat makan 2 kali (termasuk bawak bekal hari ni hehe)

Buat entry hari ni, mana tau boleh dijadikan rujukan anak-anak nanti..

Bahan-bahan:
*1 cm kunyit
*1 ulas bawang putih
*1 ulas bawang merah besar (kalau kecil 2,3 ulas)
*2 tangkai cili besar
*10 tangkai cili api
serai - diketuk
asam keping
air
santan
garam

Cara-caranya:
Kisar atau tumbuk bahan-bahan bertanda *.
Panaskan periuk, jerang atas api.
Biarkan menggelegak, tambah sikit ari lagi kalau boleh hingga 2,3 kali menggelegak, masukkan serai, asam keping, garam secukup rasa.
Masukkan sayur dan kulat.
Masukkan pati santan 1 senduk.
Boleh dihidangkan bersama nasi panas-panas dengan ikan goreng, atau ikan pekasam goreng, sedap :)


Salam,

Monday, July 04, 2011

Semoga Allah Sentiasa Merahmatimu Annur Insyirah..


Hari ni genap anak ummi 2 tahun nak, jam 3.37 petang yang lalu insyirah telah dilahirkan..
Ummi bahagia, ayah gembira..
Nenek dan tok ayah gembira dapat cucu sulung..
Auntie2 pakcik2 sume gembira dengan kehadiran anak saudara pertama..

Ummi masih ingat lagi, waktu insyirah nak dilahirkan..
3 hari awal, hari yang tak disangka-sangka. Kelam kabut semua orang, semua urusan terpaksa ditangguhkan..

insyirah di usia 2 tahun

Kini anak ummi dah besar nak, dah pandai bnyk perkara, yang terkini insyirah sudah pandai cerita perkara-perkara rahsia pada ummi.. ummi sangat2 suka.. ummi tau insyirah suka jadikan ummi sebagai sahabat, dan ummi akan jadi pendengar setia insyirah sampai bila-bila..

Entry tentang perjalanan penyusuan susu ibu ummi insyirah boleh lihat di sini.
Harus ummi gembira dapat khatam susukan insyirah selama 2 tahun, walaupun hanya kelas kedua.
Insyirah tau tak, susu ibu merapatkan kita berdua..
Bile nak pergi kerja, ummi pastikan insyirah menyusu dulu sambil tunggu enjin kereta panas..
Ummi suka, sejauh mana pun insyirah pergi, insyirah akan kembali cari ummi, bile rasa rindu dan dahaga..
Insyirah bnyk belajar tentang erti hidup semasa menyusu dengan ummi.
Ummi sangat suka lagak mengada2 insyirah bila menyusu.
Sungguh, ummi rasa 'kehilangan' bila dah mula tak bawa pam susu ke pejabat..
insyirah dah ayah di taman

Malam ni, ayah akan bawa kita ke Muzdalfa Fried Chicken Bangi, sempena hari lahir insyirah..
Ummi dan ayah sangat2 sayang insyirah..
Membesar lah anak ummi dengan penuh kasih sayang, disiplin agama dan kekuatan peribadi ye nak..

PhD penyusuan susu ibu di genggaman!


Entry hari ini panjang lebar, ekspresi dua tahun telah melahirkan Insyirah :)
Tarikh keramat 4 Julai 2011, jam 3.37 petang..
Dihari dan waktu inilah, anak saya hadir di dunia.. menyinari hidup kami suami isteri.
Dan kini alhamdulillah, di tarikh dan waktu inilah juga, insyirah genap berusia dua tahun..

Beerti, genaplah sudah sesi penyusuan susu ibu ummi untuk insyirah selama 2 tahun,
dapatlah PhD di genggaman..
Walaupun hanya 'kelas kedua', ummi tetap bersyukur, tetap rasa bangga dengan pencapaian ini.
Tiada sijil, tiada cop mohor, kerana buktinya anak kami Annur Insyirah ada dihadapan kami.

Kenapa PhD ini penting pada aina? inilah sebab-sebabnya..
- ada hikmah di sebalik tuntutan kepada si bapa dalam menunaikan perintah agama, supaya menyediakan susu ibu untuk anaknya sehingga sekurang-kurangnya dua tahun, jika isteri (ibu kepada anaknya) tidak mampu, maka suami (bapa kepada anaknya) perlu mencari ibu susuan untuk melengkapi keperluan anaknya.
- ada jawapan di sebalik pertanyaan ramai pihak "bagaimana aina dan nizal didik insyirah hingga disiplin, baik dan pandai bawa diri begini?"
- ada rahsia di sebalik sesi penyusuan susu ibu berlangsung; di mana proses bimbingan dan pengajaran itu diajar dari mata ke hati, oleh ibu yang menyusukan kepada anaknya yang disusukan..
- ada tersirat seribu satu kesihatan mental dan fizikal yang bakal diperoleh si anak yang disusukan ibunya, bekalan pada hari2nya yang mendatang..
- ada keistimewaan tertentu yang tidak akan diperoleh dalam hubungan2 lain..

Saya bersyukur.. walaupun pendedahan tentang penyusuan susu ibu itu agak lambat (hanya pada usia kandungan 7 bulan) kepada ibu yang mengandung seperti saya pada ketika itu, namun saya tahu tiada istilah 'terlambat' dalam proses ini, saya boleh menyusukan hingga hari ini.

Terima kasih kepada sahabat saya, pn wardah kerana telah memperkenalkan istilah 'bf' yang disangka boyfriend pada awalnya..
Terima kasih juga kepada kak hazarina, kerana membekalkan saya keperluan2 menyusu ibu, dan hadiah buku penyusuan susu ibu bekerjaya pada saya..
Terima kasih kepada emak saya kerana cuba untuk memahami penyusuan susu ibu..
Terima kasih tak terhingga kepada abang kerana mengemaskan beg pam susu setiap pagi sebelum saya pergi kerja..

Saya tau, bagi mereka yang telah diterima kasih, hal itu kecil.. tp bagi saya besar ertinya..

Banyak yang saya belajar tentang breastfeed ini.. dan dihati saya selalu berkata.. "Kalaulah..
- ada kursus tentang persediaan menimang cahaya mata yang diWAJIBkan kepada semua bakal suami dan isteri..
- ada kursus penyusuan susu ibu yang diWAJIBkan kepada semua bakal ibu dan bapa.. sesungguhnya semua perkara perlukan ilmu untuk didamba dan dipraktikkan, bukan akademik semata2..
- pendedahan tentang kebaikan susu ibu dapat disebarluaskan dalam semua media cetak dan elektronik di seluruh dunia..
- semua ibu tahu mereka boleh menyusukan anaknya tanpa ada sebab yang membataskan,
- semua orang dapat memahami betapa penyusuan susu ibu itu adalah terlalu indah dan istimewa.."

penyusuan susu ibu itu mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka..
memerlukan pengorbanan dan komitmen yang besar dari seorang ibu dan bapa semata-mata untuk anaknya.. dan saya berjaya melaluinya.. alhamdulillah..

kerana.. saya pernah diperli, saya pernah dimaki, saya pernah dikata, saya pernah dihina.. saya pernah rasa sedih, saya pernah rasa kecewa, saya pernah rasa terganggu, saya pernah dihantui rasa bersalah, saya pernah rasa macam2 gangguan daripada mereka yang tidak terdedah dan cetek tentang ilmu breastfeeding..

namun.. saya tidak pernah mengalah, saya tidak rasa down, saya belajar jadi positif, saya belajar bina keyakinan diri, saya mantapkan dan gali dan terus menyebarluaskan ilmu tentang breastfeeding yang saya ada semampu yang boleh.. dalam masa yang sama insyirah dapat menikmati kelazatan dan nikmat susu ibu itu..

kepada mereka yang berkata2 itu, terima kasih tidak terhingga, kerana kata-kata itu membuatkan saya terus berazam untuk menyebarluaskan tentang kebaikan susu ibu, hasrat saya supaya ibu2 bekerjaya terus mengepam di pejabat tercapai, dan saya dapat terus bekalkan anak saya dengan susu ibu hasil perahan di pejabat tercapai, alhamdulillah :)

kepada mereka yang masih ragu2 tentang kebaikan susu ibu, yang ada sebaLinkrang permasalahan dan soalan yang tak terjawab, boleh hubungi saya untuk dibantu sedaya yang boleh.. saya cuba berdasarkan pengalaman yang telah dilalui, kerna sijil tauliah belum sempat lagi diperoleh hihi :)

dan... saya akan teruskan sesi penyusuan susu ibu kepada Insyirah sehinggalah beliau sendiri menolak secara semulajadi.. insyaAllah.. :)

Salam,

Tuesday, June 21, 2011

Buah hati berbaju kurung..

Buah hati ummi ni dah berumur 1 tahun 11 bulan 2 minggu dan 3 hari hihi..
Maknanya lagi 2 minggu lebih akan menjelang 2 tahun..
Dan maknanya ummi akan dapat PhD kelas kedua untuk breastfeeding hehe..
Ummi bersyukur .. berjaya juga walaupun bercampur-campur perasaan etc sepanjang proses bf insyirah :)
Comel anak ummi berbaju kurung..
Eh.. nenek kata "manis cucu nenek"
Hehe.. apa2 sajalah.. asalkan yang baik2 sume untuk anak ummi sorang nie :)
Insyirah di hari perkahwinan cik da..
Waktu kenduri umah tok ayah dan nenek saja insyirah selalu menyepi dari khalayak umum
Dah dapat pengasuh yang baik, camne tak tido saja dan menyelinap di mana-mana, kan syg? hehehe
Nampaknya sapa2 yang nak jumpa insyirah di kenduri umah tok ayah dan nenek kenalah datang awal pagi atau lewat petang :)
Anak ummi yang sentiasa ceria
Meragam susah sekali.. senang untuk mendengar kata..
Sangat memahami situasi.. bagai insan yang telah berumur fikirannya
Keletahnya yang sentiasa buat ummi rindui.. :-)
Minggu depan, ummi kena pergi kerja luar..
Ayah tak boleh ambil cuti, ummi pun berkira-kira tak mau pergi..
Gara-gara tak mau berpisah dengan cinta hati ummi ni :)

Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Bapa..

Entry tentang hari bapa tahun lepas saya tulis di sini
Tahun ni saya konpius, bila lah sebenarnya hari bapa, ade org kata 11 jun, tp tak kisahlah bile2 asalkan kita hargai kewujudan hari bapa dan bapa2 di dunia ni :)

Bapa atau ayah kepada anak kami, abang..

Syukur alhamdulillah kerana saya dikelilingi oleh insan lelaki bergelar ayah yang sememangnya sempurna di mata saya.. ayah saya, suami saya, dan ayah mertua saya.. tak lupa juga kedua-dua tok ayah saya, dan juga ayah-ayah saudara saya.

Semuanya mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang kepada insan bergelar wanita di sekeliling mereka termasuk diri saya.. :-)

Ayah.. u're everything..

Ayah saya, lelaki yg aina paling sayang, walaupun jarang-jarang aina tunjukkan kasih seorang anak itu.. tapi kalau tiada ayah, rasanya hidup aina akan terumbang ambing..

Dia ada di sisi saya saat saya sedih,
Dia ada di sisi saya saat saya gembira,
Dia suka buat lawak yang 'tak betul' semata-mata untuk tambat hati orang-orang di sekelilingnya.
Dia tegas, tapi penuh kasih sayang.
Marahnya kerana agama, tegasnya kerana ingin kesempurnaan akhlak.

orang kata aina ni fotostat ayah.. hehe

Ayah tak pernah kongkong kami, walaupun orang-orang disekeliling berkata begitu.
Pernah suatu hari aina menampar pipi seorang rakan, kerana tidak tahan dengar dikata "dikongkong macam dalam penjara"
Tapi, kalau ayah tak sedetail itu.. tentu anaknya dah 'jauh' entah di mana..
Tentu anaknya tidak berjaya berdiri sepertimana sekarang..
Tentu anaknya tidak menjadi kebanggaan dirinya dan orang lain seperti sekarang..

Hakikatnya, dia telah beri pengajaran dan pelajaran yang penuh,
Tanpa ayah, tiadalah orang yang sanggup tiap minggu datang ke asrama melawat anaknya..
Membelikan barang-barang tanpa mengira poket ada wang atau tidak..
Membawakan makanan untuk anak-anaknya..
Dan bersedia untuk mengajar kami yang perlukan cikgu untuk mengajar math dan sains..
Dan.. tiadalah orang yang akan datang setiap hari membawa makanan dan menjenguk anaknya dikala aina cirit birit dalam tempoh peperiksaan..

Di hari perkahwinan, ayah menahan esak, ku tahu besar dan dalam perasaannya
Menyerahkan aku kepada lelaki lain..
Namun pesanannya yang satu "Jaga aurat, pakai tudung bila dengan bukan mahram biar orang lain tidak pakai" akan ku ingat sampai bila2.. ku tahu ayah bangga kerana anak-anaknya menjaga syariat yang satu itu..

Owh ayah..
Aina dan buah hati Insyirah, suami aina :)

Ayah kepada anak-anak kami suami isteri bernama Mohd Hanizal :)
Ditakdirkan menjadi isterinya merangkap ummi kepada anak-anaknya membuatkan saya gembira, tenang dan bahagia..
Dia sentiasa ada bila ummi dan anak-anak memerlukannya :)
Saya tau, takdir menemukan kami kerana dia mencintai saya dan anak-anak kami..
Saya tau, kasih sayangnya sebagai bapa anak-anak kami menguatkan cinta saya terhadap nya.. :)
Terima kasih abang kerana menjadi ayah kepada anak-anak kita :)


Nota ummi : Doakan semoga ayah mertua saya, kembali sihat.. tak sampai hati melihat orang tua yang tak pernah sakit terlantar di rumah tak mampu berbuat apa walaupun bermain melayan karenah cucunya..

Salam sayang,

Thursday, June 02, 2011

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu

Tenang hati melihat anak disusu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...

Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak.. antaranya:-

1. KEBANYAKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lebih daripada cukup susu. Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.

2. TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak mendapat susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran, payudara anda tidak mengeluarkan susu yg banyak, yang hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yang pekat. Bekalan susu yang diterima di dalam perut ibu sebelum keluar adalah cukup untuk bayi selama 3 hingga 4 hari. Itulah sebab mengapa bayi yang dibuang / ditinggalkan masih boleh bertahan hidup walaupun memakan hari. Rengekan bayi hanyalah kerana peralihan daripada dunia gelap sempit perut ibu kepada dunia luar yang luas, mereka perlukan sokongan kasih sayang yang disalukan melalui tali pusat di dalam perut ibu dan susu ibu di dunia luar.

3. BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DISETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun, perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'. Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara, dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur, serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara, maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.

4. BAYI YANG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susu ibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi yang cukup untuk menampung keperluan bayi. Bayi tidak perlu meminum atau memakan apa-apa selain susu ibu selagi umurnya tidak mencecah 6 bulan.

5. BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin D ketika dalam kandungan)

6. IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Minyak pada puting susu ibu dijadikan perlindungan antibakteria semulajadi. Membasuh puting sebelum menyusukan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan daripada puting.

7. MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Tidak. Berapa banyak susu yang boleh dipam bergantung kepada banyak faktor paras tekanan si ibu. Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yg dipam oleh ibu. Ini kerana lidah bayi mengandungi pemangkin semulajadi untuk memberi signal kepada otak ibu bagi menghasilkan hormon prolaktin yang membantu menghasilkan susu ibu.

8. WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu, penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil kerana puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab utk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.

9. JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH ATAU TIDAK BERAK, IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara.. tetapi teruskan penyusuan. Adalah normal bagi bayi bawah 6 bulan yang tidak berak berhari-hari kerana tubuh bayi telah menyerap segala kandungan vitamin dan air dalam susu ibu. Ibu hanya perlu memantau suhu badan dan perilaku anak sekiranya ada apa-apa perubahan. Pastikan berjumpa dengan doktor yang menyokong penyusuan susu ibu untuk pemantauan. Teruskan penyusuan seperti biasa.

10. LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dengan betul. Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yang teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu. Contoh paling senang ketika hendak bermastautin dan keluar berjalan-jalan, ketika di rumah pengasuh atau nurseri berlaku insiden tertukar susu, dan sewaktu bayi bangun malam untuk menyusu.

Nota Ummi : Sebagai ummi rasa berbangga sebab sekarang dah ada iklan tentang kebaikan penyusuan susu ibu kat televisyen.. sepatutnya perkara ni dah lama diwarwarkan di media supaya timbul kesedaran dalam diri masyarakat dan ibu-ibu terutamanya, berharap agar mereka yang bakal menimang bayi akan ada kesedaran tentang kewajiban ini.. dan kepada ibu yang telah hentikan penyusuan, tiada istilah TERLAMBAT dalam penyusuan susu ibu, percayalah pada diri sendiri ok! Rujuk senarai hospital rakan bayi di sini

Salam,

Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Guru :)

Cikgu Mohd Hanizal, kebanggaanku.. :)

Pulang dari tempat kerja ptg semalam dengan hati yang lapang setelah dibuai rasa ralat yang tidak terjangkau dek fikiran kerana dizalimi seseorang menimbulkan rasa nyaman dan dapat senyum dengan hilai tawa insyirah dan disambut dengan 2 beg besar hadiah yang abang dapat.. sempena sambutan hari guru di peringkat sekolahnya.

Tak sempat ambil gambar hadiah2 yang abang dapat, macam2 ada.. ada kad sayang menyayang, perfume, tuala, barang2 perhiasan, paling best dapat kat isterinya ni, periuk stainless steel... tiap2 tahun isterinya la yang beriya2 tunggu dan buat operasi kemaskan hadiah2 yang abang dapat. berangan2 nak beli almari khas untuk simpan hadiah2 dan kad2 yang abang dapat khusus untuk kenangan abang dan anak2 cucu nanti..

Kerjaya guru memang mulia.. bagi aina rugilah siapa yang hanya meletakkan kerjaya guru hanya sebagai sandaran untuk mencari rezki tanpa memahami simbolik dan nikmat kerjaya itu. Betapa besar pengorbanan mereka, hinggakan sampai mati pun tetap dipanggil guru.

Oklah.. ucapan khas hari guru untuk tahun ni...
"Selamat hari guru untuk abang Cikgu Mohd Hanizal, untuk mak ayah guru sepanjang hayat dunia akhirat, untuk semua yang bergelar guru, untuk guru2 yang mengajarku hingga jadi insan berilmu.. terima kasih.. jasamu tak mampu ku bayar dan terlalu tinggi nilainya... semoga diriku dapat jadi guru terbaik untuk anakku insyaAllah :)"

Owh lupa satu lagi yang ingin dikongsi. Alhamdulillah berkat doa semua akhirnya aina dapat keputusan cemerlang dalam exam yang lepas.. terima kasih buat abang kerana sudi bersusah payah menjaga insyirah dan uruskan rumahtangga sepanjang aina belajar, terasa syukur dan berbaloi atas penat lelah selama ini. Masih lagi belum layak untuk konvo, terlepas tarikh permohonan untuk konvo untuk sem lepas, kenalah tunggu bukaan permohonan seterusnya. Yang pasti, aina akan rindu masa2 aina di kampus UTM, dan masa2 aina tertekan dengan cabaran belajar.. itu semua abadi dalam kenangan :) InsyaAllah, jika ada kelapangan dan keizinanNya, dapatlah sambung lagi :)

Nota Ummi : Redhalah dengan segala cabaran yang Allah beri melalui makhluknya bernama manusia, kerana di situ ada rahmatNya, ada kasih sayangnya yang tak terbelah bahagi, bersyukurlah dengan segala nikmat yang masih ada daripadaNya, maka kita akan tenang dan menghadapi semua rintangan dengan hati yang kuat dan tindakan positif, InsyaAllah..

Salam,

Thursday, May 19, 2011

Pendidikan diri dan keluarga

Ihsan imej dari : Google

Alhamdulillah, ada pendekatan terbaru dalam perkongsian ilmu di pejabat, setiap pagi hari Jumaat, dimulakan dengan sesi kuliah jumaat oleh rakan setugas. Setelah itu dikongsikan melalui email rancangan-rancangan yang boleh diikuti di media sebagai didikan yang boleh diambil sebagai perkongsian ilmu untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Pernah dengar kata pujangga, kalau kita nak tau sifat dan keperibadian seseorang, lihatlah apa yang dia baca, lihat dan dengar..

Ada juga orang bertanya pada aina, apa slot yang best untuk dikongsi untuk cari ilmu kendiri, motivasi dan keibubapaan, jadi aina senaraikan di sini ye.. alhamdulillah setakat ni tak pernah ketinggalan, kalau ketinggalan akan cuba sedaya upaya untuk cari kembali di internet.. harap boleh dijadikan perkongsian dan diamalkan oleh kita bersama ye :)

Media : Radio Ikim.fm

Segmen : Motivasi Pagi
Waktu : Setiap hari jam 7.30 pagi

Segmen : Destinasi,
Waktu : Setiap hari, jam 5.15-6 ptg
- Isnin : Keluarga Sakinah, Jemputan : Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba
- Selasa : Mahligai Kasih, Jemputan : Y.Bhg. Prof. Dato' Dr.Zaleha Kamaruddin
- Rabu : Permata Hatiku, Jemputan : Dr Tengku Asmadi
- Khamis : Islam Agamaku, Jemputan : Para saudara-saudara baru
- Jumaat : Dauratul Ta'lim, Jemputan : Y.Bhg. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Segmen : D'dapur
Waktu : Jumaat, 10 pagi
Jemputan : Y.Bhg. Chef Sabbri

Segmen : Islam Itu Indah
Waktu : Selasa, 10 pagi
Jemputan : Y.Bhg. Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Media : Televisyen
TV9
Segmen : Semanis Kurma
Waktu : Khamis, 10 malam
Kelolaan : Y.Bhg. Dato' Siti Bahyah Mahamood

Segmen : Tanyalah Ustazah
Waktu : Jumaat, 10 malam (U)
Kelolaan : Jemputan para ustazah

Segmen : Tanyalah Ustaz
Waktu : Setiap hari, jam 7 pagi
Kelolaan : Jemputan para ustaz

TV3
Segmen : Al-Kuliyyah
Waktu : Setiap Jumaat, jam 5 ptg
Kelolaan : Y.Bhg. Ustaz Fauzi

Astro OASIS
Segmen : Indahnya Iman
Waktu : Setiap hari, jam 7 petang hingga 9 malam

Sebenarnya banyak lagi slot2 rancangan yang best kat media kita, hanya kita yang perlu menapis dan memilih rancangan2 yang elok untuk dijadikan tatapan kita dan keluarga.. Walau mula2 kita rasa berattt jer nak mulakan, cuba saja pasang tak dengar pun tak pe.. lama2 kita akan rasi sendiri ... dan akan dengar dan rasa tak best kalau tertinggal insyaAllah.. :)

Salam,

Wednesday, May 18, 2011

Jalan-Jalan Di Langkawi

13 hingga 16 Mei lepas kita dapat jemputan dari kawan ayah pergi jalan2 ke Langkawi, alhamdulillah.. tinggal ayah kat umah, kita berdua pergi dengan nenek, tok ayah, cik ru, makcik, pok pik dan cik su..

cam biasa, ummi punye kamera sudah rosak, jadi gambar banyak di kamera cik ti dan nenek, ummi tak sempat ambil lagi, ada la skit2 gambar yg diambil guna hp.. bolehlah upload untuk simpan dalam jurnal anak ummi ni. meh tgk gelagat2 anak ummi sorang ni haa..
budak2 lain diam dalam feri, anak ummi pulak bergaya sakan dgn cermin mata cik ti.. hihi
mcm org besar.. :)

sampai di hotel jam 1.30 ptg, waktu lunch, insyirah pulak tertido keletihan atas sofa..
ni gambar hari kedua, ms ni insyirah kat tepi jeti tasik kg kilim, nak naik bot
masa ni pulak kat galeria perdana... tengoklah takdak rupa letih langsung! berkat susu ibu alhamdulillah.. :)
insyirah, nanti kalau ummi dah dapat gambar dari kamera mokcik ngan nenek ummi upload eh..

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu :)

Bila dah ada macam2 komitmen, baca buku sambil memandu pun boleh :)
tapi masa jalan perlahan laa.. :)

Alhamdulillah selamat sudah jalani periksa akhir, semuanya berjalan lancar dan boleh jawab soalan dengan baik walaupun belajar di saat2 akhir, hanya bergantung pada tugasan dan sesi P&P pensyarah 2 minggu sekali. Aina masih fikir kurangnya tenaga dan kelincahan menuntut ilmu berbanding zaman di sekolah rendah dan menengah dulu.. Tapi bila abang kata biasalah, sekarang dah banyak komitmen, baruku berpijak di bumi yang nyata, bahawa diriku bukanlah pelajar sepenuh masa mcm zaman 'kecil2' dulu :)

ummi dan insyirah :)

Minggu lepas rata2 orang menyebut hari ibu. Sedar tak sedar, secara rasminya aina sudah pun 2 tahun 7 bulan menyandang jawatan ummi di dunia ni. Kejap je rasanya insyirah dah meningkat dewasa. Sekarang ayat 'insyirah dah besar tu.. bila dia nak dapat adik lagi?' yang meniti di bibir mereka yang aina jumpa. Dan jawapan rasmi 'tunggu dia 2 tahun insyaAllah' dibalas. InsyaAllah, ada rezki dan diberi kesihatan yang baik, adalah adik untuknya nanti. Bila tu, hanya Allah yang mengetahui :) tentu sekali akan dikhabarkan untuk dikongsi bersama anda :)

Mak ayah dengan cucunda mereka, insyirah

Bila cakap soal ibu, walau hanya 1 patah kata, pasti air mata bergenang, kalau banyak kata yang didengar, tentu manik air mata tu jatuh berjurai di pipi. Ye.. selain suami, mak adalah kelemahan utama aina... terasa betapa besar pengorbanannya dari semua sudut.. mengandung, melahirkan dan membesarkan. Kadang rasa nak diputar kembali masa lalu agar dapat mengganti kembali ruang2 hitam yang singgah dalam kehidupan kami dengan butir2 jernih hubungan suci. Terasa besarnya cabaran yang mesti ditempuh mak sepertimana aina alami sekarang dalam merealisasikan peranan dan amanah Allah dengan title 'ummi' ini..

Terima kasih mak... hanya itu mampu aina ungkapkan..

hadiah untuk diri sendiri, emak dan keluarga, sempena hari ibu :)

Sejak ada 2 orang mak, aina seronok.. mak yang tak pernah lokek kasihnya sebagai ibu, mak mertua pun begitu. Dapat rasa besarnya pengorbanan mak mertua kerana beri peluang aina berkahwin dengan anak yang disayangi. Sungguh, aina pun tak tau dapat ke tak berbuat sepertinya. Sangat memahami dengan situasi, membenarkan anaknya berhijrah duduk bersama isteri di sini.. daerah ini.. sikapnya seperti ibu sendiri tak pernah aina jangka, buat aina tak kekok dengannya. Terima kasih mak-mak... :)
Khas juga ucapan terima kasih untuk abang, kerana sangat memahami dan membantu dalam merealisasi isterimu jadi ummi pada anak kita :) sungguh, tak terungkap rasa terima kasih di atas sikap keperihatinanmu dalam melayan karenah isterimu sejak bergelar ummi hihi :) untuk abang, "terima kasih banyak2 hadiah yang diberi sempena hari ibu ngan birthday syg. i'm really appreciate it :) "

Hasrat dan doa saya, semoga saya akan lebih rajin untuk mencedok dan mencari ilmu tentang keibubapaan agar aina dapat jadi ummi yang terbaik untuk anak2 kami.. besar harapan aina untuk melihat anak-anak kami membesar dengan didikan islamik selari dengan bidang yang mereka ceburi.. dan besar juga harapan aina untuk menjadi yang terbaik di mata anak-anak aina... semoga bila aina dan suami telah tiada nanti, mereka pandai bawa diri, dan jadi khalifah yang dapat memegang dan menjalankan amanah Allah dengan baik... Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Nota ummi : airmata berjurai.. apakah..?

Salam,

Wednesday, May 04, 2011

Sudah meningkat usia..

salah satu kad menawan hati yang diterima..

Baru sahaja pulang dari bercuti di kampung, alhamdulillah selamat sampai walaupun hari lahir disambut dengan seharian hingga malam di atas jalanraya..
2 Mei 2011... tarikh keramat usia meningkat dewasa.. semoga aina pun semakin matang dalam mengharungi hidup yang penuh dugaan dan cabaran ini..
Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi mengingati dan memberi ucapan tahniah dan sebagainya.

Minggu ni paling genting, penat pulang ke kampung masih belum hilang, kepala pula terpaksa dibahagi, memikirkan tentang hal2 semasa.. kerja, dan juga study.. tak sabar rasanya menunggu hari esok, menduduki peperiksaan akhir yang dijadualkan jam 9 pagi di UTM jalan semarak.. doakan agar aina tenang dan dapat jawab soalan dengan baik.. walaupun rasa gundah kerana masih tak sempat untuk ulangkaji..

Alhamdulillah rasa syukur kerana urusan kerja yang penting, dapat kerjasama daripada pihak pengguna supaya projek yang perlu dibentangkan perlu dibentang pada minggu hadapan, lega rasanya semua kerja-kerja programming telah siap..

Huhh.. macam mencurah perasaan... tapi di mana lagi kalau bukan di diari maya ini.. :)

Oklah.. sempena hari lahir aina.. rasa berbesar hati nak berkongsi kegembiraan dengan semua.. maka kami di Butikna dengan rasa rendah hati dan kesyukuran membuka tirai tahun 2011 dengan memberi tawaran hebat sempena hari lahir kami... hari lahir aina 2 mei, hari lahir abang 18 jun, dan hari lahir insyirah 4 julai.. maka tempoh tawaran hebat jualan kami akan dijalankan sepanjang tempoh itu, 2 mei hingga 4 julai 2011.. jemputlah singgah dan beli belah ye..

Dan.. sempena hari ulangtahun kami juga, berbesar hati menjemput rakan taulan pembaca blog ini untuk menjadi reseller produk yang semakin laris, ABM Collagen.. aina masih mengambil masa untuk memasukkan entry tentang testimoni2 hebat pelanggan yang mengambil makanan tambahan ini.. kepada mereka yang mencari produk hebat bagi umur 15 tahun ke atas, bolehlah mencuba produk ini. Dengan penggunaan teknologi stem cell terkini, ekstrak buah2an ini pasti dapat mengubati masalah2 yang dihadapi insyaAllah.. :)

Ceria2 selalu ye.. :)

Salam,

Wednesday, April 27, 2011

Tips bawa anak jalan2

Hadiah sampingan langganan majalah karangkraf
di Pesta Buku tempoh hari


Ada sahabat yang bertanya, "macamana aina bawak anak keluar jalan2?" "susah tak nak menyusu dan uruskan diorg?" "malu la nak bagi susu depan orang" ... dan "budak tu tak meragam ker?"

Mm... memang, awal2 dulu aina agak risau bila nak bawa insyirah jalan2, terutama kalau tak ditemani ayahnya.. dan walaupun berkali2 dan bawa insyirah jalan2 tanpa ayahnya, rasa risau tu masih lagi menebal dalam diri, samalah juga bila nak bawa ke pesta buku tempoh hari..

Tapi alhamdulillah, yakin pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan, segalanya berjalan lancar..

Untuk menjawab soalan2 tu.. sebenarnya tiada apa petua yang aina pakai pun, cuma aina cuba lakukan semua ni bila nak keluar;

- pastikan anak mendapat tidur yang cukup sebelum keluar
- beri anak makan dan susukan dia sebelum keluar
- sebelum melangkah keluar dari rumah, baca ayat "Bismillahillazi La Yadhurru..... ila akhir..." dalam hati berdoa semoga perjalanan melangkah keluar dari rumah kami dilindungi daripada gangguan dan anasir jahat iblis dan syaitan..
- mulakan perjalanan, baca lagi ayat "Bismillahillazi La Yadhurru..... ila akhir..." ulang beberapa kali dan niat dalam hati..
- cuba susukan lagi anak, atau bagi dia makan dan tidurkan dia dalam kereta hingga sampai ke destinasi

tips ibu menyusu : biasanya purata anak hendak menyusu adalah 2jam, jadi susukan dia dalam kereta, gunakan 2 jam tu untuk shopping etc.. cukup 2 jam boleh bagi susu lagi :)

ok, cara untuk menyusu di khalayak ramai;
- sambil2 pakai babywearing pun boleh..
- kalu tak pakai apa2 just cari tempat duduk dan susukanlah anak.. tutup dengan tudung, pastikan bayi dapat pengudaraan yang baik
- boleh gunakan bilik menyusu bagi tempat2 yang sediakan bilik / ruang tersebut
- gunakan saja surau :)

semoga dapat membantu :)

Salam,

Monday, April 25, 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, setelah hampir 6-7 thn tak dapat pergi ke pesta buku, dapat juga pergi tahun ni, sementara menanti hari menjelang, rasa excited tak sabar menunggu siap buat list buku2 yang nak dibeli. Kali terakhir pergi ke pesta buku bersama-sama mak ayah dan adik2 satu keluarga, hampir seharian di sana.. tiap kali pergi dengan mak ayah, lepas dah habis menjenguk dan membeli apa yang patut, pasti kami akan dibawa ke Taman Tasik Perdana untuk makan2 dan bermain di sana.

Sekarang dah besar, mak ayah tak dapat pergi, abang pun tak dapat pergi kerana bekerja, jadi aina pergi dengan insyirah dan bawa adik bersama. Alhamdulillah seawal jam 9.30 pagi kami dah sampai, dapatlah park kereta betul2 tepi tangga, cuba beberapa langkah terus dapat masuk ke dewan, kata2 hikmah kata berpagi2an itu pintu rezki, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. Insyirah pergi dengan keadaan berbaju tidur, sampai saja kami mandikan dalam tandas dan bolehlah berjalan dengan rasa lapang kerana pengunjung masih belum ramai.

Tumpuan aina kat booth Galeri Ilmu Sdn Bhd, Telaga Biru Sdn Bhd, dan juga Karangkraf Sdn Bhd.. sangat2 seronok, dapat bertemu penulis (tapi rasa segan langsung tak ambil tandatangan mahupun bergambar rasa rugi pulak! hihi). Oklah kita tgk apa yang ada ye...

Untuk insyirah, aina beli buku2 cerita ni untuk dia.. hajatnya bila insyirah dah cerai susu, nak ajarkan dia tidur sendiri, ayahnya boleh bacakan buku2 cerita ni, peneman sebelum lelapkan mata.. ada 7 buah buku semuanya, terbitan karangkraf..
Koleksi buku untuk insyirah..

Di Telaga Biru, hanya membeli Al-Quran dan terjemahan terbaru, sangat cantik boleh dijadikan hantaran sbb ada banyak warna, tapi tak sempat ambil gambar dah diberi kat adik untuk dijadikan hantaran pertunangannya. Selain langgan majalah solusi (diskaun 20%) dan beli majalah solusi keluaran lalu.
Koleksi buku dan majalah karangkraf..

Di Galeri Ilmu aina beli koleksi buku2 motivasi dan agama, sama juga kat karangkraf beli majalah pa&ma, majalah rasa, dan buku2 motivasi dan agama.. hadiah untuk abang pun ada juga, belikan buku Keluarga Sakinah tulisan Prof Dr Sidek Baba, yang jadi undangan setiap hari Isnin slot Keluarga Sakinah Ikim.fm.. memang best, tapi bukunya tak sempat lagi nak buka.
Koleksi buku agama dan motivasi..

Yang menarik kat karangkraf, dengan setiap langganan (baru atau pembaharuan) akan dapat hadiah setaraf dengan nilai langganan kita. sangat2 best hihi. kami dapat hadiah plastik besar, tak sangka pula, berat mengheret bila nk pulang :) dah smpai rumah sampai hari ni masih tak sempat nak buka hihi :) cuma untuk hadiah2 sampingan kami dapat niee... :)
Sebelum pergi ke sana hati rasa risau nak bawa insyirah tanpa ayahnya, terima kasih ya Allah kerana permudahkan segalanya, insyirah sangat2 ok, tak mengada n tak letih langsung! hihi.. semoga usaha kami untuk jadikan anak kami generasi berilmu dengan menyukai bacaan ilmiah akan terlaksana dan tertitip dalam dirinya insyaAllah... :)

Salam,

Wednesday, April 13, 2011

Teringin nak join..

Tengok pemplet pun dah berkobar2 nak join sama..

Rasa mcm baru je tulis blog, hari ni tengok tarikh rupanya dah dekat seminggu! haih cepatnya masa berlalu.. rasa macam ada saja yang nak ditulis tp tak sempat, hanya menjalar ke blog2 rakan dan sahabat bila ingin rehat seketika lepas memerah idea siapkan kerja. di rumah? mm.. cuba untuk bataskan diri daripada larut dengan kerja, tak sampai hati lihat insyirah main sorang2 membawa diri sementelah ayahnya mengajar anak muridnya..

Dah lama entry Pn. Farah Farhan, kaunselor susu ibu bertauliah aina abaikan. Terima kasih pada sahabat cyber, alin kerana buat entry khas berkaitan perhimpunan Sarakids Grand Open Day. Masa kali pertama wat aritu, teringin rasanya nak pergi, tapi tetiba timbul rasa segan dalam diri sebab rasa kita tak layak, susu yang diperah untuk anak tak sama macam ibu2 lain dan jauh sekali sama dengan Farah.. Kali kedua ni rasa teruja pulak nak join, harap2nya berkesempatan, insyaAllah..

Aturcara majlis..


Sangat banyak perkara menarik yang akan dijalankan, meh baca kat blog farah ni...

Kepada semua dan / akan bergelar ibu /bapa.. jom meriahkan majlis niee.. :)


Nota ummi : teringin nak pakai pam MODU pink comel yg akan dilancarkan, tapi tak pelah rezki untuk pam lain kot.. ;-) tapi tengok function yg ada mmg best.. dan penting warna pinky yg comel tu menambat hati!


Salam,
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates