Sunday, November 20, 2011
Monday, November 07, 2011
Tempoh menyusu dan menceraikan susu ibu
Seronok beraya di kampung, tak ada apa yang nak dibuat jadi saya belek-belek sajalah blog kegemaran.. dah lama nak cari peluang download sesi ilmu Tanyalah Ustaz yang membincangkan secara khusus tajuk Penyusuan Susu Ibu di TV9 selama dua episod, tak berkesempatan..
Bukan apa, masih mencari jawapan yang pasti untuk tempoh maksima menyusukan anak.. dan ramai pulak yang bertanya,.. alhamdulillah dapat jawapan di blog Ustaz Hasrizal,..
jadi,
yang tak kawen atau mengandung lagi tu ambillah ia sebagai ilmu di masa hadapan..dan,
yang dah berkahwin dan menyusukan bolehlah mengambilnya sebagai ilmu dan realisasikannya..
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” [Al-Ahqaaf 46: 15]
Assalam,
Friday, November 04, 2011
Bakal jurutera kah?
Gambar ni diambil pada jamuan makan malam sempena sambutan hari keluarga office nenek di port dickson minggu lepas. Ralitnya insyirah main dan handle kamera mokcik dan ayahcik.. cara pegang bak orang dah besar! hehe.Sejak insyirah dah pandai memegang dan bergerak dalam umur 1 tahun, insyirah sangat2 suka alat elektronik. Awal-awal nya suka pegang remote, tak kisah lah remote control tv ke, radio dalam kereta ke, dan lain2... paling ketara hp... Sedar2 bil telefon melambung dan data hilang! Alamatnye entah bila lah ummi dan ayah dapat rasa pakai hp mahal + cantik niee insyirah...
Ummi dan ayah selalu duk bincang, mungkinkah anak dara kami akan jadi jurutera satu hari nanti? mewarisi bakat yang ada pada keturunan yang ada.. akhirnya kami sepakat, tak kisah insyirah nak bekerja jawatan apa, yang penting biarlah kerjaya professional yang disertai dengan nilai islamik.. kalu insyirah nak jadi jurutera, jadilah seperti tok ayah atau IR. Engineer Ahmad Jais, mantan pengarah ikim.fm... kalu insyirah nak jadi doktor, jadilah seperti Dr Harlina, pakar sakit puan juga sebagai ketua jemaah islam malaysia.. alangkah sejuknya hati ummi dan ayah... apapun yang penting agama, insyaAllah apa pun bidang yang diceburi akan dirahmati Allah.. ingat tu ye nak.. :)
Thursday, November 03, 2011
Salam IdulAdha
Assalam, Kejap je rasanya masa berlalu. Rasa macam baru saja beraya Idulfitri, biarpun idulfitri tahun ni disambut sederhana lantaran kesihatan diri tidak mengizinkan.
Idulfitri yang lalu, ada sejarah yang berlaku. 5 jam perjalanan di atas kereta hanya untuk melepasi jalan yang hanya 15km (mungkin), menjadikan 8 jam setengah di atas jalan daripada Gong Kemuning ke Kampung Padang Gerik.
Hari raya kali ini tak pasti pula perjalanannya bagaimana. Yang pasti setelah hampir 3 tahun berkahwin dan beberapa kali berulang alik beraya kelantan dan gerik, baru rasa difahami. Bukan mak ayah dan famili yang membuat hal, tapi orang di sekeliling! syukur abang punya tahap memahami dan kesabaran yang tinggi, itulah hikmahnya, kita tidak akan ketahui sifat sebenar seseorang hinggalah terjadi sesuatu yang menuntut persefahaman dan keimanan yang mendalam.. terima kasih abang :)
Bagi yang baru menjadi orang baru pantai timur, kelantan khasnya, selamat membina emosi dan kekuatan diri ya.. kerana perlu berhadapan dengan traffic jam dan puluhan kenderaan yang banyak di sepanjang jalan dan setiap hentian.. namun itulah yang menjadikan sambutan hari perayaan itu manis di mata kami anak kelantan :-) maka berhati-hatilah memandu, mulakan dengan kalam Allah, dengarkan nasyid atau saluran ikim.fm atau zikir dan bacaan Al-Quran peneman jalan, insyaAllah perjalanan dirahmati, selamat pergi dan kembali.
Akhir nya utk saat entry ini, Selamat Hari Raya IdulAdha.. marilah kita sama-sama hayati erti pengorbanan sebenar kerana Allah, kerana di sebalik pengorbanan itu, timbal balik nya adalah kebahagiaan utk diri kita, itu janji Allah!
Assalam,
Friday, October 28, 2011
Oh! Puan Aishah Ibrahim!
Pagi ni rajin sedikit, saya buka dan semak email-email yang dah lama bersarang. Email teratas (maknanya yang pertama lah tu..) bertajuk Assalamualaikum. Penghantarnya Puan Aishah Binti Ibrahim. Sangka saya ada kenalan lama yang dapat jumpa saya di fb atau pelanggan baru yang hendak memborong barang di butikna, tapi rupanya tidak. Ini adalah email nya..Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.
Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.
Reply to: puan.aishah1@hotmail.my
Saya search tentang email di google, terjumpa entry di blog seseorang tentang hal ni.
Thursday, October 27, 2011
Resipi : begedil daging
Assalam,
Begedil ni sepatutnya entry waktu iftar hari tu... sebab buat masa tu, tapi tak sempat nak masukkan dalam entry, hari ni belek2 banyaknya draft blog yang tak tersentuh.. sambil-sambil fikir nak masak apa petang ni, meh la update kejap entry blog nie..
Resipi :Begedil Daging
Bahan-bahan:
A. Begedil
Daging hancur (yang telah siap dibeli atau dikisar atau dicincang. boleh juga diganti daging ayam hancur)
Tepung gandum
Ubi kentang
Daun sup
Garam
B. Untuk Goreng
Telur
Garam
Minyak masak
Cara penyediaan :
Ubi kentang tu buang kulitnya, kemudian rebus dengan air dan secubit garam hingga empuk.
Potong ubi kentang dalam saiz kecil untuk mengurangkan masa merebus.
Bila dah empuk, keluarkan, pastu lenyek2kan ia. Bagi yang nak rasa kentang masa makan, tak perlu lenyek hingga penyek.. sekadarnya saja. Tapi yang suka begedil rasa lembik-lembik gitu bolehlah lenyek hingga kesemua ubi nya penyek. :)
Rebus / goreng daging kisar / cincang hingga masak. Toskan, kemudian masukkan dalam bekas kentang tadi.
Hiris nipis2 daun sup, masukkan bersama sedikit tepung dan gaul hingga sebati.
Buat bulat2 kecil (saiz ikut kesukaan masing-masing), pastu letak atas tapak tangan dan tekan untuk dapatkan permukaan sekata.
Boleh disimpan dalam peti sejuk, kalau nak goreng je keluarkan, pastu celup dalam bancuhan telur dan sedikit garam.
Boleh diangkat dan ditoskan bila dah nampak kekuningan.
Sedia untuk dimakan :) dengan meehun sup atau nasi, atau makan begitu saja :)
Sunday, October 23, 2011
Hadir ke majlis doa selamat dan tahlil
Pagi ni kita pergi rumah kawan surau ayah kat seksyen 1 bangi, untuk kenduri doa selamat dan tahlil sempena ibu kawan ayah nak pergi tunaikan haji.. cantik insyirah berbaju jubah dan tudung yang nenek bagi. Kita dalam kereta ni, insyirah makan crab stick sementara tunggu ayah dan kawan-kawan ayah duk borak kat luar kereta..
sekarang sangat suka bercerita.. tak henti2.. sampai ummi pun tak sempat nk jawab semua pertanyaan dan kata2.. hihi.
Friday, October 21, 2011
Jalan2 di Taman Wetlands Banting
hari ni sabtu, asyik berjalan setiap minggu, minggu ni tak da program awalnya, jadi kita lepak-lepak kat rumah aje la. ayah dah keluar pergi main badminton dengan kawan-kawan sesuraunya di sg tangkas. ni gambar insyirah betul2 lepas mandi dan sikat rambut.. "ummi, amikkan gambar annur asyirah comel.." hihi.. kelakar ummi dengar insyirah cakap macam tu :)
patutnya ada gambar haiwan atau hidupan liar kat situ... tapi tak tau kenapa tak ada pulak haiwannya.. yang ada cuma seekor kuda yang diimport masuk oleh polis.. tak pe lah ummi amik gambar2 insyirah aje la eh..
nape entah anak ummi kerutkan muka... :)
tak de gambar menarik, jadi gambar2 anak ummi je la yg boleh diambil..
tengok tupai kat atas atap..
mujur takde cicak, nak!
tiba2 ada ahli surau wat birthday party utk anak dia a.k.a kwn insyirah, so insyirah dptlah makan kek coklat dan kerepek yang sedap hihi :)
Thursday, October 20, 2011
Dia sudah 2 tahun 3 bulan..
Thursday, October 06, 2011
Tips Perkahwinan
Sesuatu yang boleh dikongsi bersama...Terima kasih kawan yang tag aina .. semoga dapat dimanfaatkan.. :)

Kali pertama bersentuhan saat kami bergelar suami isteri..
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Tuesday, October 04, 2011
Insyirah dan teddy bear nyee..
As salam anak ummi, wat kali pertama insyirah dapat bergaya sakan dgn teddy bear, hadiah pemberian ayah dan ummi sempena ulangtahun kelahiran ke-2..Tuesday, September 27, 2011
Anak ummi dah pandai bergaya!
As salam sayang ummi..Masuk jer umur 2 tahun, insyirah dah pandai bergaya sakan bila gambar nak diambil... hehe.
Kalau awal-awal dulu sangat payah nak ambil gambar si kecil ummi ni, sekarang mudah jer.. hehe.
Sebenarnya masa ni nak dah nak tido.. boleh pulak insyirah cakap "mii... amik gambar asyirah.."hehe.
atas katil dengan "bee"nya..
mujur tak terpeleot ummi amik gambar! hehe.
kadang-kadang tak sempat nak amik gambar sebab anak ummi posing bnyk sangat hehe.
Tuesday, September 20, 2011
Selamat Hari Lahir Ayah :)
Seperti yang dikata orang, sy sangat ingin menjadi loving person sepertinya :)
As salam,
Lama sungguh tak update blog ni, hehe. Bukan tiada cerita untuk diberitakan, tapi hati ini berhenti seketika daripada menulis kerana mencari damai pada peristiwa yang berlaku seminggu sebelum hari lebaran menjelang... apa-apapun saya sekeluarga redha atas ketentuan Ilahi, saya yakin segala kejadian yang berlaku ada hikmahnya... yang paling penting, antaranya hubungan kami sekeluarga semakin rapat, kasih sayang yang ada bertaut erat InsyaAllah...
Selamat Hari Raya Idulfitri buat semua rakan taulan yang rajin singgah di blog insan yang kerdil ini. Tak sangka ada pengikut tersendiri biarpun blog ini hanyalah sebuah diari untuk diri sendiri dan bekalan untuk suami dan anak-anak tersayang andai jasad sudah tiada di dunia.. Maafkanlah segalah salah dan silap saya, kadang saya tidak perasan, kita hanya manusia yang penuh dengan kesilapan sesama insan, moga dari titik kesilapan itu berakhir dengan titik kemaafan, hati kita akan jadi sejernih air yang mengalir... betapa bersihnya tali persaudaraan yang terjalin.. :)
InsyaAllah ada rezeki saya akan buat entry lain untuk hari raya ye.. sebab tak sempat lagi copy gambar-gambar raya dari kamera ayah.. hihi.

Ayah yang sentiasa tersenyum....
tiada siapa tahu duka dihatinya..
Sebut pasal kamera ayah, teringat hari ni, 20 September 2011, hari lahir ayah tersayang... lama sudah ayah lahir, 55 tahun, saya percaya telah banyak perkara suka duka yang beliau lalui. Hingga kini saya kagum dgn sikap-sikap mahmudah yang ada pada dirinya, paling kagum dia bersangka positif dan berbuat baik pada semua orang, terutama ibu dan mak... tidak pernah sekalipun saya dengar beliau tinggi suara dengan maknya, apatah lagi mak kami. Kami ni biasalah sbb anak-anak, kalau tak dimarahi, maka akan lenconglah akhlaknye nanti :)
Bercakap pasal ayah, saya tau, saya tak akan dapat ayah sepertinya.. semakin lanjut usianya, saya kadang semakin takut dan risau.. saya pernah bermimpi buruk tentang kematiannya sewaktu di usia 13 tahun, di asrama puteri sekolah pula tu... beberapa selepas itu pun masih lagi bermimpi perkara yang sama... hakikatnya saya tidak pasti samada saya dapat membalas jasa-jasa baik ayah dengan sisa hidup yang ada.. dalam hati sentiasa bermohon agar tuhan dapat memberi ruang kepada saya untuk membalas budi baiknya.. tanpa ayah, siapalah kami ini..
Ayah dengan cucunya, Annur Insyirah :)
Semoga ayah dilimpahi rezki, kasih sayang Ilahi dan manusia di sekelilingnya hingga akhir hayatnya.. aminnn ya rabbal a'lamin...
Semoga hasrat saya untuk membuat sesuatu yang istimewa untuk ayah hujung minggu ni berjaya, InsyaAllah.. :)
Wednesday, September 14, 2011
Ulangtahun Ke-2 Annur Insyirah
Sebenarnya entry ni dibuat 2 bulan yang lepas, tapi disebabkan beberapa kekangan, ummi baru dapat copy gambar Insyirah dan masukkan ke blog anak ummi ni..Selamat hari ulangtahun, sayang.. genap usia insyirah dua tahun, ummi ambil keputusan untuk hentikan pengepaman sewaktu berjauhan dengan Insyirah..
kek khas diimport daripada RND
boleh bagi kredit kat kak emy, sangat sedap kek tu kak! :)
Ayah, ummi dan Insyirah..
Seronok juga dapat tumpang sekaki majlis pertunangan cik ru, kan? hehehe..
Satu, dua.. tiga... :)
Terutama ayah dengan ummi..
Terlalu banyak cubaan dan dugaan ummi dan ayah lalui sebelum insyirah lahir..
Semoga insyirah akan selalu di bawah lindungan Ilahi, diberkati hidup dunia akhirat..
Ingat selalu, ummi dan ayah sangaaaattt sayangggg insyirah...
Tiada apa yang dapat menggantikan kasih sayang itu..
Semoga sifat semua sifat mahmudah terdidik dalam dirimu,
Kami bahagia dengan keletahmu.. :)
Nota Ummi : Insyirah anak ummi sayang, hingga saat artikel ini ditulis, yakni 2 bulan selepas tarikh ulang tahun kelahiranmu, insyirah masih lagi menyusu badan dengan ummi bila ummi ada dengan insyirah.. hasrat ummi paling kurang lagi 3 bln insyirah menyusu badan dengan ummi, semoga hasrat ummi tercapai insyaAllah... :)
Thursday, August 18, 2011
Darah Haid vs Darah Istihadah

Salah satu petanda akhir zaman apabila kaum wanita didatangi darah yang tidak teratur, dan berterusan.. itu salah satu hadith yang saya sendiri tidak ingat riwayat mana, sbb tu di zaman sekolah dulu..
Saya, salah seorang yang 'terjebak' dalam permasalahan ini, sejak awal aqil baligh lagi (blh dibayangkan betapa kalutnya saya, emak dan ayah saya tentang hal ini, kan?) darah yang berhari-hari atau berbulan-bulan tanpa henti, haid yang tidak teratur, darah yang selalu datang walau hanya setitik dan macam-macam lagi kaedah dan cerita yang timbul.
Saya mendapatkan rawatan di pusat homeopathy hassan, dari sudut kedoktoran katanya ada 3 faktor utama perkara ini berlaku;
i) tekanan emosi atau perasaan
ii) pemakanan yang tidak betul / diet yang tidak seimbang
iii) sakit dalam rahim
iv) gangguan makhluk halus
Saya punya berkait dengan semua faktor di atas kecuali no (iii) alhamdulillah.. kerana tertekan akibat hendak peperiksaan, saya pernah didatangi darah selama 3 bulan tanpa henti dengan kadar darah yang bnyk seperti tertumpah darah.. saya juga pernah mengalami pengeluaran setitik, setitik akibat gangguan makhlus halus.. pemakanan saya yang tidak seimbang juga penyebab kepada masalah ini..
Oleh kerana ramai sahabat-sahabat di luar sana terutamanya pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai masalah ini, berikut adalah penerangan kaedah menentukan samada darah yang keluar adalah haid atau tidak, berdasarkan pengetahuan dan amalan yang saya praktikkan setelah ibu dan ayah saya mencari rujukan di pejabat agama, berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan ustazah berkait hal ini..
Penerangan berdasarkan kronologi contoh pengeluaran darah melalui gambar kalendar bulanan di bawah;


Jadual 1 : Bulan Julai 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar), Line merah (tempoh 15 hari pengeluaran darah)
Kronologi;
- Anggapan bahawa di bulan Jun 2011 ada jarak 15 hari sblm 1-07-11 (hari pertama darah keluar bln Julai 2011).
- Darah keluar pertama kali pada 01-07-11 hingga 07-07-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 3 hari.
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (11-07-11) hingga hari keempat belas (14-07-11)
Ulasan;
- Tempoh pengeluaran haid adalah 15 hari.
- Jika sekiranya telah suci, namun masih lagi keluar darah, maka akan dikira haid selagi tidak cukup tempoh 15 hari (kali kedua pengeluaran (setelah 3 hari tiada darah))
- Kiraan tempoh 15 hari haid bermula daripada hari pertama hingga hari terakhir keluar darah, termasuk waktu suci.
- Jika sekiranya tiada darah pada hari ke-15, maka tempoh haid pada bulan Julai 2011 hanya dikira sebanyak 14 hari. 15-07-11 boleh dikira sebagai hari pertama suci antara 2 haid.

Jadual 2 : Bulan Ogos - September 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar)
Kronologi Bulan Ogos 2011;
- Darah keluar pada 01-08-11 hingga 07-08-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 15 hari (08-08-11 hingga 22-08-11).
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (23-08-11) hingga (27-08-11).
Kronologi Bulan September 2011;
- Darah keluar pada 12-09-11 hingga 25-09-11 (15 hari)
Ulasan Bulan Ogos 2011;
- Oleh kerana di bulan Julai 2011 (gambar 1) tiada lagi darah keluar pada 15-07-11, maka hari bersih antara 2 haid dikira bermula pada hari tersebut.
- Tempoh bersih antara dua haid adalah 15 hari, jadi tempohnya bermula daripada 15-07-11 hingga 29-07-11, jadi jika ada keluar darah selepas itu, dikira darah haid.
- Pengeluaran darah haid adalah selama 7 hari sehingga 07-08-11. Tiada lagi darah yang keluar selepas itu bagi 8 hari berikutnya (jika ada keluar, dikira haid spt cth bulan julai 2011), maka pada 08-08-11 dikira sebagai hari suci yang pertama di antara dua haid.
- Tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari, jadi berakhir pada 22-08-11.
- Hari berikutnya, 23-08-11 adalah hari haid.
Ulasan Bulan September 2011;
- Oleh kerana tiada lagi darah keluar pada 28-08-11 hingga 06-09-11, maka 28-09-11 dikira sebagai hari pertama suci di antara dua haid.
- Jadi darah yang keluar pada 12-09-11 dikira darah haid, pengeluaran darah tidak berhenti sehingga 26-09-11, maka tempoh itu dikira haid.
- 27 dan 28 September 2011 masih lagi keluar darah, maka dikira darah istihadah, kerana telah lebih tempoh maksima haid.
Aturan mandi wajib kena masih lagi keluar darah;
-Disarankan anda mencatat waktu darah mula keluar pada hari pertama period untuk memudahkan pengiraan hari dan waktu yang sepatutnya anda mandi wajib, ditakuti jika terkurang jam boleh jadi kurang 15 hari, kalau terlebih jam boleh jadi 16 hari. Namun jika anda tidak tahu atau tak pernah alami perkara ini, bolehlah mandi wajib pada waktu Maghrib, kerana dalam Islam, waktu maghrib adalah permulaan bagi hari berikutnya.
Jika anda didatangi Istihadah, usah risau, berpuasalah dan solatlah seperti biasa, boleh membaca Al-Quran, dengan kata lain boleh laksanakan ibadah Islam seperti biasa, cuma,
** pastikan anda telah menyalin pad yakni berada dalam keadaan suci dan bersih sewaktu hendak solat.
** hendaklah mempercepatkan pergerakan diantara waktu menyalin pad, mengambil air sembahyang dan solat.
** tidak perlu risau tentang darah yang keluar setelah kita salin pad yang bersih dan semasa mengerjakan solat.
** tidak boleh menjadi imamah solat
** jika hendak berjemaah hendaklah memasuki saf ketika solat telah dimulakan (saat takbiratul ikram telah diangkat), tidak boleh beriktikaf di masjid kerana dikhuatiri titisan darah mengotori kawasan masjid.
Itulah serba sedikit penjelasan tentang darah haid dan darah istihadah, semoga mendapat manfaat ...



