Featured

Saturday, February 22, 2014

Pemakanan Athiyyah di usia 7 bulan


Saja ummi tempek gambar Athiyyah di usia 4 bulan.. ms ni kat Gambang Waterpark :)

Athiyyah (7 bln) dengan kak long :)

Rumusan makanan yang diperkenalkan oleh ummi ;

Turutan
Jenis Makanan
Suka / tak
Elergi
Nota Ummi
Umur : 7 bulan (9/9/2013)
Jenis masakan : puri buah / sayur
Perkembangan anak : Athiyyah dah mula nak tumbuh gigi, jadi asyik nak menggigit jer la :) 
Nota : Ikut food chart yg disarankan
1.
Epal (4 hari)
ü   
-

2.
Carrot (4 hari)
ü   
-

3.
Kurma (4 hari)
ü   
-

4.
Peas (4 hari)
û  
-

5.
Kismis hitam (3 hari)
ü   
-

6.
Barli (4 hari)
û  
-

7.
Ubi keledek (4 hari)
ü   
-
Rebus dengan halia elak kembung

8.
Labu manis (4 hari)
ü   
-
9.
Brokoli (3 hari)
ü   
-

Friday, February 21, 2014

Insyirah with new jubah :)

Alhamdulillah, moshik berpeluang mengerjakan umrah bersama ayoh chik, nenek, tok ayah, pokpik & ciksu 28/2/2014 hingga 9/2/2014 yg lalu.
 Moshik bagi hadiah jubah dan jam tangan baru, Insyirah suka! tq moshik :)
Tengok adik Athiyyah tu... :)

Thursday, February 20, 2014

Athiyyah main dengan kiki

Athiyyah belek-belek terjumpa pulak car seat yang pakai ms kak long dl.. boleh pulak dia ambil kiki (nama panggilan kpd anak patung kak long) letak kat dalam pastu goyang2 car seat tu... pastu dia pulak buat cubaan masuk sekali dalam tuh! 

Aduh anak ummi tomei.. kak long pun tak pernah wat mcm tu... excitednye syg nak dodoikan 'baby'.. heheheh..

Monday, February 17, 2014

Resipi di hujung minggu : Ikan siakap masak tiga rasa



Bahan-bahan:
1) Untuk perap ikan
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Garam
- Campur kesemua dan lumur pada ikan, perapkan seketika.

2) Untuk sos
Bawang putih - ricik / cincang halus
Bawang merah - cincang halus
Halia - potong halus
Lada kering yang telah dikisar / ditumbuk
Air asam jawa
Nenas (rendam nenas dalam air, airnya guna semasa masak nanti)
Sos tiram
Sos cili
Sos thai
Gula
Garam
Sayur-sayuran : kubis bunga, brokoli, tomato, saderi

3) Hiasan (hiris halus, taburkan atas lauk selepas letak dalam pinggan)
Daun bawang
Daun sup
Cili merah / hijau / capcicum

Cara-caranya:
Goreng ikan siakap hingga garing, toskan.
Ambil sedikit minyak yang diguna untuk goreng ikan tadi, tumis bawang putih, bawang merah (kalau nak sedap lagi guna bawang holland), halia. Bila dah kekuningan masukkan lada kering. Bila dah betul2 kering, masukkan air asam jawa, air nenas. Masukkan kesemua sos, dan sayur-sayuran. Masukkan gula dan garam, rasa dan boleh tutup api. Curah atas ikan yang telah digoreng tadi.
Hiaskan pinggan dan boleh hidangkan bersama dengan nasi panas :)

Assalam,

Thursday, February 13, 2014

Berhati-hatilah wahai ibu bapa beranak kecil!

Pampers.. (Gambar sekadar hiasan)

Assalam..
Ini luahan hati, setelah kecewa dengan beberapa 'accident'..huhu..

Nak kongsi cerita, tentang satu perkara penting, soal kesucian drpd najis yang jarang-jarang sekali diambil berat oleh ibu dan bapa..

Ceritanya, masa insyirah kecil-kecil dulu, terutama masa berpantang, mak sangat2 ambil berat waktu nak tukarkan lampin baby. Iyalah, dah zaman moden ni, cara 'menyucikan' najis baby pun gunalah cara moden, rasanya ramai yang guna baby wipes kan... dulu2 just guna untuk lap selesema baby, tapi sekarang ramai yang guna utk bersihkan baby.
Contoh baby wipes (Gambar sekadar hiasan)

1. Masa nak tukar lampin tu, mak akan pastikan tempoh 'seketika' masa nak tukar kain lampin / pampers yang dah pakai dgn yg baru tu diperhatikan betul2. Selalu dia ingatkan tentang jgn sampai punggung anak tu terkena bahagian pelapik plastik.. dan walaupun tak kena pelapik, lepas dah siap pakaikan baby mesti dia basuh pelapik tu..


2. Masa nak lap-lap basuh-basuh, mak mmg tak kisah pakai baby wipes, tp dia lebih selesa terus basuh punggung baby guna air sbb kalau guna baby wipes dia amat risau tengok tangan sebelah pegang punggung baby, tgn sebelah lagi pegang baby wipes nak sapu2.. risau kalau punggung tu tak bersih sebersihnya..

3. Masa nak memandikan baby. Mak mmg akan pastikan mandikan baby di atas kakinya. Katanya yakin air mengalir bersih.. tapi kalau kita tgk sekarang, ramai yang pakai besen / tab mandi, tak salah, tapi basuhlah kemaluan baby terlebih dahulu baru celupkan dalam tab/besen berisi air untuk mandikan baby, dan akhirilah dgn siraman air mutlak...

Rupa-rupanya.. ada sebabnya kenapa mak amat serius dlm hal ni.
Sebab ni soal kesucian..

Perkara ini antara tajuk-tajuk awal yang Ustaz Don Danial pilih untuk dibincangkan dalam slot rancangan 30 Minit Ustaz Don di tv AlHijrah.. nampak kan betapa pentingnya hal ni..

Rasa ralat sebenarnya, bila ramai ibu bapa yang tak ambil kisah tentang soal suci ini. Jika bertandang ke rumah kawan-kawan, saudara mara (pendek kata orang lain) ataupun ke tempat lain (masjid / surau terutamanya) patutnya peka lah terhadap perkara ini... ada yang tak basuh baby, terus saja buka pampers dan gantikan dgn yang baru. Dah tentu tempat baby disalinkan itu kotor (tidak bersih + tidak suci) walaupun kita nampak ok je..

Hati-hatilah.. ramai orang amat jaga tentang kebersihan, tapi tak ramai orang ambil berat tentang kesucian..
Bersih, belum tentu suci..

Samalah juga dengan mandi, jika tak disertakan dengan niat, ia membersihkan tubuh, tapi kalau disertakan niat, akan dapat pahala mandi kerana membersih dan menyucikan diri daripada hadas besar dan kecil dan bolehlah untuk menunaikan solat..

Sekadar menegur dan mengingati sesama sendiri...sama-sama kita perbaiki..
Dan, sama-samalah kita belajar untuk jadi ibu bapa yang lebih berilmu.. InsyaAllah.. Aminnn

Assalam,

Tuesday, February 11, 2014

Perkongsian : Cara dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir

Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
---------------------------------------------------

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Kongsikan kepada semua, moga bermanfaat.
Wallahua’lam….

Assalam,

Monday, January 27, 2014

Anak ummi dah sekolah!

Annur Insyirah di hari pertama persekolahan

Assalam..

Alhamdulillah tahun ni, Insyirah berumur 5 tahun dan mula bersekolah.
Agak lambat dia disekolahkan kerana kami tak tahu pelbagai perkara. Jadi moralnya teruslah bertanya pada yang berkenaan daripada sibuk bertanya orang ketiga atau daripada mendengar cerita-cerita orang lain. Yeeeahh..

Alhamdulillah Insyirah mudah diurus, dari hari pertama hingga sekarang. Adiknya yang suka tidur lewat atau tak tidur malam pun tertidur awal sama dengan ummi ayah dan kak longnya..

Bagi ibubapa di luar sana, tips untuk buat anak anda mudah ke sekolah (nak-nak yang 1st time mcm Insyirah..)

1. Bersangka baiklah dengan anak anda
Walaupun dia kuat tantrum atau apa sahaja perkara negatif yang ada pada anak. Pengalaman saya, Insyirah memang jenis sangat susah nak tidur awal kerana sayangkan waktu untuk tidur (sejak dihantar pengasuh bila ada dengan ummi ayah dia akan main sepuas-puasnya, jarang tidur siang), dan pagi-pagi dia akan diangkat oleh ayah naik kereta ke rumah pengasuh. Dengan makna lain dia sedar tu dalam jam 10-11 pg di rumah pengasuh.

2. Dedahkan / cerita yang best2 tentang taska
Saya sedaya upaya untuk bercerita tentang perkara-perkara yang menarik seawal yang boleh.. sy & suami mula bercerita yang dia akan bersekolah lebih kurang 5-6 bln lebih awal, kebetulan tempat tinggal pengasuhnya ada transit kanak-kanak tadika, jd itu sedikit sebanyak membantu untuk tarik perhatian beliau tentang seronoknya bersekolah.

3. Buat jadual untuk anak
Saya cuba buat jadual, tapi saya tak paksa beliau, perlahan-lahan cuba untuk sistem kan beliau mengikut jadual yang saya dah buatkan. Perubahan tidak perlu dilakukan secara mendesak & cepat, sikit-sikit tapi berbaloi jika beliau dapat ikuti secara konsisten. Tambahan / pengurangan / kelainan aktiviti yang akan beliau lakukan akan ditambah dari semasa ke semasa.. so far alhamdulillah insyirah dpt catch-up..

4. Tidurkan anak lebih awal
Cubalah untuk tidurkan anak lebih awal, bincang dengan suami waktu bila yang sesuai untuk tidurkan, dan semasa nak tidur seeloknya semua orang tidur bersama. Tinggalkan dahulu kerja-kerja yang perlu dibuat, selesaikan apabila anak dah tidur. Ini salah satu aktivit yang perlu diubah dan dibuat oleh anak, jadi ceritakan lebih awal supaya anak tak terkejut.Saya gunakan taktik gosok gigi sebelum tidur, pakai losyen dan bacakan buku cerita untuk tarik perhatian insyirah untuk naik masuk ke bilik tidur..

5. Bangunkan anak lebih awal
Perkara ini sangat penting kerana apa yang terjadi di awal pagi akan mempengaruhi minda dan emosi anak-anak untuk keseluruhan hari. Bangunkan anak lebih awal dengan kasih sayang, dan jgn sesekali paksa dan desak anak dgn senarai segala perkara yang dia perlu buat. Pastikan kita bersedia, bukan kita dalam keadaan kelam kabut. Ayah insyirah biasanya akan buat susu untuk beliau minum sambil golek-golek dahulu atas katilnya, sementara saya menyiapkan diri. setelah itu, barulah perlahan-lahan aturkan beliau untuk ke tandas mandi dan sebagainya. jadi anak akan ceria :)

Semoga tips ini membantu insyaAllah..

Assalam,

Thursday, January 09, 2014

Tips keibubapaan tentang pendidikan seks anak-anak kecil 4 hingga 7 tahun


Copy paste daripada FB Prof. Dr. Rozieta Shaary respon tentang "KES ANAK 6 TAHUN MEROGOL SEPUPUNYA YANG 5 TAHUN"

Semoga ia menjadi pedoman dan panduan hidup kita bersama..

"Berita ini telah tersebar luas dan mengerunkan hati ramai ibu bapa. Ya, kita patut risau kerana ini adalah 'wake-up call' mengenai kealpaan kita ibu bapa dan masyarakat. Namun, penulisan Ibu hari ini bukan untuk mengingatkan anda untuk berjaga-jaga. Kerana Ibu mendapati telah banyak perkara itu ditulis.

Apa yang Ibu hendak berkongsi pendapat dengan anda ialah mengenai dua anak kecil itu.

Anak kecil lelaki 6 tahun yang dituduh MEROGOL, itu adalah perkataan yang sangat berat diletakkan kepadanya yang akan membentuk imej buruk padanya yang berkemungkinan besar akan kekal sehingga menjunamkan hidupnya.

Pertama, berpandukan apa yang ditulis, kedua-dua anak bermain "mummy and daddy' dan kedua-duanya tidak berpakaian, maka bagi anak itu ia BERMAIN dan bukan MEROGOL. ROGOL ialah bila salah seorang tidak bersetuju. Ibu bukan menyetujui permainan anak-anak itu, itu BUKAN maksud Ibu. Ibu tidak setuju anak lelaki itu dilabel PEROGOL!

Anak dibawah usia 7 tahun belum ada kebolehan penuh menyukat mana baik mana buruk sendiri. Itulah sebabnya di dalam Islam, kanak-kanak itu dipanggil kanak-kanak BELUM MUMAYIZ -(Mumayiz adalah istilah bagi anak kecil yang telah boleh memilih antara yang baik dan yang buruk. Atau yang betul dan yang mana salah).

Oleh itu TOLONGlah jangan melabel anak kecil itu sedemikian. Kasihanlah kepadanya yang belum benar-benar faham maksud perbuatannya itu. Malah

Consultant Urologist at Kuala Lumpur Hospital

“Even if the child had an erection, it would have only lasted for a while and not to the extent of penetration

Namun, Ibu tidak menafikan anak-anak ini terdedah kepada apa yang mereka lakunkan itu. Mungkin melalui video, atau ternampak orang dewasa melakukan. Tidak semestinya ibu bapa mereka dan tidak semestinya ia suatu yang tidak baik. Mereka mungkin ternampak dan with their simple mind terus mengikut kerana itu juga adalah maksudnya pada mereka sebahagian daripada menjadi MUMMY & DADDY.

Satu perkara yang Ibu hendak share di sini, perkembangan diri anak-anak, pada usia 4 -7 tahun anak-anak kecil sangat suka explore badan mereka. Apa yang mereka rasa, bau, sensation dan sebagainya. This is part of growing up. Oleh itu, anda mungkin terperasan anak anda usia ini suka memegang kemaluannya dan nak faham mengenai kemaluan orang lain.

Ibu masih teringat akan seorang emak pernah mengadu bahawa anak kecilnya yang berusia 3.5 tahun, menghisab kemaluan adik lelakinya yang baru berusia 3 bulan yang kebetulan dicabut nappynya. Pada pandangan kita orang dewasa, kita takut anak itu melakukan 'Blow Job'. Tapi pada si kakak itu, kemaluan adiknya menyerupai puting ibunya. Jika dihisab mungkin susu keluar. In her simple mind, pada sangkaan dialah. Jadi dia explore. Tidak ada tujuan seks di situ langsung. 

Satu masa dulu ada seorang menghantar gambar anak kecil lelaki berusia dalam 4 tahun menghisap payu dara patung bersama dengan mengkaitkan anak itu dengan seks.

Ibu rasa, we should stop doing this to our kids. Anak kecil adalah anak kecil dan perlu dinilai seperti anak kecil. Persepsi mereka, cara mereka melihat sesuatu perkara. jangan letak sangkaan buruk kita kepada mereka. Jangan letak lebel ganas kepada mereka. ANAK ITU MASIH BELUM MUMAYIZ...Allah sudah pun mengingatkan kita...jangan terikut dengan bisikan syaitan yang hendak menghancurkan umat manusia.

Lihat ya apa yang boleh terjadi kepada budak lelaki itu dan budak perempuan itu...bila mereka dikatakan perogol dan dirogol...itulah tohmah yang menjadi imej diri mereka sampai bila-bila. Bayangkan bagaimana mereka hendak menghadapi dan menyakini mereka itu baik dan boleh membawa kebaikan kepada dunia? 

Ibu tidak tahu apa yang ibu bapa mereka lakukan bila menjumpai anak-anak itu sedang 'bermain' itu. Tapi Ibu suka tindakan ibu anak perempuan itu membawa anak perempuannya berjumpa doktor dan dia tidak mahu membesar-besarkan isu, cuma mahu membuat laporan untuk anaknya menerima rawatan kesihatan. Itu satu tindakan yang baik sebenarnya.

NASIHAT IBU kepada ibu bapa penyayang yang Ibu Kasihi, bila anda terserempak dengan keadaan begini, bertindak dengan tenang:-

1) Tarik nafas dan tanya dengan sabar dan tenang, apakah permainan mereka. Minta dengan baik untuk mereka berhenti bermain permainan itu.

2- Mandikan mereka dan kemudian ajak duduk dengan tenang di sebelah anda. Ceritakan kepada mereka apakah sebenarnya permainan mereka itu dan tidak boleh bermain begitu lagi dan kenapa.

3- Bertanya dengan tenang dan baik-baik, di mana mereka melihat orang bermain permainan itu? Bila sudah tahu, maka ambillah tindakan yang baik. Jika melihat video, maka ceritakanlah sebenarnya itu salah dan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang telah bernikah secara sah.

4- Mereka mungkin akan bertanya banyak perkara kerana kematangan pemikiran anak-anak kecil tidak sama dengan kita orang dewasa. Maka jawablah dengan sebaik mungkin dan bersabar serta tenang.

5- Jika anda mendapati anda bersalah kerana tidak berhati-hati dengan mata-mata kecil yang melihat, maka maafkanlah kealpaan anda dan ambil tindakan yang betul.

APA YANG JANGAN BUAT ialah MELEBEL, MARAH TIDAK TERKAWAL, MEROTAN,MENGHERDIK, MEMAKI HAMUN.

Ini adalah kali pertama anda terjumpa, maka selesaikanlah dengan tenang, supaya anak itu tidak merasakan dirinya kotor, seks itu kotor...kerana jika itulah yang dia faham, maka bila dia besar itulah yang dia akan buat dan ketagihkan. 

With this sex education, you must be very careful, smart and compassionate to the little children. Never ever indicate sex is bad. Abusive of sex is the one that is bad.

Ibu sangat berharap kita berusahalah menjadi insan yang lebih bijaksana dan faham akan anak-anak kita itu. Jangan mengukur baju kita kepada mereka. Terlalu besar da terlalu panjang buat mereka.

Langkah menghindarkan perkara seperti cerita anak kecil dua orang ini terjadi...ialah memberi anak-anak kecil kita sex education selain daripada ilmu agama. Dan jadilah ibu bapa yang mudah diditanya didekati oleh anak-anak sehingga mereka boleh bertanya apa sahaja dan berasa selamat dan tidak dihakimi.

Semoga perkongsian ibu ini dapat menenangkan hati ibu bapa.

Ibu Rose- Empower With Love.
------------------------------------------------

Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=209061%3A6-yr-old-msian-boy-accused-of-raping-cousin-5-in-mummy--daddy-game&Itemid=4#ixzz2pmODfWje
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter"


Assalam,

Wednesday, January 08, 2014

Salam tahun baru 2014 Masihi

Planningg... planning... :)

Assalam,

Lama sudah blog ni tak diupdate, Banyak cerita nak tulis, tapi tersimpan sbg draf saja.
Aduhai..teruk benar rasanya.

Boleh tak azam baru nak update blog sekerap yang mungkin....hehe. InsyaAllah, untuk anak-anak tersayang moga blog ni dapat dibaca selalu agar ummi sudah tiada.

Tahun 2013 telah berlalu, terasa masa amat pantas.. hasrat untuk mendapat baby baru tercapai, dari sudut kerjaya pula, agak kurang puas hati kerana projek yang disandang akhirnya ditangguhkan oleh kerana demand customer yang tersasar daripada objektif asal. Rasa tahun 2012 lagi mencabar + sibuk dengan 13 projek yang jawatan2 yang disandang.

Pengalaman yang menarik dapat jadi ketua tempat mengundi untuk PRU 13, pegang jawatan sebagai KTM kali kedua selepas PRU 12 lepas. Mungkin kali terakhir berkhidmat untuk PRU kerana ayah akan bersara tahun ini, saya pun tak pasti..

Tahun 2014.. banyak azam baru... dari aspek kerohanian, emosi, mental, dan juga kewangan.. cuba untuk jadi yang terbaik untuk suami, anak-anak, mak ayah dan keluarga insyaAllah..

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan menempuhi liku2 dan ranjau kehidupan akan datang..Aminn Ya Rabbal 'Alaminn..

Assalam,

Friday, January 03, 2014

Makanan pertama Annur Athiyyah

Entry ini dah lama... saja diulang kembali.

Alhamdulillah..

Hajat ummi tercapai, nak memberi makan dan minum Athiyyah dengan makanan yang dibuat sendiri (homemade)..

Athiyyah mula diberi makan pada usia 7 bulan (saja lewatkan 1 bulan..), tarikh keramat tu tanggal 10/9/2013 (Selasa).. kebetulan memang ummi cuti hari tu, sebab kak kila ada majlis konvo. Ummi jer yang tak sempat nak update diari anak-anak ummi ni.. entah sibuk sebab apa, ummi pun tak tahu... tp yang pasti, ummi seronok melalui hari-hari dengan keletah anak-anak ummi yang comel dan ayah.. alhamdulillah Allah beri kesempatan bahagia ini, syukur nak :)

Inilah makanan-makanan yang ummi dah beri pada anak ummi;

1) Epal
- 4 days rule
- Reaksi athiyyah : suka :)

2) Carrot
- 4 days rule
- Reaksi athiyyah : suka :)

3) Kurma
- 4 days rule
- Reaksi athiyyah : suka :)

4) Kacang peas hijau
- 4 days rule
- Reaksi athiyyah : tak suka :( siap muntah2 lagi huhu

5) Kismis
- 3 days rule
- Reaksi athiyyah : suka :)

6) Barli
- 4 days rule
- Reaksi athiyyah : tak suka :( agaknya tunggu bila dah mix dengan makanan lain ok la kann

7) Ubi keledek*
- 4 days rule
- Reaksi athiyyah : suka sangat2 :)

8) Labu manis*
- 4 days rule
- Reaksi athiyyah : suka :)

9) Brokoli
- 3 days rule
- Reaksi athiyyah : suka :)

*Nota ummi : masa rebus tu campur dengan halia untuk elakkan baby kembung okeihh..

Thursday, January 02, 2014

Hari pertama Insyirah ke sekolah :)

Assalam anak-anak ummi,
Lama sungguh tak update diari ni..
Bersarang sudah...

Meh layan gambar kak long Insyirah 1st day gi sekolah yer..


Dah besar anak ummi..

Alhamdulillah Insyirah ok sgt2, malam tadi jam 9.30 dah naik bilik nak tidur.. pagi bangun elok ceria jer..

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ayah dan ummi..

Moga jadi anak yang solehah ye nak... :)

Aminn ya rabb!


Friday, November 01, 2013

Pendidikan hati dan emosi , tips2 peneguhan iman dalam diri anak-anak


Assalam, sedikit catatan slot Usrati, radio ikim.fm

Tetamu Undangan : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Pendidikan hati dan emosi , tips2 peneguhan iman dalam diri anak-anak;

1) Niat
-          Bermula daripada awal bangun tidur hingga tidur
-          Sekecil-kecil perkara hingga sebesar2 perkara
-          Setiap perlakuan dan tindakan yang sama mempunyai respon dan keputusan yang berbeza berdasarkan niat
-          Penerapan niat melakukan sesuatu kerana Allah
-          Contoh analogi  : Dalam sebuah kelas, tiba-tiba ada orang ketuk pintu, namun ustaz yang mengajar menyuruh anak murid yang duduk di depan pintu duduk daripada bangun, tetapi meminta anak murid di depannya buka pintu (kedudukan jauh dari pintu). Tindakan ustaz menimbulkan tanda tanya anak-anak muridnya. Usai kelas, ustaz menerangkan tindakannya. Ditanya pada anak murid yang berdekatan pintu, “apa niatmu semasa bangun hendak buka pintu?” “tiada”, jawab murid tersebut. Ditanya pula pada anak murid yang dihadapannya “apa niatmu semasa bangun hendak buka pintu” “alhamdulillah saya sempat meniatkan beberapa perkara, jika yang ada di pintu itu musafir, ku pinta Allah bukakan seluas-luasnya rumah ini untuk diduduki musafir tersebut, jika yang ada di pintu itu pencari ilmu, maka ku niatkan semoga Allah permudahkan beliau menuntut ilmu..dan lain-lain lagi”. Begitulah perbezaan perbuatan yang sama, tapi hasil yang berlainan berdasarkan niat.

              2) Solat
-          Batasan waktu untuk jd lebih baik drpd terbaik
-          Membentuk persepsi anak2 terhadap ibadah solat
-          Menggunakan masa2 sukar anak2 sebagai kesempatan utk diberi kefahaman ttg ibadah solat (manusia itu ditimpakan dgn kesusahan, keresahan dan memberi respon yang pelbagai, tamakkan kebaikan, dan Allah berikan pengecualian kepada org yg menjaga solat) jika tidak solat maka tidak akan dijaga oleh Allah

3)       3) Ilmu
-          Cintakan anak-anak dengan buku – sbg wasilah penting utk dapatkan ilmu
-          Kata-kata seorang cendikiawan : “Saya berpendapat anak-anak sedari awal perlu dibiasakan dengan ketamakan terhadap buku, melahap segala pengetahuan dalam buku”

4)      4) Penanaman jiwa kompetitif yang sihat
-          Boleh belajar menjadi orang yang menang, boleh belajar menjadi yang kalah
-          Kemahiran supaya anak boleh masuk kurikulum
-          Memupuk nilai keyakinan, keikhlasan, kesungguhan, kesungguhan
-          Penerapan jiwa yang suka bersaing dan bertanding, anak tidak malu untuk masuk bertanding
-          Kesan : jiwa yang berani, pernah berasa orang yg menang dan mensyukuri, orang yang kalah kerana kurang dekatkan diri dgn Allah 


Soalan pendengar;
Cara menyelami perasaan anak-anak dan menangani perasaan kekurangan kasih sayang dan perhatian dari kita.

Respon ustazah;

Ibu ayah yang baik perlu beri laluan kepada anak-anak utk meluahkan perasaan mereka terhadap ibu bapa mereka, daripada luahan mereka kita dapat tahu kondisi rumahtangga kita (hati ke hati, one to one, barulah disusuli dengan many to many). Perkataan “tapi” “Cuma” adalah kunci utama kepada titik jawapan yang ingin diberitahu oleh anak.  Ibu dan ayah perlu raikan perasaan dan apa yg ingin diluahkan tentang kita, berlapan dada untuk menerima luahan tersebut.. berkumpul semula dengan keluarga, selesaikan secara baik, agar mereka memahami kondisi kita, dan kita memahami perasaan dan emosi mereka.

Assalam,

Friday, October 25, 2013

Warehouse Sales..End Year Sales..

Bagi peminat sales :)

Hari ni....jom! :)





Assalam,

Wednesday, October 23, 2013

Kalendar cuti sekolah dan cuti lain2 Tahun 2014

Sempat menjenguk ke tak Tahun 2014 ke tak ... itu hanya Allah yang tahu..
Tapi..perancangan tu tetap perlu.. kan?

Jom plan cuti2.. :)

Owh...Insyirah sudah besar...tahun depan dia akan bersekolah.. yeaayyy!!! :)

Assalam,

Wednesday, October 02, 2013

Perkembangan anak-anak ummi

Ini gambar Insyirah masa kecil
Sebijik macam Athiyyah, kan.... hehhehe

Betullah orang kata, letih mana pun kita, hati seronok bila teringat keletah anak-anak.. yer.. bila diorg ok laa kan hehhee.. ni haa anak ummi Athiyyah dah 2,3 hari buat perangai tak nak tidur malam... sudahnya EL lah ummi sebab malam tak tidur langsung.. huhu..

Rasa bersalah pun ada, life anak ummi berlalu macam tu saja tanpa sempat ummi update dalam blog ni.. setakat yang ummi ingat, ni lah dia..

Insyirah
- dah pandai membebel hihihihi
- dah pandai berimaginasi
- asyik tanya bila ummi nak cuti.. mak aii syg.. mcm ofis tu ummi punyerrr jerrr hehehe

Athiyyah
- di usia 4 bln, dah pandai meniarap betul2.. (masa kita bercuti kat Pulau Duyong 25/5/2013 hari tu anak ummi dapat meniarap elok..alhamdulillah) - owh nampak sgt blog ni dah bersawang hehehe
- 10/9/2013.. tarikh bersejarah, alhamdulillah di usia 7 bulan Athiyyah diberi makan secara rasmi oleh ummi.. makanan pertama Athiyyah adalah puri epal fuji (jenuh ummi cari tau.. hehehe..
- dan sekarang ni.. athiyyah dan makan puri epal, puri kurma, dan puri carrot.. alhamdulillah semua berjalan lancar, masih belum ada tanda-tanda rashess :)
- 15/9/2013.. di usia 7 bulan beberapa hari, athiyyah dapat merangkak.. masa ni kita bercuti kat cameron dgn tok ayah nenek dan semua-semua orang :)

Susu perahan ummi... alhamdulillah masih dapat maintain 17-20 oz pam setiap hari.. syukur nak, masih ada rezeki untuk mu... dan semoga perjalanan penyusuan susu ibu ummi pada anak ummi berjalan lancar hingga anak ummi 2 tahun ye nak, aminnn... :)

Monday, September 23, 2013

Suka gambar nie :)

Salam diari.., 

Banyak sungguh cerita yang nak diupdate tapi masa agak mencemburui..
Masa yang ada cuba untuk update website baru kami, hanifani.com, alhamdulillah :)
Ada masa terluang ni nak update gambar2 famili yg sy sangat2 suka nie... :) 

Ni gambar raya 2013
At Kg Paloh Rambai, Ketereh, Kelantan
 Gambar keluarga juga :) at rumah Ati
Latest gambar
Alhamdulillah setelah setahun book rumah, dapat juga bawa menantu2 baru mak yang baru (Ayah Da, Mak Ngah dan Ayah Noh)
Lokasi : Rumah peranginan DBKL, Cameron Highlands
14-16 September 2013 :)




Assalam,

Monday, August 26, 2013

Masa untuk makan :)

Salam,

Hari ni si kecil yang semakin tembam a.k.a berat tu dah berumur 6 bulan, 2 minggu dan 3 hari..
Saya ambil keputusan untuk memberinya makanan solid, saya tau banyak dugaan yang akan bermula dan disepanjang perjalanan saya untuk memberi anak kecil ini makanan. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah :)

Stok susu saya? alhamdulillah.. masih maintain seperti sediada, 850oz dalam botol, namun yang dalam peket2 plastik malas dikira berapa oz nye.. owh saya kesuntukan masa!

Berbalik pada soal makan anak.. saya ambil langkah2 berikut;

1. Cari info sebanyak yang  boleh.
- Saya telahpun didaftarkan sebagai ahli group pages FB : Solid Food For My Baby 
pages ni sangat2 recommended untuk semua parent.. sangat banyak info yang dpt membantu anda utk beri yg terbaik utk baby :)
- Saya khatamkan beberapa kali buku karangan selebriti terkenal, Mama, saya lapar..

saya sangat2 suka buku ini.
sangat2 tak boring, apa yang ditulis dalam buku tu macam wardina bercerita..
setiap pengalaman dia dalam memberikan makanan dan minuman terbaik untuk anak-anaknya.
yang paling best ialah... beliau seorang ibu yg menyusu secara eksklusif :) tu yang saya suka :)

2. Beli pengisar makanan yang khusus

- Saya teringin nak beli jenama Avent Philips.. tapi harganya tak boleh tahan... ermm

- Saya godek2 google terjumpa juga Baby Bullet.. erm.. harganya pun boleh tahan, kecuali kalau beli made in china, dapatlah RM 135 paling murah..
- Last2 saya dan suami pergi tesco, dapatlah pengisar nie.. Mastar Blender.. (tapi saya punya warna hijauu..)
dapat RM 49.90.. ada pengisar basah, pengisar kering, dan pengisar makanan
saya akan guna pengisar makanan tu untuk blend2 solid food untuk Athiyyah..
harap2nya ok.. dan kuatlah hati untuk di bawa ke mana2 heheheheh..

3. Beli perkakas-perkakas lain

a. Bibs - banyak dah... pakai kakak punyerrr.. orang bagi pun ade hihi
b. Mangkuk, sudu dan cawan - kak ogy dah bagi hadiah, alhamdulillah..
kakak punyee... ? ade 2 set. tapi itu "kakak punyeee..!" :)
c. Weaning bottle with spoon - ermmm nantilah kita cari ye nak..
d. High chair : mm yang ni pun nantilah kita carik hehehe

Misi untuk memberi Athiyyah makan sudah bermula :)

Assalam,

Thursday, August 15, 2013

Salam Hari Raya Idulfitri :)


Salam,

Baru perasan blog ni dah lama bersarang.. hihi
Sejak dua menjak ni, hanya sempat menjengah dan semuanya dalam disimpan sbg 'draf' hihi
Saya masih cuba berusaha untuk manage dan arrange masa-masa yang ada, 24 jam sehari..
InsyaAllah.. ada berita gembira untuk anda dari saya :)

Assalam,

Wednesday, July 17, 2013

Hasil pumping ummi hari 2 Ramadhan 1434H

Salam anak ummi,

Agak lewat ummi update, sorry yer ummi agak bz sekarang, alhamdulillah perniagaan kita pun makin maju :)

Susu hari kedua ni agak sikit, sebab ummi tak dan nak minum air 2 liter, tak ape la... masih ada rezeki anak ummi akan ummi usahakan insyaAllah :)

Alhamdulillah hasil perahan dapat 15.5 oz.. syukur.. :)

Menu ummi (malam)
- Nestum 3 in 1 perisa coklat (feveret ummi niee)
- Minum air +-2 liter
- Taufu fah
- Air soya
- Habbatus sauda 1 biji + Maajun Anggun Bistari

Menu sahur
- Nasi putih + sayur peria goreng telur + daging masak sos
- Susu natalshape
- Buah kurma 3 biji
- Air kosong 3 gelas

Alhamdulillah.. :)

Tips ummi : jaga pemakanan tak kira waktu di bulan puasa atau tak, untuk pastikan kualiti susu umi, demi anak kita ye nak :)

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1434H - Hasil pumping hari 1 iftar

Salam Athiyyah..

Alhamdulillah, hingga hari ini ummi berkesempatan menyusukan anak ummi secara fully breastfeeding. Athiyyah kuat menyusu.. dan alhamdulillah ummi masih mampu memenuhi keperluan anak ummi sorang ni. Harap-harap ummi diberi kekuatan dan ketabahan untuk terus menyusu dan hasil susu ummi tetap ok sepanjang ramadhan ni insyaAllah..

Andai diberi kesempatan hajatnya nak update blog ni tentang hasil sesi perahan susu ibu di pejabat sepanjang Ramadhan ni..., untuk simpanan diri sendiri dan juga rujukan anak-anak ummi..  semoga menjadi inspirasi buat anak-anak ummi (insyaAllah andai diberi peluang mempunyai anak satu hari nanti ye) dan juga ibu-ibu di luar sana ya.. aminn

Alhamdulillah hasil perahan hari 1 dapat +- 18oz.. syukur.. :)

Menu ummi (malam)
- Nestle cereal fitness clusters + air milo
- Minum air 2 liter (caranya : asal ada masa ummi minum range setengah jam 1 gelas air dan masa bangun susukan baby waktu malam)
- Buah kurma 3 biji
- Habbatus sauda 1 biji + Maajun Anggun Bistari
- Roti gardenia 100% wholemeal (warna hijau)

Menu sahur
- Nasi goreng + ayam goreng + sayur brokoli rebus
- Susu Natalshape 
- Buah kurma 5 biji
- Air kosong 3 gelas

Tips ummi : Direct feed baby sebelah jer pada waktu malam hingga pagi hari, jadi sesi pam 1 akan dapat banyak insyaAllah :)
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates