Thursday, August 07, 2008

MAHA 2008 EVENT


mmm.. hari ni nak cite pasal apa ye? dalam kereta, on day way balik ke rumah macam2 terfikir di kepala, nak masukkan entry kat blog hari ni. hmm skrg ni kat mana-mana ruang kat pejabat aina (MARDI) sibuk memperkatakan tentang MAHA 2008. walaupun sebagai staff MARDI aina dan rakan-rakan agak terasa dengan sikap sesetengah pihak yang mengetepikan nama agensi kami dalam mempromosikan event kali ni, tapi tak mengapalah secara tak langsung sebenarnya event ni telah memasyhurkan nama MARDI tu sendiri :-) malah ramai pihak mengatakan penganjur MAHA 2008 adalah MARDI... sebenarnya bukan... ibu kami, MOA sebenarnya :-)

so kepada semua pembaca, rakan taulan dan sahabat saya, dengan segala hormatnya anda semua dijemput untuk menghadiri MAHA 2008 yang bertempat di tapak kekal pameran pertanian di Serdang, Selangor, bersebelahan dengan ibu pejabat MARDI, berdekatan dengan UPM dan Jabatan Pertanian.

mcm2 projek naiktaraf tapak pameran diadakan hasil daripada sambutan luar biasa pengunjung pada MAHA 2006 yang lepas. lebih 7000 tapak kereta dalam tapak pameran disediakan, jalan-jalan menuju ke tapak MAHA pula dah dilebarkan, dan mcm2 kemudahan infrastruktur baru dibina.
kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi pameran ni, berikut adalah info ringkas pameran;

peta tapak maha

Tempat;

Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) Selangor
(Bersebelahan dengan ibu pejabat MARDI)
Tarikh;

11-23 Ogos 2008

Masa;
10 pagi hingga 7 petang
Info tambahan kepada pelawat;

- jumlah pintu masuk : 2 (pintu depan dan pintu belakang)
- digalakkan memakai selipar / kasut / sandal tumit rendah bagi kaum perempuan, dan pakaian cotton (bagi mengelak daripada kepanasan) dan berseluar , membawa payung (kawasan pameran sangat luas), dan membawa air mineral (cuaca panas).
- terdapat 15 trim (bas mini henti-henti) yang akan bawa pelawat ke setiap stesen
(so tak payah la risau psl cuaca panas dan kena jalan jauh hehe)

bagi rakan-rakan yang datang, bolehlah kita jumpa.. telefon saya ye... leh la kita jupe and borak2 .. kalu nk suh aina jadi tourist guide tu sshla skit, sbb kitorg kat MARDI ni pun tak familiar dgn kawasan pameran tu hehehe
. for those who want to know further about this event... can go to this website...


0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates