Saturday, August 30, 2008

Jom masak nasi ayam

Alhamdulillah, hari ni genap sembilan bulan perkahwinan kami.. pejam celik, pejam celik, kejap je masa berlalu.. syukur alhamdulillah saya masih ada kekuatan daripada-Nya untuk menempuhi hidup ini.. syukur juga dikurniakan keluarga, saudara-mara dan rakan taulan yang memahami.. hati tiba-tiba rasa sayu.. memikirkan lapan bulan hidup berjauhan dengan suami tersayang.. teringat kata-kata seorang sahabat saya yg dah lama makan garam, "onak duri kehidupan ni, kadang bila kita dah lalui, barulah kita tahu yg kita boleh lalui dan bila semuanya kembali pada keadaan yang sepatutnya kita akan senyum sendiri terkenang betapa kuatnya kita.. ms tu kita akan panjatkan rasa syukur kehadratNya.." alhamdulillah syukur...

oklah.. aina sekadar berkongsi pengalaman dengan anda hehe.. kita tinggalkan dulu segala yang berkait dengan emosi dan perasaan ok. dah seminggu tak sempat nk update blog memandangkan keadaan tidak mengizinkan (buat2 sibuk kot hehe).

malam tadi kebetulan sahabat aina, pn wardah bertandang kat umah. plan asal datang hari ni bersama-sama dengan sahabat2 office nya yang lain terpaksa dibatalkan kerana masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. so pagi tadi aina sempatlah buatkan nasi ayam utk dijamu..

terlupe nak amik gamba awal2 so ms diorg tgh makan le amik hehe

sapa-sapa yang nk resipi nasi ayam turun-temurun keluarga aina.. inilah dia... selalunya aina main campak2 jer, so kalau boleh jgn ikut exactly figure yg aina bagi, ambillah ikut sekadarnya... resipi ni aina sediakan utk 6 orang..

Bahan2
-------
1 ekor ayam - dibelah 4 - dicuci dan toskan
4 pot/cawan nasi (pot yg disediakan dlm beras tu)
5 ulas cili besar / 8-10 biji cili api kalau nak lagi pedas tambah lagi kuantitinya ye
setengah inci kunyit
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos cili

*bahan A*
halia (sebesar setengah ibu jari / setengah inci) - dimayang halus
1-2 ulas bawang putih - dimayang halus
2-3 ulas bawang merah - dihiris halus

*bahan B*
5-6 biji bunga cengkih
1 bunga lawang
1 biji buah pelaga
3-4 cm kulit kayu manis

bahan hiasan
timun
tomato
daun salad
daun sup

Cara Membuat;
---------------
inilah rupe nasi ayam aina :-)

Persediaan Nasi
- basuh beras dan toskan
- tumbuk kunyit hingga lumat
- gaulkan kunyit dengan beras tadi dan perapkan (boleh diganti dengan pewarna kuning jika tiada)

Sup Ayam
- panaskan minyak, tumis bahan A hingga kekuningan
- masukkan bahan B, tumis sehingga naik bau
- setelah naik bau, sekiranya menggunakan minyak yang banyak, buang minyak dari periuk (bagi mengelak lebihan minyak)
- masukkan air ke dalam periuk
- masukkan ayam yang telah siap dibasuh
- setelah kuah sup menggelegak, tapis bahan2 A dan B kemudian gaulkan dengan beras yg diperap tadi.
- sukat dengan cawan kuah sup tadi, masukkan dalam periuk nasi kemudian tanakkan.

Ayam Goreng
- ayam yang telah direbus tadi dikeluarkan daripada rebusan sup kemudian toskan.
- lumurkan sedikit kicap masin + kicap manis, kemudian perap seketika
- panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam tersebut (utk seketika sahaja)

Sos Pencicah
- Kisar cili api / cili besar menggunakan pengisar kering
- Masukkan garam secukup rasa, sos cili, 3-4 sudu besar sup ayam
- gaulkan kesemua bahan

Perasa Kicap
- Kicap yang digunakan utk perap ayam diambil sedikit kemudian dicampurkan sedikit sup ayam dan sedikit sos pencicah, gaulkan

Ok... dah siap.. bolehlah dihidangkan bersama timun + tomato + daun salad.. manakala hirisan daun sup boleh ditambah dalam sup ayam / nasi bergantung kepada kesukaan anda :-)

Sesiapa yang berminat, saya sedia utk menerima tempahan dari anda :-) sila hubungi saya untuk perbincangan lanjut ok :-)


0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates