Aktiviti Hujung Minggu..
Salam ... lama tak update blog nie. saya mohon maaf kepada peminat setia blog ni tapi terlalu bnyk perkara dan aktiviti berlaku minggu lepas membuatkan saya tidak punya kesempatan utk update blog nie. Bermula dengan kesibukan jadi petugas MAHA, studi dan kerja yang agak bnyk membuatkan kesihatan aina tak berapa ok, demam memanjang hehe... jumaat lepas cuba tukar rajah background blog ni, lain pulak jadinya... sediy... huhu :-(mm.. oklah. kita cite sikit aktiviti hujung minggu lepas. hari jumaat petang setelah dapat satu panggilan pulang saja dari office saya dah niat nk kemas2 rumah dan buat apa yang patut setelah seminggu membiarkan rumah tidak terurus begitu sahaja (kerana kesibukan melampau hehehe). sebenarnya malam tu aina dan cik dayah dapat teman rakan serumah yang baru, cik linda. nak dapat orang baru, tentulah kemas umah setakat mana yang bole, elakkan malu hehe.. so... to cik linda, welcome to our nice house, hopefully u'll enjoy stay in it okiess.. :-)
sebelah malamnya kerja-kerja saya pun bermula... menelaah kerja-kerja pejabat yang dibawa balik kerumah. tidak sedar jam dah cecah 3 pagi, saya cuba lelapkan mata walaupun kepala rasa berat.... tapi, sepertimana programmer-programmer lain, selagi tak siap keje dan teringat dateline mmg tak lena tido punye... jam 8 pagi saya tersedar dan terus tatap laptop didepan mata. kadang terlena sekejap, bila tersedar, sambung kembali... seharian memerah otak menyiapkan kerja-kerja pembangunan sistem hingga tidak sedar hari sudah senja.. sedar-sedar sahaja cik linda pulang dari melawat MAHA 2008..
igauan kerja-kerja ofis menghantui saya, jadi malamnya saya teruskan usaha siapkan kerja-kerja saya. alhamdulillah... usaha saya tidak sia2.. kerja saya hampir siap menjelang subuh. jam 10.30 pagi, saya dapat panggilan daripada adik-adik ajak pergi ke ekspo MAHA 2008.. kata mereka setelah zohor, jadi saya ambil masa untuk berehat dan kami bertolak jam 2 petang. saya ni bukanlah nak melawat sgt MAHA tu sbb hampir setiap hari pergi ke sana kerana bertugas, tapi saya sukakan waktu-waktu bersama adik-adik dan mak ayah...
keluargaku.. tak cukup dua org ni hehe
hubungan antara keluarga semakin rapat lantaran terlalu banyak perkara berlaku sejak akhir-akhir ni... dan.. sepanjang lawatan, kami gembira sentiasa walaupun sangat letih berjalan ke sana sini..
banyak jugaklah tempat kami lawati, hall A (agensi kerajaan), hall C(produk pertanian dan IKS) dan hall D (produk IKS). lepas asar kami ke tempat ternakan, rodeo, tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok, serta pameran mesin-mesin pertanian.
haa.. akhirnya aina dapat masuk gak dlm lensa kamera hehe
dalam keghairahan kami mengambil gambar dengan mesin-mesin pertanian yang jadi bahan pameran di petang tu, emak ditawarkan oleh pihak PORIM (kelapa sawit) untuk menjadi salah seorang peserta pertandingan mengendali jentera pemungut buah kelapa sawit.. tgk sajalah lagak mak kesayangan kami mengendalikan mesin tersebut hehe.
dalam keghairahan kami mengambil gambar dengan mesin-mesin pertanian yang jadi bahan pameran di petang tu, emak ditawarkan oleh pihak PORIM (kelapa sawit) untuk menjadi salah seorang peserta pertandingan mengendali jentera pemungut buah kelapa sawit.. tgk sajalah lagak mak kesayangan kami mengendalikan mesin tersebut hehe.
and.. i'm very proud of her, akan menyahut apa sahaja cabaran dan beliau berjaya akhirnya! heheh
kami keluar dari tapak ekspo jam 8.30 malam dan terus menuju ke alamanda untuk makan bersama dan shopping. aina akhirnya tak mampu dah nk melawan keletihan, akhirnya jam 10.30 mlm, terus pulang ke rumah kuarters setelah singgah turunkan adik-adik di rumah mak...
0 komen blog nie:
Post a Comment