Featured

Wednesday, March 30, 2011

Family Day Trip To Cameron

Alhamdulillah, cuti sekolah yang lalu dengan izinNya kami sekeluarga dibawa berjalan2 ke Cameron Highlands, walaupun banyak halangan dan dugaan yang berlaku dapat juga menjejakkan kaki di sini..

Terlalu banyak keindahan bumi ciptaan Allah dapat dihayati.. seronok dapat lari daripada ketegangan kerja, studi dan kerja-kerja rutin harian.. sesekali bercuti bersama keluarga, alhamdulillah..

So.. tengok2lah apa yang ada ye.. :)

Ni sekitar di MARDI Cameron Highlands..




@strawberry park resort..
nak gi jalan2 kat pasar malam pekan Brinchang.. sempat lagi bergambar kat dpn kete!

my love family..
semoga dijauhkan daripada segala kejahatan syaitan dan bersama selamanya :)

wat small barbeque di malam hari.. :-)

Alhamdulillah kami sekeluarga sangat2 seronok.. hubungan sesama ahli keluarga pun semakin rapat, sangat2 bersyukur atas limpahan kasih sayangNya.. :)

Nota Ummi : sesekali pergilah berjalan2.. tak perlu jauh2 atau tempat mahal, hanya untuk jauhkan dari segala kesibukan dan merapatkan hubungan :-)

Salam,

Tuesday, March 29, 2011

Cameron Day 1

Minggu cuti sekolah mac 2011 sangat best... tok ayah dan nenek sekeluarga setuju untuk bawa insyirah jalan2 ke cameron highlands.. perjalanan dari grik ke cameron ambil masa 2 setengah jam, alhamdulillah hari jumaat selamat sampai.. jom tengok gambar2 anak ummi ye..

betul2 baru smpai kat rumah..
insyirah tertido kepenatan..

insyirah dengan ayah..

dengan ummi..

insyirah dengan cik da

insyirah dengan cik tie..

insyirah tepi buah2 kelapa yg tok ayah import khas dr sg ramal :)

ini saja untuk hari pertama.. sbb kita da sampai lewat kat umah, jadi rehat dulu, pas solat asar jalan2 kat pasar malam pekan Brinchang

insyirah ngan ayah shopping kat pasar mlm pekan Brinchang

Malam hari kita sume duk umah aje... ummi dan auntie2 sibuk siap2kan makanan utk dimakan sok, sbb sok kita da nak kuar awal pagi nak jalan2 kann..

insyirah n ayah tertido lepas makan malam..

Tunggu entry next chapter untuk next day yee

Monday, March 28, 2011

Kasih ibu.. emak.. ummi

sokongan suami paling penting
sewaktu penyusuan susu ibu berlangsung..

"Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."

...

Nota ummi : Walau dah berkali2 baca cerita ni, mesti nangis.. betapa besarnya pengorbanan ibu ini.. kematiannya dalam keadaan penuh tanggungjawab, mulianya diri nya di sisi Allah.. sama2 kita berdoa semoga kita juga tergolong dalam golongan ibu sepertinya insyaAllah..

Salam,

Wednesday, March 23, 2011

Paradigma anda?


Akhirnya dapat juga dengar ikim.fm di pejabat..
Sangat seronok.. bnyk input bermanfaat diperoleh setiap hari.

Salah satu slot yg aina suka; Bersama Prof Dr. Muhaya jam 10 pagi setiap hari Selasa.

Cite hari ni, berkait tentang paradigma; berikut input yang sempat aina catit (prof cakap laju sgt bnyk input, ada yang tak sempat nk catit..)

* Paradigma :
-cara kita berfikir, cara emosi @ interpretasi kita terhadap sesuatu dan cara kita bertindak.
-menentukan tahap kesihatan, kebahagiaan dan kerohanian diri kita (emosi, fizikal, mental, jasmani, rohani)
-menentukan hubungan kita dengan manusia - cari dan bezakanlah manusia yg memberi kita nutrien yang sihat, dekatkan hubungan dengan mereka kerana sifat mahmudah akan sama tersemai pada diri kita, elakkan dan jauhi manusia yang memberi kuman @ virus yang boleh menimbulkan masalah (pengumpat, suka bercerita tentang diri sendiri dan pelbagai lagi sifat mazmumah)
- pentingkanlah pendidikan duniawi dan akhirat agar seiring, simpanan, dan sedekah..

* Saranan penting prof pada semua;
-hormatlah kepada semua makhluk Allah; tak kira sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan semua yang ada di sekeliling kita
-berbuat baiklah
-berlemah lembutlah dari segi pertuturan dan tingkahlaku
-support apa yang benar - bersandarlah pada undang2 Allah bukan undang2 manusia..

* Dua jenis kesedaran yang ada pada diri manusia;

i) kesedaran ego (MESTI dijauhi namun inilah yang paling bnyk dlm manusia)
- ego
- cepat marah / melenting
- tidak suka mendengar cakap orang lain / suka mencebik
- sangat suka fikir tentang apa orang kata
- kesedaran ketuhanan yang sangat rendah - sangat mudah putus asa
- suka menegakkan benang yang basah
- tidak memikirkan semua aspek apabila ingin marah
- hanya fikir kepuasan diri apabila marah

ii) kesedaran Allah
- pentingkan kasih sayang walaupun ingin marah
- hidup berkasih sayang dan penuh kecintaan pada Ilahi

*Prinsip utama hidup... kasih sayang... love... Ilahi akarnya nescaya akan dapat cinta lain.
L - Listen .. dengarlah apa yang diungkap dan dicerita
O - overlook .. kekurangan tidak nampak, dan melihat kebaikan pada semua orang
V - voice .. menghargai sekeliling
E - effort .. berkasih sayang sesama manusia dan makhluk Allah.

* Prinsip marah...
Marah lah di tempat yang betul..
Marah lah pada orang yang betul..
Marah lah dengan niat yang betul.. samada untuk kepentingan diri ataupun Allah
Marah lah dengan sebab yang betul.. marah kerana agama, tapi bukan peribadi manusia

* Anak2 kecil kita sepatutnya didedahkan dengan lagu seperti ini...
Anak ummi Insyirah (gantikan nama insyirah dengan nama bayi anda)
Jagalah aurat
Jagalah aqidah

Jagalah ibadah

Selamat dunia akhirat..


alangkah eloknya jika dijadikan amalan, daripada dibuai dengan lagu2 lain yang belum tentu berunsurkan islamik..

terakhir.. kata2 hikmah Prof.. Sabar itu pahit, tetapi buahnya manis... jadi belajarlah untuk sabar dalam sabar...

Semoga dapat manfaat daripada sedikit cebisan yang dapat dicoretkan melalui slot Prof Dr Muhaya...


Salam,

Monday, March 14, 2011

Khasiat Budu Terbongkar (Wikipedia)

Sumber dari: Wikipedia

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Hidangan ikan bakar cicah budu.. purrghh..

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Friday, March 11, 2011

Cuti sekolah

gambar meja ofisku sekadar hiasan.. :)

Hari ni hari jumaat, jalan menuju ke tempat kerja masih spt biasa, namun terasa bahang ibu bapa yang ada anak2 kecil yg masih bersekolah. Bukan apa, masa kecil2 dulu, cuti sekolah waktu yang paling ditunggu, mesti balik kg paling kurang 4 hari.

Sbb balik kg mmg best.. hehe

Jumpa sepupu.. semua berkumpul kat umah mek dan tok ayah..
Sekarang masing2 dah besar, mak ayah dah mula rasa hilang rasa hangat nk balik kg bila aina dh mula kerja.. adik2 dah masuk u.. masing2 cuti tak sama, ada yang bole cuti, ada yang masih periksa, ada pula tak boleh cuti..

Masing-masing terasa seperti jauh.. tapi alhamdulillah kini, masing2 cari alternatif untuk cari peluang berkumpul, tak kisahlah kalau x dapat balik kg, sbb ada yang dah kawin (aina lah tu) dan ada komitmen sendiri..

Jadi, next week, ibu bapa yang ada anak kecil balik kg, kami sekeluarga pula akan bercuti insyaAllah.. dapatlah aina hirup udara luar yang nyaman, keluar dari kesibukan kerja dan studi..

Dan.. tak sabar nak tunggu lusa.. nak berehat, sbb hati rasa tak tenang kelas esok ada test.. doakan aina dapat jawab ye..

Note ummi : happy dgr kabar mak long getting better, berharap dapat berjumpanya satu hari nnti.. and a lot of thanks to abang tolong jagakan insyirah.. sehari shift utk esok tu.. nnt syg belanja makan eh ;-)

Salam,

Post comel :)

saja menempek gambar anak ummi yg comel.. hihi

kalau perasan gambar ni, cara jelingan anak ummi ni sama mcm ms kecik dl..

ummi sgt suke gambar ni! :)

aa.. ni cara duk yg sopan kaa..?

Thursday, March 10, 2011

Gigi anak ummi

haa.. besar mulut insyirah! dah berbulan2 anak ummi tumbuh gigi, baru kali ni ummi dpt tangkap gambar gigi yang comel tu hihi. ni list gigi insyirah yang dah tumbuh;
- gigi dpn a.k.a gigi arnab :) atas bawah dah naik sume
- gigi taring (br tumbuh skit, demam ms maulidur rasul aritu)
- gigi geraham atas dan bawah (ramai tak caya gigi geraham anak ummi dah tumbuh.. yer laa..)

haa.. mood baik.. dia x tau ummi nk amik gambar gigi dia! haha

eleh.. malu2 gitu..
kalu tanye "gigi insyirah mana?" mesti anak ummi jawab "ni......" sambil bukak mulut besar2.. hihi
wat masa ni masih x dpt nk ajar guna berus gigi dgn betul, sbb insyirah main2.. bile tgk ummi berus gigi diala yg paling sibuk nk join sama, tp x jadi2.
skrg ni ummi lap2 dl.. satu masa nnt kena berus tul2 ye nak!

Tuesday, March 08, 2011

Semoga semuanya selamat.

sehari sblm pembedahan..
gambar kredit to abe mie

Maklong,
Kakak sulong emak, sangat dikagumi sifat keibuan yang beliau dalam dirinya.
Kini beliau ada di hospital, baru saja selamat menjalani pembedahan tulang belakang..

Keperitannya kami rasai..
Walaupun aina dan sepupu yang lain hanya anak saudaranya..
Kerana beliau layan dan anggap kami macam anak sendiri..
Kalau datang umah, mesti licin segala kerja umah diselesaikannya..
Kalau pergi mana-mana.. bila tau ada anak saudara di situ, mesti dicari dihantar apa saja yang ada..
Bila datang kl, mesti bawa seguni beras, durian, budu, buah-buahan dan segala yang bole dibeli dan dimuatkan dalam bas..
Bila anak saudara duduk di kelantan, dialah org yang mempertanggungjawabkan dirinya untuk menjaga kami..

otw ke bilik pembedahan jam 8.45pg tadi..

Aina pernah rasa kasih sayangnya itu.. hingga kini masih terasa..
Maklong bagaikan ibu kedua.. bila duk jauh, dia yang isi kekosongan kasih sayang seorang ibu..
Maklong akan masak dan bawa makanan kegemaran aina.. juga makanan kegemaran Dr Hanan anaknya..
Dan pastikan ada bekal untuk aina makan pada waktu malam setelah beliau pulang..
Bila aina nak bertunang dah berkahwin, maklong lah antara org paling sibuk, dipastikan aina dapat jodoh yang baik dan boleh jaga aina.. dipastikan segala masakan dan event yang akan diadakan berjalan lancar.. menitis air mata .. bila lihat sesampainya maklong di rumah, ditukar tudung dan pakaian, terus ke dapur...

Kasihnya pada anak saudara bagai anak sendiri.. tidak tertanding dengan yang lain..
Terlalu banyak.. hinggakan anak2 saudaranya memanggilnya 'ma(singkatan pada mama)' sama seperti anaknya..

Doakan semoga maklong cepat sembuh.. doakan keselamatan dan kemudahan untuknya...
Seperti mana beliau yang tidak pernah mengata orang, sifat mahmudahnya terserlah... dan selalu memudah dan menyenangkan org disekitarnya..

Hati ini rasa resah gelisah.. ralat tidak dapat balik ke kampung menziarahi, semoga akan dipertemukan dengannya nanti..


Salam,

Sunday, March 06, 2011

Sambut Maulidur Rasul

Hari ni anak ummi dah masuk usia 1 tahun 8 bulan, lagi 4 bln menuju 2 tahun.. ummi update blog ni lepas bagi bak kat insyirah.. lepas 2 tahun, kalau insyirah tak minta bak, ummi pun tak bagi, smpai lah insyirah selesa tidak bertemankan bak ye syg.. hihi. skrg ni kita kat umah mak long ogy ngan pak long, jalan2 kat umah diorg sbb ade kenduri mak dan pak long nk g wat umrah.. sekarang ni anak ummi duk mandi manda dgn kak firah, ummi tak jenguk pun sbb takut anak ummi ngada2 nk panggil ummi, biarlah ayah yg pantau dan uruskan anak ummi berseronok main air ye :)

Sebenarnya dah lama nk update blog anak ummi, tak berkesempatan, tuntutan kerja dan sekolah ummi terpaksa ummi dahulukan.. jadi ada sikit masa terluang ni ummi update la. anak ummi secara rasmi pakai tudung waktu sambutan maulud Nabi Muhammad s.a.w di umah kita, apartment bangi idaman.. insyirah takde baju tutup aurat warna kuning, jadi tak sedondon ngan ayah..

Ummi sebenarnya tak bajet pun anak ummi nk bangun awal dan berarak beramai2 keliling apartment 4 buah tu, tp tak sangka pulak anak ummi bangun, ayah mandikan dan anak ummi dgn ok nye boleh ikut.. ummi lewat siap, jadi tak sempat join perarakan. comel anak ummi pakai tudung, habis je 2 round.. smpai khemah amik gambar pastu anak ummi terus buka tudung! hihi, pandai yee... ;-) tak pelah nak, ummi tak paksa.. ayah bagi kelonggaran selagi tak sekolah, insyirah tak perlu pakai tudung full lagi ye nak.. nnt dh start sekolah insyirah kena full pakai tudung ye.. comel kan.. muka sebijik mcm muka kak firah :)

Special breakfast!

Roti jala special cicah kuah kari ayam..
yummy.... :)

Entry lama yang difresh kembali..
Aritu kena hantar insyirah di pagi hari, otw g kerja.. waktu tu abang kena kerja pagi.
Macam biasa singgah dulu umah mak, nak bagi insyirah menyusu dan nk bagi insyirah main2 dengan neneknya dl sblm pegi 'sekolah'.
Tertarik dengan sarapan pagi mak kali ni, gara2 terpinga2 baru bangun tido mak terambil perisa + pewarna sirap.. tapi bila dimakan sedap aje mak! hihihi ;-)
Otw gi kerja, terpikir sendiri, kuatnya semangat mak, sakit2 masih bangun buat sarapan untuk suami yang nk pergi kerja dan anak2 yang nak ke sekolah dan kerja..
Itulah pengorbanan seorang ibu..
Dan... aina sangat2 menghargai kata2 seorang perunding motivasi "Tidak dinafikan wanita memang hebat!"
Ya... melihatkan emak.. aina sangat2 mengakuinya...
Kalau mak tak ada.. tak tau na macamana mak..

Salam,

Monday, February 28, 2011

Aktiviti Penuh


Seawal tahun diari dah penuh dengan macam2 aktiviti.. dari awal januari hingga disember. bnyk betul. mak kata mengalahkan menteri hihi. erm tul la mak, bila dah kawen mcm ni lah.. dlm diari tu kena letak sekali aktiviti suami, dan keluarga dua-dua belah pihak..

Awal tahun ni aina mula kembali ke dunia belajar. Hampir 2 tahun tangguh belajar, yang hanya tinggal 4 subjek. Sudahnya tinggal 1 subjek, statistik. 3 kali drop sem dek kerana macam2 perkara yang menghalang akhirnya awal disember lepas dapat juga bljr semula subjek ni. Alhamdulillah, ade hikmah di sebalik 'halangan' itu. Dapat bertemu dan menuntut ilmu semula dgn Dr. Ismail Mohamed, pakar matematik dan statistik utm, juga pensyarah yang sama masa amik subjek statistik tahun 2008 yang lepas.

Hikmahnya.. ye.. setelah sekian lamanya menuntuk subjek statistik ini, akhirnya aina dapat kuasai teknik dan apa yang ingin disampaikan oleh subjek tu. sebelum ni perkataan 'takut' dan 'gerun' menguasai. apatah lagi subjek ni diambil di semester akhir, risau akan menjatuhkan nilai CGPA yang ada (sbb yang ada pun rendah amat..erm). sekurang2nya setelah pertemuan ke-3 (termasuk sabtu lepas) aina punye kekuatan dan keyakinan untuk tingkatkan tumpuan dan usaha moga target yang diingini tercapai. doakan ye.. :)

Berbalik pada topik aktiviti tahun ni yang penuh.. ye.. sangat2 penuh.. list job to do amat pjg. bila dah statusnya isteri, ummi, pelajar, pekerja (faham sajalah bila duit tiada, kuantiti yang dikejar namun kualiti entah ke mana), anak sulung (event2 besar keluarga yang akan berlaku insyaAllah), menantu..erm.. dan ada 2 perkara penting dalam hidup aina dan abang akan berlaku, rasa risau.. semoga semuanya dipermudahkan..

Nota : sebenarnya kepala selalu rasa berat.. mungkin banyak yang difikirkan.. semoga Allah beri ketenangan dan permudahkan segala urusan kami... aminn..


Salam,

Wednesday, February 23, 2011

Rindu si kecil

Entah kenapa rasa rindu pada si kecil ummi sorang ni.. malam tadi insyirah tak boleh tido..
Dia sakit perut rasanya.. merengek2.. tapi sesuai dengan sifatnya yang kuat semangat dan matang, tertidur lena juga dalam dakapan ummi..

Rindu kat insyirah..

Thursday, February 17, 2011

Puisi hati :-)

Ku tidak kuat..
Tidak kuat emosi mahupun fizikal..
Kadang hati terfikir tentang apa yang jadi,
Mengapa begitu, mengapa begini..
Yang ku tahu, ia lumrah alam..

Orang kata aku tiada masalah..
Sebenarnya terlalu banyak masalah..
Namun ku tahu Allah itu ada..
Dan setiap perkara ada hikmah tersembunyi olehNya..

Walau hati selalu goyah..
Walau diri selalu terkesima..
Walau jasad sentiasa tidak terbiasa..
Namun sifat memberi dan sentiasa positif sentiasa ada di diri ini..

Ye.. kadang hati terfikir..
Alangkah tidak logiknya apa yang berlaku..
Ku diuji dengan dunia yang serba serbi penuh dengan penipuan..
Namun ku tahu itulah dugaan..

Terima kasih abang..
Atas segala pengorbananmu memahamiku..
Sentiasa di sisi tika hatiku menangis..
Kaulah teman rapatku,
Jodoh kita adalah jodoh Allah,
Syg bersyukur dan sangat bahagia disisimu..

Terima kasih emak dan ayah..
Atas segala yang telah dilakukan untuk anakmu..
Ku tidak tahu apa akan terjadi pada diriku..
Andai.. takdir memisahkan duniawi kita..
Kini ku jadi ummi, baru ku tahu betapa tak ternilainya pengorbanan keduamu..
Terima kasih emak.. terima kasih ayah...

Terima kasih adik-adikku..
Dikala k.na susah.. koranglah yang sibuk2kan diri..
Dikala k.na jatuh.. koranglah yang jadi anak sulung "tambatan" hihi..
Itulah keluarga.. dicerai2kan pun tidak akan putus talinya..

Terima kasih saudara mara sepupuku..
Layanan istimewa untuk ku diberi setiap kali bertemu..
Semoga ikatan kekeluargaan kekal utuh hingga ke anak cucu..

Terima kasih sahabat..
Kerana kau hadir tika hatiku gusar.. tika diriku jatuh.. tika diriku dalam kesedihan..
Dunia ini ramai kawan, namun sukar untuk mencari sahabat..
Ku kan ingati tali yang terjalin selamanya, insyaAllah..

Dalam tangis hatiku gembira bahagia,
Dalam sukar diriku tabah menempuhi cemuhan dan dugaan..
Terima kasih semua.. :-)

Wednesday, February 16, 2011

Petua Harmoni Rumahtangga


Sejak dulu suka baca dan dengar perihal motivasi diri.. best.. daripada rasa negatif diri boleh bertukar jadi positif.. masa kecil2 dulu zaman sekolah ustazah ada bagitau tentang.. "..Fahami dan selami apa yang diberitahu, tidak mengira siapakah orang yang berkata2 itu.." Fikir2kan ya..

Tak boleh nak tulis panjang, ada beberapa tuntutan kerja yang perlu diselesaikan, jadi aina kongsi sedikit pengisian yang aina dapat masa dengar slot bersama Dr. Tengku Asmadi, pengasas MAP Training berkenaan soalan "Apakah 3 petua yang disarankan Dr. untuk keharmonian rumahtangga".. jawapan beliau;

pertama.. Solat Berjemaah
Untuk yang bergelar suami @ ayah, digalakkan solat berjemaah di masjid, namun carilah satu masa untuk jadi ketua @ imam solat berjemaah di rumah bersama-sama isteri dan keluarga. Selepas solat boleh selitkan waktu santai untuk berbual dan memberi sedikit nasihat / pesanan untuk isteri dan anak-anak. Kasih sayang Allah akan mengalir dalam tubuh hambaNya dan termetrilah kasih sayang diantara mereka yang berjemaah bersama-sama. Jangan jadikan anak-anak kecil penyebab suami isteri tidak solat berjemaah.. kenakalan itu perkara biasa... namun jika itu yang dilihat anak kecil dia akan sendirinya terdidik untuk solat berjemaah dikala umurnya matang kelak..

kedua.. Makan Berjemaah
Beliau tegaskan pentingnya makan berjemaah, bagaimana banyak hati menjadi satu jika kita makan bersama.. masa nilah kita boleh berbual, bertanya khabar, bergurau mesra setelah seharian suntuk kita bekerja. Hal ni ditegaskan oleh mak aina sewaktu nak mula berkahwin dulu. Mak selalu pesan biar masakan kita tak sedap dan ringkas, tapi amalkanlah keluarga kita merasa air tangan kita selalu.. dan MESTI makan bersama.. Dulu aina ikut saja kata mak, tapi sekarang dah faham kenapa mak pesan gitu :)

ketiga.. Niat
Amalkan selalu pada diri dan ahli keluarga tentang pentingnya setiap perkara dimulakan dengan Basmallah dan diniatkan kerana Allah.. pasti keceriaan dan sinar positif akan sentiasa ada dalam diri.. dan aura positif dan ceria itu akan memenuhi segenap ruang diri ahli keluarga insyaAllah..

Sebenarnya banyak kali dengar tentang pentingnya tiga perkara ni.. tapi saja je bile dengar kali ni ambil dan nak tempek dalam diari maya ni.. just untuk ingatan diri dan rakan blogger, kalau rasa ada yang tak kena, boleh ku semak kembali.. :-)

Monday, February 07, 2011

bercuti dan balik kampung..

Petang ahad smlm baru pulang dari kampung, sejujurnya memang rasa penat yang amat..
Dari kl-grik, mujurlah tak jem, keluar 5 pagi, jam 10 dh smpai alhamdulillah..
Tup.. tap.. tup.. tap.. hari sabtu..
Jam 8.30 pagi bertolak dari grik ke kelantan, alhamdulillah tak da masalah cuma jem skit kat kok lanas jadi smpai di rumah mok ketereh jam 12.30 tengahari..
Mandikan insyirah, makan tengahari, dan teruskan perjalanan ke rumah ayah ngah di jerteh.. dapatlah rasa kambing dan kek coklat yang sgt sedap :) tp ralat sebab x dpt mkn cheesecake.. hopefully k.ijah dpt wat lagi khas untuk org2 yg tak dpt huhu :(
Jam 4 petang, pulang ke rumah mek di gong kemuning.. lepak2 kejap, minum ais kacang berharga RM1, tak tertanding langsung dengan kat tempat lain kompem rm2.50 ke atas.. sbb isinya saja 12 jenis, air manisnya saja 6 jenis! penuh mangkuk hihi.


pagi ahad, jam 5 pagi bertolak pulang ke kl, smpai di persimpangan bukit bakar terkejut kereta sgt bnyk, masing2 beratur mengambil tempat..
smpai di hentian R & R gua musang, makanan semuanya habis..
terpaksa menjejak satu persatu kedai seterusnya, akhirnya dapat juga makan di merapoh,
itupun telur goreng saja sebab sume habis..
tp tak pe lah, insyirah tetap makan dan kenyang tanpa ragam..
dan setelah 12 jam berlalu akhirnya smpai juga di bangi..
kerana kereta bergerak sgt perlahan tika dh smpai di raub hinggalah plaza tol gombak..
sangat letih, sbb dh lama tak terkena jem begitu..

teringat cite dulu2.. ms belajar, pernah terkandas kat bukit putus akibat banjir..
tanpa sebarang bekalan mahupun perhubungan digital selama 9 jam..
perjalanan itu, menaiki bas dari kl ke kelantan ambil masa 23 jam.. kesian melihat anak2 kecil, bila tunggu banjir tak surut2, masing2 ambil keputusan untuk patah balik, redah sajalah apa yang ada di stesen minyak petronas tika itu..
dan.. sian kat mak ayah fikirkan tentang aina yg langsung x dpt dihubungi..

erm.. itu semua pengalaman balik kg.. bile dikenang sgt seronok walaupun perit :) apapun aina sgt suke balik kg, jumpa saudara mara.. cuma tak seronok bila ada yang tak memahami dengan pembahagian hari kami pulang ke kampung.. di sana ibu bapa, di sini tok nenek dan saudara mara.. erm.. moga2 nanti akan difahami situasi dan keadaan.. amin..

pada abang, terima kasih sbb sangat memahami dan menerima keadaan seadanya.. itulah lumrah bile berkahwin dgn anak sulung, cucu perempuan sulung, dan anak kita adalah cucu sulung :-)

Tuesday, February 01, 2011

tiap hari kisah sedih..?

salam..

2,3 hari rasa nak update blog, tapi asyik tak jadi. sebab, asik terbaca kisah sedih..
dl2... masa duk dengan mak, jam 8 malam tgk berita, jadi tahu hal dunia..
sekarang, bila dh duk sdr, dgn kata lain bila ada astro.. dan dgn kata lain juga bila dh ada anak, jam 7mlm hingga azan isya' tu hanya pasang line oasis, harap dapat membantu si kecil insyirah kembangkan pemikirannya dgn alunan zikir.. suka dgr insyirah berzikir dgn loghatnye hihi..

sudahnya, lambatlah sikit dapat tahu tentang situasi di negara Mesir.. mungkin kerana rakyatnya dah tak mampu nak tahan sabar.. erm tak nak cite lebih2, cuma semoga sahabat2 yang terlibat yang mana keluarga mereka di sana, khususnya sahabat littlemiskhah harap2nya dapat bersabar, hanya doa mampu aina berikan semoga semuanya selamat..

suasana di mesir..

kisah perkembangan pelajar malaysia boleh lah lihat di sini

apa dah jadi dengan dunia ni... hermm..

sementelah tu.. sblm ni, saya terbaca kisah adik Qistina di blog momma mia, hati rasa runtun.. bila bercakap soal kesakitan anak kecil, aina tak mampu selindung rasa sedih di hati.. hampir setiap hari baca kisahnya di fb dan setiap kali baca lah air mata keluar mencurah2.. mujurlah di pejabat duk dalam bilik, kalau kat luar malu rasanya org tgk kita menangis.. belum lagi ditambah timbulnya cerita rekaan itu ini tu :)

adik Qistina yg sgt comel..
bayangkan umurnya br 4 bln bergelut dgn nyawa..

semoga adik Qistina dan adik2 lain yang masih bertarung kuat, tabah dan semoga mendapat kesembuhan dariNya! marilah kita sama2 berdoa dan menderma.. kalau ada masa eloklah pergi melawat bagi kekuatan pada ibunya.. walaupun 10sen, tetap memberi makna pada mereka tika ini..

namun, hidup perlu diteruskan bagi kita semua.. erm malam ni nak balik kemas2 umah dan barang, akan pulang ke grik dan kelantan waktu cuti ni.. tak sabar rasanya nak jumpa sanak saudara, doakan perjalanan pulang kami selamat ye..
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates