Pendidikan hati dan emosi , tips2 peneguhan iman dalam diri anak-anak
Assalam, sedikit catatan slot Usrati, radio ikim.fm
Tetamu Undangan : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Pendidikan hati dan emosi , tips2 peneguhan iman dalam diri
anak-anak;
1) Niat
-
Bermula daripada awal bangun tidur hingga tidur
-
Sekecil-kecil perkara hingga sebesar2 perkara
-
Setiap perlakuan dan tindakan yang sama
mempunyai respon dan keputusan yang berbeza berdasarkan niat
-
Penerapan niat melakukan sesuatu kerana Allah
-
Contoh analogi : Dalam sebuah kelas, tiba-tiba ada orang
ketuk pintu, namun ustaz yang mengajar menyuruh anak murid yang duduk di depan
pintu duduk daripada bangun, tetapi meminta anak murid di depannya buka pintu
(kedudukan jauh dari pintu). Tindakan ustaz menimbulkan tanda tanya anak-anak
muridnya. Usai kelas, ustaz menerangkan tindakannya. Ditanya pada anak murid
yang berdekatan pintu, “apa niatmu semasa bangun hendak buka pintu?” “tiada”,
jawab murid tersebut. Ditanya pula pada anak murid yang dihadapannya “apa
niatmu semasa bangun hendak buka pintu” “alhamdulillah saya sempat meniatkan beberapa
perkara, jika yang ada di pintu itu musafir, ku pinta Allah bukakan
seluas-luasnya rumah ini untuk diduduki musafir tersebut, jika yang ada di
pintu itu pencari ilmu, maka ku niatkan semoga Allah permudahkan beliau
menuntut ilmu..dan lain-lain lagi”. Begitulah perbezaan perbuatan yang sama,
tapi hasil yang berlainan berdasarkan niat.
2) Solat
-
Batasan waktu untuk jd lebih baik drpd terbaik
-
Membentuk persepsi anak2 terhadap ibadah solat
-
Menggunakan masa2 sukar anak2 sebagai kesempatan
utk diberi kefahaman ttg ibadah solat (manusia itu ditimpakan dgn kesusahan,
keresahan dan memberi respon yang pelbagai, tamakkan kebaikan, dan Allah
berikan pengecualian kepada org yg menjaga solat) jika tidak solat maka tidak
akan dijaga oleh Allah
3) 3) Ilmu
-
Cintakan anak-anak dengan buku – sbg wasilah
penting utk dapatkan ilmu
-
Kata-kata seorang cendikiawan : “Saya
berpendapat anak-anak sedari awal perlu dibiasakan dengan ketamakan terhadap
buku, melahap segala pengetahuan dalam buku”
4) 4) Penanaman jiwa kompetitif yang sihat
-
Boleh belajar menjadi orang yang menang, boleh
belajar menjadi yang kalah
-
Kemahiran supaya anak boleh masuk kurikulum
-
Memupuk nilai keyakinan, keikhlasan,
kesungguhan, kesungguhan
-
Penerapan jiwa yang suka bersaing dan bertanding,
anak tidak malu untuk masuk bertanding
-
Kesan : jiwa yang berani, pernah berasa orang yg
menang dan mensyukuri, orang yang kalah kerana kurang dekatkan diri dgn Allah
Soalan pendengar;
Cara menyelami perasaan anak-anak dan menangani perasaan
kekurangan kasih sayang dan perhatian dari kita.
Respon ustazah;
Ibu ayah yang baik perlu beri laluan kepada anak-anak utk
meluahkan perasaan mereka terhadap ibu bapa mereka, daripada luahan mereka kita
dapat tahu kondisi rumahtangga kita (hati ke hati, one to one, barulah disusuli
dengan many to many). Perkataan “tapi” “Cuma” adalah kunci utama kepada titik
jawapan yang ingin diberitahu oleh anak.
Ibu dan ayah perlu raikan perasaan dan apa yg ingin diluahkan tentang
kita, berlapan dada untuk menerima luahan tersebut.. berkumpul semula dengan
keluarga, selesaikan secara baik, agar mereka memahami kondisi kita, dan kita
memahami perasaan dan emosi mereka.
Assalam,