Featured

Friday, May 17, 2013

Beg dan barang2 kesayangan dah kena kebas....

7 Mei 2013.. hari yang agak mendukacitakan aku. Kerana mata yang dah tak tertahan sakit (timbul nanah yang agak besar di mata sblh kiri) aina ambil keputusan untuk pergi ke klinik homeopathy di PKNS Bangi. Tak lah awal mana (tapi kalau dah dekat market tu kira awal la) jam 9 pagi sudah sampai, dapat sbg pesakit yg pertama, habis urusan di klinik terus keluar dari premis jam 10 pagi, terkejut bila tengok cermin pintu kereta bahagian belakang dah retak!. Terus teringat beg pam susu dan buka pintu habis terburai cermin kereta... terlihat dua beg kesayangan dah selamat diambil oleh orang-orang tak bertanggungjawab. 

Sasaran 1 : beg pam susu (sebijik macam ni tp warna hitam tidak bercorak)  

Sasaran 2 : beg tangan (letak di bahagian bawah beg pam ditutupi dengan baju t-shirt
Beg pam susu yang baru saja dibeli untuk adik pakai masa bertugas di SPR lesap bersama-sama pam susu kesayangan, medela FS... alhamdulillah Allah masih beri saya peluang kerana IC dan semua kad bank ada bersama dalam simpanan saya waktu saya naik ke klinik. Namun sedih kerana dalam handbag itulah tersimpan 3 bentuk cincin (cincin risik, tunang dan kahwin) serta rantai tangan yang mak bagi pada Insyirah lesap bersama-sama handbag...

Handbag yang hilang satu-satunya hadiah daripada abang sempena majlis konvokesyen ijazah pada tahun lepas dan juga hadiah hari lahir saya, satu-satunya pemberian yang saya amat syg... teringat lagi kata-kata abang masa beli beg ni "... dapat tahan 1 tahun pun x pe.." rupanya memang cukup2 1 tahun nikmat kebahagiaan memiliki beg itu hilang di tangan pencuri... 

Namun masih ada rezeki saya, tab note 10.1 pemberian abang tidak diambil (mungkin tak perasan kerana warna sama dengan warna pelapik kereta)... kalau tak tentu kecewa tak mampu nak kata apa..

Allah menguji saya dengan kehilangan barang-barang kesayangan... alhamdulillah saya 'dirompak' sebegitu, kata ayah, tentu keadaan lebih parah kalau saya keluar kereta bawa handbag berjalan menuju ke dalam kompleks PKNS, kalau diragut mungkin akan melibatkan nyawa dan tubuh saya yang baru saja bersalin, ye.. Allah itu Maha Mengetahui, ketentuanNya penuh hikmah yang tidak terjangkau dek fikiran kita..

Sedih, memang sedih... semua barang-barang kesayangan hilang sekelip mata, namun syukur nyawa masih ada di tubuh dan dapat melihat mak ayah, suami, anak-anak... semua tu nikmat tak terbanding untuk diucapkan... alhamdulillah.. :-)

Bila aina ingat-ingat balik, aina lupa nak baca doa "Bismillahillazi La Yadhurru.. .. ila akhir" masa keluar dari rumah dan keluar dalam keadaan tergesa-gesa. ya... itu kesilapan paling besar..

Dan, bila buat report di balai polis, jumpa pegawai penyiasat, pak polis tu siap pesan suruh pakai beg warna-warni macam karton... dan kalau nak pakai yg macam korporat pun letaklah kat bonet kereta.. sebab, beg sekolah yang dilihat seolah-olah beg laptop pun dikebas 'orang itu'! hihi... semoga kita semua lebih berhati-hati dan ingat Allah sentiasa, ya :-)

Assalam,

Wednesday, May 15, 2013

Shopping @ PBAKL 2013


Alhamdulillah rezeki, dapat jugak jejakkan kaki ke PBAKL 2013, bertempat di PWTC. Kalau harapkan pergi sendiri, tak tau nak pergi bila, 2 tahun lps, sanggup angkut Insyirah pagi-pagi, mandikan Insyirah kat toilet PWTC lagi hehe :) alhamdulillah, Insyirah tak bnyk ragam, sbb cik ru nya ada utk membantu :-)

Tahun ni banyak buku yang nak dibeli, tp sebab kewangan tak berapa membantu, jadi hanya renew langganan karangkraf dan beli beg sekolah Insyirah je, beli kat Ana Muslim, harga RM23.90, bolehlah... harap-harap lepas ni banyak lah syarikat lain yang ambil inisiatif untuk wujudkan produk anak-anak muslimah.. biar banyak variety yang ibu bapa boleh pilih untuk anak2 hihi :-)

So far PBAKL kali ni bolehlah ... cuma agak mengecewakan bila tak berapa friendly daripada sudut ibu yang mempunyai anak untuk disusukan, harap-harap pihak penganjur boleh pertimbangkan (akan datang) untuk banyakkan tempat berehat untuk keluarga, dan letakkan semula kerusi di toilet untuk bantu ibu-ibu menyusu seperti saya buat kerja-kerja pengepaman hihi.

Sesekali seronok bila melepas, cuma rasa sedih bila tak ramai lagi pihak yang menyokong penyusuan susu ibu.. Entah kenapa, hati terusik bila ada sekelompok wanita yang menggelakkan dan menyindir saya sewaktu saya mengepam susu di toilet (terpaksa ok.... tak ada tempat lain dahh... cari surau tak jumpa2). Saya buat demi anak, itu tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Mula-mula terfikir juga, mungkin mereka masih belum kahwin atau dah kahwin tapi tiada anak, tapi bila dah berlebih-lebih sindir dan kutuknya, hanya doa ku kirimkan dalam hati buat sekelompok wanita-wanita tadi, "semoga anak-anak mereka sihat-sihat sejahtera selalu..." itu sahaja pengubat hati..

Assalam,

Friday, May 03, 2013

Ianya tak sampai 10 hari...

Ini entry yang telah lama di drafkan... baru sahaja disambung taip dan dipaparkan untuk simpanan dan kenangan penulis...

Lama saya draft post kali ni. Tak sanggup nak taip. Bila taip sikit, airmata bergenang, pergi ke toilet, lepaskan kesemua airmata yang tak sabar-sabar nak keluar.

Tak sampai 10 hari mek pergi tinggalkan anak menantu, cucu dan cicit-cicitnya, kami terpaksa terima berita kehilangan tok ayah.. tok ayah yang sangat2 penyayang terhadap isteri, anak, cucu cicit nya dan semua orang sekeliling, lemah lembut tutur kata budi bicara, pergi selama-lamanya..

Arwah seorang yang sangat rendah hati, konsisten bangun malam mengerjakan ibadah sunat.. bibirnya hanya mengucapkan zikir dan bacaan ayat-ayat Al-Quran, telitinya beliau dalam menjaga dirinya sewaktu ingin menyembah yang Esa... beliau akan pastikan dirinya mandi, dan berpakaian cantik (kopiah, kain solat bergosok) sebelum solat.. dan kerana itulah hidupnya teratur.. cara duduk, makan, dan semuanya...

Sebenarnya perasaan saya berkata tok ayah dah tak lama, hanya menunggu mek timbul bila balik ke kampung masa mek meninggal hari tu.. sayu rasanya hati bila kucup dahi tok ayah, berat hati nak tinggalkan tok ayah untuk balik ke KL.. seolah tak akan bertemu lagi dengannya... dan perkara itu memang betul2 terjadi...

Kini kedua-dua orang permata hati anak, menantu dan cucu-cucu telah pergi... pergi meninggalkan kami selama-lamanya...

Lepas ni..

Tiadalah lagi orang yang akan sibuk-sibukkan diri bila dengar anak bongsunya nak balik kampung...
Tiadalah lagi orang yang akan hafal kesemua tarikh-tarikh penting anak menantu dan cucu-cucunya..
Tiadalah lagi orang yang akan mula-mula telefon bertanya jam berapa kami sampai di KL bila pulang.
Tiadalah lagi orang yang akan suka merasa makanan baru... belajar perkara baru...
Tiadalah lagi orang yang akan bercerita macam-macam kepada cucu-cucunya... terutama cerita tentang kucing hitam mak..

Saya tahu, besar impaknya bila arwah mek dan tok ayah pergi meninggalkan kami... walau saya tak dapat menatap wajah kedua-duanya buat kali terakhir, namun hanya Allah yang tahu betapa teringinnya saya mencium mereka buat kali terakhir namun apakan daya... yang pasti, tiap kali teringat, doa dan AlFatihah saya sedekahkan buat mereka, moga kedua-dua arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman..

Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas roh-roh mereka, Alfatihah...

Assalam,

Wednesday, April 24, 2013

Testimoni... ipad Islamic

Baru-baru ni beli ipad Islamic versi terbaru.. cadangnya untuk alihkan perhatian Insyirah drpd terus leka dan melasakkan diri guna tab note 10.1 yang sgt2 saya sayang sbb tu hadiah istimewa drpd abang.

Dengan harga RM40... kami suami isteri agak kecewa dengan 'mainan' baru produk China ni..

- awal-awal lagi Insyirah tanya, "..ummi, kenapa tak boleh buat macam ni? macam tab ummi.." maksudnya tak boleh nak swipe macam kita guna tab
- kalau dah target untuk kanak-kanak, sepatutnya pembuat barang ni lebih peka, yakni bukan guna suara dewasa, tapi gunalah suara kanak-kanak yang lagi mudah untuk ditarik perhatian..
- butang volume. nak kuatkan atau perlahankan pada butang yang sama, jadi kalau anda nak perlahankan volume anda kena tekan sampai volume paling kuat terlebih dahulu, begitulah sebaliknya.. hehehe bagus2x
- markah yang saya berikut : 1/10 .... huhu..

Saya pasti, harganya jauh lebih / lagi murah jika dibeli di pasar malam... tp sebab terlalu ghairah dengan tawaran di internet, inilah faedahnya :-)

Saya juga berniaga, jadi kenapa peniaga-peniaga, teliti dan kenali dululah produk yang anda ingin jual, bukan hanya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dunia semata...

Salam,

Monday, April 15, 2013

Ummi mula kerja!

Salam,

Hari ni, 15 April 2013 dengan rasa berat hati tinggalkan Athiyyah pergi kerja. Ye... kerja. setelah 2 bulan lebih bercuti bersalin...

Perasaan..? bercampur baur, kerana sudah 3 hari tak cukup tidur.. Athiyyah betul2 merajuk, malam berjaga, siang tidur lena tak kira apa yang berlaku. Kali pertama bawa kereta setelah hampir 10 minggu bercuti daripada memandu, memang terasa pelik bercampur pening hihi..

Saya, masih lagi bersangka baik dengan kebanyakan orang, semoga perasaan sangka baik ini berpanjangan hingga bila-bila...
Tapi sepanjang perjalanan saya terfikir, alangkah bahagianya kalau saya dapat capai impian yang satu itu... yee... saya bertekad untuk mencapai impian itu satu hari nanti! supaya saya tidak terbelenggu dengan keadaan terpaksa dan perasaan yang bercampur baur ini.. dan saya bertekad untuk berusaha ke arah itu,  InsyaAllah :)

Assalam,

Adik kena pergi sekolah?

Ahad, jam 11 pagi, 14 April 2013, ummi kemas2 barang untuk dibawa ke 'sekolah', adik akan duduk dengan kakak kat rumah mek, ummi pergi kerja. Pagi ayah hantar, petang ummi ambil, sambil-sambil kita tengok adik Hasya, insyaAllah..

....
Insyirah : ummi buat gapo tu?
Ummi : ummi kemas barang adik dgn kakak, esok kan adik pergi imah mek dhn kakak..
Insyirah : ummi dah sihat ke.. ummi kan belum sihat, kenapa ummi nak pegi keje?
(...aiyaa kakak, pjgnya soala, hihi)
Ummi : ummi dah sihat sikit dah, dah boleh kerja la kakak
Insyirah : habis tu... adik kan kecik lagi?
(abaikan jika salah penggunaan bahasa, dia hanya meniru upin ipin..)
Ummi : ye adik kecik lagi, tapi kena pergi sekolah lah ummi kan kena kerja
Insyirah : nanti adik nak minum susu ummi macamana? kan susah (nada keras)
Ummi : nanti adik minum susu ummi dalam botol, kakak tolong mek jagakan adik kat sekolah eh :)
Insyirah : huhhh.. yer la2...

kala sendiri, ummi tersenyum.. insyirah sangat suka membebel sekarang! hihihi..

Thursday, April 11, 2013

Berita baik, berita buruk...

Assalam..

Dalam keadaan diri menghitung untuk buat keputusan samada nak bercuti 2 atau 3 bulan, macam2 terjadi.. mula-mula, rasa berdebar untuk terima anak buah yang baru... alhamdulillah adik selamat bersalin anak perempuan diberi nama Hasya Faiqah 28 Mac yang lalu. bukan berdebar apa, risau kalau adik tak mampu nak hadapi cabaran awal penyusuan susu ibu.. namun alhamdulillah berjaya diatasi. Kepada mereka yang hendak bersalin, amalkan petua / kaedah mudah ini, tuam sekeliling payudara anda mengikut arah lawan jam untuk membantu saluran-saluran susu ibu berfungsi.. insyaAllah air susu akan keluar..

Annur Athiyyah 
Hasya Faiqah

Selain dapat title anak buah baru, adik Hasya merupakan anak susuan kami suami isteri, alhamdulillah... saya dapat lihat riak muka suami gembira dengan 'gelaran' itu.. sebenarnya hasrat untuk jadikan anak buah sebagai anak susuan dah saya bagitahu abang semasa mengandungkan Athiyyah lagi. mungkin saya tak dapat bagi anak yang ramai untuk abang, tapi bila anak buah dijadikan anak susuan, masalah aurat sudah tiada lagi, malah 'bilangan' anak pula bertambah, alhamdulillah.. :-)

Beberapa hari dapat berita baik, emak dan ayah dihubungi oleh ayah long untuk segera pulang ke kampung, keadaan mek (tok perempuan sebelah mak) yang tidak memberangsangkan memaksa mak dan ayah pulang, dan saya dan suami perlu menjaga adik dan baby baru. Alhamdulillah mujurlah tali pusat dan tanggal, mudahlah sikit uruskannya.. namun yang tak best bila bacaan adik Hasya tinggi, terpaksa tinggal di wad.. bermulalah episod adik yang perlu mengepam susu untuk dihantar ke wad... jadi kepada ibu dan bakal ibu yang bergelar suri rumah, rancang dan pam lah susu anda, belum tentu anda tinggal di rumah, bayi anda sentiasa bersama anda.. bila pam, boleh simpan untuk kecemasan, kalau tak diguna, beri sahaja pada anak susuan :)

Hati saya resah tak menentu bila dapat panggilan 'last call' daripada sepupu kami.. tapi apakan daya, saya tak dapat berbuat apa-apa2.. hanya mampu berdoa agar diberi kesempatan dapat berjumpa mek kali terakhir sebelum dia pergi.

Situasi adik Hasya yang tidak memberangsangkan (bacaan suhu darah semakin tinggi) dan keadaan ibunya yang tidak memberangsangkan memaksa saya hubungi mak agar dapat pulang ke rumah semula. Mak bersetuju untuk bawa saya dan anak serta zubair pulang ke kampung melawat mek. Saya faham situasi abang yang bekerja sebagai cikgu tak boleh bercuti lama, alhamdulillah suami izinkan. Namun kita hanya merancang, Allah penentu segala-galanya... Jam 6.45 pagi hari Sabtu (6 April 2013) saya dapat panggilan daripada mak menyatakan mek telah pergi disambut Ilahi jam 6 pagi tadi. Perasaan bercampur-baur, dengan mertua yang baru datang malam tu (untuk bawa ayah checkup pada hari Isnin) dan ingin pulang ke kampung.. alhamdulillah abang izinkan, saya dapat lihat riak wajah abang yang ralat kerana tidak dapat bersama kami... sayang faham, abang...



Teringin sekali mendengar kata-kata supaya abang membawa kami pulang ke kampung.. tp apa daya saya...

Mak ayah ambil keputusan untuk terus gerak ke kampung, sementara saya pula perlu menunggu ati yang baru bertolak daripada Johor.. hati rasa resah, berdebar, sedih.. jenazah akan dikebumikan selepas asar, tapi adakah kami akan sempat sampai bila hanya bertolak jam 1.20 petang dari Sg Ramal... masa tu hanya Allah yang tau betapa kesalnya saya abang tidak dapat bersama..

Akhirnya dapat berita mek telah selamat dikebumikan jam 4 petang, kesal bercampur sedih tak dapat mencium dan menatap mek untuk kali terakhir.. Athiyyah dan Insyirah sangat baik dan mudah diurus dalam kereta, mungkin memahami situasi sukar umminya.. 

Hanya Al-Fatihah dapat ku kirim andai teringat mek... mek terlalu banyak jasanya kepada saya... menjaga saya selama 2 bulan di awal kelahiran, memanjakan saya dan cucu-cucunya yang lain.. saya amat berbangga dengan sepupu-sepupu, anak dan menantu-menantu mek, di awal hingga akhir, merekalah yang uruskan jenazah mek tanpa campur tangan orang luar...



Semoga ikatan hati, ikatan persaudaraan antara kami sekeluarga bertaut erat walaupun satu tali telah pergi, tinggallah tok ayah tali penghubung kami semua...



Al-Fatihah untuk mek...


Assalam,

Wednesday, April 10, 2013

Kumpul stok susu ibu



Annur Athiyyah

Salam,

Kali ni nak bercerita tentang sesi pengepaman dan pengumpulan stok susu ibu untuk Athiyyah.. sebenarnya semua ibu yang menyusu perlu membuat stok, tapi perlu itu bertukar kepada syarat wajib bagi ibu bekerjaya seperti saya hehe. Yerla.. sebagai tindakan awal yang bijak untuk persediaan kalau-kalau terpaksa tinggalkan anak atau anak terpaksa duduk berasingan dengan kita..

Sebenarnya susu perlu di pam seawal yang boleh.. seawal hari keempat atau ketujuh selepas melahirkan.. tapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa mulakan proses pengepaman pada hari ke-35 kelahiran.. agak lambat memulakan, tapi saya letakkan kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri.

Kunci kepada kejayaan? Sentiasa positif dan tenang serta Istiqamah dalam (Usaha + Doa + Tawakal) :-)

Antara tips yang saya boleh kongsikan;
- Lakukan power pumping
  Setiap hari, kalau boleh pada waktu malam atau awal pagi
  Jangan risau kalau susu tak keluar / pam angin / susu keluar sikit, insyaAllah anda akan rasa kesannya :)
- Rajin mengepam. TAPI jangan paksa diri dengan jadual yang ketat. pam saja jika ada masa terluang
- Buat tandem nursing - sewaktu anak menyusu
- Perah dan pam susu setelah selesai susukan anak

Semua susu-susu yang dipam diletakkan dalam peti sejuk (suhu biasa - tempat simpan makanan biasa, sayur buah etc). Pada waktu malam, saya akan kumpulkan dalam satu botol dan simpan dalam freezer.

Kuantiti jumlah susu yang dipam atau diperah pada awal proses amat sedikit, sekitar 0.5oz saja. Berkat usaha berterusan (mesti rajin ya! jangan biarkan vitamin 'M-malas' menguasai hihi) insyaAllah kuantiti susu akan meningkat dari semasa ke semasa..


Assalam,

Wednesday, March 13, 2013

Penyusuan susu ibu : cabaran awal kelahiran

Indahnya saat menyusukan bayi :)
Salam,

Entry kali ni dan akan datang akan cuba untuk banyak bercerita tentang pengalaman penyusuan susu ibu buat Athiyyah, saja untuk simpanan memori dan perkongsian bersama serta rujukan di masa akan datang (insyaAllah)..

Sebelum mula bercerita, ingin dikongsi bersama tentang fakta, bahawa semua ibu boleh menyusukan bayi mereka, kecuali tiga kelompok(akan diterangkan kemudian). Kata-kata seperti setiap anak ada yang tak ada susu dan ada yang tak banyak susu serta kadar susu bergantung kepada keturunan amatlah salah sama sekali.. huhh..

Cabaran utama penyusuan seawal 20 minit setelah kelahiran adalah masalah pengeluaran susu yang dikatakan sedikit, menjadikan bayi menangis dan ada kata-kata orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu. Pengalaman saya bersama Athiyyah, ditakdirkan Athiyyah perlu diletakkan di bawah pengawasan doktor (dengan kata lain duduk dalam inkubator) kerana tertelan air ketuban.

Setelah selamat bersalin jam 4.28 petang, jam 5.30 petang saya selamat dihantar ke bilik wad. Ketika itu saya masih tertanya-tanya status anak saya, kerana telah dimaklumkan terlebih awal bahawa saya mahu menyusukan anak saya setelah saya dihantar ke wad. Namun tiada berita, sehingga jam 6.30 petang, nurse datang dan memberitahu anak saya ditahan, diletakkan dalam inkubator, menangis dan perlukan susu. Juga meminta izin saya untuk memberi susu tepung (kerana saya tidak boleh menyusukan baby secara direct). Saya cuba tenangkan diri, walaupun amat cemas waktu itu, dan memberitahu nurse bahawa saya tidak mahu anak diberi susu tepung walau apapun terjadi. Jam 7 petang nurse datang lagi mengatakan anak menangis, dan perlukan susu. Saya meminta pam susu untuk dipam dan diberi kepada anak, alhamdulillah nurse telah dilatih, walaupun hanya dapat beberapa titik, beliau faham, akhirnya baby tertidur, jam 8.40 malam baby disorong masuk ke dalam bilik saya.. alhamdulillah..

Itu cerita saya... apa yang saya nak kongsikan adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu dan buat sebelum bersalin iaitu;
  • Dapatkan sebanyak mungkin info tentang penyusuan susu ibu ; a) ikutilah seminar / kursus / taklimat / SGM penyusuan susu ibu - boleh refer susuibu.com, majalah pa&ma, atau jumpa pakar atau kaunselor susu ibu terlatih b) banykkan membaca majalah pa&ma (recommended), buku-buku penyusuan susu ibu
  • 2 minggu sebelum bersalin - jumpa bidan bersalin dan lakukan urutan payudara untuk memudah dan melancarkan pengeluaran air susu
  • Belajar teknik marmet @ perahan susu ibu menggunakan tangan
Jika berlaku anak ditahan dalam inkubator atau NICU;
  • Bertenang, jangan kalut, abaikan keadaan sekeliling, dapatkan bantuan suami untuk memahami dan tenangkan emosi anda
  • Cuba untuk perah susu ibu menggunakan teknik marmet - tidak digalakkan menggunakan pam kerana susu akan tersekat di corong-corong pam
  • Mohon bantuan adik beradik / saudara mara / sahabat yang diketahui mempunyai keperibadian diri yang baik untuk mendapat sedikit bekalan susu perahan - alternatif untuk menampung keperluan susu
  • Anda perlu tahu dan maklum bahawa baby masih boleh hidup selama 1 hingga 2 hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya. Anak menangis kerana perlukan pelukan dan sokongan ibu dan bapa. Jangan sesekali terpedaya dengan pujukan / ugutan / kata-kata yang tidak membantu anda
Setelah anak anda selamat bersama anda;
  • Peganglah prinsip LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
  • Jadi kerapkan penyusuan (on demand breastfeeding) tak kisahlah orang kata anak asik menempek dengan kita ke apa, abaikan saja :) Dalam mana-mana situasi pun baby yang baru lahir perlukan ibu. Baby tenang apabila dipeluk dan didakap oleh ibu sambil disusukan
  • Tak perlu fikir susu keluar banyak atau tidak, yang penting rangsangan daripada mulut anak akan bantu badan kita mendapat signal ke otak untuk producekan susu 
  • Kerapkan tuam tepi payudara agar salur-salur yang tersumbat (rasa urat berketul-ketul tepi payudara) dapat mengalir lancar (kaedah : urutan sekitar tepi sekeliling payudara dan di tepi ketiak)
  • Mulakan sesi memerah seawal yang boleh.. dua kali sehari, contoh 1x waktu pagi dan 1x waktu petang. Simpan susu pada sesi 1 dan sesi 2 di dalam peti sejuk (pintu biasa). Setelah suhu sama, campurkan susu sesi 2 dengan sesi 1 pada waktu malam dan masukkan di pintu sejuk beku.

Ingat, penyusuan susu ibu itulah MUDAH tetapi TIDAK MUDAH jika tiada ilmu :-)

Selamat menyusukan bayi anda :)

Assalam,

Tuesday, February 26, 2013

Selamat datang ke dunia.. Annur Athiyyah :)

Puteri kedua saya dan suami,

Nama : Annur Athiyyah Binti Mohd Hanizal
DOB : 9 Februari 2013, 4.28 petang
Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi
Berat : 3.40 kg, normal delivery..

"Innii u’iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli ‘aynin laammatin. Ertinya:“Kumohon perlindungan untukmu(anak) dengan kalimah2 Allah yang sempurna daripada segala gangguan dan daripada segala binatang dan dari sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk kepada apa yang dilihatnya.”(hadis riwayat Bukhari)"






Salam semua,

Lama sungguh blog ni bersarang, penuh sarang-sarangnya .. hehe. bukan tiada apa yang nak dicerita, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan.. minggu akhir kehamilan, aina diserang sakit seolah-olah lumpuh kaki kanan... berlaku kerana keadaan baby yang dah 'turun' dan masuk ke salur, dengan erti kata lain dah bersedia untuk keluar melihat dunia.. keadaan baby yang sedikit menurun menghimpit kelenjar di pinggul kanan menyebabkan salur darah dan urat terganggu, dan akhirnya pada hari Khamis 31 hb januari lepas, lepas angkat insyirah aina terus jatuh tak mampu bangun...

Erm.. cerita seterusnya, tentang kelahiran puteri kedua kami.. Annur Athiyyah..

Pagi sabtu tu, badan rasa sangat lemah dan tak larat, tapi kerana telah berjanji dengan adik untuk pergi ke rumahnya menjamu selera (masa tu teringin sangat makan lasagna) gagahlah juga bangun. Asalnya berhajat untuk masuk bilik air, tiba-tiba keluar cecair. Tergerak hati untuk ambil dan bau, cuba untuk hubungi sahabat dan mak untuk bertanya adakah itu namanya air ketuban. Bergegas abang siapkan insyirah dan ambil barang-barang yang perlu untuk terus ke klinik. Sempat lagi insyirah bertanya, "ummi, adik dah nak keluar ke?" hehehe...

Sampai kat klinik, nurse buat pemeriksaan CTG dan salur, alhamdulillah baby ok, bukaan pula dah 4cm rupanya. Dr. noraini tiada, jadi akan diganti dengan Dr. Fazlina, dan atas persetujuan bersama, jam 11.45 dihantar ke labour room. Kelahiran kali ini agak unik, kerana aina ambil keputusan untuk tidak mengambil apa-apa ubat tahan sakit, alhamdulillah selamat melahirkan puteri kedua kami jam 4.28 petang, terima kasih abang sudi menemani awal hingga akhir, mak ayah dan adik-adik yang tolong jagakan insyirah..

Kini berada di rumah mak untuk tempoh awal berpantang, insyaAllah jika diizinkan akan kongsi pengalaman menyusukan puteri kami untuk ilmu dan tatapan anak-anak kelak.. :-)

Assalam,

Adik baru.. Annur Athiyyah Binti Mohd Hanizal



Annur Athiyyah Binti Mohd Hanizal

"Innii u’iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli ‘aynin laammatin. Ertinya:“Kumohon perlindungan untukmu(anak) dengan kalimah2 Allah yang sempurna daripada segala gangguan dan daripada segala binatang dan dari sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk kepada apa yang dilihatnya.”(hadis riwayat Bukhari)"


Salam anak ummi Insyirah,

Sekarang insyirah dah ada pangilan baru, kakak..
insyirah senang dgn panggilan itu masa ummi dan ayah tanya nak panggil kak long atau kakak. ikutkan ummi dan ayah senang dgn panggilan kak long, tp tak apalah asalkan insyirah suka.



Dah jadi kakak anak ummi ni.. dah besar rupanya, tanpa ummi sedar.. alhamdulillah adik insyirah, lahir hari Sabtu, jam 4.28 ptg pada 9 februari 2013 lepas di pusat perubatan az-zahrah, bangi.

Alhamdulillah penerimaan insyirah dengan kehadiran ahli baru keluarga kita ni mudah, adalah sikit2 perkara yang berlaku, namun ummi dan ayah bangga dgn perkembangan insyirah yang belajar unyuk menerima. ummi dan ayah tak pernah fikir apa org kata, itu lumrah bagi seorang anak untuk menerima kehadiran org baru.. yg penting ummi dan ayah tetap dan terus berdoa semoga dipermudahkan segala urusan, dan semoga orang2 di sekeliling memahami situasi dan tak menyulitkan keadaan anak ummi..

Walaupun dah ada adik baru, ummi dan ayah tetap sayang dan kasihkan insyirah macam dulu, Insyirah mahupun Athiyyah, kelahiran yang ummi dan ayah nanti-nantikan dan ada cerita istimewa di sebalik kehadiran kalian berdua...

Sayang anak ummi... :-)

Thursday, November 22, 2012

Jom Pergi MAHA 2012 :)

Acara yang ditunggu-tunggu MAHA 2012 kembali.. hehe :) (Seronok sebab dah plan nak borong bnyk barang ;) )

Alhamdulillah setelah beberapa kali penganjuran MARDI, akhirnya MARDI diberi peluang untuk menjadi penganjur MAHA bagi tahun 2012.

Banyak produk pertanian dan macam-macam aktiviti yang akan diadakan, layari laman web MAHA untuk maklumat seterusnya ok..

Kepada mereka yang nak datang tu, nasihat saya..
- Pakai kasut / selipar yang selesa, tidak bertumit tinggi..
- Bawa barang-barang keperluan seminima yang mungkin (payung lipat, purse kecil sahaja, air botol mineral dll)
- Rancang perjalanan anda....
* sebolehnya datanglah awal untuk mendapat parking dan tidak tersekat dalam jammed..
* anak-anak diberi makan dan minum secukupnya terlebih dahulu untuk mengelak terlampau letih sesampai ke tapak MAHA,  
* lihat dan download map sebelum datang... rancang nak pergi mana dulu untuk mengelak keletihan dan rungutan :)

Saya menyarankan agar lawatan dibuat dalam 3 hari.. rancanglah aktiviti yang anda ingin sertai dan tapak pameran yang anda ingin lawati..

Paling penting, hormatilah dan ikuti arahan petugas, petugas-petugas adalah kalangan warga MARDI, fahamilah keletihan yang mereka alami, dan cuba bertolak ansur sekiranya ada apa-apa masalah, kerana dijangkakan pengunjung MAHA 2012 kali ini adalah 3 juta orang :-) Jujurnya saya tabik kepada semua petugas-petugas MAHA 2012 di atas komitmen dan kerja yang telah dilakukan oleh mereka.. :)

Jom pakat ramai-ramai pergi MAHA...! :-)

Assalam,

Thursday, November 08, 2012

Dah nak akhir tahun dah..

Assalam,
Gambar terbaru di I'dulAdha
Rindu nak berblog, tapi tak berkesempatan, dalam hati ada sedikit ura-ura rasa nak beli tab atau ipad rasa selesa nak online di mana saja, tapi situasi tak mengizinkan ditambah Insyirah yang agak rajin mengeksplore segala barang-barang ummi dan ayahnya, kami suami isteri pendamkan dahulu niat. Mungkin ada rezeki nanti termakbul hajat satu hari nanti, insyaAllah :)
Insyirah di I'dulAdha... dah tukar baju daa...
Agak sedikit letih dengan perpindahan rumah baru di awal bulan, kemudian minggu seterusnya saya buat keputusan untuk menawarkan diri ikuti kursus teambuilding di kem BTN Maran, Pahang. Masa tu kali pertama tinggalkan Insyirah, walaupun berat hati tapi saya paksa diri demi adiknya yang bakal lahir (seboleh mungkin saya akan cuba untuk tak tinggalkan anak kerana berharap penyusuan susu ibu dapat berjalan lancar nanti..) alhamdulilllah Insyirah ok.. Minggu ketiga kami sekeluarga pulang ke Kelantan menyambut AidilAdha, ada sedikit rasa excited sebab semua anak-anak mak balik kampung kali ni kecuali adik no 5 yang terpaksa batalkan di saat-saat akhir kerana keuzuran suaminya.. dan akhirnya minggu lepas saya terpaksa terbang ke Langkawi menghadiri mesyuarat.. Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan walaupun perut dah semakin membesar dan kaki dah mula membengkak..

Tahun ni terasa masa sangat-sangat cepat berlalu, sekejap je rasanya dah nak akhir tahun.. harap-haranya dapat catch-up segala kerja yang mesti dibereskan sebelum akhir tahun (sebab tahun depan dah di bawah seliaan pegawai dan projek lain..) dengan jadual yang agak pack.. masih juga berharap agar dapat uruskan segala urusan peribadi, apalagi kalau bukan mendeko2 rumah, berjalan-berjalan dan persiapan untuk bersalin dengan lancar dan baik, terutamanya persiapan untuk penyusuan susu ibu... saya amat-amat berharap semoga halangan-halangan dan sejarah yang berlaku semasa Insyirah dahulu tidak lagi berulang, amin..

Assalam,

Thursday, October 04, 2012

Soalan cepumas... secepat ini?

Assalam anak ummi,

Hari ahad lepas kita pindah rumah baru, alhamdulillah.. ada tempat berteduh yg lebih selesa untuk Insyirah main dengan adik-adik Insyirah nanti, juga tempat yang lebih luas untuk ummi kemas hehehe.. hari Isnin ummi cuti, sebab tak larat sangat badan dah terlebih letih..

Sebab ayah dah terlewat nak hantar anak ummi sorang ni.. terjagalah dari tidur dan duduklah dengan ummi kat rumah.. mujurlah anak ummi ok aje tak mengada2... lately sangat banyak bertanya persis orang yang dah besar. Borak punye borak, tiba-tiba Insyirah tanya, "Ummi, Allah duk kat mana? Insyirah tak nampak pun..." terkejut + terkedu... tak sangka seawal usia ni Insyirah akan tanya soalan tu... hari Jumaat lepas, Insyirah ada bagi statement "Insyirah nak kawen dengan ummi, nanti ada adik dalam perut syirahh..." ummi dah terkejut daaa.. nak tergelak pun ada.. alhamdulillah ummi boleh jawab soalan-soalan seterusnya dengan 'baik' walaupun berpeluh juga dibuatnya! anak ummi.. anak ummi.... cuma.. yang soalan satu tu, nampak riak muka anak ummi macam tak berapa puas hati dengan jawapan ummi. Mujurlah... Insyirah tak bertanya lagi... hehehhee... tapi, ummi akan terus cari dan gali ilmu untuk jawab soalan-soalan mencabar anak ummi tu.... huhu.... :-)

Monday, October 01, 2012

Kediaman baru

Selamat Tinggal A-8-7...
Alhamdulillah.. setelah lama menanti, rumah kediaman milik sendiri akhirnya siap diubahsuai dan dalam proses untuk berpindah dari rumah lama. Hampir 5 tahun tinggal di kuarters, macam-macam yang telah dilalui. Ye la, nama lagi kuarters, blok kediaman tidak sama dengan blok-blok apartment lain yang ada di kawasan itu. Mungkin kerana namanya kuarters, tiada rasa pemilikan, kurang inisiatif untuk menjaga seperti kediaman sendiri. Kotor, dan lif selalu rosak selalu berlaku. Merasalah turun naik tangga 8 tingkat dengan perut yang besar kerana sarat mengandung sewaktu mengandungkan Insyirah dulu. Namun di situlah kebahagiaan hidup berumahtangga kami suami isteri tercipta, di situlah segala cerita suka duka awal 5 tahun pertama perkahwinan dicoretkan.. kami takkan lupakan memori tu.. (mood sedih... chewaah..)

End of 2011.. sewaktu pembinaan

Ahad lepas, akhirnya tarikh keramat itu tiba juga. Barang-barang rumah yang difikirkan hanya sedikit muat juga dalam lori yang besar (tu macam tanda barang banyak sebenarnya). Itupun abang dah berulang alik beberapa hari mengangkut barang-barang yang berkaca dan sensitif. Lepas angkut dengan lori, ada la juga beberapa trip lagi abang terpaksa ulang-alik bawa barang dari apartment ke rumah baru. Alhamdulillah rumah lama dan baru berdekatan aje, kalau jauh, jenuh juga dibuatnya hehe. Cuma menguruskan dan berpindah dalam tempoh sarat mengandung, besar juga cabarannya. Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan yang agak baik untuk melakukan semua ni...

Sebenarnya, sejak saya mula berkerja di MARDI, target saya untuk beli rumah sendiri (sebab masa tu target pertama untuk beli kereta dah tercapai), jadi saya beli rumah untuk disewa dulu, dan tangguhkan dahulu beli rumah untuk diduduki kerana belum berkahwin. Bila berkahwin abang pula ada rezeki sambung pengajian dan menjadi guru, saya perlu bersabar menunggu abang untuk tunggu posting confirmation.. 3 tahun menunggu, alhamdulillah akhirnya abang ditukarkan ke SK BBB Fasa 2, dekat aje dengan rumah mak terus saya ajak abang survey dan beli rumah yang sesuai diduduki, risau harga rumah melambung lagi. Alhamdulillah rumah yang dibeli ni, pada masa tu, bila dengarkan harga, ramai yang kata mahal, tapi bagi orang yang tahu tentang nilai rumah tahu rumah kami adalah murah pada masa pembelian itu dengan bukaan, dan utiliti yang ada dalam rumah tu.. alhamdulillah ... :-)

Macam selalu, nak buat apapun, kena paksa diri buat research, survey agar tahu apa yang perlu dibuat dan tidak ditipu dan dapat harga yang patut. Sama juga bila nak beli rumah, nak renovate dan masuk rumah, kena dahulukan mana yang penting dan mana yang kurang penting. Banyak maklumat dan info yang boleh dapat daripada blog dan majalah-majalah.. Pesanan saya, paling penting perancangan, menabunglah dari awal.. jika nak berkahwin dulu kita dah mula simpan rm100 sebulan dan tak berhutang, sama jugalah dengan beli rumah baru.. barulah hidup terancang dan tidak terbeban. Buat dulu mana yang major, bagi saya tidak perlu tergesa-gesa membeli perabut baru, pakailah dulu apa yang ada, perabut beli sedikit-sedikit bila ada lebihan duit terkumpul ya :-)

Jutaan terima kasih kepada abang, mak dan ayah, adik-adik, sahabat handai yang membantu saya merealisasikan impian saya.. InsyaAllah jika panjang umur, jemputan untuk majlis kesyukuran yang akan diadakan pada hujung tahun ni akan menyusul, tarikhnya belum ada lagi, tunggu saja invitation di laman FB ya! Jumpa di rumah baru kami.. InsyaAllah :)

Nota Ummi : berat hati tinggalkan sahabat di rumah lama.. huhu...

Assalam,

Friday, September 07, 2012

Selamat Hari Raya Eidulfitri 2012 :-)

Assalam anak ummi.. lama betul ummi tak update jurnal anak ummi ni... ummi tak sihat beberapa bulan ni... Insyirah tau kan... dah 17 minggu ada adik insyirah dalam perut ummi ni.... ummi copy paste gambar-gambar sekitar hari raya yang ada ye... :-)
Ni gambar family kita berempat :-)
Ayah, Ummi, Insyirah, dan adik Insyirah dalam perut :-)
Ni gambar family besar sebelah ummi.. masa open house cik ti  ni..
Bakpo anak ummi tengok ayah gitu ... takut kena tinggal ehhh ;-)
Di rumah tok chik tere... :)
Highlight tudung baru yang comel.. tok ayah belikan tu.. express punya hehe
Nampak macam budak besar bila Insyirah duk molekk jer... 
Insyirah... my little princesss!!!

Monday, September 03, 2012

"Merdeka"kah Kita?

?

Sabtu lepas saya dan keluarga mertua menghadiri majlis perkahwinan adik ipar lelaki (tahniah Asri :).. selamat sudah.. hehe). Bila selesai dan pulang dari majlis, kami singgah di masjid untuk tukar lampin dan bagi Insyirah main-main sekejap di taman permainan berhadapan surau tersebut.

Leka temankan Insyirah bermain buai sambil lihat kereta yang banyak di jalan (masjid tersebut di tepi jalan raya sahaja) dan bacaan Al-Quran di masjid tanda waktu azan selanjutnya semakin hampir, saya terdengar bunyi seolah-olah dentuman yang kuat. Terus mata melihat ke arah kejadian. Seorang anak muda lelaki dan perempuan yang menaiki motosikal (tak pasti jenama apa) tergolek dan terpelanting ke arah belakang kerana dilanggar sebuah kereta dari arah jalan bertentangan yang ingin masuk ke perkarangan masjid.

Kereta yang terlanggar mereka terus masuk ke perkarangan dan meletak serta mematikan enjin kereta. Pintu sebelah hadapan terbuka, lalu keluarlah seorang lelaki tua yang kurang upaya (berjalan tidak sempurna terhenjut-henjut dan berbadan bongkok) berbaju melayu, bersongkok dan berkain pelekat berusaha untuk ke arah anak-anak muda yang jatuh tadi, mungkin rasa bersalah kerana 'pemandu' beliau melanggari mereka. Diikuti oleh seorang pemandu perempuan berpakaian telekung berbaju kurung serta anak kecil mereka berjalan laju ke arah mereka. Dan ahli-ahli jemaah masjid lain serta pekerja-pekerja Indah Water berpusu-pusu ke arah anak-anak muda itu.

Kedua-dua anak muda tadi telahpun bangun daripada 'perbaringan' mereka, duduk di penghadang longkang (jalan masuk) di tepi jalan. Setibanya lelaki tua yang tadi terhenjut-henjut berjalan, terus sahaja beliau menyapa dengan baik anak muda (lelaki) yang jatuh tadi.Tapi... apa yang terjadi,

Usahlah hendak menjawab salam dengan baik oleh lelaki tua tadi, diherdik dan dimarahi pula orang tua itu. Saya melihat anak muda perempuan pun sama, usahkan hendak menyambut salam yang dihulur oleh pemandu perempuan yang tidak sengaja melanggarinya tadi, dijeling-jeling dan dimarahinya pula. Setelah urusan bayaran dan penebusan dibuat, lelaki dan perempuan tua tadi beredar ke arah masjid kerana azan telah berkumandang. Sedihnya saya, melihat anak-anak muda itu.. lelakinya berambut panjang, pakaian seolah tidak terurus, percakapannya kasar, hanya anak muda perempuan itu sahaja yang 'agak elok' pakaianya... saya cuba berfikir positif, namun sebagai seorang manusia, terfikir juga ke mana anak-anak muda ini hendak pergi dengan pakaian sebegitu di waktu azan maghrib berkemundang...

Kejadian itu, berlaku sehari selepas tarikh hari kemerdekaan negara kita....

Merdekakah kita sebenarnya? Fikir-fikirkan..... :-)

Assalam,

Friday, August 31, 2012

Inilah Kuasa Cinta :-)


Lama sudah saya mendengar cerita ini, diceritakan oleh suami. Lama juga ingin berkongsi di blog ini, tapi asyik terlupa. Hinggalah pada suatu malam abang menunding jarinya ke arah seorang lelaki dan mengulangi cerita yang sama kembali..

Saya tahu walaupun ini hanya cerita ringkas, namun pada mana-mana hati yang mendengar, tentu merasa kagum dan terharu dengan apa yang didengar dan dilihat...

Seperti biasa, selesai solat berjemaah di surau, abang akan bersalam dengan semua jemaah dan meminta diri beransur pulang ke rumah. Namun bagi seorang jemaah lelaki ini, dilihat sering sahaja beliau terus bangun meninggalkan jemaah selesai sahaja doa yang dibacakan imam selesai. Sekali dua, tentulah tidak mendatangkan rasa hairan, namun tiap kali begitulah yang berlaku.

Satu hari, abang juga perlu bergegas keluar setelah selesai solat, sempat bertemu dengan lelaki itu. Tidak jalan 'berlenggang' seperti orang lain, lelaki itu laju saja langkahnya. Abang sempat mengikut langkahnya dan tanpa sedar spontan soalan keluar dari mulutnya. "Cepat jalan, bang.." tanya abang. "Isteri tengah tunggu kat rumah.." jawabnya. 

Kalau saya ditempat abang, saya dapat rasa ada sedikit rasa tak puas hati dengan jawapan lelaki itu..

Hari lain pula, akhirnya cerita sebenar diketahui juga. "Maaflah saya nak cepat isteri saya sedang tunggu untuk solat berjemaah dengan saya.." tenang tutur katanya. "Isteri saya disahkan lumpuh separuh badan, berkerusi roda tak dapat bangun sejak lahirkan anak kedua kami..saya kena memandikannya dan solat berjemaah dengannya."

MasyaAllah... besarnya pengorbanan lelaki ini... masih muda, namun dengan keilatan yang ditakdirkan untuk isterinya, sedikitpun tidak mengurangkan rasa kasih dan cinta di hatinya.

Benar kata orang, kita tidak tau sejauh mana kasih dan cinta seseorang kepada kita, sehinggalah terjadi sesuatu...  

Itulah kuasa cinta.. Allah mendidik hambaNya dengan ujian cinta.. jika cinta kepadaNya didahulukan, pasti kita akan dapat cinta makhlukNya, itu janji Allah!

Percaya dan Yakin pada Allah ya! :-)

Assalam,

Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Raya Idulfitri 1433 Hijriah

Gambar ihsan Mr. Google

Assalamualaikum..

Gambar raya masih tak ada yang sesuai untuk diupload. Satu-satunya gambar yang diambil dengan famili guna kamera kakak ipar pun masih belum dapat dilihat. Kamera sendiri pula.. terlupa dek kerana kesibukan melayan tetamu yang datang hehe.

Alhamdulillah, Allah berikan aina kesihatan untuk melalui perjalanan yang memakan masa. Paling gembira bila mula saja hari raya pertama, simptom-simptom trimester pertama mengandung beransur kurang, memberi saya peluang untuk membantu mertua bersiap sedia dengan kedatangan tetamu dan beraya rumah sanak saudara.

Tentang perjalanan.. tahun lepas dari Kelantan ke Gerik makan masa 7 setengah jam, tapi tahun ni perjalanan dari Gerik ke Kelantan makan masa 9 jam! nampaknya tahun depan kami kena cari plan lain.. hehe.. sesiapapun tentu tak suka habis masa di atas jalan, kan? Alhamdulillah Insyirah anak yang baik, tak banyak karenahnya..

Perjalanan balik dari Kelantan ke KL pula, bersama mak ayah dan adik ketiga. Sepatutnya ramai lagi yang turut serta, tapi kerana masalah masing-masing, adik kedua dan kelima tak dapat pulang ke kampung tahun ni. Kami pulang ke KL hari Sabtu lepas, hajat untuk bertolak awal pagi ditangguhkan kerana perlu selesaikan urusan tok ayah dan mek. Perjalanan dari Kg Padang Luas bermula jam 10.00 pagi, ayah decide untuk ikut LPT, dan akhirnya sampai di KL jam 10 malam.. Perjalanan santai, singgah sana sini (beli ikan, jalan-jalan tepi pantai dan beli keropok) jadi tak lah terasa sangat 'letih'nya.

Namun, walaupun dah ada lebuhraya, perjalanan melalui jalan lama Bentong-Kuala Krai yang berliku, dan macam-macam pengalaman yang telah dilalui, tetap di hati.... :-)

Assalam,

Wednesday, July 18, 2012

Join seminar celik momz

Alhamdulillah, dalam 'keriuhan' melayan diri sendiri yang tak berapa nak keruan dek alahan yang agak 'best' hehe.. Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk hadirkan diri ke seminar celik momz anjuran assohwah.com.

Seronok.. kali pertama dapat berjumpa dengan Prof. Dr. Muhaya dan anaknya, Dr. Atiyah dan ibu-ibu yang positif-positif. Banyak ilmu bermanfaat dapat dipelajari dan rasa diri bertuah kerana kesempatan yang diberi. Cuma agak terkilan tak bawa abang dan Insyirah bersama, kerana tidak tahu kami para isteri dapat bawa suami bersama. Takpe.. saya akan usahakan untuk bawa abang pada Seminar Bahagia dan Membahagiakan pada bulan Oktober nanti, InsyaAllah.. semoga Allah beri saya kesihatan yang baik dan kekuatan untuk hadir ke seminar tersebut.. amin.. ya rabb.

Banner Seminar Bahagia & Membahagiakan seperti berikut..
Recommended untuk semua hadirkan diri, tak kira siapa anda. bujang, dah berkahwin dan apa jua status.. ilmu yang diberi pasti bermanfaat pada diri.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari website assohwah.com ok.. pastikan daftar secara berkumpulan sebelum 12 september 2012 untuk tawaran harga menarik ok.. (saya tak dapat apa-apa komisyen pun.. sekadar menyebarkan perkara baik untuk dikongsi bersama heehehe... )

Assalam,
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates